Sunday, April 6, 2008

ISU NEGARA ISLAM : PAS MASIH BELUM CUKUP SYARAT.

Salam,

Pakatan Rakyat telah saya ulas dalam posting yang lepas di mana bakal menemui kebuntuan di antara 3 parti besar pakatan itu. ( sila rujuk posting yang lepas ).

Isunya apa? Ideologi. Negara Islam adalah isunya. PAS dalam pandangan saya tidak berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat bukan Islam dan Islam tentang konsep Negara Islam. Tidak berjayanya PAS boleh disebabkan samada PAS sendiri tidak mempunyai konsep yang jelas berkaitan negara Islam atau PAS sendiri tidak mempunyai keahlian dalam isu negara Islam yang menyebabkan tidak dapat membentuk satu konsep yang jelas.
Yang dimiliki PAS adalah semangat untuk menegakkan negara Islam dan sebagai slogan yang dilihat popular dalam era kebangkitan Islam. Berkaitan semangat, itu sesuatu yang mulia namun negara Islam tidak dapat ditegakkan semata-mata dengan semangat. Konsep negara Islam mestilah difahami oleh kepimpinan PAS sendiri sebelum dijaja di pasaran Malaysia. Apakah ilmu Ust Hadi sudah cukup? Apakah ilmu Ust Nik Aziz cukup? Apakah Dewan Ulama PAS mempunyai kemampuan mengemban tanggungjawab membentuk suatu konsep negara Islam yang jelas?
Sabar ! Bukan untuk niat saya meragui ilmunya ulama dan kepimpinan PAS. Bukan juga hendak merendah-rendahkan ilmu kepimpinan PAS. Namun kita harus sedar bahawa Islam ini bukan hanya berbicara soal hudud dan perlaksanaannya. Ia juga bukan sekadar membicara dan melaksanakan Islam di suatu negeri kecil di dalam sebuah negara Malaysia yang secara komparitifnya kecilnya dibandingkan negara-negara lain. Islam mempunyai konsep yang komprehensif dan harus dikuasai ilmunya terlebih dahulu sebelum perlaksanaanya. Apatah lagi dalam cita-cita menegakkan negara Islam dalam kepelbagaian bangsa,agama dan fahaman politik. Apakah sudah cukup syaratnya dan kalau mendakwa sudah cukup, apakah mekanisme yang digunakan untuk mengatakan sudah cukup? Apakah semata-mata lepasan Al-Azhar atau Universiti Madinah sudah cukup untuk mengemban taklif dan membentuk pemerintahan yang adil dan qist? Apakah sudah mempunyai PHD dalam hadis misalnya sudah cukup? Bagaimana dengan bidang syariah dan lain-lain? Apakah sudah ada mujtahid yang mampu menangani persoalan hukum hakam dalam Islam?
Persoalan-persoalan ini menjadi realiti apabila kita lihat wujud keraguan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya dari Karpal Singh. Ya, mungkin beliau tidak faham atau memang enggan untuk menerima sebuah negara Islam. Tetapi, apakah Karpal Singh berpendapat secara individu atau beliau sebagai jurucakap partinya menolak negara Islam. Apakah Anwar Ibrahim juga gagal memberikan penerangan dan keyakinan kepada DAP tentang negara Islam atau Anwar sendiri tidak berapa setuju dengan ide pembentukan sebuah negara Islam?
Inilah dia persoalan-persoalan yang mesti dijawab terlebih dahulu oleh PAS dan inilah juga diantara salah satu perkara-perkara yang harus diselesaikan dahulu oleh PAS sebagai persyaratan untuk menegakkan negara Islam. Kefahaman dan penerimaan rakyat adalah salah satu syarat untuk menegakkan negara Islam. Bila persyaratan tidak mencukupi maka kewajipan itu gugur. Ini bakal mengundang polemik dikalangan umat Islam era ini....Antara Semangat Islam dan ketidakfahaman Islam...
Mungkin juga boleh diselesaikan dalam Program Islam Hadhari....yang pure yang kemungkinan ada persamaan atau tidak dengan Islam Hadhari yang dipelopori Pak Lah..oh lupa...atau Hadharah Islamiyyah Ust Hadi.
Apa ada pada nama ?

5 comments:

Ibn Ali said...

cuma 1 nasihat saya untuk org2 yang gemar mencapap dan ingin menjadi hero dalam setiap bidang. rujuklah pada orang yang ahlinya dalam sesuatu bidang. kamu bukanlah lepasan fpi maka lebih baik kamu takuti apa yang kamu lakukan membawa orang terus menyokong kesesatan atau kembali kepada kebenaran.janganlah terus menerus menjadi lembu untuk organisasi sekular. akan ada pahlawan-pahlawan yang jujur akan menentang. :) nasihat seorang blogger kpd blogger.

PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali,

Saya terima nasihat saudara cuma saya tidak boleh menerima pemikiran yang menghalang seorang Islam berbicara tentang konsep Islam. Ini pemikiran yang jumud dan terkebelakang.Untuk menjadi hero dalam setiap bidang? Sebenarnya bukan menjadi hero, tetapi menjadi well-educated and well-informed dalam setiap bidang itu adalah digalakkan dalam Islam. Soal apakah layak atau tidak? Kenalah uji dan challenge dulu setiap yang saya tulis.(saya pun pahlawan jugak...he...he..)

Saudara, spertimana yang saya tulis sebelum ini, berdasarkan pada sebuah hadis yang membawa maksud, jangan dengar siapa yang berkata, tetapi apa yang dikata. Jadi, hak saya mengeluarkan pandangan berkaitan Islam jangan dipersoalkan, yang semestinya dilakukan ialah jika saya benar membawa kesesatan, maka betulkan saya. Yang saya lakukan ialah taklif, iaitu memberikan sebuah konsep Islam yang saya lihat dilupai oleh kebanyakkan kita disebabkan keghairahan untuk melaksanakan Islam dalam bentuk negara. Sekali lagi, yang saya persoalkan apakah kita sudah cukup persyaratannya, bukan tidak mahu kepada negara Islam ! Faham!

Kita jangan seperti anak-anak kita, ketika mengunjungi theme park, ada permainan yang bersyarat iaitu dari segi umur dan ketinggian, kalau tak cukup umur dan ketinggian tidak dibenarkan main walaupun keghairahannya untuk bermain begitu tinggi, tetapi tetap tidak cukup syarat. Ini Islam. Ini persoalan negara Islam, bukan soal mainan.Bukan juga slogan semata !

Sekali lagi,baca dulu tulisan saya semuanya, baru kita "berpencak" digelanggang ilmu. Bukan untuk lihat siapa yang menang, tetapi kita lihat langkah siapa yang tepat dan betul dan kita sama-sama menerapkannya untuk melangkah terus kehadapan.Kalau tiada hujjah, jangan cuba masuk gelanggang ini, dan jangan mudah melontarkan kata-kata kesat kepada sesiapa pun.

Yang hendak saya katakan, jangan menjadi lembu cucuk hidung, akal tak digunakan, tenaga diperah, cukup masa, kena sembelih...

Ayuh ! pahlawan-pahlawan yang jujur! Blogger ini perlukan nasihat-nasihat kamu untuk sama-sama mencari kebenaran.

Insya Allah...

Ibn Ali said...

em. panjangnya.saya menyanjung tinggi idea saudar.cuma saya berpendapat saudara kena ada seorang murabbi la.jika tidak jika saudara masih berkelakuan seperti kasim ahmad akan ada padahnya untuk ummat muhammad yang awam yang cuma mengerti hitam dan putih dan tidak mengetahui kelabu ungu dan indigo.saudara nak ke mati dalam membuka idea kesesatan untuk ummat?

PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali,

Semalam macama Astora Jabat, hari ini macam Kassim Ahmad....Terlalu cepat buat judgement. Di mana idea kesesatan yang saya bawa? Tunjukkan dan bahaskan secara ilmiah. Kalau tidak mampu, jangan tuduh orang sesat, tidak takut ke akhirat esok saya tuntut pulak? So be rasional ! Kalau sesat dimana sesatnya? Saya terima dengan hati yang terbuka. Memang subjek ini jarang dibincangkan hatta mereka yang nakkan negara Islam. Itulah kita, dan kelemahan inilah yang membuatkan Barat meperkotak katikkan kita. Murabbi yang utama Al-Qur'an dan Hadis. Akal juga berperanan kerana itu juga yang dituntut di dalam Al-Qur'an. Saudara tidak usah khuatir. saya juga merujuk kepada murabbi sebelum mengeluarkan pendapat. Cuma kena adil dengan saya, buktikan dimana tidak betulnya dan kita bincangkan....saya tunggu murabbi-murabbi masuk dalam perbincangan ini....

Abu Umar said...

salam purehadharist,

Saya menghargai segala kritikan saudara. Memang ada benarnya kritikan saudara walaupun sesekali agak pahit untuk diterima terutama oleh kami yang bergiat secara langsung dengan gerakan islam. Sememangnya politik itu bersifat dinamik dari segi pendekatannya.

Gerakan Islam sentiasa mencari kaedah-kaedah terbaik untuk diguna pakai. Jika hari ini, bersama pakatan rakyat mungkin yang terbaik, esok lusa belum tentu.

Popular Posts