Tuesday, April 8, 2008

LAGI ISU NEGARA ISLAM : KARPAL SINGH LEBIH JUJUR DENGAN PAS DARIPADA ANWAR IBRAHIM

Salam,

Isu Negara Islam merupakan isu yang sangat fundamental bagi PAS yang merupakan matlamat penubuhan Parti Islam Se Malaysia ( PAS ). Sejak beberapa tahun yang lepas, Karpal Singh telah menunjukkan pendiriannya tentang pembentukan Negara Islam oleh PAS. Baru-baru ini pula, sekali lagi Karpal menyuarakan pandangannya itu dan reaksi dari Mursyidul Am Pas TG. Dato' Nik Aziz agar Karpal melawat Kelantan untuk melihat apa permasalahannya di kalangan bukan Islam di dalam pentadiran "Negara Islam" Kelantan. ( bermakna Tok Guru dah isytihar Kelantan sebuah negara Islam sebab Karpal bercakap berkaitan negara Islam bukan pentadbiran negeri Kelantan...maaf Tok Guru, Kelantan belum boleh jadi rujukan sebuah negara Islam).
Saya tidak mahu berbicara panjang berkaitan konsep Negara Islam dan sebagainya, mungkin akan datang. Tetapi apa yang ingin saya bicarakan di sini ialah, kadang kala saya merasa simpati dengan PAS kerana seperti berada di bawah telunjuk Anwar Ibrahim sekarang ini. Negara Kebajikan dilaungkan dengan meninggalkan laungan Negara Islam dalam PRU12 baru-baru ini. Ia seolah-olah memberikan implikasi bahawa sebuah negara Islam bukan negara Kebajikan. Negara Islam hanyalah hudud dan tiada memperjuangkan kebajikan. Kalau faham dan meyakini dalam negara Islam ada semua termasuk kebajikan, mengapa perlu laungan Negara Berkebajikan? Apakah PAS telah terpengaruh dengan Anwar yang sememangnya tidak mendokong pembentukan Negara Islam? Atau Pas berstrategi memenangi hati bukan Islam dengan tidak melaungkan negara Islam? Kalaulah PAS memahami Islam sebagai suatu konsep yang syumul, maka tidak akan berlaku kontradiksi dalam melangkah di dalam politik Malaysia ini. Maksud saya, Negara Islam bukan matlamat sebenarnya dalam Islam. Ia adalah mekanisme yang perlu untuk mengatur terlaksananya Islam yang syumul. Dan sekiranya belum terpenuhi syaratnya, maka tidak perlu ada negara Islam tetapi bukan muktamad!, persyaratannya perlu dicukupkan. ( boleh diwacanakan di lain masa juga , tetapi sedikit sebanyak telah dituylis dalam posting-posting yang lepas).
Karpal bagi saya jujur dengan perhubungannya dengan PAS tetapi tidak Anwar. Anwar dilihat mempermainkan PAS di siang hari tanpa disedari oleh PAS. Ini tidak hanya suatu kenyataan tanpa bukti. Kalau kita baca ucapan serta tulisannya berkaitan negara Islam khususnya apabila berhadapan dengan Amerika, kita akan lihat pendiriannya yang sebenar berkenaan Negara Islam ini.
Baca petikan ucapan beliau di Washington D.c.:-
"The muslims organized themselves into various political parties some with a clear RADICAL agenda INCLUDING the establishment of AN ISLAMIC STATE ".
Di hadapan Amerika, pembentukkan Negara Islam adalah radikal, kata Anwar. Di sini di Malaysia, dia gunakan istilah maqasid syariah....kesian PAS.
Ini salah satu contoh pandangan Anwar tentang negara Islam. Ini belum lagi kenyataan-kenyataannya mengkagumi Amerika sebagai jaguh demokrasi.
TUNGGU..........(kita tak perlu 50 dalil untuk Anwar, cukup 1 dalil untuk mengatakan dia tak layak jadi PM).
Sekurang-kurangnya Pak Lah walaupun lembik, tetapi lahir juga ide Islam Hadharinya yang saya lihat sebagai suatu konsep yang baik.....INGAT jangan kaitkan dengan Pak Lah sebagai individu atau perlaksanaanya...Islam Hadhari Adalah Islam..

