Friday, June 13, 2008

ISLAM HADHARI: LANGKAH PERMULAAN UNTUK MELAKSANAKAN KESYUMULAN ISLAM .

Salam,
Tidak kira samada tidak mengizinkan ataupun mengharamkan sebarang bentuk program Islam Hadhari di dua buah negeri pemerintahan Pakatan Rakyat iaitu Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing membawa implikasi yang berbeza.
Jika digunakan "mengharamkan", maka ia membawa implikasi syariat atau agama yang mana jika dijalankan program Islam Hadhari, maka kita berdosa. Jika digunakan "tidak mengizinkan", maka ia lebih lunak sedikit namun ia tidak membawa implikasi syariat di mana jika dilanggar, habis kuat kita telah melanggar peraturan sebuah Kerajaan Negeri sahaja.
Pelbagai kenyataan menunjukkan, Islam Hadhari cuma tidak diizinkan maka implikasi syariat tidak ada disini. Tetapi, justifikasi ketidakizinan itu digunakan alasan syariat atau agama pula!. Ini dapat kita lihat alasan yang diberikan ialah, kita tidak perlu Islam Hadhari kerana Islam itu syumul tak perlu Islam Hadhari...
Persoalannya sekarang, mengapa teragak-agak menggunakan "mengharamkan" sahaja Islam Hadhari itu jika benar-benar serius mahu membenteras "ajaran sesat" Islam Hadhari ini? Atau apakah tidak berani untuk mengatakan pengharamannya kerana sehingga kini, mereka gagal untuk membuktikan Islam Hadhari salah dari segi Islam. Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini, bahawa yang saya jumpa hanyalah menyalahkan Islam Hadhari dari segi kelemahan Pak Lah dan kegagalan perlaksanaannya itu pun hanya penilaian mereka sahaja ianya gagal kerana Islam Hadhari baru berada di tengah masyarakat hanya selama 4 tahun sahaja. Bukti kesilapan dari segi konsep dan prinsipnya masih gagal diutarakan.
Dengan istilah Islam Hadhari, Islam seperti digambarkan tidak syumul....betul ke? Islam tetap syumul namun kita gagal melaksanakan kesyumulan Islam itu.!
Dengan penuh kesedihan kita harus menerima hakikat bahawa Islam yang syumul juga merupakan slogan yang hingga kini tidak ada satu kelompok umat Islam pun berhasil membentuknya, apa lagi dengan kesyumulan Islam yang menuntut semua umat Islam di dunia untuk berada dibawah ungkapan itu...Bagaimana untuk mencapainya?..Maka umat Islam dimana-mana dengan berbagai cara telah berusaha untuk mencari jalan ke arah itu...Hingga kini, hanya waktu yang menjadi saksi tentang apa yang dilakukan umat Islam dengan harapannya itu...kerana umat Islam masih juga bertanya bila dapat mencapainya?Ketika mana umat Islam belum sampai kepada Islam yang syumul, maka ini tidak bererti kita katakan bahwa Islam tidak syumul, tetapi sebenarnya umat Islam belum dapat menjalankan Islam dengan syumul. Kenapa?. Maka pelbagai alasan dan dalil yang disampaikan..
Saudara pembaca, selama umat Islam masih berpandangan atau menganut kepercayaaan bahawa Islam hanya mahu dilaksanakan di negara dan kerajaannya sendiri apatah dalam partinya, maka Islam syumul hanya berupa mimpi, kerana Islam adalah rahmatan lil alamin..disinilah makna syumul itu..dunia...world..!
Islam hadhari tidak lain adalah satu langkah dari usaha sebahagian umat Islam untuk menjalankan tugasnya di sebahagian dunia ini iaitu Malaysia, sehingga lepas tanggungjawabnya dihadapan Ilahi. Maka kalau itu tidak dapat dilaksanakan oleh sebahagian maka sebahagian yang lain wajib pula mendukung atau menjalankannya..begitu konsep fardhu kifayah...Bukan mempermasalahkan istilah kenapa Islam hadhari apatah lagi mengharamkannya...tetapi tidak dilihat apa yang ada dibalik itu...kenapa permasalahan hanya di batasi oleh makna bahasa?. Apakah umat islam begitu susah untuk memahami umat Islam yang lain, yang katanya ruhama' bainahum dan assyida' 'alal kufr...kenapa tidak mencuba memahami..malah mengapa dengan cepat menghukum sesuatu yang masih boleh dibahas dengan ukhuwah...bukankah ini menunjukkan rendahnya cara berfikir kita..atau tentunya ada problem besar yang mempengaruhinya, yang pasti, tindakan ini tidak Islami, kerana kalau Islami pastilah didasari oleh ilmiah, syura dan taaruf serta ukhuwah dan juga wahdah-persatuan.kenapa selalu makna bahasa yang jadi problem, belum atau tidak dilaksanakan..mengapa tidak mendalami dulu tentang nilai dan isi yang ada di dalamnya..kenapa selalu dimulai dengan syu'u dhan -buruk sangka - dengan sesama kita? Betapa ruginya umat Islam yang telah kehilangan nilai Islamnya hanya kerana mereka berbeza parti...betapa ruginya umat Islam kehilangan kewajiban hanya kerana mempermasalahkan ungkapan - yang itupun masih dapat dibahas secara ilmiah d meja musyawarah-...betapa ruginya.
Tetapi untuk Islam Hadhari..inilah kewajipan yang wajib di selesaikan...inilah kenyataan yang ada dihadapan umat Islam..dan mungkin juga ini juga punca sebenar Islam Hadhari belum dan tidak dapat dilaksanakan dengan baik......halangan dari kita yang jahil namun tidak tahu yang kita itu jahil.....Jangan menilai siapa yang membawanya tetapi nilailah apa yang dibawanya.

