Saturday, December 27, 2008

ANWAR IBRAHIM BENAR-BENAR ANGAN-ANGAN " MAT JENIN "

Salam,

Tajuk posting ini adalah ungkapan yang dikeluarkan oleh sanak saudara orang kuat Anwar Ibrahim yang saya temui di London pagi ini ( 27 Dis jam 6 ptg waktu Malaysia). Ia banyak menceritakan hal yang dia ketahui berkenaan Anwar Ibrahim yang dikagumi ramai orang. Saya pada mulanya tercopong juga mendengar namun bila merasionalkannya bahawasanya manusia itu tetap manusia maka yang nak dihairankan.

Yang paling menarik ialah berkaitan "angan-angan" Anwar yang mahu jadi PM melalui kegiatan lompat melompat. Maka sehingga hari ini sebenarnya jumlah Ahli Parlimen yang dikatakan mahu melompat parti belum mencukupi....

Ok, saya berundur dulu, kalau ada kesempatan akan saya khabarkan berita selanjutnya dari London.. wasalam

Wednesday, December 24, 2008

BUKAN HANYA DAP PENGHALANG TERLAKSANANNYA HUDUD, ANWAR IBRAHIM JUGA !

Salam,

Naib Presiden Pas YB Datuk Husam Musa akhirnya terpaksa berpencak lidah apabila mengutarakan persoalan hudud ketika berdebat dengan YB Khairy Jamaluddin tempohari. DAP telah sekali lagi memberikan gambaran bahawa jika Negara Islamlah sebagai matlamat, maka akan berkecailah Pakatan Rakyat untuk hari-hari mendatang. Apakah PKR pimpinan DSAI tiada masalah dengan isu hudud dan negara Islam? Baca kenyataan DSAI dibawah ini:-

"To my mind, it is essential because again, in my limited
experience, with the Islamic Party, we were known to be strong
advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state
is no longer on the agenda".

Maka jelaslah bahawa Negara Islam bukan agenda DSAI. Oleh kerana itu, Pas bukan sahaja menghadapi DAP tetapi juga PKR pimpinan DSAI. Maka apa penghujungnya?

YB Datuk Husam mengatakan UMNOlah penghalang hukum Hudud. Saya berpendapat ini pandangan yang amat keliru. Pada hakikatnya, kita hendaklah sedar bahawa non-muslim di Malaysia masih belum dapat menerima Islam sebagai negara dan perundangan. Walaupun ada non-muslim yang telah mulai faham tentangnya namun ia masih belum dapat mewakili pandangan semua non-muslim. Dasar BN yang diwakili UMNO dan parti komponen yang diwakili oleh non-muslim masih belum berhasrat untuk membentuk sebuah negara berdasarkan kepada hukum hudud. Ini realitinya. Saya tidak bersetuju jika kita membuat suatu kesimpulan bahawa UMNO tidak bersetuju kepada hudud adalah kerana tidak mahu akan hudud. Umno sebagai parti induk BN bercakap atas kapasiti parti utama sebuah pakatan yang memerintah Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum yang "belum" mahu akan hudud. Samalah juga sepertimana Datuk Husam kata jika tidak ada kesepakatan parti komponen Pakatan Rakyat maka hudud akan ditangguhkan. "Ditangguhkan" adalah kenyataan yang akan ditentang juga DAP memandangkan mereka tidak akan bersetuju tentang hudud kerana itu bukan dasar parti itu.

Pokoknya jika pada suatu hari nanti DAP, MCA, MIC dan seluruh rakyat Malaysia mahukan hudud, maka tiada sebab UMNO tidak mahu hudud. Ingat ! perlaksanaan hudud dan penegakan Negara Islam perlu beberapa syarat, dan salah satu syaratnya ialah persetujuan rakyat itu bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar akibat penentangan rakyat. Jika hudud dapat mengurangkan katakan 99.999% jenayah, namun dengan tidak adanya persetujuan semua dan ditentang secara agresif, maka jangankan mencapai 99.999% pengurangan jenayah, sebuah negara akan menjadi huru hara akibat penentangan rakyat terhadap hudud. Dalam situasi ini, adalah maslahah untuk tidak melaksanakan hudud dan tidak melaksanakan hudud disini adalah juga menjalankan hukum Islam. Ingat ! saya tidak mengatakan Hudud membawa huru hara tetapi ketidakfahaman dan penolakan hududlah yang membawa huru hara !!!

Maka jelas disini, PAS diuji samada matlamat penegakan Negara Islam itu merupakan matlamat atau hanya slogan politik untuk meraih sokongan. Jika ia matlamat, maka hudud mesti dilaksanakan jika berkuasa kelak, kalau menangguhkannya kerana belum disepakati di dalam parti komponen, maka inilah yang selama ini dilakukan UMNO yang dinyatakan PAS sebagai anti-hudud. Kalau hanya tidak melaksanakan hudud kerana parti komponen tidak bersetuju dikatakan sekular, maka PAS sekular sekarang!

Apa sebenarnya yang berlaku? Sepertimana yang saya nyatakan sebelum ini, barangkali yang memperjuangkan hudud dan yang menolak hudud belum memahami hakikat perlaksanaan hudud mengikut Islam. Yang memperjuangkan hudud hanya ghairah untuk melaksanakannya tanpa melihat apakah cukup syaratnya, manakala yang menolak hudud juga merasakan hudud (tentunya yang dia fahami sebagai hudud) merupakan sesuatu paksaan ke atas hak asasi manusia yang sering diperjuangkan barat.

Maka, kita sibuk berpolemik sekitar di antara keinginan melaksanakan hudud di satu pihak dengan yang menolak hudud atas ketidakfahaman kita sendiri.

DUA pertanyaan kepada PAS:-

1) UMNO dituduh tidak mahukan Islam kerana tidak mahu melaksanakan hudud. PKR juga sama dengan UMNO dalam hal ini. Bagaimana? Kalau PKR sama dengan UMNO dalam sikapnya terhadap hudud, maka apa isunya sekarang?

2) Apakah benar dan yakin bahawa DAP akan menyokong pembentukan Negara Islam pada masa akan datang? Jika tidak, maka apa tujuan sebenar pakatan ini? Adakah hanya semata-mata ingin menjatuhkan UMNO atau ingin sangat melihat DSAI jadi PM? Apa seterusnya langkah Pakatan Rakyat ini ? PAS dilihat sanggup meng"umno" kan diri sekarang semata-mata mahu melihat UMNO jatuh! Sebab itu ia tidak peduli akan matlamatnya, yang penting musuh tradisi harus dikalahkan.

