Tuesday, August 24, 2010

Bulan Ramadhan : Anwar dan Azizah Kena Jawab Kenyataan Ezam Nor

Salam,

Tergerak nak menulis dalam bulan Ramadhan ini walaupun dah lama berehat dari menulis blog disebabkan banyak masa menulis di facebook.

1) Bulan puasa biasanya adalah bulan dimana "mood" beribadat serta mendidik diri menjadi lebih "Islamik" dengan amalan-amalan tambahan seperti bertadarus Al-Qur'an dan bertarawikh menjadi keutamaan.

2) Dalam suasana ini, tiba-tiba kedengaran suara YB Ezam Nor mencabar Wan Azizah dan Anwar menafikan apa yang didakwanya terutama selepas Ketua AMK membuat laporan qazaf terhadapnya.

3) Sepatutnyalah Wan Azizah atau Anwar menyahut cabaran Ezam agar bersumpah menafikan apa yang dinyatakan Ezam lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini yang dilihat lebih dapat meyakinkan orang lain serta dilihat sebagai satu tindakan yang berani untuk menyatakan kebenaran.

4) Malangnya, sehingga hari ini kita belum mendengar apa-apa jawaban atas cabarab itu.

5) Semakin hari semakin jelas tembelang Anwar akan terbongkar. Soalnya, sampai bila pula PAS sebagai sebuah parti Islam akan bersekongkol dengan Anwar demi meraih dan mencapai maksud PAS untuk menjatuhkan UMNO ( bukan untuk memartabatkab Islam)

6) PAS dilihat telah dirasuki fahaman liberalisme yang dipelopori Anwar dan konc0-konconya. Arak serta isu-isu sensitif yang lain tidak lagi menjadi bahan sensitif dalam PAS sehinggakan YB Khalid Samad boleh melawat kilang arak serta mencadangkan agar dibina kilang yang lebih besar lagi di atas tanah yang lebih besar.

7) Apabila ditegur, Yb Khalid Samad mengatakan adalah lebih baik dakwah disampaikan kepada pekerja-pekerja Islam agar mereka sendiri timbul kesedaran untuk meninggalkan pekerjaan itu!! Sepatutnya, YB Khalid Samad pertamanya tidak membuat lawatan ke kilang itu, kedua tidak mengesyorkan dibuka kilang yang lebih besar dan ketiga berdakwah kepada pemilik kilang itu agar timbul kesedaran dan menukar perniagaan ke perniagaan lain jika ingin berdakwah!

8) Akhir sekali, sekalung tahniahlah kepada puak liberal dalam Pas dimana setelah hampir 53 tahun umno memerintah, Umno gagal menutup kilang arak tersebut namun baru hampir 2 tahun memerintah PR ingin menutup kilang arak tersebut dan DIGANTI DENGAN KILANG YANG LEBIH BESAR!!!


####BIMBANG NANTI HOMOSEKSUAL PULA DIHALALKAN ATAS SEMANGAT MENJAGA HAK ASASI MANUSIA!!!...DAN DISOKONG NIK AZIZ .....MUNGKIN...TAK MUSTAHIL KERANA YANG PENTING UMNO DIJATUHKAN!!!

Sunday, August 1, 2010

Siaran Ulangan : Unity Government Lebih berpotensi dari Pakatan Rakyat...Demi Islam !!!

Salam,

PAS harus segera duduk dan berbincang apakah solusi terbaik untuk PAS dalam menghadapi kemelut hala tuju parti mereka iaitu di antara bergerak dengan ide "unity government" atau bersama Pakatan Rakyat yang didominasi Anwar sebagai ketua pembangkang.

Persoalannya , apakah hala tuju dan matlamat PAS?

1. menegakkan negara Islam
2. Menjatuhkan UMNO

Jika negara Islamlah yang mahu ditegakkan maka "unity government"lah SOLUSINYA. Mengapa?

Konsep penegakkan sebuah negara Islam bukanlah semudah meletakkannya sebagai matlamat perjuangan parti. Sebagaimana yang pernah saya tulis dahulu ia perlukan banyak persyaratan yang ditetapkan oleh Islam sendiri. Walaupun PAS mungkin menganggap mereka telah cukup syarat, tetapi penolakan non-muslim atas terbentuknya negara Islam juga adalah suatu persyaratan yang perlu terpenuhi terlebih dahulu sesuai dengan konsep tiada paksaan di dalam Islam.

UMNO dengan kuasa yang ada serta pengalaman yang luas memerintah sebuah negara adalah wadah yang amat sesuai bagi tujuan menerangkan matlamat perjuangan menegakkan negara Islam ini kepada non-muslim dan tentunya bukan perlaksanaan yang tanpa persetujuan non-muslim.

Maknanya, proses penerangan berkaitan negara Islam ini akan lebih efektif jika yang melaksanakannya adalah kerajaan yang memerintah dan proses ini akan berterusan sehinggalah mencapai suatu peringkat iaitu apakah negara Islam diterima rakyat atau tidak. Ini penting dan ini tidak keluar dari uslub dakwah Islamiyah serta lebih berhemah dan berhikmah dalam perlaksanaan Islam.

Ini membuka suatu jalan untuk PAS memikirkan "Unity Government" sebagai alternatif bagi matlamat Islamnya itu. Peluang bersama UMNO juga adalah peluang terbaik melakukan pendekatan politik yang menjurus ke arah penyatuan pemikiran demi masadepan Islam dan Melayu.

Apakah ada yang lebih baik dari "Unity Government" UMNO-PAS ini?

Namun demikian, jika matlamat PAS hanyalah untuk melihat UMNO dijatuhkan, maka jelaslah PAS bukan sebuah parti yang boleh diharapkan untuk menerajui perjuangan Islam. Dalam keadaan sekarang ini pun PAS telah terikut agenda politik Anwar serta lari dari matlamat asalnya.

Suara Anwar adalah suara dendam dan mahukan kuasa dengan apa carapun. Jatuhnya UMNO dan menjadi PM adalah penting bagi Anwar walaupun Islam dan Melayu hancur di tanahair sendiri.

Bayangkan, habis seluruh negara porak peranda semenjak sedikit kuasa diperolehi dalam PRU12. Dari mimpi 16 September, isu lompat parti, pilihanraya-pilihanraya kecil dan terkini pergolakan di dalam PAS, semuanya angkara politiknya Anwar.

Maka PAS harus serius berfikir dan terus berfikir sebelum hancur dan hanyut dibawa arus Anwar.....arus Liberal tajaan Amerika !

Popular Posts