Friday, May 2, 2008

JEMPUTAN UNTUK BERDISKUSI BERKAITAN ISLAM HADHARI

Salam,

Setelah beberapa kali menulis berkaitan Islam Hadhari ini dan ditepi-tepi blog ini juga ditulis pendirian saya berkaitan Islam Liberal, negara Islam dan sebagainya, saya terpanggil untuk lebih membuka lagi perbincangan berkaitan Islam Hadhari dari segi konsepnya ! Bukan perlaksanaannya atau Pak Lah sebagai pelopornya.

Untuk itu saya, harap perbincangan diadakan setelah mengikuti tulisan-tulisan saya yang lepas-lepas atas topik yang berkaitan agar tidak membangkitkan perkara-perkara yang sama.

Silakan...

16 comments:

Anonymous said...

salam...
hang xg dgr ehwal islam baru2 ni kt selangor...

Hadhari apo..

Anonymous said...

diskusi mcm ni xbest..wat debat mcm mufti perlis ngan astora jabat..siap wat vcd..sume org leh nilai...ke guane?

Anonymous said...

Tuan,

Bagaimana konsep pemikiran islam sewaktu zaman kegemilangannya di Madinah, Alandalus & Bagdad.

ibnu bakr' said...

salam,

saya rasa sudah cukup bagi saya setelah merujuk dari dr asri dan dari ceramah2 yang lain.

sekarang yang tinggal adalah saudara menerangkan kembali islam hadhari mengikut pandangan pakar2 agama atau saudara sendiri yang merujuk kepada pakar2 agama tentang kesalahan islam hadhari!

PUREHADHARIST said...

Salam semua,

Islam tetap gemilang sejauhmana umat Islam melaksanakan Islam seperti yang dikehendaki Allah bukan seperti yang kita mahu. Untuk itu, perlaksanaan Islam hendaklah sesempurna mungkin dan untuk itu juga perlu Nabi dan Rasul serta Khalifah atau Imam berada bersama umat Islam sebagai pemimpin.

Permasalahan yang timbul ialah, apakah umat Islam telah melaksanakan Islam secara sempurna? Apakah ciri-ciri kesempurnaan Islam itu? Apakah dengan tertegaknya negara Islam seperti yang diperjuangkan oleh sebahagian umat Islam? Atau terlaksananya Islam mengikut kemampuan umat Islam pada satu-satu masa? Kesmpurnaan Islam adalah apabila ia menepati tujuan penciptaan makhluk Allah iaitu mengabdikan diri kepada Allah. Caranya? Kalau negara Islam, negara Islamlah jika cukup persyaratan jika tidak wajib mencukupkan syarat dan terus menerus menuju ke arah kesempurnaan dengan melalui proses ta'lim dsn tarbiyah.

Sebagaimana yang telah saya tulis berkali-kali bahawa Islam Hadhari dari segi konsepnya adalah betul dan jika tidak, dimanakah silapnya. Seperti dalam blog ini, saya telah juga berkali-kali menerangkan apakah konsep Islam Hadhari namun yang tidsak bersetuju ada beberapa kategori:-
1) menolak dengan mengaitkan dengan Pak Lah sebagai individu dan kegagalan perlaksanaannya.
2) menolak begitu sahaja tanpa mahu berfikir
3)menolak kerana ramai yang menolak
4)menolak kerana ikut ulama yang menolak

Persoalannya:-

DENGAN APA SAHAJA ALASAN UNTUK MENOLAK, SEKALI LAGI PERTANYAAN SAYA, PENOLAKAN ITU BERDASARKAN KEPADA APA? DI MANA SILAPNYA? ATAU APA?

Dan Ibnu Bakr juga mahu menolak tetapi bersandarkan kepada Dr Asri dan balik semula menyuruh saya memberikan penerangan berkaitan Islam Hadhari. Yang telah saya tulis pun belum terjawab dimana silapnya, ini bertanya lagi!Dan apa yang saudara dapat dari Dr Asri tentang Islam Hadhari? Saya nak tahu juga selain dia kata Islam Hadhari jenama dan sebagainya (rujuklah tulisannya), apa lagi yang tidak betulnya Islam Hadhari menurut Mufti Perlis yang seorang ni?