Islam Hadhari ditolak PAS kerana mengatakan ianya dicetuskan UMNO untuk meraih sokongan umat Islam , hudud ditangguh kerana ditolak DAP dan PKR dan Pas perlu dokongan DAP dan PKR untuk apa? hanya untuk menjatuhkan UMNO yang tidak mahu hudud! Bila UMNO yang tidak mahu hudud itu jatuh, Pas akan tanya lagi DAP dan Pakatan Rakyat mahu tak hudud? DAP dan PKR kata tidak mahu kerana rakyat pilih Pakatan Rakyat kerana tidak sebut hudud dan nanti akan hilang pula sokongan dan UMNO yang tidak mahu hudud itu naik balik! Pas akan tentang semula UMNO kerana UMNO tidak mahu hudud! ( cuba fikirkan, apa sebenarnya yang tidak kena?)

Di dalam Islam ada hudud untuk membimbing umat. Hudud bukan satu-satunya bahagian dari Islam. Di dalam Islam ada bberapa bahagian yang membentuk Islam yang lengkap. Maka banyak bahagian lain yang belum kita ketahui....




s

Monday, December 22, 2008

ANTARA ISLAM HADHARI, PENOLAKAN HUDUD DAP, PERLAKSANAAN ISLAM MENURUT LIM GUAN ENG DAN PENEGASAN HUSAM TENTANG HUDUD

Salam,

Tajuk posting kali ini sengaja dibuat sedemikian rupa bagi memberikan senario yang berlaku di negara kita beberapa masa yang telah berlalu semenjak pemerintahan Pak Lah yang menyaksikan beberapa rentetan peristiwa.

Islam Hadhari cetusan Pak Lah yang telah secara komprehensif dan proaktif saya tangani di dalam blog ini, penolakan secara konsisten oleh DAP, kenyataan KM Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tentang corak pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz dan pemerintahan berdasarkan Al-Qur'an serta penegasan YB Datuk Husam Musa tentang perlaksanaan Hukum Hudud oleh PAS jika Pakatan Rakyat memerintah amat menarik untuk dilihat seketika ini.

Islam Hadhari cetusan Pak Lah telah menghadapi kesukaran untuk mendapat dokongan PAS atas sebab-sebab politik yang melihatkan kepada kita serangan lebih kepada peribadi serta kegagalan perlaksanaan Islam Hadhari oleh Pak Lah daripada persoalan prinsip Islam Hadhari itu sendiri. Sebagaimana yang pernah saya tulis bahawa kalau hanya kita mahu sedikit berfikir maka kita akan dapatkan suatu program besar jangkapanjang di dalam Islam Hadhari itu sendiri yang melibatkan ta'lim dan tarbiyyah.

Pada satu segi yang lain, kita terlena dengan kenyataan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sedikit memancing sentimen umat Islam Malaysia dengan kenyataannya bahawa ia akan menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai model pemerintahannya serta ia akan mentadbir mengikut ajaran Al-Qur'an.

Dengan menoleh sedikit ke belakang, kita pernah dengar kenyataan kepimpinan utama DAP YB Karpal Singh yang mengatakan langkah mayat dia dulu sebelum menegakkkan negara Islam dan melaksanakan hudud.

Baru-baru ini pula, dalam majlis debat antara YB Khairy Jamaluddin dan YB Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS itu menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak dengan menegaskan bahawa UMNOlah penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud kerana keengganannya terhadap hukum hudud terlaksana.

Dengan melihat senario ini kita boleh fikirkan bahawa:-

1) Apakah semua pihak itu tahu apa itu perlaksanaan hudud? Apakah mereka sepakat dalam memahami perlaksanaan hukum hudud atau sebenarnya perlaksanaan hudud yang difahami berbeza?

2) Apakah PAS yakin dengan parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat bahawa penegakan sebuah negara Islam akan disepakati?

3) Apakah PAS lebih yakin dengan Lim Guan Eng dalam hal Islam dibandingkan dengan UMNO yang dikatakan sekular dan UMNO itu menurut mereka lebih sekular daripada DAP. PKR dan Islam Hadhari itu cuma propaganda kerajaan dan kenyataan Lim Guan itu adalah lebih ikhlas?

4) Apakah Karpal Singh telah memberi "restu" untuk PAS menegakkan Negara Islam?

Ini persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh semua pihak untuk kita lihat apa isunya yang sebenarnya. Hudud bukan seperti undang-undang lalu lintas yang boleh dipaksakan begitu sahaja tanpa difahami . Hudud amat memerlukan orang yang benar-benar alim dalam Islam yang merupakan salah satu persyaratan untuk melaksanakan hukum Hudud.(rujuk posting yang lepas di)

http://pure-hadharist.blogspot.com/2008/04/isu-negara-islam-pas-masih-belum-cukup.html


Maka semua pihak termasuk UMNO perlu sama-sama menuju ke arah memahami Hudud dan cuba memenuhi persyaratan menegakkan Negara Islam.

Persoalannya, kita lebih berpolitik sempit dengan menolak apa yang baik dari musuh dan lebih terpesona apa yang datang dari rakan politik kita walaupun sudah terang dan jelas sikapnya terhadap hudud yang hendak kita perjuangkan. Dengan lebih jelas lagi, Islam Hadhari ditolak atas nama menolak sekular (masih boleh dibahaskan kebenarannya) dan pada masa yang sama menerima sebuah pakatan yang jelas berdasarkan sekular malah menolak hudud yang diperjuangkan.

Islam Hadhari - permulaan untuk ke arah melengkapkan salah satu syarat perlaksanaan Islam dengan program Ta'lim Dan Tarbiyyah....

Dibimbangi Lim Guan Eng akan perkenalkan Islam DAP dan disokong PAS kerana ia bukan datang dari UMNO......fikirkan...

Friday, December 19, 2008

JEMPUTAN GAZA - TEPUK DADA TANYA IMAN !

