Monday, April 14, 2008

BUKAN HANYA NEGARA ISLAM, SEMUA PERKARA BERSYARAT !

Memenuhi syarat adalah satu keperluan kehidupan yang natural dan rasional. Sehinggakan kita boleh katakan semua perkara perlu ada syarat dan semua perkara pasti ada dalam syarat, yang tidak memerlukan syarat hanya Allah S.W.T semata. Maka semua memerlukan syarat, kerena semua akibat bersyaratkan sebab...semua keberadaan akan ada dengan bersyaratkan keberadaan sebelumnya...hanya Allah yang tidak begitu, dia Awal dan tidak ada awalnya...
Perlaksanaan syariat memerlukan syarat, sebagaimana menjadi muslim bersyaratkan syahadatain. Maka perlaksanaan semua amal pasti bersyarat, seperti amal seorang (muslim) bersyaratkan bulugh (baligh), seorang baligh menjadi syarat sahnya amal, ketika belum baligh maka amal apapun yang dilakukannya tidak bernilai, tetapi bila sudah baligh maka nilai dari perbuatannya sudah ada...Tanpa adanya syarat maka akan terjadilah kezaliman pada setiap amal, kerana keadilan hanya diperolehi ketika persyaratan perlaksanaan terpenuhi pada satu amal...
Amal yang dilakukan umat Islam, apa pun namanya BOLEH dinilai, begitu juga Islam Hadhari, maka pertanyaan pertama untuk Islam hadhari adalah apa kah ianya telah bersyaratkan Islam?. Baru dipertanyakan hal yang lain, seperti apa yang perlu dicukupkan untuk menjalankannya...Begitu juga negara Islam, negara yang bagaimana sehingga memenuhi persyaratan sehingga dapat dikatakan ia sebuah negara Islam? Baru dipertanyakan apa yang diperlukan untuk mendirikannya sehingga Islam dapat ditegakkan dan terjaga?....PernahkaH kita berfikir, adakah sesuatu (selain Khaliq) yang dapat wujud tanpa syarat...tidak akan ada...dan tidak hairan sebahagian besar persyaratan pun kadang kala bersyarat pula...seperti solat bersyaratkan wudhu dengan air dan wudhu bersyaratkan air yang suci dan mensucikan..dan inipun bersyaratkan ianya tidak boleh hasil curian...
Fikirkan lagi...Islam bukan berat tetapi tertib dan benar...mengikutinya adalah satu kemudahan hidup untuk sampai pada kebahagian dunia dan akhirat.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

apakah misi islam hadhari untuk membentuk negara islam?

Anonymous said...

Hello brader,

Topic agak berat untuk dikomen, maklumlah belajar sampai darjah 4 sekolah tambatan. Walau macam manapun, syabas kerana setidak-tidaknya membuka minda para pembaca untuk memikirkan satu isu penting yang amat jarang diperbahaskan dewasa ini di dalam blog anda.

Susah jugak nak tubuh negara Islam kalau macam ni. Islam itu indah tapi malangnya banyak perbalahan berlaku sebaik sahaja wafatnya Nabi Muhammad iaitu perubahan demi perubahan dilakukan demi mencapai kehendak dan citarasa pemerintah pada ketika itu.

Apa yang terjadi sekarang ni tak banyak bedanya dengan apa yang telah berlaku terhadap Islam pada satu ketika dulu. Islam kita adalah Islam yang hendak diturunkan dan dipercayai oleh kuasa pemerintahan negara kita pada ketika ini. Oleh itu kita perlu mencari jalan untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang berlandaskan Islam agar kita tidak menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Untuk itu, semua negara-negara Islam perlu bersatu dan wujudkan satu sistem pemerintahan Islam global yang diterima umum oleh semua masyarakat Islam agar Islam terus teguh dan disegani dunia. Baru lah kita tidak dikotak-katikkan oleh Israel dan kuasa-kuasa Barat.