Saya sedia menunggu.....Islam Hadhari Adalah Islam...

Anonymous said...

Bagaimana konsep islam para sahabat? apakah islam mereka berkonsepkan islam hadhari? Apakah perbezaan pendapat antara Muawiyah dan Ali kerana pemahaman terhadap islam hadhari.

Anonymous said...

salam
dalam pandangan saya islam hadhari adalah islam tapi disampaikan kepada manusia dengan cara dan metoda berbeza kerena melihat masa (zaman) dan tempat (makan) yang berbeza...
untuk alasan inilah islam yang disampaikan di zaman rasulullah akan sama dengan Islam sekarang tapi tentulah tidak akan bijak kalau disampaikan kepada manusa dengan cara yang sama sebagaimana agama islam disampaikan kepada orang arab dan a'rab pada masa itu.

islam telah sampai pada zaman dimana kejahlan sudah memilki warna dan kwaliti yang berbeza sehingga Islam yang turun pada rasulullah itu perlu disampaikan dengan kemasan kekinian yang kemudian dinakan islam hadhari..

juga kemudian dilaksanakan dengan baik sesuai dengan konsept yang tidak melanggar dengan Islam nabi Muammad...sehingga jadilah dia Islam Hadhari

hanif_m_noor said...

Assalamualaikum,

Islam Hadhari? Ape tu? Apa perlunya istilah itu dibuat? Ana bimbang kesan negatif pada orang yang jahil dalam agama, tentunya tiada masalah bagi orang yang faham Islam seperti anda...orang yang menganggap islam itu adalah agama yang sama seperti agama yamg lain (pluralism)...cukupkah atau mampukah diperjelaskan kepada mereka tentangnya?

Soal usul seperti akidahpun tidak terjelas pada orang kebanyakan (malaysian), apatah lagi soal Islam Hadhari yang terlalu sukar perbahasannya...sehinggakan ahli agama dalam negara kita tidak habis-habis berbantahan...

apakah maslahahnya perwujudan istilah ini?

wallahu A'lam, ana hanya memberi pendapat sahaja...kerana segalanya daripada Allah, dan Dialah yang lebih memahaminya...

Wassalam

Anonymous said...

yg selalu dperkatakn anwar agen yahudi..yg penulis blog ni lak agen ape..??

agen Nasrani ker..haha..

Anonymous said...

assalamualaikum..

aku rasa hang ni keliru la.. hang dakwah ttg ahlul bayt dalam masa yang sama hang nak citer ttg islam hadari. nampak tak kena la cam ni. nampak keliru..

setelah berulang-ulang kali baca penjelasan hang still nampak penjelasan hang keliru..

wassalam

PUREHADHARIST said...

Salam Semua,

Apabila ada sesuatu istiah "baru" yang mengaitkan dengan Islam seperti Islam Hadhari, Islam Liberal, Islam Alternatis, Islam Amerika atau wujud pertubuhan politik atau NGO ang mengatasnamakan Islam, perkara utama yang harus kita perhatikan ialah konsepnya dan apa isinya. Istilah boleh apa sahaja tetapi apakah isinya? Sebagaimana mazhab pun ada pelbagai "jenama" Hambali. Hanafi , Shafie, Maliki dan Syiah namun kita menilanya dengan isinya atau konsep keseluruhannya. Betul atau tidaknya, tidak hanya tergantung kepada nama,jenama atau istilah yang dipakai atau siapa pelopornya.

Jadi, dalam mengkaji Islam Hadhari ini, saya berpendapat istilah itu tidak penting apatah lagi pelopornya Pak lah. Apa yang saya nampak adalah prinsip-prinsipnya yang 10 itu adalah sangat bagus dan komprehensif. Apabila saya mengajak untuk berdiskusi berkenaan dengan Islam Hadhari, kajilah dari segi konsepnya dan apa prinsip-prinsip yang diutarakan.