Dalam Perang Dunia ke-2, zionis telah mereka cerita khayal Holocaust untuk boleh merekrut anak -anak orang Yahudi. Anak anak yang tidak berdosa ini di bawa ke Pulau Cyprus. Di pulau ini mereka di masukan ke dalam kem-kem tentera untuk dididik dalam ketenteraan dan pertanian. Anak - anak ini dengan ditakut-takutkan atas kejadian khayalan dalam cerita holocaust. Cerita khayall inilah dijadikan motivasi oleh zionis untuk menjadikan anak- anak yang tidak tahu apa- apa itu sehingga berjaya dijadikan mesin pembunuh manusia kemudian hatinya. Dari satu sisi anak-anak ini dipaksa untuk menerima terjadinya holocaust yang dilakukan Hitler dan satu sisi lain mereka memaksa mereka ini menjadi pembentuk khayalan zionis untuk merampas tanah Palestin dari pemiliknya.

Ketika anak-anak ini sudah siap sebagaimana rancangan zionis, maka operasi terror pertama adalah terhadap orang Palestin dan menyerang negara-negara Arab (mulai dari Mesir hingga Syria dan Jordan). Dengan dibantu Brtish mereka memulakan perang yang kemudian dikenali sebbagai perang 7 Hari sehingga semua negara Arab di sekitar tanah Palestin tunduk dengan taufan pembunuhan ini. Dari dalam tanah Palestin sendiri dimulakan pula terror terhadap kota-kota yang ada di sana. Inilah bentuk terrorisme yang teratur pertama yang terjadi di dunia. Dengan sistematik zionis mengepung kota-kota dan desa dan membunuh siapa saja yang nampak, tidak kira besar kecil, tua dan muda. Sehingga terjadilah “massacre” di Palestin.

Orang Palestin tidak tinggal berdiam diri, mereka dengan apa yang ada di tangan melakukan penentangan. Tapi kekuatan mereka tidak cukup kuat untuk menghadapi senjata moden British, tapi hati mereka lebih kuat dari waja sehingga mereka tetap bertahan sehinggalah sekarang. Perjuangan mempertahankan tanah yang hendak dijadikan Negara mimpi zionis ini masih terus berjalan. Dengan semua cabaran dan derita orang Palestin terus bertahan dan berjuang merebut haknya hingga sampai darah terakhir yang ada pada diri mereka. Tidak baru, kerana sudah berjalan lebih dari 60 tahun, dan yang terkorban tidak sedikit, ribuan korban telah diberikan oleh orang Palestin. Kerana kelicikan politik zionis dan pengkhianatan orang Palestin sendiri, sebahagian orang Palestin terpaksa harus meninggalkan tanah airnya dan menjadi pelarian di berbagai kerajaan di merata dunia.

Semua derita yang tidak pernah dirasai kaum manapun telah dirasakan oleh orang Palestin, kerana zionis setiap masa tidak pernah berhenti untuk memaksa orang Palestin untuk tunduk dengan kehendaknya, atau pergi meninggalkan tanah airnya, kerana dengan semua inilah zionis dapat menguasai tanah Palestin dan membuat kerajaan mimpi Israel. Berbagai penentangan yang dilakukan orang Palestin hingga terjadinya Intifadah, satu gerakan teratur yang cukup kuat untuk bertahan melawan dunia penjajahan global.

Teriakan derita orang Palestin tidak pernah terdengar sekalipun oleh kaumnya sendiri yang berada di kerajaan jirannya. Mereka telah meneriakkan semua harapan untuk boleh ditolong untuk dapat melanjutkan perjuangan mendapatkan hak yang mereka miliki. Milik mereka yang dirampas oleh zionis wajib untuk direbut kembali. Mereka berjuang untuk mendapatkan tanah airnya, hendak membawa kembali sanak saudara yang telah dibuang oleh zionis ke merata dunia. Tapi teriakan itu tidak bersambut, sehingga mereka sedar bahawa teriakan hanya boleh dijadikan doa kepada Allah dan terus berjuang dengan apa yang ada. Dengan inilah muncul semangat Intifadah, semangat juang yang didasari tawakal pada Allah.

Akhirnya zionis sudah merasa sangat khuatir, kerana kerajaan Israel mengalami kekalahan dalam perang 33 hari melawan Hizbullah. Dan pada sisi lain Intifadah terus berjalan, mimpi membentuk Israel dari Nil (Egypt) hingga Furat (Iraq) sudah hilang (begitu kata Olmert). Tinggal saja mereka hendak melanjutkan mimpi untuk tetap tinggal dibawah kerajaan Israel di tanah Palestin, kerana khayalan untuk sampai di sungai Lituani pun sudah hilang. Sehingga jalan satu-satunya adalah merebut semua hak milik orang Palestin atau menundukkan mereka dengan politik. Tapi tidak begitu mudah kerana penentangan tetap terjadi. Palestin tidak menyerah dengan mudah. Perjuangan terus dan terus berjalan, sekalipun mereka diboikot dan dibunuh serta ditawan…perjuangan tidak menunjukkan ia akan berhenti tapi malah bertambah kuat.

Pada Hari ulang tahun Hamas beberapa hari lalu, di hadapan ratusan ribu pengikut Hamas di Gaza menyatakan ketetapan mereka untuk terus berjuang untuk membebaskan Baitul Muaddas dan juga masjid AL Aqsanya. Tanah Palestin wajib suci dari kekotoran zionis. Mereka memiliki semangat iaitu menghilangkan zionis, kerana dengan hanya inilah Palestin akan bebas,dan inilah juga makna kebebasan bagi Palestin. Dengan itu mereka menjemput semua manusia yang memiliki rasa kemanusiaan, dan muslimin yang masih hendak menjadi muslim untuk ikut dalam perjuangan besar ini, kerana sekarang zionis sudah menjadi kekuatan dunia, secara minimumnya mereka didukung oleh kekuatan kuasa besar dunia.

PBB sudah memperjelaskan posisinya sebagai pendukung zionis dengan hanya dia ketika konvoi trak bantuan bagi penduduk Gaza yang dikepung dan ditahan beberapa waktu lalu. Penduduk Gaza tidak ada persiapan dan persediaan makanan, kuasa elektrik padam, air susah dicari, rumah sakit kehabisan ubat dan semua derita ini tidak ada yang dapat membantu kecuali manusia yang memiliki rasa kemanusiaan, kerajaan yang berani melawan zionis dan konconya, atau umat Islam yang bersedia untuk mengorbankan harta serta jiwanya. Jemputan penduduk Gaza adalah jemputan kemanusiaan, jemputan bagi semua manusia beragama terutama Islam. Kalau saja kita umat Islam masih mengingat hadis yang menyatakan:” Siapa yang menjumpai pagi dan tidak memperhatikan keadaan muslimin maka dia bukan muslim (al Hadits).