13 comments:

Ibn Ali said...

Maksud saya, Negara Islam bukan matlamat sebenarnya dalam Islam. Ia adalah mekanisme yang perlu untuk mengatur terlaksananya Islam yang syumul. Dan sekiranya belum terpenuhi syaratnya, maka tidak perlu ada negara Islam tetapi bukan muktamad!,

-ayat persis astora jabat je. ada affair ke?

PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali,

Saudara mengambil tulisan saya tidak habis. Ini adalah jenayah akademik namanya. Ayat akhir tu tetapi bukan muktamad, ada sambungannya dan kalau salah, betulkan. Saya tidak minat dengan idea-idea Astora Jabat. Saya bercakap berkaitan konsep Islam, kalau nak berbincang, bincanglah secara ilmiah bukan emosi atau penuh pra sangka, ini bukan cara Islam. Tidak masuk Fakulti Islam pun semua orang tahu tentang akhlak berdebat atau apa sahaja, akhlah harus didulukan. Maaf kalau menyinggung perasaan saudara.

Sebelum apa-apa, baca posting saya yang lepas dan sanggahlah saya secara ilmiah dan berlandaskan Islam yang syumul.

Anonymous said...

Saudara memang pandai berbicara..boleh tak saudara bagi solution kepada sejauhmana negara Islam boleh terlaksana di Malaysia? Boleh tak saudara berikan justifikasi sejauhmana Islam Hadhari tu betul2 memberi impak kepada perkembangan Islam di Malaysia?

Janganlah kita hanya pandai berkata-kata tetapi tidak bertindak dgn apa yg kita katakan!

Wallahu alam

Ibn Ali said...

x.saya pun seorang yang indipenden.x terkongkong oleh parti.saudara pun bebas menyakat saya.heh.

tapi xkanlah saya nak petik ayat saudara sampai habis?panjang tu kalau nak mula dari awal.

tapi apa-apa pun, saya tetap lawan saudara.ingat tu.

boulahrouz said...

jadi ape matlamat sebenar pelaksanaan islam hadhari tu???

adekah ianya bertujuan utk melaksanakan semua syariat yg terkandung dalam islam secara menyeluruh???

adakah sistem ekonomi akan menjadi lebih islamik dgn pelaksanaan islam hadhari??
bagaimane pula dgn kehakiman??
adekah akan terzahir hukuman hudud seperti mana yg termaktub dlam al-quran???
apakah pembaharuan yg dicanang2kan oleh islam hadhari itu sendiri???

melahirkan insan yg bertaqwa???
alahai tk saje lah si pelopornya itu.. bertaqwa kah die dgn memegang bahu wanita bukan muhrim??
berimankah die dgn membiarkan anak bininya menayang rambut tanpa bertudung???

mgkin saudara akan menyatakan jgn dilihat si penciptanya itu.. tp lihat akan isikandung dalam islam hadhari tersebut.. hendak dlihat pak lah itu sendiri mmg xkan terlaksana islam hadhari kan???
seperti orang ingin mlihat islm.. pasti ian akan melihat peribadi rasulullah itu sendiri.... alhamdulillah rasulullah telah menunjukkan dirinya sebagai seorang teladan yg agung... akhirnya islam tersebar ke merata dunia..... hasil dri keikhlasan dan kesungguhan insan terulung itu dalam menyampaikan dakwahnya...

persoalannya..
ikhlaskah pak lah dalam menyampaikan dakwah islam hadharinya itu????
amat pelik lah kalau sedara mengiakannya....
saudara boleh bercakap ttg islam
jd saya kira saudara sendiri tahukan perwatakan dan akhlak yg perlu ditonjol oleh si pendakwah islam yg hakiki...
jadi siapakh yg hendak melaksanakan konsep islam hadhari jika si penciptanya pun masih terkapai2 dalm mencari identiti dari utk dijadikan trademark dlam kepimpinannya????
sy rasa perjuangan PAS lebih ikhlas dalm memperjuangkan islam walaupun ada orang yg mengatakn pas hanya mempergunakan agama utk kepentingan poliik...
mereka ini seakan2 idak senang utk menghadapi dasar perjuangan pas demi utk memenuhi kehendak poltik mereka...
jadi saudakah yg akan berusaha utk menghidupkan konsep ISLAM HADHARI itu sendiri????
jikalau benar tunjukkan bagaimankah konsep itu dapt memabimbing manusia utk menjadi generasi muslim yg bertaqwa,mampu utk melaksakan islam secara syuamul,dan mampu utk menyedarkan manusia kpd akhirat dgn aberasaskan kpd pembangunn material dan fizikal sahaja tanpa mengutamakn tarbiah utk membentuk rohani yg mantap dan berani dalam mempejuangkan islam...