Namun demikian, sepanjang saya menulis berkaitan dengannya, tiada satu pun konsep atau prinsip-prinsipnya yang dapat dipersalahkan dengan hujah AQur'an dan As Sunnah. Yang ada adalah Pak Lahnya,perlaksanaannya dan dikaitkan pula dengan segala kebejatan di bumi Malaysia ini seperti rasuah,gejala sosial dan kadar jenayah dengan Islam Hadhari!

Oleh itu, kita hendaklah sedar kalau prinsipnya tidak salah menurut Islam malah tepat mengikut Islam maka kesemua kita bertanggungjawab atas perlaksanaannya mengikut kemampuan masing-masing walaupun tidak atas nama Islam Hadhari. Ingat! Islam Hadhari kalau tidak dapat dibuktikan salah menurut Islam maka ia adalah Islam. Sebab itu saya katakan Islam Hadhari Adalah Islam.

Maka, sejauhmana kita menepati Islam dalam berkonsep dan berprinsip, maka tidak kira dari mana kita datang, dari generasi sahabat, Ahlul Bait atau solofus soleh pun maka kita katakan ia adalah Islam dan jika konsep Islam Hadhari pula menepati Islam, maka ia juga Islam. Jangan terlalu prejudis ataupun phobia dengan istilah Islam Hadhari..ia cuma istilah...lihat isinya..

Kesimpulannya, mengapa saya mempertahankan Islam Hadhari, ia bukan kerana Pak Lah atau sesiapa tetapi ia adalah kerana isinya yang baik dan menepati Islam.

pedang.malam said...

Salam

Kepada hadharisejati yang dihormati..

Saya merasakan selagi saudara mempertahankan "pengistilahan" Islam Hadhari semakin itulah saudara hanya bersusah payah mejelaskan apa yang sudah sememangnya sebuah kekaburan.

Saya faham saudara seorang yang sangat mencintai islam hadhari kerana dari sudut pandangan saudara Islam Hadhari itu adalah Islam.Ditambah lagi dengan 10 prinsipnya yang pada saudara tepat dengan sifat Islam itu sendiri.saya tidak nampak keasliannya di situ..maaf

Seperti yang saudara kata:
"Jadi, dalam mengkaji Islam Hadhari ini, saya berpendapat istilah itu tidak penting apatah lagi pelopornya Pak lah"

jadi secara ringkas dan tidak perlu berhujah panjang lebar,kalau benar Istilah itu tidak penting maka di mana salahnya dibuang sahaja perkataan "hadhari" di sisi Islam itu? Senang..jadi apa yang akan kita bincangkan ialah nasib Islam dan bagaimana pula nasib penganutnya..khususnya orang melayu..ini lagi penting dari berbincang mengenai istilah Hadhari itu sendiri.

Ada baiknya saudara meneliti dan memahami Islam dari sudut Tok Guru Nik Aziz. Selama inipun slogan PAS di Kelantan "Membangun Bersama Islam" merupakan slogan yang tepat. Sebab sudah terbukti dari sudut sejarah bangsa kita yang Melayu ini maju dan dinamik kerana Islam.Lihat Karya Prof naquib sebagai rujukan.

Saudara mengatakan:
"Apabila saya mengajak untuk berdiskusi berkenaan dengan Islam Hadhari, kajilah dari segi konsepnya dan apa prinsipnya"

Saya merasakan jika saudara membaca karya-karya Prof naquib AlAttas seperti Islam dlm Sejarah dan kebudayaan Melayu,Risalah untuk kaum Muslimin,Islam and Secularism dan sebagainya semua ajakan perbincangan seperti di atas tidak akan timbul.Sebab prof naquib telah menjelaskan Islam dari sudut isi,konsep dan prinsipnya dengan pejelasan yang sangat jelas sehingga saya tidak nampak kerevelannya Islam Hadhari. Semua sudah terjawab.Malah saya Imam Khomaini,Tok Guru Nik Aziz, Allamah Thabathaba'i juga menjelaskan dengan penjelasan yang sama cuma lenggok bahasa yang sedikit berbeza dalam karya-karya mereka.