Gaza kini menjadi simbol perjuangan manusia dan juga simbol perjuangan muslimin. Maka kewajipan manusia untuk membantu penduduk Palestin di Gaza demi melanjutkan kehidupan perjuangan melawan kebatilan dunia – kerana dunia telah sepakat dengan melihat Israel sebagai kebenaran, yang bererti melihat penjajahan sebagai kebenaran dan penduduk Palestin pemilik tanah air itu menjadi orang yang salah-. Maka disinilah perjuangan itu. perjuangan menunjukkan kebenaran hakiki dengan dasar kemanusiaan dan agama. Memang Gaza telah menjadi tujuan bagi manusia khususnya muslimin. Betapa tidak, manusia dengan semua simbol dan slogan demokrasi dan keadilan tidak dapat melihat penindasan yang dilakukan oleh Israel dan Amerika, muslimin yang katanya memiliki Quran –Furqan -pemisah hak dan batil- tidak dapat melihat mana yang hak dan batil kerana ternyata mereka hanya diam ketika saudaranya meneriakkan kesakitan meminta bantuan. Malah ada pula yang ikut membantu zionis dalam menindas kaum bangsa seagamanya sendiri.

Untuk itu, Sayyid Hasan Nasrullah sebagai menjawab seruan jemputan yang disampaikan orang Palestin di Gaza menjemput pula seluruh manusia terutama muslimin untuk memulakan melakukan demonstrasi melawan penjajahan dunia zionis dimulai hari Jumaat – 19 Disember 2008-. Demonstrasi penentangan terhadap semua bentuk penjajahan yang sudah global, sehingga setiap manusia kena ikut dalam perjuangan ini untuk membebaskan dunia terutama perjuangan Palestin dan minimum membebaskan Gaza dari holocaust yang sebenar. Perjuangan ini bukan hanya dibentuk dalam satu demonstrasi tapi semua bentuk penentangan, juga tidak berakhir dengan berakhirnya demonstrasi di hari Jumat tersebut, tapi akan berlanjut dan berterusan hingga dunia bebas dari zionisme Israel.

Tidak ada jalan bagi manusia untuk mempertahankan kemanusiaannya, seperti juga muslimin untuk mempertahankan keislaman yang ada pada dirinya, maka mereka wajib untuk ikut serta dalam perjuangan global melawan kebatilan global ini. Israel dan zionisme adalah satu keberadaan kebatilan yang perlu dihilangkan dari muka bumi ini, kerana mereka merupakan simbol kebatilan dunia secara keseluruhan. Dengan hilangnya rejim ini akan hilang pula keberadaan kebatilan dan simbol kebatilan. Perjuangan ini adalah perjuangan keberadaan hak dan pengikut hak melawan kebatilan dan pengikut kebatilan, maka setiap orang ada dalam pilihannya untuk memilih, diam pun hanya akan memperkuatkan kebatilan kerana dengan diam kebatilan akan menjadi kuat. Tidak ada jalan lain bagi pengikut hak kecuali menyatakan kebenaran hak sekalipun mungkin penuh dengan derita dan sengsara. Tapi di sana Allah selalu memberikan harapan yang sebenar dan inilah harapan sebenarnya.

Tuesday, December 9, 2008

ISLAM HADHARI : Visi ke depan…( Hanya Yang Murni Kekal)


Salam,

Pasti banyak umat Islam tahu bahawa agama Islam ini dijaga Allah swt, iaitu bahawa selama manusia ada maka Islam ini dengan kebenarannya akan terjaga. Tidak ada hari tanpa ada kebenaran di dunia ini, sehingga Islam hakikatnya adalah hujah Ilahi untuk manusia selama manusia ada. Allah pastikan bahawa Islam akan menghantarkan manusia menuju kepada kesempurnaan yang dikehendakiNya, atau dengan kata lain; bahawa manusia selalu mendapat penerangan cahaya Ilahi berupakan kebenaran Islam, dan tidak ada dalil bagi manusia untuk tidak menerima kebenaran Islam yang ada dalam kehidupannya.


Pada sisi lain, adanya musuh Allah yang selalu berada dalam kehidupan manusia di dunia ini, selama ini, mereka terus berusaha untuk membawa misi mereka sehingga manusia tidak sampai pada tujuan pencipta Allah. Dalam Quran disebutkan bahawa adanya syaitan yang akan selalu berusaha untuk mengganggu manusia sehingga mereka akan berpaling dari kebenaran yang diberikan Allah bagi manusia, hanya Mukhlashin yang tidak akan dapat diganggu oleh syaitan. Selain itu tidak ada yang akan selamat dari gangguan, kecuali kalau mereka hendak melakukan perlawanan dari gangguan itu.


Di sisi lain, adanya manusia yang melakukan perbuatan sama dengan syaitan atau lebih buruk lagi. Kalau syaitan mengganggu manusia hanya hingga membuat manusia was-was atau ragu tetapi manusia dapat meyakinkan dengan adanya penipuan atau intimidasi, lebih lagi manusia dapat melakukan penghancuran dan pembunuhan hingga manusia lain mengikutinya, untuk itu apa yang dilakukan manusia lebih buruk dan jahat dari syaitan. Hasilnya, seperti sekarang yang ada di hadapan semua umat Islam, di mana Islam tidak dapat dinikmati dengan sempurna oleh manusia kerana manusia telah tertutup ekoran berbagai kesalahan yang dibuatnya, baik sengaja ataupun tidak sengaja.


