Tuesday, April 22, 2008

MENGENALI BLOGGER PENGKAGUM SALMAN RUSHDIE

Salam semua,

Berikut ini saya petik sebahagian dari polemik yang berlaku antara saya dan blogger pewaris reformasi di dalam blog Khalid Jaafar bekas su akhbar Anwar dan penulis buku Tumit Archilles. Layarlah blognya untuk tahu aliran pemikirannya...ini petikan tulisan saya itu...


HINA NABI SALMAN RUSHDIE MURTAD !.

Di dalam Al-Qur'an surah At Taubah ayat 61."Di antara mereka (org-org munafik) ada yg menyakiti Nabi dan mengatakan: "Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: " Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepad Allah, mempercayai orang-orang Mu'min, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan org-org yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih.

Ayat 63 At Taubah pula, "Tidakkah mereka (org-org munafik itu) mengetahui bahawasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah baginya, dia kekal di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.

Ayat 64 At Taubah. "Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan RaslNYa). Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu.

Ayat 65 At Taubah, "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja",. Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNYa dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?

"Ayat 66. At Taubah : Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka taubat), nescaya kami mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.

Ayat 57 Al Ahzab : Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul NYa, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan.Salman patut dihukum bunuh kerana menghina Rasul dan murtad dan ini ada di dalam hukum hudud.

Di dalam Qiss juga boleh sampai kepada hukuman mati ( Al-Baqarah 178) dan ayat 179 dinyatakan, " di dalam qisas ada (kelangsungan) kehidupan bagimu wahai Ulil Albab kalau kalian bertakwa...Hukum Islam bertujuan untuk menjaga kelangsungan kehidupan bukan tidak menghargai akan nyawa manusia. Ia umpama tindakan doktor memotong anggota badan yang jika tidak dipotong akan memudaratkan keseluruhan tubuh. walaupun kerja memotong anggota badan kelihatan suatu perbuatan yang sadis! Begitu juga ketika adanya kerosakan di dalam tubuh masyarakat maka perlu dibuang dari tubuh masyarakat itu kerana jika tidak, akan lebih merosakkan lebih banyak lagi.

Saudara, obses tidak kena pada saya dalam hal ini. Takpe kalau itu yg sdra menilai saya, Alhamdulillah saya bangga untuk dikatakan obses untuk merasa terpukul apabila penghina nabi seperti Salman dipuji saudara. Saya melihat Salman dan novel-novelnya adalah suatu kesatuan pemikiran. Saya tidak pisah-pisahkan antara satu karya dengan karyanya yang lainnya kerana dengan karya yg satu itu sahaja, sudah cukup untuk saya "kahakkan" yang lainnya walaupun dinikmati oleh Khalid Jaafar apatah mempromosikan di dalam blog ini ( satu lagi bentuk penghinaan kepada Rasulullah apabila mengenengahkannya)

Sdra tidak perlu minta maaf kpd KJ kerana semakkan blognya ini sebab memang tulisan ini untuk saudara, dia dan peminat-peminatnya. Salman tidak hanya layak dihina semata-mata kebodohannya dalam mengambil sumber! Sdra akui kehebatannya, Anwar kata dia profound writer, Khalid Jaafar kata kita mesti jadi warga jagat kalau mahu menghargai karya Salman, aduh! Dia telah hina Nabi Kita, Dia telah hina Islam dan penghinaan itu menyebabkan dia murtad!Sayang sekali ia hanya dilihat sebagai bodoh mengambil sumber.

Sayang ramai orang tidak berfikir atau tidak terfikirkan kerana ayat-ayat ini datang dari "buku usang" yang bernama Al-Qur'an. Tetapi mereka merasa telah jauh berfikir dengan mengikuti filosuf yang dianggap menyelamatkan pandangan ramai orang....logika ini sudah lama dan berjalan terus dalam menghadapi Islam...sekarang dikonsumsi oleh Islam Liberal...dengan liberalnya dia merasa telah membebaskan manusia dari keterbelengguan tradisonal...iaitu agama...kerana kiblatnya barat yang tidak beragama....



PELIK ! SASTERAWAN ATAU PEMIKIR YANG SEPATUTNYA HALUS HATINYA, MENJADI BATU DAN BUTA HATINYA OLEH KARYA YANG MINIMAL ADA KEMUNGKINAN MENGHINA KITAB YANG SUCI DAN PENUH KEHALUSAN.Semakin jelas siapa KJ-Khalid Jaafar. Wajarlah Anwar juga begitu.

