Saturday, May 17, 2008

ANWAR IBRAHIM DICURIGAI : SALAH SENDIRI !

Assalamualaikum w.b.t.


Setiap kali posting berkaitan dengan Anwar, pasti ada komen yang bukan sahaja membela Anwar tetapi juga yang menghentam saya kerana dikatakan mempunyai kecurigaan yang tinggi terhadap Anwar tanpa sebab ! Bukan itu sahaja, malah dihentam juga Pak Lah, Mahathir atau UMNO untuk menggambarkan bahawa kecurigaan terhadap Anwar itu disebabkan saya menyokong Pak Lah, Mahathir atau UMNO. Saya sebenarnya akan melakukan perkara yang sama jika mereka ini juga seperti apa yang dilakukan oleh Anwar ! Tak mainlah fanatik pada tokoh-tokoh. Kita berpegang pada prinsip kebenaran...Begini penjelasan saya:-Jika kita mahu berlandaskan semua perkara dengan Islam, maka hukum Islam hanya terkena kepada permasalahan yang zahir (luaran) dan tidak ada hukum Islam yang boleh dikenakan pada yang batin (dalaman ), kerana hal-hal batin adalah hukum manusia dengan Allah s.w.t.Seseorang akan dihukumi oleh sesiapa pun dalam pandangan Islam kerana zahirnya, oleh itu menghukumi seseorang dengan zahirnya adalah berlandaskan hukum Islam dan ketentuan Islam. Seseorang yang berbohong misalnya, ialah apabila yang dikatakannya tidak ada dalam bentuk kenyataan zahirnya maka ketika itu dia dikatakan pembohong.Ketika Anwar mengatakan sesuatu yang memuji barat dan dia pula dipuji barat maka jangan salahkan orang mengatakan bahawa "Anwar Pro-barat"...oleh itu Anwar pula perlu tahu bahawa umat Islam akan menilai dia dengan apa yang dilakukan - kata-kata atau perlakuan yang lainnya.Jadi, jangan salahkan orang yang mengatakan dia pro-barat kerana memang dia mengatakan sesuatu yang pro-barat. Kita salah kalau disuruh diam dari mengatakannya pro-barat hanya kerana mahu berakhlak baik...Akhlak baik jangan dijadikan sebab dan tempat berselindung dalam menghadapi serangan pemikiran Islam dengan Barat...Ketahuilah bahwa, Barat juga menggunakan dan melakukannya..iaitu dengan mengatasnamakan demokrasi di Iraq dia membunuh lebih dari satu juta umat Islam di sana. Dengan slogan keadilan dia menjajah dan membunuh umat Islam di Palestin....Sekarang ini, dengan "berakhlak baiklah" dan justifikasi akan mengamalkan larangan mengumpat dan memfitnah...segalanya namapak licin dan tenang dihadapan kita sementara pada waktu yang sama barat berjalan terus menghancurkan Islam...Yang anehnya..semua dilakukan melalui tangan umat Islam...barat menggunakan umat Islam untuk hancurkan umat Islam....Fikir dan lihatlah, apa yang terjadi di dunia dan juga dirantau ini...apa yang dilakukan barat untuk kita dan apa yang kita lakukan untuk mempertahankan semua yang menjadi milik kita...Jangan bersembunyi dengan kebaikan yang dibawa Islam untuk meninggalkan kewajiban lain yang ada di dalam Islam....Mencurigai Anwar....itu salah sendiri dan patut dicurigai....

p.s orang kuatnya adalah agen promosi buku-buku Salman Rushdie di Malaysia...sebab Anwar sendiri yang kata Salman "profound writer" so salah siapa kalau kita curiga!

13 comments:

Anonymous said...

slm Purehadharist,

aku ingatkan kau dah takut nak jawab apa-apa lagi..maklum topik yg kau bawak agak melawan arus. tatkala islam hadhari suram, kau angkat, tatkala anwar diangkat, kau hempas dia...

tapi takpe, mungkin setakat ini hujah-hujah kau masih boleh difikirkan..