memang benar kita perlu bincang mengenai hal Islam secara terus menerus dan saling ingat mengingat sebab sifat manusia seperti kita ini pelupa(ghafil). Tapi tidak perlulah dibincangkan atas "jenama" yang baru. Guna nama Islam dan terus membincangkan kerelevannya di arus politik tanah air.

jika Islam Hadhari itu Islam dan Islam itu Islam Hadhari dari nabi Adam sampai nabi Muhd saaw jadi tak payahlah perkataan "hadhari" tu..Islam itu sudah sempurna sifatnya dan Islam itukan syumul..

Janganlah lagi asyik bermimpi dengan istilah,bangkit dan mulalah melangkah.Saudara tidak setuju dengan DSAI tapi saudara ikut sunnah DSAI,apa dia? Suka bincang istilah konon-konon ingin menegakkan konsep dan pelaksanaan.
Istilah bukan medannya sekarang ini. Islam sahaja sudah mencukupi..

Salawat

Anonymous said...

Salam,
Apa perlunya Islam Hadhari? Adakah kerana konsep dan prinsip Islam yang sediada tidak betul? Atau bercanggah dengan Islam itu sendiri.

Saya keliru dengan kenyataan saudara mengenai konsep dan prinsip Islam Hadhari. Jika ianya berlandaskan kepada Islam yang asal, kenapa pula saudara harus mengaitkannya dengan Islam Hadhari? Jika saya, guna sahaja konsep dan prinsip Islam yang sediada, yang telahpun lengkap selengkapnya dan perkataan Islam itu sendiri datang daripada Allah bukan ciptaan manusia. Adakah sama intan dan kaca?

Anonymous said...

Islam itu syumul..syumul,pastilah merangkumi semua,termasuk hadharah yang ditambah kat perkataan islam..ok,sekarang kita yakin islam adalah syumul,jadi buat apa kita tambah perkataan hadharah belakang islam tu??sebut islam sudah mencukupi,orang dh faham bahawa dalam islam ada hal2 kemajuan..islam hadhari??ape tu..saya kenal islam sudah cukup..sebab dalamnya ada semua termasuk hadharah..saya sebut islam sudah cukup,saya pegang islam sudah cukup sbab saya yakin islam itu syumul..saudara bagaimana??saudara YAKIN??kalau benar memperjuangkan islam,yakinlah islam itu syumul..sekarang tukar agenda pemikiran islam hadhari kepada ISLAM sahaja..apa pula yg islam hadhari tekankan dalam isu murtad??ketuanan melayu sahaja,ketuanan islam bagaimana??

Hafidzhoh said...

Assalamu'alaikum...

Ya benar kata saudara pedang malam bahawasanya Islam itu agama yg syumul..cukup lengkap buat seluruh alam dan dlm zaman ape jua sekalipn..

Saudara purehadharist mgkn perasan mazhab ada pelbagai "jenama" tp perasan x pd imam2nya y layak tuk diikuti..??

Mgkn Pak Lah tubuhkan Islam Hadhari ni utk menarik perhatian para Muslim.. Tp jgn lupe peranan Imam atau ketua dlm masyarakat harus dititikberatkan jg..Diri sendiri yg menjadi perhatian ramai dn mgkn jg dicontohi oleh segelintir puak harus dijaga dan diperelokkan lg...mulakan dr dlm keluarga..br la bole jd model tuk Islam Hadhari dn diikuti oleh yg lain..

Rasulullah s.a.w. dn sahabat2nya jg amat teliti dlm perlantikan ketua..krn ketua bperanan mbimbing yg jahil dn lemah..