Perbuatan yang sengaja ataupun tidak sengaja, akan dinilai dengan dua perkara. Perkara ukhrawi maka balasnya ada pahala atau dosa, duniawi akan memberi kesan positif ataupun negatif. Jadi perbuatan yang dilakukan dengan ikhtiarnya akan dinilai dan dibalas Allah dengan pahala kenikmatan dan dosa derita, ini kalau dilihat dari nilai ukhrawi pada perbuatan yang sengaja sahaja (dengan ikhtiar, sementara perbuatan yang tidak sengaja tidak akan , tetapi dari sisi pandang duniawi, maka perbuatan akan dilihat dari kesan dan akibatnya. Untuk ini maka manusia perlu berhati hati dalam berbuat dan menilai, kerana perbuatan di dunia ini baik sengaja ataupun tidak sengaja akan meninggalkan akibat. Betapa banyak manusia yang melakukan sesuatu tanpa berfikir pada apa yang dibuatnya dan lebih jauh mereka tidak berfikir dengan akibat yang akan terjadi kerana perbuatan tersebut.


Banyak perkara di mana manusia mengatasnamakan agama, kemudian melakukan sesuatu, tanpa memikirkan akibatnya, hanya kerana merasa sudah berpegang pada agama atau salah satu nash Allah. Akibatnya bukan saja dia pelaku yang menerima akibat negatif tetapi juga ijtima’ atau masyarakat yang berada di sekitarnya. Kalau sahaja manusia hendak berfikir sedikit sahaja tentang apa yang hendak dilakukannya, nescaya dirinya dan juga umat Islam ataupun manusia selainnya akan banyak terhindar dari akibat negatif suatu perbuatan.


Sebagai contoh seorang yang hendak melakukan kewajiban amar bil ma’ruf wa nahi ‘an munkar. Setiap umat Islam mengetahui bahawa amar bil ma’ruf wa nahi anil munkar merupakan kewajiban yang datang dari Allah, tetapi bukan setiap umat Islam boleh melaksanakannya. Ia ada peringkat: hati, lisan dan (amal) tangan. Setiap umat Islam memiliki persyaratan berbeza dalam melaksanakan kewajiban ini. Ada yang dengan menunjukkan muka tidak senang, diam atau meninggalkan, maka setiap umat Islam memiliki kadar masing-masing. Perbuatan ini pun wajib didasari pengetahuan tentang ma’ruf dan munkar, juga cara merubah munkar menjadi ma’ruf, tanpa adanya persyaratan ini maka kemungkaran bukan akan berkurang tetapi terbuka kemungkinan untuk lebih banyak dan membesar.(dengan terjadinya kemungkinan ini maka kewajiban yang menjadi taklif boleh berubah kepada marhalah lain.)


Dengan persyaratan keadaan yang sekarang dihadapi oleh umat Islam, maka melaksanakan kewajiban amar makruf dan nahi munkar bukan permasalahan mudah tetapi merupakan permasalahan yang kompleks. Selain dari kemungkaran yang ada, terdapat juga kemungkaran asli yang menjadi sumber kemungkaran di dunia iaitu keberadaan penjajah dunia, kekuatan adikuasa Amerika dan Zionis Internasional. Sehingga umat Islam dituntut untuk lebih berhati-hati dalam menjalankan kewajiban itu, kerana kalau tidak maka kekuatan penjajah ini akan menggunakan kesempatan sebaik mungkin untuk menghancurkan Islam dan Muslimin. Islam tidak akan hancur dan hilang, tetapi muslimin boleh jadi jauh dari Islam sehingga mereka akan terbawa arus pemikiran musuh Islam dengan mengatasnamakan Islamnya. Hal inilah merupakan permasalahan yang perlu diperhatikan dengan baik oleh setiap muslimin.


Pada hakikatnya, masyarakat merupakan kekuatan besar untuk melaksanakan amar makruf dan nahi munkar. Kalau saja semua umat Islam mengetahui tugasnya dalam pelaksanaan kewajiban politik dan kemasyarakatan ini maka musuh terbesar pun akan hancur. Sebaliknya, kalau di dalam suatu masyarakat tidak terdapat kekuatan rakyat yang melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, maka masyarakat itu akan menghadapi kekacauan dan kehancuran.


Kalau saja umat Islam dengan baik memikirkan masa depannya, tentu mereka akan menggalang kekuatan sehingga terjadilah satu kekuatan besar untuk melaksanakan kewajiban Ilahi ini. Penggalangan kekuatan tentunya dengan melihat potensi kekuatan dan juga penghalang yang ada di dalam ataupun di luar tubuh umat Islam. Memperhatikan dan menggerakkan semua potensi yang dapat membawa ke arah keberhasilan bersama, tanpa melihat dari mana atau siapa yang memilikinya, kerana dasar pemikirannya adalah semua umat Islam adalah dalam tubuh yang satu. Kemudian mengikat diri dalam program kerja yang real. Dengan cara ini maka kekuatan yang asalnya kecil boleh jadi menjadi kekuatan yang melebihi kekuatan musuh, sebesar apa pun dia.


Dengan sedikit berfikir dan menghilangkan pemikiran yang dilandasi ta’asub dan kepentingan (demand –peribadi atau parti) tentulah umat Islam akan mengetahui bahawa Islam Hadhari adalah salah satu dari pada potensi yang dapat menggalang kekuatan besar umat Islam sehingga dapat menjadi kekuatan besar yang jitu untuk menjalankan kewajiban Ilahi amar makruf dan nahi munkar, yang bererti akan menyelamatkan umat Islam dari penindasan yang sedang mereka alami sekarang.


Dengan memperhatikan prinsip-prinsip yang ada di dalam Islam Hadhari, umat Islam akan mendapatkan ketetapan bahawa Islam Hadhari adalah Islam, sehingga tidak ada hujah bahawa mereka boleh meninggalkan atau mengetepikan Islam Hadhari, apatah lagi hendak mengatakan bahawa Islam Hadhari adalah bukan Islam, kerana dengan menyatakan hal tersebut dengan sendirinya terjadi penolakan (minimal) terhadap cara yang dipilih umat Islam untuk melakukan amar makruf dan nahi munkar, atau lebih jauh terjadilah penolakan terhadap Islam itu sendiri. Jadi perlu dipisahkan antara penolakan terhadap perbuatan zalim yang dilakukan seorang muslim, dengan penolakan satu pemikiran yang benar dari seorang yang muslim yang zalim. Kerana tetap ada terpisahnya penilaian antara kebenaran dan kezaliman pada diri yang sama sekalipun.