4 comments:

Anonymous said...

Islam hadhari tidak syumul kerana tidak merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Inilah prinsip-prinsipnya:

Prinsip Islam Hadhari

1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

2. Kerajaan adil dan beramanah

3. Rakyat berjiwa merdeka

4. Penguasaan ilmu pengetahuan

5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

6. Kehidupan berkualiti

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

8. Keutuhan budaya dan moral

9. Pemeliharaan alam semula jadi

10. Kekuatan pertahanan

Cubalah tengok prinsip-prinsip di atas. Adakah ini syumul.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

islam Hadhari adalah atau boleh dijadikan suatu program ke arah perlaksanaan kesyumulan Islam. ia merangkumi proses ta'lim dan tarbiah dengan prinsip2 yang dimaklumi bersama itu. Sebab itu saya katakan ia adalah "langkah permulaan" dalam melaksanakan Islam yang sudah syumul tetapi perlaksanaan kesyumulannya yang masih belum berjaya. oleh itu, ia boleh sahaja atas nama Islam Hadhari ke, Hadharah Islamiah ke, Islam Syumuli ke, hatta apa sahaja, tetapi yang penting ia menta'lim dan mentarbiah ummah ke arah perlaksanaan Islam yang syumul. kalau dalam organisasi politik atau ngo maka walau atas nama Parti Islam Semalaysia ke, Angkatan Belia Islam Malaysia ke, Jamaah Islah Malaysia ke, kalau tidak menta'lim dan mentarbiah ummah untuk perlaksanaan kesyumulan Islam, maka ia adalah sia-sia walau apa pun perlembagaan dan slogannya.....

Anonymous said...

Saya tak nampak ada aktiviti dakwah dan tarbiyah dalam program Islam Hadhari sebagaimana yang saudara sebutkan.

THE PUREHADHARIST said...

salam,

Saya bersetuju kalau realitinya program ta'lim dan tarbiyyah masih belum dijalankan dalam erti kata terlaksananya suatu program khusus dengan matlamat yang khusus juga. Oleh kerana itu jika dibaca tulisan saya yang lepas saya memisahkan antara Islam Hadhari sebagai suatu konsep dengan perlaksanaanya yang kelihatan lesu dan tidak fokus itu. Oleh yang demikian, dengan sebuah konsep yang sebaik ini, saya merasakan terpanggil untuk mewacanakannya sebagai suatu fardhu kifayah dan jika diberi peluang mahu diteruskan dalam pembentukan sebuah konsep yang boleh dijadikan dasar kepada sebuah program ta'lim dan tarbiyyah itu tadi. Lihat dulu buku saya nanti...mungkin boleh diwacanakan lebih lanjut lagi.

Popular Posts