Sunday, March 16, 2008

ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM

Salam.

Pure-hadharist itulah yg saya mahu dikenali kerana saya yakin pada Islam Hadhari serta konsep dan prinsipnya. Gila ! tak kena masa! Siapa nak percaya dengan Islam Hadhari Pak Lah?.....bla-bla-bla...

Islam Hadhari Pak Lah? Kenapa bila sebut Islam Hadhari kita kaitkan dengan Pak Lah? Memang tidak dinafikan Islam Hadhari mula diperkenalkan oleh Pak Lah. Tetapi ia tidak bermakna hak mutlak Pak Lah. Sebabnya ialah 1) kerana ia adalah Islam 2) kita perlu faham apa itu hadhari, hadharah, madani, tamaddun dan sebagainya. Dengan memahami ini semua, maka kita tidak lagi prejudis terhadap Islam Hadhari kerana ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM.

Islam adalah suatu 'program" Allah s.w.t untuk manusia di mukabumi. "Program" Allah s.w.t pastilah sempurna kerana ia datang dariNya dan bertujuan membawa makhluk ke arah kesempurnaan. Maka, untuk menjadi pembawa "program" Allah s.w.t ini iaitu para nabi dan rasul, Allah s.w.t telah persiapkan segala kelengkapan untuk khalifahNya menjalankan tugas dimukabumi. Kelengkapan ini adalah sempurna secara relatif mengikut zaman di mana pembawa "program: itu berada. Maknanya, zaman Adam a.s., baginda merupakan yang paling sempurna dari semua segi kerana baginda membawa misi besar dari "program" Allah s.w.t. ini. Kelengkapan dan kesempurnaan pembawa "program" Allah s.w.t iaitu Islam inilah yang dikenali sebagai berhadharah, hadhari, madani, tamaddun atau apa sahaja yang hendak kita istilahkan. Ini berbeza dengan takrif "civilization" barat yang hanya dikatakan berhadharah apabila manusia itu tidak berpindah - randah menetap di suatu tempat atau bandar dengan sistem kemasyarakatan yang teratur. Namun Islam mempunyai takrifan yang berbeza, iaitu apabila mengemban tugas sebagai pembawa "program" Allah s.w.t, pasti telah dilengkapi dengan ilmu dan sebagainya yang muncul darinya hadharah. Maka, asalnya Islam, dan dari Islam muncul hadharah kemudian Islam di"hadir"kan dalam setiap zaman ianya berada dan berperanan mengatur pada zaman ianya di"hadir"kan maka ia dikenali dengan ISLAM HADHARI.


Perlu membezakan perkara-perkara berikut:-


1) Islam Hadhari sebagai suatu konsep

2) Pak Lah pelopor istilah Islam Hadhari sebagai individu

3) Perlaksanaan Islam Hadhari itu sendiri.



Bagi saya, penumpuan harus diberikan kepada konsep Islam Hadhari yang tulen bukan asyik mencari kelemahan Pak Lah, kelemahan perlaksanaan Islam Hadhari kemudian secara semberono menolak Islam Hadhari atas dasar prejudis bukan secara ilmiah. Baik Dato Seri Hj Abd Hadi Awang atau siapa sahaja yang mengkritik Islam Hadhari, masih gagal membahaskan di mana silapnya Islam Hadhari, yang ada ialah hanya untuk membatal istilah Islam Hadhari tajaan Pak Lah. Itu sahaja.



Wasalam.....jumpa lagi.

8 comments:

noor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
noor said...

Assalamu'alaikum...
Islam datang dari Allah dan betapa banyak yang berasal dari padanya yang kemudian dikenal dalam kehidupan berupa istilah lain ketika dilaksanakan dalam kehidupan.

Islam Hadhari satu diantaranya. Untuk itu tidak tepat kalau melihat Islam dari siapa yang membawanya sekalipun pasti ada hubung kaitnya. Islam datang dari Allah bukan dari Nabi Muhammad saw, sehingga tidak tepat kalau dikatakan Muhammadism.

Islam Hadhari di bawa oleh Pak Lah kepermukaan kehidupan masyarakat Malaysia, tapi ianya tidak mutlak milik Pak Lah, karena ianya datang dari Islam, akan lebih tepat kalau penisbahan kepemilikkan kepada muslimin dan mereka yangmelihatnya sebagai program yang datang dari penciptaa Allam semesta sekalipun dibentuk dalam konsept zaman hadhir (present time)oleh seorang hambaNya. Kalau saja hendak melihat ini, maka tidak perlu banyak mempertanyakan siapa tapi perlu mempertanyakan bagaimana melaksakannya.

kemudian mempertanyakan apa nisbah setiap individu insan untuk melaksanakan sesuatu yang datang dari Islam ini. Bukankan ianya sendiri merupakan wajib kifayah ?!.

coba fikirkan lagi, dan janganmasukkan ta'asub apapun didalamnya...

