Wednesday, October 8, 2008

PASCA PAK LAH : ISLAM HADHARI TETAP SEBAGAI PROGRAM BESAR ISLAM


( kenapa pulak kenyit-kenyit mata ni adik? Betullah Pak Lah dah umum dah..apasal? Tak percaya? )

Salam,

Pengumuman Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dilihat sebagai suatu titik bermulanya proses memulihkan UMNO setelah di "goncang " begitu hebat sepanjang beliau menjadi PM. Saya secara peribadi melihat ianya sebagai suatu peristiwa bersejarah di mana seorang PM ditekan begitu hebat sehingga "terpaksa" melepaskan jawatan walaupun secara demokratiknya beliau menang dalam pilihanraya.

Saya sering melihat kepimpinan seseorang amat dipengaruhi oleh karisma kerana dengan kuasa karismalah seseorang pemimpin itu dapat merealisasikan sesebuah idea serta gagasan yang hendak dibawa.

Lihat sahaja sebuah cetusan beliau iaitu Islam Hadhari gagal dilaksanakan atau tercemar kerana kegagalan beliau sendiri yang tidak melaksanakannya dan karisma yang tidak cukup kuat untuk membawa sebuah program yang sebesar itu. Atas dasar inilah saya menulis buku berkaitan Islam Hadhari yang membawa sebuah perspektif yang lain kerana saya merasakan ia adalah sebuah program besar Islam yang gagal difahami serta ditolak ekoran perbezaan politik semata-mata.

Maka atas dasar itulah saya sengaja melewatkan penerbitan buku tulisan saya itu agar pembaca dapat membetulkan persepsi bahawa buku tersebut adalah untuk propaganda politik pemerintah semata-mata tanpa melihat isinya.. Insya Allah saya akan percepatkan penerbitan buku itu secepat mungkin lebih-lebih lagi setelah pengumuman Pak Lah tidak akan bertanding dan mengikis persepsi bahawa Islam Hadhari adalah milik mutlak Pak Lah sedangkan saya ulangi sekali lagi: Islam Hadhari Adalah Islam !....tunggu...

5 comments:

nur ilhami said...

salam.

1. saya memang menunggu buku itu terbit, untuk meneliti perspektif anda tentang islam hadhari.

2. sementelah dulu anda selalu menulis tentang maza, dan kini beliau mahu 'berhenti' daripada menjadi mufti, tidakkah anda ingin mengulas apa-apa. saya memang mengikuti pemikiran anda tentang kerancuan pemikiran maza itu.

wassalam.

PUREHADHARIST said...

Salam nur ilhami,

memang dah peringkat akhir pun proses penerbitan buku tu tapi tengah tunggu beberapa perkara lagi yang belum selesai lagi. Tentang Dr Maza memang akan disambung tulisan mengenai beliau cuma sekarang agak sedikit sibuk dalam urusan kerja, Inssya Allah akan disambung...

zoro said...

Ada naskah percuma ke bila diterbitkan nanti!

Anonymous said...

Apa maksud anda Islam HadHari akan terus hidup selepas Pak Lah berhenti jadi Imam..

Adakah anda sendiri mahu ambil alih sbb nampaknya Najib tak kan mampu.. dan tak ada mana-mana ustaz yang sudi merosakkan imej diri sendiri dgn mendokong sjsran sesat itu. Imam Firdaus Al-Hafiz pun mungkn tak minat.

Dream on Purehadharist.. yang lebih aula bertaubatlah.

PUREHADHARIST said...

Salam,

Nampaknya saudara masih tidak faham Islam Hadhari kerana itu saudara masih menganggap ianya ajaran sesat. Maka sewajarnyalah saudara bertaubat dahulu sebelum menyuruh orang lain bertaubat.

Popular Posts