14 comments:

Anonymous said...

Saya telah membaca komen-komen saudara dalam blog tersebut dan saya ucapkan syabas kepada saudara kerana berjaya mempertahankan apa itu kebenaran dan tuntutan agama dalam menangani isu jelmaan syaitan yang bergelar Salman Rush-die (namapun nak cepat mampus tapi tak mampus-mampus pasal ada segelintir manusia yang juga nak mampus macam si setan tu mendoakan kesejahteraan beliau dan kagum akan kebolehan beliau dalam berkarya walaupun ada karyanya yang bertentangan dgn Islam dan menghina Nabi).

Bukan mudah untuk mengubah pendirian seseorang apatah lagi bila mereka sudah taksub terhadap sesuatu perkara. Apa nak buat, saudara telah menjalankan kewajipan saudara dengan memberikan penjelasan secara panjang lebar dan lengkap dengan hujah serta terjemahan kitab suci Al Quran. Kalau itu pun masih tak paham, harap-harap kat akhirat kelak mereka dapat bertemu muka dengan Salman, idola mereka bagi mendapatkan restu dan syafaat daripada beliau - eh nak masuk mana ek! Lu pikir lah sendiri - zoro

ibnu bakr' said...

Salam,

tak sangka saudara akhirnya dapat berhujah dengan ayat Al-Quran, tapi bukan untuk menerangkan tentang islam hadhari!

sejauh mana yang saudara tahu tentang salman rushdie?sudahkan saudara menyelidiki salman rushdie?adakah maklumat ini cuma hasil natijah orang lain dan bukan saudara sendiri?

saya bukan tidak mahu menghukum salman rushdie. tapi sehingga kini saya masih tidak mengetahui apakah benar dakwaan mengenai itu sehingga saya memnyaksikan sendiri dengan mata saya sendiri.

janganlah menjadi sebahagian orang, yang memboikot barangan belanda secara membuta tuli. tapi boikotlah dengan nas sebab atau pendirian sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain. saya sendiri sudah menonton filem 'fitna' sehingga habis dan mendengar penjelasan Geert wilders dalam wawancaranya, mengapa dia bertindak sedemikian.

seperti juga saudara, apakah saudara merasakan bahawa tindakan saudara sudah menunjukkan bahawa saudara sangat mempertahankan kesucian islam? atau dengan kata lain sudah melepaskan tanggungjawab untuk menerangkan dan membantah tentang perkara ini?

adakah saudara benar2 merasakan bahawa saudara di pihak yang benar?

selidiki ayat yang saudara kemukakan. sejauh mana saudara memahami ayat2 tersebut. adakah saudara mengeksploitasi ayat al-quran untuk tujuan ini? untuk menyatakan bahawa saudara adalah di pihak yang benar?

saya bukanlah seorang penyokong anwar, sepertimana yang saya cakap sebelum ini, saya berpendapat bahaw a anwar tidak ada bezanya dengan paklah atau mahadhir. jika beliau memerintah malaysia, sayalah orang pertama akan menentang beliau sekiranya dasar negara islam tidak dilaksanakan sebagaimana yang berlaku di malaysia sekarang. dan saya tidak ada keyakinan bahawa anwar akan menuruti kehendak pas untuk menubuhkan negara islam.

apa yang ingin saya katakan, bagaimanakah saudara dengan bersahaja, melibatkan anwar dalam hal ini, sedangkan yang membicarakan tentang salman adalah khalid jaafar.

seperti mana yang saya katakan, jangan terburu2 untuk menghukum anwar, sehingga sekarang, saya masih tidak menemui kenyataan yang menyatakan anwar berkata bahawa salman adalah profound writer. yang saya tahu sumbernya adalah daripada seorang penulis yahudi!dan yang menghairankan saudara mempercayai bulat2 apa yang diperkatakannya.

saya juga meneliti anwar. dimana dia tidak besifat defensif dalam hal ini. seolah2 mengiakan apa yang berlaku. tapi jikalau anwar memberi kenyataanpun, saya terus-terang masih tidak mempercayainya dalam menyelesaikan isu negara islam.

bagaimana pula dengan saudara sendiri? yang mengagungkan islam hadhari? tidakkah saudara tahu sebahagian ulama' akan mengunakan ayat quran yang sama untuk memperihalkan orang2 yang menegakkan islam hadhari?adakah islam hadhari benar2 mengikut syariat islam?

sila jawab persoalan islam hadhari...jangan nak lari topik pulak!

