Sunday, March 23, 2008

MENGAPA MEWACANAKAN ISLAM HADHARI?

Salam,

Banyak komen dari tulisan saya ini yang berkaitan dengan Islam Hadhari yang ingin saya perjelaskan agar ianya lebih difahami bersama.

Mengapa saya katakan Islam Hadhari adalah Islam?

Dan mengapa timbul pertanyaan-pertanyaan seperti- "mengapa mewacanakan Islam Hadhari?"

Dan yang paling tragiknya ialah, setiap keburukan yang berlaku di dalam negara kita ini, pada ketika ini, umumnya terdapat suatu kenyataan memperlekehkan Islam Hadhari. Pembaca mungkin sering mendengar seperti ini, "inilah dia Islam Hadhari", "Pak Lah Al-Hadhari", kadar jenayah naik kerana Islam Hadhari, kadar rasuah naik pun salah Islam Hadhari."

Islam Hadhari Adalah Islam. Hadharah Islamiyyah pun adalah Islam. 10 prinsip yang ada di dalam Islam Hadhari pun adalah juga 10 prinsip di dalam Hadharah Islamiyyah. Tiada perbezaan di dalam istilah Islam Hadhari dan Hadharah Islamiyyah.

Yang berbeza adalah bagaimana kita mentakrifkan Islam Hadhari dan Hadharah Islamiyyah?

Dua pertentangan pendapat berlaku di antara Islam Hadhari yang dipelopori Pak Lah dan Hadharah Islamiyyah tulisan DS Hj. Abd Hadi dari segi takrif dan konsep yang di bawa oleh kedua-dua tokoh ini.

DS Hj Hadi mentakrifkan Hadharah sama seperti pandangan Barat iaitu terbentuknya "bandar" dan membuat kesimpulan bahawa di Madinah lah awal pembentukan hadharah kerana mengambil pengertian dari perkataan MADANA iaitu menetap atau bermukim di suatu tempat. Barat mengambil perkataan CIVILIZATION dari bahasa Latin CIVILTIS iaitu himpunan dua perkataan iaitu CIVIL yang beerti penduduk dan CITIES yang bererti Bandar yang bermaksud penduduk bandar.

Dengan berpegang pada pandangan inilah ianya bertentangan apa yang ada dalam pengertian Islam Hadhari iaitu sejak Nabi Adam a.s. lagi ia telah berhadharah iaitu bertamadun. Maknanya, sejak awal pengutusan Nabi dan rasul, Islam sudah berhadharah. Sebab itu Islam Hadhari yang saya mahu wacanakan ini adalah Islam itu sendiri kerana aslinya Islam dan dari Islamlah terbentuk hadharah. Kemudian daripada itu kita hendak meng"hadir"kan Islam (present time)ini pada setiapa masa termasuk pada masa kita ini yang kita berikan istilah Islam Hadhari. Oleh itu ia adalah Islam, dan bukan hak mutlak Pak Lah dan akan terus diperkatakan walaupun selepas era Pak Lah kelak.

Pembentukan bandar seperti yang diertikan oleh barat dan malangnya dipersetujui oleh DS Hj Hadi hanyalah salah satu eleman di dalam tamadun atau hadharah. Ini adalah kerana apakah jika seseorang itu yang bertauhid kepada Allah s.w.t namun ia berpindah randah (badwi) sebagai cara hidupnya ia kita katakan tidak berhadharah? Hadharah adalah berteraskan keimanan. Apabila beriman kepada Islam bererti ia telah berhadharah. Madinah Al-Munawarah bukan permulaan hadharah tetapi penyempurnaan hadharah pada zamannya. Hadharah telah bermula dengan bermulanya "program" Allah s.w.t dengan perlantikan Adam a.s.

Ini adalah sedikit sebanyak penerangannya. Kalau tak puas, saya bersedia menerangkannya lagi dan boleh kita diskusikan kelak.


Oleh yang demikian, yang berbeza di antara Islam Hadhari dan Hadharah Islamiyyah bukan dari segi kandungannya, kedua-duanya adalah Islam tetapi yang kelihatan berbeza apabila takrif hadharah Islamiyyah yang dibahas oleh DS Hj. Hadi Awang adalah mengikut acuan barat. Oleh itu, kita mempunyai kewajipan untuk menegurnya kerana acuan barat ini akan membuat kita melakukan kesilpan-kesilapan lain yang berkaitan dengan kefahaman Islam kita.

Islam Hadhari Adalah Islam dan tidak boleh dianggap sebagai suatu mazhab atau fahaman seperti wahhabi, salafi atau lain-lainya. Pelbagai mazhab dan aliran itu semua jika dapat memahani konsep Islam Hadhari ini, sebenarnya merupakan suatu yang amat besar ertinya.