Wassalam
zulfi

noor said...

Assalamu'alaikum

Kalau saja manusia hendak berfikir asas dasar dari hadharah yang ada di Islam tampa harus melihat dengan difinasi apa diistilahkan hadharah, maka tentulah mereka akan tahu bahwa Islam Hadhari wajib dimasukkan kedalam hadharah yang berasaskan Islam...

Pak Lah tidak lebih adalah seorang yang telah berusaha semaksimal mungkin untuk apa yang diyakininya. Sehingga untuk usaha ini perlu ada penghargaan untuknya.
Sebagai seorang yang memiliki kelemahan, maka dia tidak lebih seperti manusia dan muslimin yang lain.

Sehingga perlu diambil garis pemisah antara kebenaran hasil pemikiran, ketidak berhasilan melaksanakan pmikirannya dan dirinya sebagai satu individu manusia...

Wassalam
hambaAllah

Anonymous said...

rosak otak aku la bace tulisan ko nie...
bole rosak akidah.........

PUREHADHARIST said...

Salam Otak Yang Dah Rosak,

Begiu rapuhnya iman saudara/saudari sebab begitu mudah boleh rosak aqidah dengan hanya membaca tulisan saya ni. Tolong beritahu kat mana yang rosak tu? Boleh saya betulkan...

Kalau tak tau kat mana yang salah..oklah.. mungkin betul ada kesan terhadap saraf otak...he..he..maaf sekadar bergurau.

FaizalAzri said...

Salam, saya dtg hendak bertaye sedikit , boleh saudara terangkn saya ttg Visi Hadhari ".....Malaysia sebuah negara maju(Islam contoh) mengikut acuan sendiri"

bukan hendak mencari kesalahan tp hendak berkongsi apa yg saya tidak tahu dan yg kamu kamu.

Anonymous said...

salam teruskan perjuangan menegakkan islam yg syumul bukan hanya sekadar slogan islam hadari tapi pelaksanaan tidak seperti yg di gembar gemburkan.

muslim-sejati-man said...

assalamualaikum

wahai sahabat2 semuslim sekalian. kita jgan saling gaduh2 kat dalam blog ni yer...kita ni bersaudara so kalo boleh dalam blog ni kita bincang baik2 ttg ISLAM HADHARI ni......
samalah ngan ana...ana pun tak setuju ngan ISLAM HADHARI sebabnya satu kalo kita tengok visi ISLAM HADHARI n tujuan nya sudah tidak berdasarkan al quran.memang betul setiap manusia ni perlukan perubahan tapi.........kalo kita tengok matlamat hadhari banyak yang menyebabkan syariat ISLAM itu, yang di nyatakan dalam ISLAM itu tersisi...ok cuba bayangkan kalo semua org kaya...kita tahu kan mcm mana sifat manusia tu.kalo uda kaya kebanyakannya kita akan berlagak sombong,riak, org yang miskin di tindas, dan mcm2 lagi perkara mazmumah akan berlaku....dan kalo semua kaya adakah org kaya akan turun untuk bekerja sebagai pemburuh>>??cuba bayang kan.sebenarnya Islam itu boleh meningkat dengan sendirinya sekiranya semua rakyat di malaysia ni menggunakan ISLAM secara menyeluruh....InsyaALLAH semua masalah kat Malaysia ni akan hilang begitu sahaja.itupun kalo pimpinan kita guna syariat yang telah tercatat dalam kalam ALLAH....tetapi dak taulah knapa org masih tidak nampak lg kesempurnaan Islam itu..ana pun tak tau lah...mata tu dah ditutup syaitan kali..bha jd kita bincangkan sampai mana kebenaran hadhari tu....ana sangat2 tak setuju ngan ISLAM HADHARI..cukuplah objektif yang ada dalam AL QURAN...dimana kita perlu mengabdikan diri kpd ALLAH SWT dengan sepenuh hati...n sebagai khalifah ALLAH SWT iaitu untuk mentadbir negara kita ini supaya menjadi negara ISLAM yang benar2 syumul....insyaALLAH teruskan perjuangan sebagai pemuda islam..

Popular Posts