Anonymous said...

woi !

bila nak tulis pasal mufti celaru tu? org semua tunggu.....ke cakap je...buat fitnah

ibnu bakr' said...

salam,

tidakkah saudara sebenarnya bersikap negatif terhadap sesiapa yang bertentangan ideologi dengan saudara? seperti anwar dari pembangkang, dan sikapnya yang berjaya saudara manipulasi.

saudara takkan kata apa2 kalau mufti perlis tak memberi sebarang kenyataan tentang islam hadhari. tapi bila dia mengeluarkan kenyataan yang tidak memuaskan hati saudara, saudara pun menghentamnya. segala tindak tanduknya adalah salah.

saya pun tertanya2 mengapa surat yang ditulis mufti tu pun saudara pertikai, sedangkan itu adalah usaha dia. dia berani bertindak dan membuat kenyataan, samalah kesnya seperti islam hadhari. sampai sekarang pemuka2 hadhari senyap tak tau nak cakap apa. lainlah saudara berani2 buat blog pun sampai sekarang saya tak tau siapa saudara. entah betul atau tidak lepasan universiti?

anwar dot com said...

Salam

Untuk mengenali siapakah Anwar, harap luangkan masa tonton video2 ni…

Video 5
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 3
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

anwar dot com said...

saudara pure-hadharist yang dikasihi,

boleh tak dinyatakan sumber artikel "Anwar sendiri yang kata Salman "profound writer"

Perkataan Anwar ini sangat menarik untuk dibahaskan lanjut..

TQ

Anwar Ibrahim Dot Com

hisyam said...

Slm, kepada saudara sekalian.
Saya ingin membawakan sebuah hadith.

"Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu mencintai mereka dan mereka mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka dan mereka pula mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat pula ialah pemimpin yang kamu benci mereka dan mereka bencikan kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Baginda ditanya:Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang? Jawab baginda:Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah sesiapa yang dikuasai penguasa, lalu dia mendapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, dia hendaklah membenci maksiat tersebut. Namun jangan mencabut tangan dari ketaatan." (Hadith riwayat Muslim)

Ambillah iktibar daripada hadith di atas dan jagalah adab kita sewaktu berbicara kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.

Dan akhir sekali, kepada saudara Purehadharist, saya masih lagi menunggu pembuktian kecelaruan pemikiran mufti yang saudara katakan. WaAllahua'lam.

Anonymous said...

salam, mengapa saudara perlu curiga dgn anwar? klau perang di iraq, dan di negara arab lain adalah perang mnentang islam, knape saudara tak curiga pmimpin yg bawa islam hadhari ini kerana tidak berbuat ape2 bg mmbantu umat islam yg lain?
saya curiga dgn islamnye paklah kerana bebas berpelukan dgn artis wanita, adakah itu salah satu konsep isslam hadhari yg saudara ingin dukung??????

PUREHADHARIST said...

Salam Hisham dan yang lainnya.

Saya sedang sibuk dalam proses terakhir penerbitan buku saya. Insya Allah saya akan jawab komen kalian kemudian. Sabar menanti...

Ibnu Bakr, saya tegur Mufti perlis bukan kerana dia tegur Islam Hadhari walaupun Islam Hadhari adalah salah satu pembuktian bahawa beliau silap dalam menilainya. Sabar saya akan buktikan pemikirannya bercelaru dan ini bukan untuk menjatuhkan beliau hanya taklif untuk meluruskan pandangan seorang Mufti yang diikuti ramai orang.Menulis surat menegur "direct" kepada orangnya (lebih-lebih lagi mereka kenal antara satu dengan lain )sepatutnya dilakukan bukan menulis surat "menghasut" akhbar mengambil tindakan dan menutup periuk nasi orang serta pemerintah untuk diambil tindakan. Ini bukan perangaidari seorang yang bergelar Mufti ! Ingat! cerita musang berjanggut ?

Hisham juga, satu tahu hadis itu dan akan jawab berkaitannya.

PUREHADHARIST said...

Di dalam Islam Hadhari atau Islam takde pulak suruh pegang wanita dan sebagainya tapi orang tetap nak pegang jugak. Jadi kita nak kata Islam mengajar kita pegang wanita lah? Satu lagi jangan jadi khawarij, berbuat dosa tidak menyebabkan kita kafir yang membuatkan saudara yang bertanya curiga terhadap keislaman Pak Lah.