Sebagaimana setiap umat Islam perlu menilai bahawa umat Islam adalah seorang yang manusia yang telah mengikrarkan syahadatain, iaitu dia telah naik saksi bahawa Allah adalah Tuhannya dan Muhammad adalah Rasul Allah. Kalau dia melakukan satu tindakan zalim maka akan salah kalau kita katakan bahawa Syahadatainnya salah, apatah lagi mengatakan apa yang dikatakannya (syahadatain) adalah salah. Ini tidak benar, kerana syahadatain yang dikatakannya adalah benar, dan yang salah adalah kezaliman yang dilakukannya. Juga kalau ada pembawa berita benar, kalau dia melakukan perbuatan yang salah maka bukan bererti berita yang disampaikannya salah tetapi perbuatannya. Begitu juga dengan Islam Hadhari, kalau saja penyampai Islam Hadhari melakukan satu kezaliman, maka tidak secara automatik apa yang disampaikannya adalah salah. Perlu ada pemisah,antara apa yang disampaikannya dan apa yang dilakukan dalam hidupnya. Juga kita tentu berkeyakinan bahawa kalau seorang muslim melakukan kesalahan ataupun dosa, maka tentu tidak bererti bahawa keyakinannya terhadap agamanya salah, tetapi perbuatannya yang salah, bukan keyakinannya terhadap Allah dan Rasul Allah.


Begitu juga dalam kes Islam Hadhari, konsep ini disampaikan untuk membantu umat Islam merintis masa depan yang lebih baik, iaitu hilang atau bergantinya munkar menjadi makruf sehingga semua akan meninggalkan apa yang dilarang Allah dan menjalankan apa yang diperintahkanNya, yang bererti semua muslimin akan hidup dalam keadilan. Tentulah ini tidak akan didapatkan dan dirasakan dalam waktu dekat (singkat), kerana apa yang dihadapi muslimin sekarang bukan saja kemungkaran yang ada pada dirinya, yang mana hal itu terjadi kerana kejahilan terhadap Islam, tetapi juga adanya musuh Islam dan muslimin.


Mungkin muslimin perlu berfikir bahawa Islam adalah sesuatu yang diturunkan Allah untuk semua manusia termasuk Rasulullah, iaitu apa pun yang ada di dalam Islam maka posisinya ada di atas semua manusia tanpa kecuali. Tidak seorang pun boleh berada di atas Islam, dengan kata lain bahawa Islam dapat menilai siapa pun dia dengan semua hukum yang ada didalamnya. Begitu sebaliknya, semua manusia akan dapat menikmati semua hal yang ada dari Islam untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan yang lebih penting adalah kebenaran Islam dapat dilihat oleh semua manusia, begitu juga manusia dapat dinilai dengan Islam. Maka Islam Hadhari dapat dilihat dengan Islam; adakah ianya merupakan bahagian, serupa/sama atau ianya adalah indentik dengan Islam. Yang paling penting di sini, untuk menilai Islam Hadhari dengan penilaian di atas maka ianya memerlukan sekumpulan dalil, dan untuk menilai baik buruknya siapa yang membawa konsep Islam Hadhari memerlukan dalil yang lain. Sehingga dapat ditetapkan bahawa penilaian keduanya terpisah kerana keduanya merupakan hal yang terpisah. Bererti siapa pun yang menyatukan (penilaian) maka ia telah melakukan kesalahan dalam menilai.


Kalau sahaja muslimin menyedari bahawa dihadapannya ada masa depan yang tidak diatur oleh mereka sendiri, tetapi diatur Allah dan juga dengan adil semua yang ada di dunia ini. Banyak perkara di dunia ini telah berjalan dan akan berjalan terus dengan menuju ke arah kesempurnaan kehidupan. Cepat atau lambat ianya akan sampai juga. Kerana di hadapan setiap manusia terdapat janji Allah yang pasti akan terjadi. Tinggal saja manusia perlu mempersiapkan dirinya untuk berada di dalam kesempurnaan itu. sehingga tidak ada jalan lain mereka wajib ber”program”. Memang Islam merupakan program, tetapi Islam memberikan kesempatan untuk manusia dalam memilih mana yang didahulukan dan mana yang diakhirkan. Juga manusia berhak memilih mana yang perlu dilakukan pada waktu dan tempat yang khusus untuknya sehingga dapat mempersiapkan diri ke tempat yang diredhai Allah. Persiapan ini tentu perlu dalam sebuah konsep lengkap, iaitu mengatur semua aktiviti untuk sampai kepada tujuan yang menjadikan redha Allah.


Ketika setiap muslim dibenarkan untuk mendapatkan cara yang tepat untuk dirinya dalam menjalankan program dalam mencapai nilai terbaik di hadapan Allah, maka terpaksa manusia perlu memilih mana yang didahulukan dan mana pula yang wajib ditinggalkan dulu. Dengan menyusun hal ini maka dapat diharapkan tercapainya masa depan yang diredhai Allah.


Kalau saja musuh-musuh Islam membuat program untuk menghancurkan muslimin, maka kenapa muslimin tidak pula melakukan hal yang sama. Muslimin bukan meniru yang lain, tetapi hendak menjalankan apa yang diperintahkanNya. Iaitu mempersiapkan semua hal yang boleh menjadikan muslimin akan menjadi satu kekuatan yang tidak terkalahkan, Allah berfirman:”Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi…”.(Al Anfal 60). Maka sangat disayangkan kalau ada sebahagian muslimin tidak melihat bahawa persiapan menghadapi musuh Islam juga merupakan hal yang wajib.


Berbagai dalil syar’i (naqli) dapat digunakan untuk menyatakan bahawa Islam Hadhari merupakan konsep yang benar dengan tatacara nilai Islam. Kerana Islam Hadhari tidak lebih dari Islam di mana muslimin hanya bertindak mengatur. Sebagaimana ketika adanya kemungkaran, dan ada seseorang hendak merubah munkar tersebut menjadi makruf. Maka dia wajib menentukan tindakan mana yang tepat untuk menghentikan kemungkaran dan merubahnya menjadi makruf. Minimum, orang itu perlu membuat program untuk menjalankan perubahan munkar menjadi makruf. Baik dari dalam dirinya secara personal, keluarga dan lebih jauh lagi pada masyarakat. Tentu hal ini tidak akan dapat dijalankan dalam satu masa atau dengan melakukan satu tindakan bersamaan di satu tempat, waktu dan keadaan.