PUREHADHARIST said...

Salam Ibnu Bakar,

Saya rasa saudara juga seperti perwaris reformasi yang semata-mata hendak mempertahankan Anwar sanggup menafikan kebejatan Salman si penghina Nabi dan saudara pula yang saya teliti melalui tulisan saudara, semata-mata menolak Islam Hadhari sebagai suatu konsep Islam juga sukar menerima perihal Salman ini.

Saya tidak tahulah dari mana saudara dapat fakta yang mengatakan Anwar puji Salman sebagai profound writer melalui penulis yahudi? Sebenarnya kenyataan Anwar ini sangat mahsyur ketika ianya dikeluarkan. Mungkin saudara masih berhingus atau belum mengikuti perkembangan dunia lagi pada masa itu. Saya menontonnya melalui vcd dan kalau tidak silap saya ianya hasil interview BBC melalui siaran hard talk. Rata-rata mereka yang berumur 40an ke atas dan mengikuti perkembangan Anwar maklum tentang perkara ini.

Saudara masih tidak faham dan tidak mahu faham, kita dah bincang panjang lebar tentang hal ini.

Sekarang saya tanya saudara, kalau saya jawab nanti saudara kata saya mengeksploit Ai-Qur'anlah atau nak tunjuk saya benar, Sila nyatakan di mana salahnya konsep Islam Hadhari menurut Al-Qur'an Dan Sunnah????Kalau tidak dapat tunjukkan dimana salahnya jangan tulis sembarangan!

Saudara, apa yang saya tulis berkaitan dengan Salman Rushdie ini tidak lari dari konsep Islam Hadhari iaitu prinsipnya yang ke 10- Difa'.

Satu lagi soalan, mana satu ayat Al-Qur'an yang saudara maksudkan dieksploitasikan oleh saya?

Baca balik perbincangan yang lepas dan terkini dan nyatakan di mana silapnya. Jangan senyap selepas itu masuk balik dan tulis benda yang sama. PAS dah cukup syarat ke untuk Negara Islam ? inipun dah dibincang.Hai..apa lah saudara ini, sabar jangan hanya sebab tidak faham Islam Hadhari saudara semberono je bila menulis.

Saya dapati semua orang yang menentang konsep Islam Hadhari tidak lari dari satu sahaja sebab, iaitu apabila melihat Pak Lah sebagai individu pelopornya bukan melihat konsepnya. Sebab itu sampai sekarang tiada seorang hamba Allah pun dapat menunjukkan kepada saya dimana silapnya konsep Islam Hadhari itu.Dan yang saya perjuangkan ialah konsepnya bukan individunya. Begitu juga mereka yang pro Anwar akan cuba pertahankannya walaupun kenyataan-kenyataannya menunjukkan ia pro-us.

Kasihan saudara Satanic Versus tu semua orang tahu menghina Rasulullah, yang berbeza pendapat hanyalah tentang hukuman matinya sahaja,jadi saudara pergi checklah kesahihannya saya dah yakin dah sejak 18 tahun yang lalu.

Saudara ada pepatah "kalau dah terberak ditengah jalan, tiada siapa yang akan mengaku" begitulah juga seperti Salman dan Filem Fitna ni, dah kena protest takkan nak mengaku tujuan sebenarnya.

Sebagai orang Islam, saya nasihatkan saudara jangan ikut perasaan muda, jika ada yang tidak bersetuju, nyatakan dimana dan apa yang tidak dipersetujui itu.

Kalau rasa tidak tersentuh Rasulullah dihina, jangan disentuh orang yang bangkit membela kesucian Rasulullah s.a.w. Betul saya memang merasakan tanggungjawab ini sebagai umat Islam bukan merasa hebat sangat ini adalah yang paling minima untuk saya lakukan.