boulahrouz said...

ceh... kene tapis dulu rupenye..
ingakan boleh komen terus..

Anonymous said...

Islam dan muslimin bukan satu yang indentik, keduanya dibatasi oleh sekian banyak batas dan hambatan, sehingga tidak semua muslimin dapat secara mutlak membawakan ajaran yang dipercayainya atau dinisbahkan bahwa pada dirinya terdapat Islam yang dibawakan oleh nabi Muhammad saw.

tapi bukan pula berarti ketika dia tidak sempurna membawakan Islam dalam dirinya maka tidak berhak dia berbicara dan berpendapat terhadap konsept Islam, sekalipun mungkin orang akan mempertikaikan pendapat dia dan amal perbuatannya. sebenarnya Islam telah megatur semua ini dengan setiap orang akan membawa taklif sejauh kebolehan yang ada pada dirinya, sehingga tidak mustahil seorang yang tidak sempurna taqwanya dapat membawakan ilmu Islam dengan baik, yaitu dia memiliki ilmu tapi tidak atau belum dapat beramal dengan baik...bukan mustahil...sehingga orang akan dapat melihat kebeanran ilmunya dan juga kebenaran amalnya.

dengan inilah maka munculnya amar ma'ruf nahi munkar...yang mana seorang amir yang hendak melakukan perubahan perlu mengetahui dahulu mana yang ma'ruf dan mana yang munkar dan bagaimana merubahnya, sehingga terjadilah perubahan dalam kehidupan bersama. seorang yang melakukan amar ma'ruf tidak disyaratkan untuk bertaqwa dulu, tapi berilmu dulu terhadap ma'ruf dan juga cara merubah kemungkaran sehingga hilanglah kemungkaran....jadi dalam kehidupan ilmu menduduki posisi pertama sebelum yang lain..

kalau saja taqwa didahulukan untuk melakukan perubahan maka tidak akan terjadi perubahan didunia (Islam)ini, karena tidak ada seorangpun yang tahu ketaqwaan seseorang kecuali Allah, maka tidak ada amar makruf didunia ini, sehingga kemungkranpun kena tetap ada dan terbiar, sementara muslimin tidak pernah berani melakukan perubahan kerana mereka semua merasa belum bertaqwa.

ilmu, memang perlu berjalan denan amal tapi juga amal dengan ilmu dalam Islam dapat dilihat dengan Islam dan juga akal, sehingga kebeanran satu pandangan jangan dilihat dulu siapa yang membawa tapi apa yang ada, karena standard nilai bukan pada pembawa pendapat tapi pada Islam dan akal...kalau tidak ..maka tidak ada seorangpun menetahui kebeanran termasuk kebenaran Islam itu sendiri....bagaimana orang hendak mengetahui keberanan Islam kalau dia sendiri perlu bertaqwa dulu untuk tahu keberanan . dengan cara berfikir ini maka Islam tidak pernak dikenal dalam kehidupan manusia.

sebenarnya islam merupakan tuntunan ilmu dan amal, karena islam dapat memisahkan kebenaran dan keburukan, bukan orang yang dapat memisahkan...tapi Islam, maka nilailah keberanan suatu konsept dari dan dengan Islam,baru kemudian memberi nasehat kepada mereka yang membawakan ilmu tapi tidak beramal....

jadi lihatlah kebenaran sebagai mana yang diajarkan Islam, bukan dengan melihat apa dan bagaimana muslimin...Islam standar nilai bukan muslimin..nilailah dengan Islam bukan dengan melihat musliminnya....gunakan Islam bukan dengan taasub pada sesuatu atau pada seseorang...