Mengapa saya guna nama PURE-HADHARIST? Ini adalah kerana keinginan untuk mendapat gagasan pemikiran yang benar-benar mewakili pengertian Hadharah yang berdasarkan kepada acuan Islam. PURE disini bukan mendakwa diri ini Purehadharist tetapi pure itu adalah harapan saya untuk saya miliki...

8 comments:

separa sedar said...

terima kasih kerana jawapan..
saya akui usaha saudara dalam memperjuangkan islam hadhari..ia membuka hati saya untuk berada di kelompok saudara yang sentiasa mencari kebenaran..
saya tidak mahu menyentuh tentang mazhab..tp apa yg ketara sekarang ini adalah fahaman yang ada(present)...mungkin org seperti saudara,mungkin mampu untuk mengimplikasi islam yg ada,tapi apa yang terjadi di Malaysia tidak secantik yang digambarkan..perbezaan pendapat menyisihkan bangsa..perbezaan definisi(islam hadhari)pecahbelahkan agama..

wajarkah saya katakan islam hadhari (Pak Lah) adalah sekadar retorik politik?
keperibadiannya sekadar wayangan kosong kepada umat islam di Malaysia ini..

itu yang buat saya terkilan..dalam apa jua gagasan yang dibuat sedkit sebanyak berbaur politik..

PUREHADHARIST said...

Salam Separa Sedar,

Itu sebab saya selalu tekankan 3 hal yang harus diberi garis pemisah iaitu:-

1) Islam Hadhari sebagai suatu konsep (sedikit sebanyak telah saya tuliskan)

2) Pak Lah sebagai individu yang mempelopori istilah Islam Hadhari. (sudah tentu mempunyai kelemahan sebagai manusia biasa, namun berkaitan samada berretorik atau bermain wayang, well...masa yang menentukan)

3) Perlaksanaan Islam Hadhari.(samada sedang,telah atau akan dilaksanakan, berjaya/gagal dilaksanakan) semuanya itu tentunya tidak menafikan ianya suatu konsep Islam. Seperti juga Islam sebagai satu cara hidup, namun perlaksanaannya masih gagal dan umat Islam sendiri masih gagal mengikutinya secara utuh, tetapi Islam tetap Islam dengan kebenarannya.

Oleh yang demikian, Islam Hadhari atau Hadharah Islamiyyah mesti jauh dari tafsiran individu yang membawanya dan wajib dilihat sebagai suatu konsep yang berteraskan keimanan dan ketakwaan.

Selain daripada Islam Hadhari, politik juga tidak lepas dari sentimen serta persepsi orang ramai yang melihatnya sebagai sesuatu yang mewakili kenegatifan, ketamakan,berkepentingan peribadi dan lain-lain.

Insya Allah, doakan saya, kita akan cuba mengupas persoalan politik dari sudut Islamnya pula. Sebagai permulaan cukuplah saya katakan Islam itu politik, politik itu Islam, jadi dimana silapnya sekarang berkaitan politik? Tunggu...

T.kasih.

ibnu bakr' said...

Salam,
Saya agak tertarik dengan pendirian saudara mengenai islam hadhari. Jujurnya, saya antara salah seorang yang memandang serong terhadap islam hadhari kerana sehingga kini tiada siapa termasuklah pak lah tidak dapat meyakinkan saya bahawa 'islam' adalah sama ertinya dengan 'islam hadhari' yang diperkenalkan oleh Pak Lah itu sendiri.

Saya suka berterus-terang,saya tidak nampak Pak Lah adalah seorang yang layak bercakap tentang islam. Ini adalah disebabkan Pak Lah itu sendiri gagal dalam menuruti apa yang diajar oleh islam itu sendiri. Apakan pula memperkenalkan konsep baru.Malah selepas PRU12,beliau tidak lagi menekankan islam hadhari (dalam analisa saya)

Saya harap saudara memberi penjelasan tentang hukum islam yang tidak terlaksana iaitu hukum hudud.

Saya melihat 'islam hadhari' diperkenalkan atas dasar akur kepada ketakutan orang bukan islam terhadap islam, dan meletakkan kita, sebagai umat islam mencari jalan untuk menyedapkan hati mereka.Sedangkan orang bukan islam itulah yang sepatutnya akur dengan hukum yang dicipta oleh ALLAH,tuhan sekalian alam.

Sekian

PUREHADHARIST said...

Salam Ibnu Bakr'.