Tidak semua perkara kita kena lihat dengan mata kepala sendiri, contohnya, kewujudan Allah dan Rasulullah sendiri kita tidak pernah dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri. Jadi, takkan kita nak kata Allah dan Rasul takde dan kalau ada, apa buktinya? Boleh saudara buktikan Allah itu ada? Jangan sampai saya tanya saudara tidak dapat jawab pembuktian Allah?

Islam Hadhari Adalah Islam saya tidak akan lari dari persoalan ini.

Anonymous said...

Anwar Agent Amerika

http://www.youtube.com/watch?v=lVg7P1nsGjQ -video 1


http://www.youtube.com/watch?v=xwqmIhP_iRE -video 2


http://www.youtube.com/watch?v=24BChFvj2k8 -video 3


http://www.youtube.com/watch?v=pEY2d1Y6Vp8 -video 4

Semua ini boleh dilihat di :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

Hoi mangkuk"ibnu Bakr"
satu dunia dah tahu anwar pernah puji salman rushdie tu. Betul kata pure hadharist tu dalam interview dgn bbc. Disiarkan pula dalam newstraits times sekitar tahun 1993.Masa tu dekat UIA,semua budak2 uia dan lecturers pakat marah kat bekas presiden uia tu.
Kau nak tahu apasal ramai orang tak suka kat anwar walaupun buat masa ni mereka menyokong pakatan rakyat. Pasal dia SEMUA BOLEH.

Anonymous said...

Bila Pak Khalid baca buku salman rushide anda kata dia liberal, sekarang dia baca kitab Shaykh al Akbar Muhi-d-Din Ibn al-'Arabi komen le..........

separa sedar said...

salam purehadharist,

sekian lama saya mengikuti saudara,sekian lama saya cuba ingin mengenali saudara..
izinkan saya memberi pendapat tanpa mengetengahkan isu "agama" tapi lebih kepada philosophy construktif..tp jgn salah faham..bukan bermakna saya mengasingkan agama ye..luruskan pandangan..

ok...mengambil contoh kebijaksanaan Salman dalam berkarya(bukan karya satanic versus) tiada songsang dan pincangnya..Mengimplementasikan falsafah Salman dalam karyanya(bukan karya satanic versus)tiada salahnya..saudara Purehadharist sememangnya seorang yang cekal dan tabah dlm memperjuangkan islam yang satu..saya sokong..tapi cuba kita luruskan pandangan seperti yang selalu saudara purehadharist lakukan..

saya ambil contoh:

syaitan merupakan makhluk tuhan..syaitan dilaknat ke bumi dan berjanji ingin menyesatkan manusia hingga hari kiamat..dari mula diturunkan sehingga sekarang syaitan tidak pernah memungkiri janjinya..boleh atau tidak saya katakan syaitan mempunyai satu sifat yang boleh diikuti oleh manusia iaitu dalam konteks berpegang pada janji?jangan pandang pada pengakhiran janji itu di mana janjinya menyesatkan manusia,tapi pandang pada asas konteks itu iaitu berpegang pada janji..komited..interstated philosophy..

begitu jualah seperti pewaris reformasi(mungkin) yang tampak liberal dan begitu dalam dirinya melihat karya2 salman yang hebat falsafahnya..kita tengok dari konteks falsafah..ya!dalam terang2 salman tampak menghina nabi..hukumnya saudara purehadharist pun tau..tapi apabila mereka mengangkat salman sebagai profound writer,saya kira tiada yang perlu dipersoalkan..lebih2 lagi akidah si "pengangkat" itu sendiri..menghargai sesuatu yang buruk tidak semestinya diri itu tidak tahu menilai..ada yang cantik di sebalik keburukkan itu..


p/s:jgn menuduh saya satanist pula ye dengan contoh yg diberi..hehe..

PUREHADHARIST said...

Salam separa sedar & pengkomen,

Memang kita tidak boleh memisahkan segalanya dalam kehidupan kita dengan Islam walau atas nama falsafah sekalipun. Ini adalah kerana falsafah itu terbentuk bersama ideologi dan world-view seseorang itu maka kalau Islam world viewnya maka Islamlah ideologinya dan Islamlah juga penalaran falsafahnya. Namun jangan khuathir saya tidak akan menggelar saudara satanist.