PUREHADHARIST said...

Salam kepada semua pemberi-pemberi komen.

Ada yang telah saya jawab secara tidak langsung dlm posting terkini.

Saudara-saudara,

Bila sebut Islam Hadhari, maka ia membawa erti Islam lah. Hadharah Islamiyyah juga Islam. Dah baca belum buku Ust Hadi? Banyak takrif diberikan walaupun akhirnya Ust Hadi sendiri bercanggah dengan takrif yang telah diberikan pada satu mukasurat dengan satu mukasurat yang lain. ( ini saya sedang tulis utk menjawab buku beliau).

Saya AMAT bersetuju untuk Islam dilaksanakan dari segi hudud, ekonomi,sosiol dan segalannya. Namun perlu persyaratan. Susahnya nak faham!

Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah tidak boleh kita tolak begitu sahaja semata-mata beliau tidak melaksanakan atau menghayatinya.Baca komen dari seseorang di dalam ruang komen ini...ia lebih rasional.

Umat Islam perlu ta'lim dan tarbiyyah! Ini ada dalam Islam Hadhari dan tidak menafikan juga ada di dalam konsep-konsep lain di dalam Islam seperti masyarakat madani dan hadharah Islamiyyah juga.Jadi kita sedang berproses untuk umat Islam dengan pelbagai konsep yang dibawa. Problemnya masih ada lagi di dalam benak kita bahawa Islam Hadhari itu Pak Lahnya walaupun Konsep yang diutarakan Pak Lah baik. Prinsip pertama sahaja keimanan dan ketakwaan kepada Allah...tidak baik ke ini? Kalau ia adalah prinsip dalam Hadharah Islamiyyah Ust Hadi, mesti kita kata baikkan? Sebab kita tengok orang yang membawanya bukan apa yang dibawanya. Ini bercanggah dengan sebuah hadis.

Untuk memenuhi ini semua, saya sedang mengedit buku yang membicarakan prinsip=prinsip Islam Hadhari menurut perspektif saya ..sabarlah...mungkin kita lanjutkan wacana kita nanti...demi perlaksanaan Islam yang syumul...semua orang bertanggungjawab atas kewajipan masing-masing yang terkena kepadanya...bukan hanya Islam Hadhari tetapi umat Islam...bukan Islamnya yang salah...tetapi umatnya..bukan Islam Hadharinya yang tidak betul....tetapi Pak Lahnya. Sebab Islam Hadhari adalah Islam, hadharah Islamiyyah Adalah Islam tak ada bezanya...

terima kasih semua...

Ibn Ali said...

mungkin cara pembacaan saya agak pelik sikit bagi sesetengah orang.pada artikel bertarikh 10 april hari thursday saudara mengatakan ustaz hadi tidak mengwar-warkan negara Islam sebagai fokus atas kurang pensyaratan.maka itulah jawaban untuk artikel "LAGI ISU NEGARA ISLAM : KARPAL SINGH LEBIH JUJUR DENGAN PAS DARIPADA ANWAR IBRAHIM"

itulah, saya dah cakap saudara bukan orang yang ahlinya dalam bercakap mengenai perkara ini, tetapi saudara berdegil jugak. saudara tahu apa itu tahaluf siyasi?

kalau tak tahu saudara tanyakan pada murabbi saudara.kan hari tu saudara kata, saudara juga punyai murabbbi.

lagi satu, saya amat menyokong saudara dalam usaha mencari kebenaran.kita bukanlah seorang yang bertaqlid buta kepada partai tertentu atau mazhab tertentu.kita adalah makhluk yang diberi akal untuk bertindak serasional yang mungkin.

saya tidak menuduh saudara kasim ahmad. cumanya adakah caranya dengan mengadakan Hadis satu penilaian semula di depan massa yang buta kepada intelektual ataupun keilmuan islam adalah yang baik?

samalah juga dengan taha husin yang mengadakan fitnah terbesar di hadapan massa yang jahil.

cadangan saya untuk saudara, mungkin kita boleh adakan sebuah forum terttutup untuk orang-orang yang serius membincangkan berkenaan islamhadari ini.

sama juga dengan faisal tehrani. tidak sepatutnya(jika dia benar-benar mencintai perpaduan la)mengwar-warkan kehebatan mazhab konstroversi dallam blognya.

kitakan ada yahoo grup.

itupun jika saudara benar-benar ingin mencari kebenaran la.

PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali,

Ahli atau tidak dalam sesuatu hal perlu dibuktikan dan perlu diuji. Kalau ternyata tidak ahli, maka tidak salah untuk saya ditegur. Namun demikian, mana yang saya salah ni? Saya mahu ditegur dimana salahnya saya dalam tulisan saya.

Tahaluf siyasi...Satu istilah yang saya tahu dan faham.Kerjasama politik atau tahaluf siyasi inilah sebenarnya langkah PAS untuk terus berjuang ke arah pembentukan negara Islam. Kalau mahu berkeras menubuhkan negara Islam, DAP dan PKR mungkin enggan bekerjasama. Oleh itu, tahaluf siyasi diadakan untuk bekerjasama dalam hal-hal yang patut diberi keutamaan dahulu.

Jadi, dengan kata lain, inilah dia salah satu yang saya katakan bahawa tidak menegakkan negara Islam kerana tidak cukup syarat tidaklah dipertanggungjawabkan di hadapan kelak namun jika tidak berusaha ke arah mencukupkan syarat dengan semampu mungkin itu yang berdosa. tahaluf siyasi adalah salah satu perkara yang PAS lakukan dalam keadaan ia belum cukup syarat untuk menegakkan negara islam.Ini adalah suatu yang rasional.

Kita buka perbincangan ini untuk semua, siapa yang rasa layak, bincanglah, siapa yang silap, kita tegur, siapa yang betul kita akur.

Saya masih belum puas dengan jawapan ini, saya sedang edit buku saya jadi sedikit sibuk, nanti kalau ada masa saya akan hurai lagi dan tolong tegur saya jika menyalahi Islam. Saya bersedia mendengar...

Biarlah Faisal Tehrani membukanya...dia seniman, bebas berkarya..kalau tidak betul..tegur dia dan tunjukkan dimana silapnya...Dia bermazhab syiah ke?

Ibn Ali said...

ya Allah.kenapa ya saudara masih tak faham-faham apa yang saya dan blogger-blogger jujur yang lain cuba sampaikan?

nah, kali ini saya petik panjang sikit dari artikel saudara.

Negara Kebajikan dilaungkan dengan meninggalkan laungan Negara Islam dalam PRU12 baru-baru ini. Ia seolah-olah memberikan implikasi bahawa sebuah negara Islam bukan negara Kebajikan. Negara Islam hanyalah hudud dan tiada memperjuangkan kebajikan. Kalau faham dan meyakini dalam negara Islam ada semua termasuk kebajikan, mengapa perlu laungan Negara Berkebajikan? Apakah PAS telah terpengaruh dengan Anwar yang sememangnya tidak mendokong pembentukan Negara Islam? Atau Pas berstrategi memenangi hati bukan Islam dengan tidak melaungkan negara Islam? Kalaulah PAS memahami Islam sebagai suatu konsep yang syumul, maka tidak akan berlaku kontradiksi dalam melangkah di dalam politik Malaysia ini. Maksud saya, Negara Islam bukan matlamat sebenarnya dalam Islam.
________________________________
bukankah artikel yang saudara katakan tuan guru abdul hadi menyatakan tentang belum cukup syarat2 menjadi negara Islam menyokong hujah saya?

maknanya, kenapa pas tidak mengwar-warkan isu negara Islam ini, saya tak tahulah apa yang ada dalam fikir pimpinan pas.

sekadar meneka, mungkin ni tahaluf siyasi.pertamanya negara kebajikan. seleps tu negara Islam.

di tepi-tepi blog saudara pun saudara ada membuat undian mengenai sampai bila pas dapat meyakinkan dap tentang negara Islam. itu menunjukkan saudra menyokong kebenaran pas.

sudahlah. saya nantikan sahaja buku saudara.

panah radd saya sudah disediakan.

berkenaaan faisal, biarlah dia jawab sendiri.tapi caranya tidak membuktikan dia adalah seorang pejuang perpaduan yang tulen.

PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali.

Saya yang tidak faham ke atau saudara ? Tidak mengapa, ini adalah proses mencari kebenaran dan saya dan saudara berhak menerangkan ketidakfahaman masing-masing.

ok, baca balik tulisan saya yang saya petik lebih panjang sedikit;...

"....Tetapi apa yang ingin saya bicarakan di sini ialah, kadang kala saya merasa simpati dengan PAS kerana seperti berada di bawah telunjuk Anwar Ibrahim sekarang ini. Negara Kebajikan dilaungkan dengan meninggalkan laungan Negara Islam dalam PRU12 baru-baru ini. Ia seolah-olah memberikan implikasi bahawa sebuah negara Islam bukan negara Kebajikan. Negara Islam hanyalah hudud dan tiada memperjuangkan kebajikan. Kalau faham dan meyakini dalam negara Islam ada semua termasuk kebajikan, mengapa perlu laungan Negara Berkebajikan? Apakah PAS telah terpengaruh dengan Anwar yang sememangnya tidak mendokong pembentukan Negara Islam? Atau Pas berstrategi memenangi hati bukan Islam dengan tidak melaungkan negara Islam? Kalaulah PAS memahami Islam sebagai suatu konsep yang syumul, maka tidak akan berlaku kontradiksi dalam melangkah di dalam politik Malaysia ini. Maksud saya, Negara Islam bukan matlamat sebenarnya dalam Islam. Ia adalah mekanisme yang perlu untuk mengatur terlaksananya Islam yang syumul. Dan sekiranya belum terpenuhi syaratnya, maka tidak perlu ada negara Islam tetapi bukan muktamad!, persyaratannya perlu dicukupkan. ( boleh diwacanakan di lain masa juga , tetapi sedikit sebanyak telah dituylis dalam posting-posting yang lepas).
Karpal bagi saya jujur dengan perhubungannya dengan PAS tetapi tidak Anwar. Anwar dilihat mempermainkan PAS di siang hari tanpa disedari oleh PAS. Ini tidak hanya suatu kenyataan tanpa bukti. Kalau kita baca ucapan serta tulisannya berkaitan negara Islam khususnya apabila berhadapan dengan Amerika, kita akan lihat pendiriannya yang sebenar berkenaan Negara Islam ini.
Baca petikan ucapan beliau di Washington D.c.:-
"The muslims organized themselves into various political parties some with a clear RADICAL agenda INCLUDING the establishment of AN ISLAMIC STATE ".
Di hadapan Amerika, pembentukkan Negara Islam adalah radikal, kata Anwar. Di sini di Malaysia, dia gunakan istilah maqasid syariah....kesian PAS.
Ini salah satu contoh pandangan Anwar tentang negara Islam...."

Penerangannya:

Saya tulis artikel ini kerana bersimpati terhadap PAS yang bertahaluf dengan Anwar. Dalam bertahaluf siyasi, prinsip hendaklah jelas dan matlamat perjuangan hendaklah juga jelas dalam konteks ini, ialah penegakan Negara Islam (walaupun saya berpendapat PAS masih belum cukup syarat lagi ). Dalam bertahaluf siyasi, PAS tidak seharusnya longlai dalam mempertahankan perjuangan menegakkan negara Islam. Jangan ikut cara Anwar yang berpolitik mengikut siapa dihadapannya.

Kedua, dalam bertahaluf siyasi juga dengan DAP atau PKR misalnya,selagi mereka tidak setuju dengan negara Islam, selagi itu PAS belum berkewajipan menegakkan negara Islam.Ini pandangan seharusnya difahami oleh PAS. Saya mengatakan PAS perlu faham di sini kerana, jika ia benar-benar faham, maka sudah lama tahaluf ini boleh dijalankan dengan TIDAK membawa matlamat penegakan negara Islam .( dan PAS jangan rasa berdosa kerana belum cukup syaratnya dan diantara syaratnya ialah, rakyat kena terima negara Islam dan kalau belum terima, PAS yang hendak menegakkan Negara Islam perlu dan berkewajipan mencukupkan syarat tersebut iaitu memberi kefahaman kepada rakyat tentang negara Islam).