Satu dunia sekarang masih gagal membela umat Islam yang ditindas ! ini kenyataan. Sebab itu Anwar tidak patut cenderung dengan barat dan memujinya serta bersahabat baik dengan Barat kerana dah lah kita tidak dapat membela, kita pulak berkawan dengan musuh Islam...jangan sebab benci kita buta pada kenyataan dan sebab cinta kita buta juga untuk menilai Anwar....

PUREHADHARIST said...

Salam Hisyam.

"Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu mencintai mereka dan mereka mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka dan mereka pula mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat pula ialah pemimpin yang kamu benci mereka dan mereka bencikan kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Baginda ditanya:Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang? Jawab baginda:Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah sesiapa yang dikuasai penguasa, lalu dia mendapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, dia hendaklah membenci maksiat tersebut. Namun jangan mencabut tangan dari ketaatan." (Hadith riwayat Muslim)

Hadis yang saudara bawa cukup tepat memperjelaskan kepada kita supaya memisahkan antara kepemimpinan dan kesalahan yang dibuat, sehingga apabila pemimpin yang berusaha untuk berkhidmat kepada rakyat dan melakukan kesalahan, maka jangan tentang pemimpin itu tetapi benahilah kesalahannya.(ingat pak lah pun pemimpin )

Ia juga memperjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Anwar perlu dibenahi kerana menurut kita dia telah melakukan kesalahan, yang membuat kita berusaha untuk membenahi kesalahannya dan menjaga agar jangan sampai orang banyak melakukan hal yang sama. kerana banyak perkara yang tidak diketahui umum tentang apa yang dilakukan oleh musuh Islam (USA_ZIONIS). Pemujian Anwar kepada aktiviti US merupakan ancaman kepada umat Islam, kerana umat Islan akan melihat musuh itu sebagai kawan, dan akan menghentikan permusuhannya. Walaupun ada hubungan diplomatik Malaysia , ini bukan bererti dia kemudiannya menjadi kawan bagi umat Islam, apatah lagi dari menjadi kawan sebahagian umat Islam , kemudian semua umat Islam akan dibawa untuk berkawan dengan US. Di sini bahayanya apa yang dilakukan oleh Anwar.

Anwar seharusnya lebih pandai menjaga hati umat Islam daripada hati musuh Islam. Oleh itu, mendedahkan apa yang dilakukan oleh Anwar adalah pendedahan kesalahan seorang muslim yang akan menjadi fitnah lebih besar daripada apa yang diperkirakannya. Ingat dengan apa yang dilakukan oleh Mahmud Abbas di Palestin, yang mendekatkan diri dengan zionis dan Amerika, terjadilah perbalahan atau perpecahan yang tak berkesudahan- sekian banyak darah tertumpah. dan banyak lagi fitnah dengan kedekatannya dengan Amerika. Umat Islam kehilangan kemudi terhadap permusuhan...dan ini yang dikehendaki musuh. Iaitu umat Islam menghentikan permusuhannya kepada mereka dan mereka terus merosakkan negara-negara Islam,dari timur hingga barat.

Bagaimana kita hendak mempertahankan darah saudara kita yang tumpah dan memusuhi mereka ketika saudara kita sendiri hendak menjadi kawannya dan dipuji sebagai hero demokrasi. yang bererti US adalah betul dalam memasuki Iraq dan Afghanistan dan zionis pula benar menguasai Palestin...dan sebaliknya ..bahwa rakyat Iraq yang menuntut mereka keluar dari Iraq adalah salah...rakyat Afghanistan dan juga Hamas yang diterima oleh rakyatnya adalah anti demokrasi....adakah anda memahami ini semua....jadi,perkataan seorang tokoh bukan kecil pengaruhnya...bukan macam orang awam...untuk itu berhati hatilah...

