Monday, April 21, 2008

BLOGGER RAKAN BAIK ANWAR PROMOSI BUKU SALMAN RUSHDIE - TIDAKKAH INI SUATU PENGHINAAN KE ATAS RASULULLAH S.A.W.?



Saya terpaksa siarkan gambar buku di atas karya si penghina Rasulullah ini yang dengan tanpa merasa berdosa diulas dengan "bergaya" oleh rakan karib dan bekas setiausaha akhbar Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar di blognya http://khalidjaafar.blogspot.com/.

Wahai Umat Islam, tatkala kita heboh dengan fitna, dihadapan kita di Malaysia Salman Rushdie diangkat sebegitu rupa. Saya tidak mahu berhujjah dengan teori yang berat-berat untuk menyalahkan tindakan ini, cukuplah tepuk dada tanya iman.

Ketika saya mula-mula masuk ke dalam blognya dengan beberapa wacana berkaitan Islam Hadhari dan negara Islam, dan sangkalan saya akan Anwar Ibrahim disitulah bermula polemik sekitar Salman Rushdie ini dan terakhir muncullah posting terkini Khalid ini. Saudara boleh layari blognya itu atas tajuk Fagles Dalam Ingatan. Mungkin ini provokasi kepada saya tetapi bukan itu yang saya resah, tetapi kebiadapan beliau mengenengahkan buku yang beliau tidak sabar-sabar habiskan dan menunggu karya terbaru Salman Rushdie.

Tolong semua Umat Islam bangun dan nyatakan sikap saudara atas isu ini.

Saya semakin ngeri melihat Anwar dan rakan-rakannya....Ia bermula dengan pujian Anwar Salman sebagai profound writer hinggalah pujian Khalid Jaafar ini.,,,

4 comments:

Anonymous said...

Mereka-mereka ni semua sama satu aliran. Secara ringkas barang siapa yang mengkagumi setan maka suka tak suka, setan jugak lah mereka. Maaf kerana hakikatnya begitu. Lumrah manusia kalau berkawan dengan orang baik insyaallah jadi baik dan kalau berkawan atau kagum dan puji orang jahat, maka orang tersebut akan cenderung untuk sama jahat jugak. Kalaulah si anwar, khalid dan budak mentah reformasi tu mengagongi Salman, maka suka tak suka tiga ekor ni sama seperti salman. Susah jugak kalau perasan sebagai insan berilmu, sampaikan perkara basic dalam ilmu pun dah tak nampak. Maklumlah, cara pemikiran mereka sekarang ni dah terlalu advance mengikuti perkembangan semasa.

Anonymous said...

saya sokong saudara dalam mendedahkan kebohongan salman. Persoalannya apakah anda membaca karya beliau atau mendengar dari orang lain.

Anonymous said...

Rakan baik Anwar ni memang taqlid buta kat Anwar.Dia puji si Salman Penghina Nabi ni pasal 15 tahun dulu bos dia ni pernah kata Salman Rushdi is a profound writer.Dalam banyak-banyak penulis dalam dunia ni dan berjuta-juta buku pasal apa dia nak pi pilih buku ni. Hoi KJ BOSnya dan aku nak bagi tau kat kau orang Salman Rushdie ni air kaki Tolstoypun tarak.

muhibbin said...

sampah mula mengeluarkan bau busuknya sedikit demi sedikit....

Popular Posts