Ketiga,

Tahaluf siyasi ini bagi saya jika boleh, PAS harus melangkah untuk lebih meyakinkan DAP tentang negara Islam yang hendak ditegakkan bukan sekadar kerjasama semasa pilihan raya sahaja. barulah tahaluf siyasi ini dapat kita lihat sebagai langkah mencukupkan SALAH SATU syarat untuk menegakkan negara Islam.Oleh kerana itu saya buat polling berapa lamakah Pas akan mengambil masa meyakinkan DAP kerana saya menjangkakan sukar bagi PAS meyakinkan DAP dalam hal negara Islam ini.

Keempat, dalam tulisan saya "..jika PAS faham konsep Islam yang syumul maka TIDAK AKAN BERLAKU KONTRADIKSI DALAM MELANGKAH DI DALAM POLITIK MALAYSIA INI..". Maksudnya , jika faham bahawa menegakkan Negara Islam perlu bersyarat, maka selagi tidak cukup syarat, jangan bimbang untuk bertahaluf siyasi dengan siapa sahaja asalkan tidak melanggar syariat serta terus berjalan untuk mencukupkan syarat-syarat yang lain sehingga cukup syarat itu mengakkan sebuah negara Islam.

Saudara, konsep negara Islam ini sebenarnya banyak perbahasannya. Dan ia bukan matlamat tetapi alat untuk sampai kepada Allah s.w.t. Kalau ia matlamat, nescaya kesemua 25 Rasul akan mendirikan negara Islam. Tetapi hakikatnya ia tidak begitu dan apakah istilah "negara" itu ada di dalam Islam...itu perlu lagi dibahaskan.

Doakan kita dapat bermuzakarah lagi terutama setelah terbitnya buku saya kelak. Insya Allah.

wasalam.

rashid said...

salam semua,
saya pernah menegur seorang wanita kerana die tidak bertudung. Perempuan itu menjawab ringkas,
"Awak pun pernah berseluar pendek.."

1)Jadi, dalam hal ini, siapakah yang lebih hina.
-Adakah perempuan itu, semata2 kerana dia tidak bertudung (nampak rambut, nampak leher, nampak bentuk tubuh semua) setiap hari sedangkan saya hanya berseluar pendek (nampak lutut sikit je..).?
-Ataupun saya, kerana menegur dosa orang lain sedangkan saya juga berdosa?
-Ataupun kedua2nya hina, kerana jika dibandingkan dgn saudara2 sekalian, berseluar pendek pun tidak pernah walau sekali?

2)Adakah kedua2nya tidak berhak menegur langsung orang lain kerana punya dosa sendiri? Jika begitu, tiada siapalah atas muka bumi ini dapat menegur/mengajak sesiapa ke arah kebenaran. Ataupun, jika nak menegur, seseorang itu mesti diperakui ketaqwaannya secara relatifnya lebih banyak drp orang ramai, barulah dia boleh menegur? (bermakna seorang pencuri tidak boleh menegah anaknya daripada melakukan perkara yang sama).

hakikatnya, saya sendiri sangat segan dengan jawapan perempuan itu, bukan kerana diri perempuan itu, tetapi kerana jawapannya (yang mengingatkan saya).

Pak Lah punya kelemahan mentadbir negara (juga dalam membimbing keluarganya sendiri), jadi die tak berhak menyeru Islam, begitu?

dan satu lagi, saya selalu membaca komen2 yang menunjukkan, seolah2 penulis komen itu, nampak dan tahu jumlah dosa orang lain (lebih banyak drp kepunyaannya), sekaligus meletakkan dirinya di tempat teratas dalam "carta kemuliaan", dengan melabel org lain sebagai persis astora ("ayat persis astora jabat je. ada affair ke?"), menuduh org lain tak ikhlas mencari kebenaran ("itupun jika saudara benar-benar ingin mencari kebenaran la.").
Isi diskusi sudah dibentangkan dengan baik, kenapa disudahi dengan melabel org lain..

Popular Posts