Suatu hukumah Islamiyyah itu memerlukan hukum, hakim dan pelaksana yang Islami. Adakah kita sudah cukup memahamkan umat Islam dan rakyat berkaitan hukum Islam. Adakah kita telah memiliki hakim syar'i yang menenuhi syarat syar'i.
Adakah kita memiliki kemampuan menjadi pelaksana hukum di bawah hukum dan hakim syar'i yang memenuhi syarat Islam ?. Apakah kita umat Islam di Malaysia telah memiliki institusi atau standad untuk mengatakan atau mengklasifikasikan bahwa seseorang itu telah memiliki kesempurnaan syar'i untuk memegang tugas syar'i?. Adakah kita memiliki institusi untuk menyatakan seseorang itu diiktiraf adil sehingga dia dapat dijadikan hakim syar'i?. Ada banyak pertanyaan yang perlu dijawab sehingga umat Islam memahami dengan baik duduk permasalahan hukumah Islamiyyah yang diinginkan oleh umat Islam secara khusus dan penduduk Malaysia secara umum serta warga dunia dalambentuk yang global.

Setiap kewajipan yang ada persyaratannya, perlu dipenuhi persyaratannya terlebih dahulu. Sebagai contoh, wuduk adalah sunnah namun untuk melaksanakan solat, wajib berwuduk maka wuduk sudah menjadi wajib.

Tiada wuduk, tidak boleh menunaikan solat. Persyaratn untuk perlaksaan hukum hudud perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum melaksanakannya seperti solat dan wuduk tadi.

Banyak lagi penjelasan tentang perkara ini tetapi Insya Allah di lain masa yang sesuai untuk saya menulisnya.

wasalam.

ibnu bakr' said...

Salam,
Terima kasih atas jawapan saudara..

Berterus-terang,saya kurang berpuas hati dengan jawapan saudara.Jawapan tersebut mengandungi 1001 alasan.

Kali ini saya meletakkan kepercayaan terhadap saudara.Saya bayangkan saudara dapat meyakinkan saya pada penulisan saudara yang akan datang. Jangan hilangkan kepercayaan saya ini.

Saya mengakui saya bukanlah seorang yang hebat dalam membicarakan islam secara mendalam.Tapi sedikit sebanyak saya berharap dapat berkongsi ilmu bersama saudara.Insya-ALLAH...

PUREHADHARIST said...

Salam Ibnu Bakr',

Sebenarnya saya sedang dalam proses terakhir mengedit buku tulisan saya berkaitan Prinsip-prinsip Islam Hadhari: Satu Perspektif. Ianya mengambil 10 prinsip Islam Hadhari Pak Lah tetapi dikupas mengikut perspektif saya dan semestinya berlandaskan Al-Quran. Memang akan ada perbezaan dari perbahasannya. Ingat! jangan prejudis, ianya bukan hakmilik Mutlak Pak Lah. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini Islam Hadhari Adalah Islam (sila rujuk tulisan serta jawapan saya sebelum ini ttg perkara berkaitan).

Saya juga sedang menulis sebuah buku menjawab buku Presiden PAS Ust DS Abd Hadi Awang yang saya beri tajuk " Islam Hadhari Adalah Islam - Meluruskan Pandangan Buku Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari (HIBIH). Di antara yang dibincangkan ialah Isu Negara Islam dan juga hukumah Islamiyyah. Islam mestilah berkuasa di dalam sesebuah pemerintahan tetapi ketika semua persyaratannya dipenuhi, ketika persyaratan tidak terpenuhi maka kewajipan umat Islam adalah menyempurnakan persyaratannya. (perhatikan saya tidak kata menjalankan hukum Islam tidak wajib tetapi perlu penuhi dulu persyaratannya).

Di dalam sebuah pemerintahan, terdapat hukum dan hakim serta rakyat atau umat. Setiap satu daripadanya merupakan persyaratan antara satu dengan lain. Jika suatu pemerintahan itu tidak ada hukum dan jika ada , ia tidak akan menjadi adil tanpa hakim yang adil dan tanpa hakim yang adil pula rakyat tidak akan menerima hakim yang zalim dan rakyat pula tidak boleh dizalimi jika tidak tahu berkenaan hukum dan ia juga akan menyebabkan perlaksanakan hukum yang salah dan menyeleweng dengan perlanggaran hukum yang ada akibat kejahilan rakyat.

Kalau hukum ada tetapi tidak adanya hakim yang memenuhi syarat syar'i maka sebelum terjadinya kezaliman dalam melaksanakan hukum dengan mengatasnamakan Islam, umat Islam berkewajipan (fardhu kifayah) untuk menjadi alim dan adil. Di dalam Al-Quran surah Taubah ayat 122 - Ayat ini menunjukkan betapa pentingnya belajar tentang pengetahuan agama sehingga mahir dengan ilmunya agar dijadikan benteng dari musuh.

Nanti boleh sambung lagi..banyak lagi ini baru sikit di ambil dari buku saya itu.

Anonymous said...

Saya rasa penulis cuba untuk mengaplikasikan kaedah fiqh 'ma la yutimmu alwajib illa bihi fahua wajib'. Tetapi saya fikir konteks yang yang hendak dibawa tidak kena.

PUREHADHARIST said...

Salam saudara,

Sila nyatakan kat mana yang tak kena. Boleh didiskusikan.

terima kasih

Popular Posts