Demi Islam kita perlu bersatu. Masyarakat Islam boleh bersatu demi kepentingan agama Islam dengan mengenepikan masalah berlainan mazhab, politik dan bangsa. Boleh apa brader, apasal tak boleh! We muslims are Brothers and this will be our good weapon to get the job done, dengan tidak mengabaikan syarat-syarat yang saudara bincangkan selama ini.

Anonymous said...

salam.
memang kebanyakan muslimin menginginkan Islam itu berjalan sebagaimana dia mau, tampa melihat bagaimana Islam wajib dilaksanakan sebagaimana Islam mau, sebagaimana hendakkan ia berjalan...

betapa bahagianya kalau kia menyelesaikan tugas muslimin semaksimal yang diketahuinya, tapi betapa bahayanya ketika Islam dijalankan sebagaimana diketahuinya. maka kan sangat jauh bezanya ketika kita berhati hati melaksanakan Islam sebagaimana kehendak Islam bukan sebagaimana kehendak kita...

Islam Hadhari sudah anyak tertinggal jauh, atau mengkin lebih baik dikatalan sudah ada jarak antara konsep dengan pelaksanaan Islam.

kalau boleh berpendapat mungkin Islam hadhari tidak bermatlamatkan pada negara Islam yaitu negara Islam sebagaimana di"tassawur"kan oleh PAS, tapi Islam Hadhari sendiri sudah mewakili nama satu system yang Islami sehingga dapat juga memiliki makna sebagaimana negara Islam...

kemudian apa misi Islam Hadhari untuk itu, maka semunya telah tertulis dalam prinsip yang ada...
maka pertanyaannya sejauh mana Islam Hadhari telah berjalan diatas prinsipnya, inilah juga pertanyaan yang bermakna sama dengan pertanyaan tersebut...

Islam Hadhari akan menjadi konsep kosong kalau tidak dijalankan apatah lagi mengatas namakan Islam...
maka nasehat saya pada mereka yang mengimani Islam Hadhari sebagai Islam, maka wajib baginya untuk melaksanakannya segera apa yang menjadi ssuautu yang sudah diyakininya sebagai kebenaran...
bukankah Islam Hadhari sendiri hendak melihat hasilnya sebagaimana kerinduaan muslimin lain untuk menikmati hasil dari satu cita cita...

PUREHADHARIST said...

Salam para pemberi komen yang budiman dan ilmuan,

Ketika saya dilihat sebagai cuba mempertahankan konsep Islam Hadhari ini, saya tidak sedikitpun merasa ianya seperti mempertahankan sesuatu yang tidak syarii semata-mata ia telah menjadi pendapat umum bahawa Islam Hadhari gagal dan menjadi penyebab akan kebobrokan yang berlaku di Malaysia sehinggakan kenaikan kadar jenayah, berleluasanya program-program hiburan di media dsbnya dikatakan angkara Islam Hadhari! Oleh kerana itu saya beberapa kali menegaskan perlu ada garis pemisah ( ruj posting2 terdhulu) antara konsep dengan yang lain dari konsepnya. Apakah logik prinsip pertama keimanan dan ketakwaan sebagai penyebab kenaikan jenayah misalnya. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila orang membuat sesuatu yang tidak islamik tetapi dia mengaitkan dengan Islam Hadhari (ruj kenyataan pengarah filem Akhirat).Kita pun terikut sama...

Apakah misi Islam Hadhari untuk membentuk negara Islam? Jawapannya sebagaimana dalam salah satu komen di atas, ia bergantung sejauhmana prinsipnya dapat dilaksanakan. Kesepuluh prinsip Islam Hadhari saya lihat telah mencakupi hal-hal yang diperlukan dalam sebuah negara Islam cuma bentuk negara Islam yang bagaimana? Apakah yang di"tasawurkan" PAS? atau apa?

Semuanya bergantung kepada terpenuhnya persyaratan yang telah ditetapkan. Maka misi awal Islam Hadhari adalah ta'lim dan tarbiyyah sehingga umat Islam berilmu dan beriman dengan sebenar-benarnya.

Popular Posts