Sunday, April 13, 2008

ISLAM DAN NEGARA ISLAM : ANTARA KESEMPURNAAN KONSEP DAN KESEMPURNAAN PERLAKSANAAN KONSEP

Islam diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk manusia secara sempurna dan sehingga kini ianya masih merupakan sebuah konsep kehidupan yang masih belum sempurna dijalankan oleh manusia.Jadi ada dua perkara yang berbeza, adanya konsep yang baik, iaitu yang diturunkan Allah, dan adanya penerima konsep yang belum dapat melakukan atau melaksanakannya dengan sempurna.Umat Islam yang telah berusaha melaksanakan sebaik mungkin dan sesempurna mungkin, maka usaha maksimum dari umat Islam inilah dikatakan sebagai taklif dan dikira sebagai kesempurnaan pelaksanaan Islam kerana sesuai dengan kadar kemampuan dan kebolehannya.Mungkin Islam Hadhari pun begitu, ianya sebuah konsep yang baik tetapi tidak atau belum dilaksanakan dengan baik dan sempurna.



Ia ada banyak penyebab kegagalan yang terjadi, sebagaimana kegagalan Islam dilaksanakan maka ada juga berbagai penyebab kegagalan usaha umat Islam untuk melaksanakan program iaitu melaksanakan program yang berdasarkan Islam ini. Ia boleh jadi disebabkan kelemahan dari segi pelaksanaan dan juga ada kemungkinanya kuatnya cabaran yang datang dari luar Islam yang menerpa umat Islam dengan semua ideologi dan cabaran.Oleh itu, apa yang terjadi adalah menunjukkan bahawa, perlunya persatuan umat Islam dalam menjalankan pelbagai program untuk menjalankan Islam sehingga terciptanya Negara Islam yang dikehendaki Allah s.w.t.
Perlu disedari bahawa sehingga kini belum ada satu orang pun dan kelompok (negara) yang sudah berhasil menjalankan Islam dengan sempurna. Baik disebabkan dirinya sendiri ataupun lingkungan.Perkara ini bukan bererti Islam tidak dapat dilaksanakan dan juga tidak bererti tidak ada orang yang telah berusaha secara maksimum untuk menjalankan Islam. Sudah ada dan sedang berjalan dengan adanya orang-orang yang berusaha untuk menjalankan Islam dengan sempurna pada dirinya dan juga membentuk lingkungannya. Sebagaimana adanya negara yang berusaha menjalankan Islam sebagai satu sistem politik kenegaraan, namun Islam masih memerlukan banyak hal sehingga dikatakan telah sempurna dilaksanakan.
Problem pertama yang dihadapi oleh umat Islam adalah pemahaman secara sempurna akan Islam itu sendiri, hingga kini apa yang dilakukannya tidak lebih daripada pennafsiran masing-masing tentang Islam.

Problem kedua adalah cabaran dari luar (diri mahupun community-baca negara-) . Kedua sebab ini masih mendominasi kehidupan umat Islam. Usaha umat Islam untuk menjalankan Islam secara maksimum dan yang termampu adalah merupakan hal yang sempurna dalam perlaksanaan Islam dalam konteks menjalankan satu taklif (tanggungjawab). Oleh itu, usaha sempurna ini hanyalah merupakan perlaksanaan Islam sempurna, hanya dalam konteks satu taklif Ilahi, ia masih belum bererti kesempurnaan Islam telah terlaksana semuanya. Ini adalah kerana, kita perlu sedari bahwa kesempurnaan Islam perlu ditetapkan oleh Allah sendiri dengan meletakkan nilai legitimasi atau keabsahan yang mutlak atau absolute agar kita tahu bahawa sekarang sudah sempurna ( Insyaallah masa itu akan sampai). Maksudnya, apabila telah adanya ketetapan dari Allah untuk membimbing kita dengan sempurna dalam kesempurnaan Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah bukan kesempurnaan yang kita tetapkan. Legitimasi apa ? Pernahkah kita berfikir bahawa mampukah umat Islam dalan keadaan tanpa seseorang yang berkualiti seperti seorang utusan Allah (nabi/rasul) untuk menjalankan Islam dengan sempurna dalam keadaan masing-masing memahami Islam hanya berdasarkan tafsiran masing-masing yang belum tentu betul?.Oleh yang demikian, kita masih perlu berusaha berjalan untuk sampai pada tujuan itu, sekalipun dengan mendirikan negara Islam yang kita dakwa ianya sebagai satu kesempurnaan kerana, ianya pada hakikatnya hanya merupakan kesempurnaan taklif umat Islam bukan kesempurnaan Islam sebagai mana Allah kehendaki...
Siapa yang berani mendakwa dia telah mendapat keabsahan daripada Allah s.w.t.?

2 comments:

Anonymous said...

bukankah kita sudah mengucap shahaatain, dan bberarti legitimasi Allah untuk kita sebagai pemeluk agama Islam?.

maka kita kenalah menjalankan Islam dengan sempurna dan inilah legitimasi Allah atas kita yang sudah mengatakan :SHAHADATAIN

PUREHADHARIST said...

Salam,

Shahadatain adalah legitimasi Allah untuk kita menjadi Muslim. Untuk menjadi pemimpin sebuah negara Islam, perlu legitimasi lain. Kalau hanya shahadatain, ia adalah penyempurnaan pengakuan menerima Islam sebagai addeen tetapi bukan melayakkan kita memimpin sebuah negara Islam yang ketat persyaratannya seperti adil dan berilmu.

Popular Posts