Kalau saja ada umat Islam yang hendak berfikir sedikit saja dengan pola berfikir Islamik dan Quranik (bersih dari kekotoran ta’asub, ghurur dan hasad) , pastilah mereka akan menggapai keberhasilan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Betapa banyaknya orang alim yang tidak dapat mencapai hakikat kebenaran kerana dia merasa dirinya sudah alim. Betapa banyak muslimin ter-hijabi halangan batin sehingga tidak dapat melihat dan mengamalkan kebenaran. Sehingga perlu orang lain untuk mengingatkannya, kerana mereka adalah saudara (seagama), sesama manusia yang sama-sama menghadapi problem besar di bumi ini. Maka dengan saling memahami dan saling membantu dan mengingatkan. “Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa. . . “.(Al Maidah 2).


Kalau saja ada orang yang boleh membuktikan kesalahan pembawa konsep Islam Hadhari, bukan bererti dia sudah boleh pula membuktikan kesalahan Islam Hadhari. Ketika semua melihat Islam pastilah mereka akan melihat Islam Hadhari ada didalamnya, sehingga tidak ada alasan untuk boleh menyalahkan Islam Hadhari. Kalau saja ada yang menggunakan ayat Al Baqarah 44 sebagai dalil:”Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban sendiri).. .”. maka dalil ini sebenarnya menyalahkan orang yang melakukan suatu kebajikan, tetapi tidak menjalankan untuk/pada dirinya sendiri. Dengan dalil ini terbukti pula bahawa adanya kebajikan yang tidak dilakukan, iaitu tidak disamakan antara nilai kebajikan dengan pelaku yang tidak menjalankan kebajikan.


Untuk itu maka Quran mengingatkan:”Dan jangan kamu mencampuri- adukkan yang hak dan batil dan janganlah kamu menyembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui”. (Al Baqarah 42). Bukankah ini merupakan dalil untuk menyatakan kebenaran sekalipun dirinya sendiri (mungkin) bercampur dengan kebatilan.


Betapa mudahnya melihat kebenaran kalau saja hati ini dipersiapkan agar dapat terbuka sehingga dapat menerima kebenaran sebagaimana adanya. Tentu masa depan bagi muslimin akan cerah sebagaimana cerahnya cahaya Ilahi.

Saturday, December 6, 2008

RASIONAL DATUK MUKHRIZ : YANG KITA MILIKI, MEREKA INGINKAN, YANG MEREKA MILIKI, SUKAR DIKORBANKAN!!!..




( CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG MESTI DIMENANGKAN KERANA BERANI MENYUARAKAN PANDANGAN DEMI SURVIVAL MELAYU...MELAYU ITU ISLAMLAH)


Salam,

Keadilan sosial adalah suatu ungkapan yang popular dan dipersetujui oleh manusia yang benar-benar mahukan ianya terlaksana. Apabila keadilan itu dituntut maka adakalanya yang selama ini kita rasa milik kita tetapi sebenarnya milik orang yang harus kita serahkan kepada pemiliknya.

Keadilan sosial adalah slogan yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat dalam setiap majlis ceramah dan penerangan mereka termasuk di dalam pilihanraya ke 12 yang menyaksikan ianya benar-benar mahu dinikmati.

Ekoran daripada itu maka timbullah polemik perkauman dimana Melayu merasakan ianya berhak diberi status ketuanan dan yang bukan Melayu menuntut status tersebut tidak selamanya dikaitkan dengan Melayu.

Persoalan pokok di sini adalah apakah takrif keadilan itu? Apakah ketuanan Melayu dan hak istimewa orang melayu itu terkeluar dari prinsip keadilan? Apakah ketuanan Melayu dan hak istimewa orang Melayu selama ini menindas bukan Melayu? Apakah hak bukan Melayu di dalam Malaysia ini telah dinafikan? Apakah selama ini bukan Melayu tidak boleh hidup makmur di dalam negara ini? Mengapa bukan Melayu merasa ternafi hak mereka bila ada hak keistimewaan orang Melayu? Mengapa? dan Mengapa?

Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan bukan Melayu sebagai imigran yang telah diberi kerakyatan telah hidup bersama selama lebih 60 tahun. Sepanjang perhubungan itu, hanya pada tahun 1969 berlaku peristiwa permusuhan Melayu-Cina yang selepas itu dapat didamaikan sehingga sekarang. Dari dulu hingga sekarang, mereka hidup bersama. Yang miskin telah menjadi kaya raya baik dari kalangan Melayu, Cina dan India. Malah bukan melayu muncul diantara yang terkaya.

Sistem pendidikan memberikan peluang seluas-luasnya kepada semua kaum dengan suatu pautan bahawa Bahasa kebangsaan sebagai matapelajaran wajib dipelajari.

Jadi, mahu apa lagi?

Baiklah, kita Melayu mahu menuntut hak kita juga.

1) Kita mahu pusat perniagaan di Bandaraya Kuala Lumpur dikosongkan untuk diisi oleh peniaga-peniaga Melayu sehingga 50% atas nama keadilan.

2) Kita juga mahu setiap tempat di seluruh negara yang strategik dari segi perniagaan juga dikosongkan untuk diisi oleh peniaga Melayu dengan kadar 50% juga.

3) Semua bukan Melayu mesti menjalani ujian Bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum diberikan kad pengenalan bagi memastikan mereka memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi. Bagi yang sudah memilikinya maka harus diuji semula penguasaan Bahasa Melayunya.

Ini adalah beberapa perkara yang harus diberikan haknya kepada Mel;ayu sebelum kita bercakap tentang keadilan..

Maka, apa akan jadi jika kita semua bercakap tentang keadilan tanpa memahami takrif keadilan itu sendiri?

Pemimpin-pemimpin seperti DSAI jangan hanya tahu bercakap soal keadilan tanpa melihat takrif keadilan itu sendiri.

Bagi PAS, sehingga hari ini Melayu itu adalah juga Islam walaupun ada Melayu yang telah murtad. Jangan kerana ada yang murtad, kita terus mengatakan Melayu itu bukan sinonim dengan Islam. Ingat! ketuanan Melayu adalah juga ketuanan Islam !

Apakah kita telah bersedia untuk mengorbankan milik kita dan mereka juga telah bersedia untuk itu?