Jgn la kite nk pening2kn masyarakat skg yg da ckup byk konsep bermain dlm fikiran..Ape lg yg xckup dgn Islam yg sempurna ni..?

Salawat

PUREHADHARIST said...

Salam,

Islam adalah syumul, yang membawa maksud segala hal yang diperlukan oleh manusia telah lengkap untuk menuju Allah telah lengkap. Tetapi dipihak manusia, Islam akan dilaksanakan semampu mana yang dapat dilakukan dengan situasi dan kondisi yang ada pada dirinya. Oleh itu, manusia akan hanya dapat melaksanakan apa yang mampu dilaksanakan dengan memilih dengan tepat apa yang akan dilakukan atas semua yang diperintahkan dan dilarang Allah.

Adalah kenyataan bahawa, umat Islam tidak dapat menjalankan semua aspek dari kesyumulan Islam, seperti perang "qital", menegakkan hukumah Islamiyyah, hudud dan...dan.. walaupun umat Islam berusaha untuk mencapai kesyumulan dengan keterbatasan yang ada sekarang ini.

Maka, kerana itulah usaha-usaha dari beebrapa umat Islam menggunakan Islam dengan keterbatasan tempat, keadaan dan situasi disekitarnya sehingga akhirnya dapat menjalankan makna syumul dengan keterbatasan yang sedang ada pada lingkungannya...
usaha dan program inilah yang sekarang dikenal sebagai Islam Hadhari oleh Kerajaan Malaysia dan saya bebrbicara dalam konteks prinsip-prinsipnya yang amat baik dan alangkah baiknya jika ia dapat dilaksanakan tidak oleh siapa termasuk Pak Lah yang mempeloporinya. Sebab itu saya sering sebutkan bahawa perlu ada garis pemisah antara konsepnya/prinsipnya,Pak Lah sebagai individu dan perlaksanaannya. Memang setiap konsep yang baik perlu dilaksanakan apatah lagi oleh pelopornya. Namun andaikata suatu konsep yang baik,apakah kita akan buang begitu sahaja dek hanya kerana pelopornya gagal melaksanakannya? Apakah ketika misalnya ilmu senjata nuklear yang dicipta barat akan kita buang dek kerana yang menciptanya orang bukan Islam? Penciptanya diposisi lain dan ciptaanya diposisi lain. Kita harus tahu membezakannnya. Mengapa Hadharah Islamiyyah yang dibahas Ust Hadi Awang tidak pula dikatakan tidak perlu menambahkan kata hadharah di depan sebab Islam dah syumul dan Ust Nik Aziz dalam prakata buku itu mengatakan " sedangkan Islam dari awal sampai akhir adalah bersifat Hadhari (bertamadun)?

Sdra2, saya juga berkeyakinan bahawa Islam adalah sempurna, tetapi keterbatasan manusia sekarang membuat Islam tidak dapat dijalankan dengan syumul,bukan kerana kerana Islam tidak adapat digunakan dengan syumul tetapi adanya berbagai keterbatasan yang ada pada diri mereka, keterbatasan tersebut dapat dimengertikan dalam politik, budaya, geografi, atau umat Islam dengan komunitinya tidak atau belum siap untuk menjalankan Islam dengan syumul...

Disinilah terjadi pemisah antara Islam yang syumul dan kesumulan dalam perlaksanaan. Jadi tidak salah kalau ada orang mencuba menggunakan Islam Hadhari sebagai satu istilah untuk satu program untuk mencapai kesyumulan, kerana kesyumulan itu tidak akan dicapai dalam satu masa atau satu langkah tetapi perlu banyak perkara dan program yang dilakukan agar dapat sampai pada matlamat Islam yang syumul....

Saya meyakini bahawa permasalahan istilah tidak penting, kerana memang permasalahan hakikatnya bukan pada istilah tetapi apa yang wajib dilakukan oleh program itu yang mustahak dibahas...bukan istilah Islam Hadhari atau nama Islam itu sendiri....kerana boleh jadi keduanya dapat disatukan...

Popular Posts