Ingat kita ada hukum dan kita ikuti hukum itu....ada kaedah yang dipakai...kawannya musuh boleh jadi kawan.. juga kawannya musuh boleh jadi musuh...

kau mungkin punca org islam byk murtad.. said...

pure-hadharist dh sesat dlm hadhari yang dia cari..dia sibuk menghentam orang lain..dia sibuk mencurigai orang lain..dia tak mampu untuk mencurigai diri sendiri kerana dia rasa yang dirinya benar..segala hujah2nya seakan moderate shj..sama saja ulasannya dengan para pejuang hadhari yang lain..jadi pure-hadharist ni takdelah pure sangat..buatlah buku banyak mana pun,dakwah kamu itu penuh percampuran yang mengelirukan..kamu lebih jelik dipandang apabila menegakkan hadhari dalam masa yang sama menghina/membenci sesama manusia..konon tujuan untuk berhati-hati dengan tindak tanduk musuh islam..sesiapa yang menyokong musuh islam juga harus ditentang..tapi kamu salah dengan cara tentangan kamu..

tak perlu utk berdegar-degar menyebut islam hadhari itu islam..sebut sahaja islam itu islam..cukup!jgn kelirukan masyarakat yg jahil(mungkin kamu rasa kamu bijak)..bersederhanalah dalam berdakwah..kamu beritahu kamu tidak fanatik pada parti,kaum ataupun politik..tapi sebenarnya kamu fanatik dengan pendapat kamu sendiri..fanatik dgn pola pemikiran sendiri..gunakan watak islam hadhari untuk membidas orang lain..

lagi teruk..

PUREHADHARIST said...

alhamdulillah saya setakat ini tidak pernah memurtadkan org Islam malah saya akan terus menulis utk sama-sama mengkaji Islam seobjektif mungkin dan bernaskan Al-Qur'an dan Hadis.

oleh itu sebagai seorang Muslim, seharusnya lah berhujah dgn nas bukan emosi .

baca lah tulisan yg lepas baru boleh faham, itupun kalau mampu utk faham.

saya akan terus menjawab sebarang kritikan atas apa yg saya tulis,

Anonymous said...

A'kum buat semua,

Golongan fanatik PAS tidak boleh menerima kebaikan yang dibawa oleh orang lain selain yang dibawa oleh PAS sendiri.

Golongan fanatik PAS sanggup bersekongkol dengan parti fanatik PKR dan DAP Harfi dengan meninggal wadah perjuangan mereka demi kuasa boneka yang tidak kemana-mana.

Golongan fanatik PAS demi menjatuhkan UMNO rela berputih mata rela merelakan maruah mereka dipermainkan oleh PKR dan DAP.

PAS akan selama2 berada di bawah kerana politik mereka yang mempergunakan agama kerana kuasa. Dulu bersendirian berada dibawah pemerintahan BN(UMNO tonggaknya). Kini walaupun menang dibawah Pakatan Rakyat, PAS tetap berada di bawah, iaitu dibawah PKR dan DAP. Walaupun dahulu PAS dibawah BN meraka tetap bermaruah kini berada di bawah dengan maruah yang tergadai.

Mujur ada segelitir pejuang sejati PAS yang sedar mereka telah dipermainkan oleh PKR dan diperkudakan DAP kembali meniupkan angin kesedaran kepada Pemimpin2 PAS yang sedang asyik dgn kuasa boneka meraka.

Kepada golongan Fanatik PKR sedarlah, kemunafikan, keliberalisasian dan kekeronisasion Brader Anuar Bin Ibrahim semakin terserlah. Semakin hari, semakin banyak kebenaran terbongkar, kini semakin banyak pemimpin2 muda PKR kembali kepangkal jalan.

PKR mentadbir negeri atas dasar membalas dendam, rakyat menjadi mangsa. Agenda utama mereka untuk membalas dendam kepada BN dgn ingin membuktikan kerajaan BN dahulu banyak mengamalkan rasuah, ibarat seperti US menakluk Iraq kerana senjata pemusnah besar2an. Banyak janji2 manifesto tidak tertunai.Diantara Rakyat dan Dendan pada meraka Dendam lebih utama. Tidak perlu menjadi seperti USA, cari dan buktikan dahulu lebih baik dari beromang2 kosong di dada akar dan berita.

Fikir-fikirkanlah.. insyallah...


-Anak Melayu Penang

Popular Posts