Untuk itu, ada beberapa perkara dalam hidup kita yang tanpa nilai keagamaan pun kita boleh meletakkan nilai. Misalnya, memaki orang tidak tentu pasal, tanpa nilai agamapun ia adalah jijik dan salah. Begitu juga hal-hal lain yang masih terikat dengan nilai-nilai universal.

Baik,dalam kes Salman Rushdie ini,nilai apa pun kita pakai, karyanya yang baik ( inipun subjektif sebab ada juga kritikan ke atas karyanya yang lain dan kontraversi juga timbul pada karyanya yang lain) tidak dapat melepaskannya untuk mendapat reaksi negatif dari umat Islam. Nilai universal akan mengatakan bahawa tidak wajar untuk dia menghina pegangan kepercayaan sejumlah beberapa juta umat Islam sedunia. Karya yang mana yang hebat sangat sehingga boleh kita jadikan rujukan falsafah hidup dan contoh? ini adalah provokasi barat untuk berlebih-lebihan dan sayangnya kita terikut-ikut.

Saudara, apakah sudah pupus contoh penunaian janji sehingga syaitan kita jadikan rujukan untuk hal menunaikan janji? Inilah dia sebab mengapa kita tidak boleh pisahkan falsafah dengan Islam sebab Islam mengajar kita berfikir dengan betul. Kalau ikut Pro reformasi, dengan munculnnya Satanic Versus, maka rasa ingin tahu ke atas Islam mula meningkat dikalangan barat. Oleh itu, kita banyakkanlah buku-buku penghinaan atas nabi sebab nak suruh mereka masuk Islam!!!. Kita kena ingat bahawa, Islam yang dipeluk tanpa argumentasi dan hujah yang kuat akan menjadi suatu pegangan yang rapuh. Sejarah telah membuktikan tempat-tempat Islam takluk di barat sekarang ini kembali ke agama asalnya seperti di Sepanyol dan sebagainya. Islam mesti ditegakkan dengan konsep Islam!

Saudara, tiada yang lebih buruk dari penghinaan ke atas nabi apatah lagi memuji penghina nabi! Kena letak Islam dihadapan apa sahaja falsafah serta pemikiran yang hendak diguna pakai kalau tidak, akal akan ikut hati dan kecenderungan masing-masing.

Untuk yang bertanya kenapa tidak komen Khalid bila dia baca Ibn Arabi, baca tidak menjadi masalah, Khalid saya kata liberal sebab tulisannya bukan bacaannya, dan dia sendiri kata dia liberal! Bacalah blognya tu...

PUREHADHARIST said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Bagi saya manusia yang menyifatkan Salman sebagai profound writer adalah perlu diperhatikan lebih daripada si Salman itu sendiri.Dengan latarbelakngnya dalam Abim dan excess yang agak banyak kepada cabang keilmuan Islam beliau mungkin cuba membeli hati para pelobi British ( pujian tersebut dalam wawancara BBC ) Mungkin ini sebahagian dari strateginya ketika itu untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang liberal w/pun berlatarbelakangkan islamic.Ini tidak menghairankan kerana beliau terkenal sebagai seorang strategist yang sering dan mampu ( gamak dan kurang malu )untuk menukar-nukar pujian dan kejian berdasarkan waqi' dan keadaan. Contohnya ketika beliau ke Australia beliau mengatakan beliau tidur bersama Shakespear dan Shakesperarlah yang memberi inspirasi kepadanya sewaktu di dalam sel. Ketika beliau ke Indonesia beliau mengatakan perkara yang hampir sama tetapi menukarkan Shakspear kepada Hamka.

ibu sa'dun said...

anjing yang menyalak bukit akan sakit tekak sedangkan bukit tetap begitu

lu fikirlah sendiri!

PUREHADHARIST said...

Ibu Sa'dun

Dalam isu ini, Islamn ibarat bukit tetap teguh, dan anjingnya ialah musuh Islam, tiba masa dia penat dia berhenti.

Anonymous said...

isss lam hada ri .mana pegi sekarng eh...mungkin dicawangan kepala batas je kot..asal dah terabatas dek 1 israel.ops 1 msia

THE PUREHADHARIST said...

saudara ,

Dikeranakan tidak memahami apa itu islam Hadhari serta terlalu obses utk menyalahkan sahaja membuat saudara berpendapat Islam hdhari hanya di Kepala Batas!! Islam Hadhari adalah Islam!

Popular Posts