Lihat bagaimana mereka melatah apabila kenyataan YB Datuk Mukhriz Mahathir tentang sekolah vernakular! Mereka lebih peka akan soal survival bangsa mereka dari kita Melayu yang terbawa dengan pemimpin Melayu yang hanya berjuang untuk cita-cita peribadi untuk duduk di singgahsana....puncak tampuk pemerintahan...asalkan aku menjadi PM.

Melayu telah ditelan dalam ekonomi dan bakal ditelan juga dalam politik...fikirkan.

Wednesday, December 3, 2008

ANTARA PALESTIN DAN MUMBAI...SIAPA DITENGAHNYA..



(SEORANG TUA SEDANG BERIBADAT DI DALAM AL AQSA YANG SERING DIMINTA DOANYA BILAMANA ZIONIS MENGEPUNG MASJIDIL AQSA MENURUT PEMANDU PELANCONG SAYA KETIKA DI AL AQSA TEMPOHARI)




Salam,

Rata-rata kita menyedari ada sesuatu perancangan halus disebalik peristiwa 9/11 dan yang seumpamanya. Terkini ialah apa yang berlaku di Mumbai yang dikatakan angkara "mujahideen deccan" atau jelasnya puak Islamlah.

Kita tidak tahu samada perbuatan itu dilakukan oleh orang lain yang mengatasnamakan Islam atau benar-benar yang dilakukan oleh orang Islam yang terkeliru dalam perjuangan samada kekeliruan timbul kerana kejahilan atau kesalahan dalam memahami perjuangan Islam ekoran dari kejahilan itu juga.

Yang jelas, sebarang tindakan ini mencemarkan imej Islam dan bakal membawa kesusahan ke atas umat Islam keseluruhannya.

Kekuatan jentera propaganda zionis memang sering mengelabui kita atas isu yang sebenar. Terrorisme berlaku dimana-mana termasuk di Palestin namun yang berlaku di Palestin dilihat hanya konflik Israel-Palestin dan tidak digambarkan suatu tindakan terrorisme sedang berlaku. Yang digambarkan ialah ianya konflik kenegaraan dan bukan kemanusiaan sehinggakan nyawa yang melayang di Palestin tidaklah berharga sangat jika dibandingkan di New York atau Mumbai.

Kita perlu jelaskan bahawa Islam mengharamkan tindakan terrorisme apatah lagi membunuh sesama manusia yang tidak berdosa dengan tindakan semberono atas nama perjuangan Islam namun Islam ada konsep difa' iaitu mempertahankan diri. Yang berlaku di Palestin jelas difa' mereka mempertahankan tanahair yang diceroboh zionis puluhan tahun. Yang berlaku di Mumbai pula tidak dapat kita pastikan motifnya namun yang jelas akan digunakan zionis untuk menambahkan nilai "terrorisme" ke atas Islam yang akan dihubungkaitkan dengan HAMAS, JIHAD ISLAM, Pejuang Islam Kasymir, HIZBULLAH dan sebagainya.

Maka akhirnya diantara Palestin dan Mumbai, ditengah-tengahnya ialah ZIONISME SEDUNIA .

Yang harus difikirkan :- APAKAH ZIONISME TIDAK MELEBARKAN SAYAPNYA DI MALAYSIA INI? Ingat propaganda mereka cukup licik dan kita harus hati-hati pemimpin-pemimpin politik yang pro-barat dan sentiasa mendapat perhatian US...JERUSALEM POST JUGA BERMINAT PEMIMPIN INI MENJADI PM MALAYSIA....!!!!!!

Friday, November 28, 2008

ISU ARAK DI SELANGOR : DAP BENGANG ! PAS BINGUNG! PKR BIMBANG!


(Mimbar Salahuddin Al Ayyubi di dalam Masjidil Aqsa yang mana pernah dibakar oleh Zionis.Mimbar ini dibuat semula oleh pengukir kayu dari Indonesia. Zionis dan seumpamanya tidak boleh diberi muka apatah lagi kuasa..suatu pengajaran untuk kita)


Salam,

Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa, pembentukan sebuah pemerintahan Islam oleh sebuah gerakan Islam perlulah memenuhi persyaratan. Lebih-lebih lagi di dalam masyarakat majmuk. Ingat tak dulu saya tulis berkaitan persyaratannya? Di antaranya adalah persediaan rakyat untuk menerima Islam sebagai suatu sistem. Jika dengan tiada persetujuan rakyat terutama yang bukan Islam, sisitem Islam tidak dapat dijalankan, maka proses tarbiyah dan ta'lim dijalankan terus dan menangguh sementara waktu perlaksanaan hukum Islam maka PENANGGUHAN ini juga adalah dalam rangka melaksanakan Islam !

PAS seharusnya tahu bahawa DAP memang jelas menolak Islam untuk dijadikan landasan pemerintahan sebuah negara begitu juga PKR yang jelas berlandaskan sekularisme dan liberalisme politik berlandaskan liberalisme politik Amerika Syarikat anutan DSAI !

Maka, hari-hari seterusnya kita akan dapati akan berlaku pertentangan-pertentangan pendapat yang sememangnya telah dijangka akan berlaku ekoran pertentangan ideologi ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat. DAP akan marah, PAS jangan bingung dan PKR bimbang hasrat DSAI nak jadi PM terkubur bila mereka mula bertelingkah...bukan soal remeh tapi FUNDAMENTAL......

Maka, PAS sebagai parti Islam dan Melayu hendaklah berfikir 10 kali untuk meneruskan "pernikahan" dengan Pakatan Rakyat sebelum ahli-ahlinya yang ikhlas merasa kecewa dan tertipu.

Sekurang-kurangnya, dalam pendekatan Islam Hadhari UMNO, proses ta'lim dan tarbiyah diutamakan sehingga kepada suatu tahap kita sudah bersedia untuk semuanya....ingat! Islam mempunyai kaedah dan sistem perlaksanaan, bukan semberono...semua ada syaratnya demi menjada Islam itu sendiri....bukan Islam ala Taliban...Islam yang dibawa Rasulullah adalah rahmatan lil alamin...

Thursday, November 27, 2008

Membaca Sejarah : Menilai Slogan Demokrasi Dan Keadilan Ala Amerika Yang Diseru DSAI: Melayu Bakal menjadi Red Indian.


( APAKAH AGAKNYA YANG DIBINCANGKAN???? )


Sejarah adalah suatu fenomena yang terjadi di masa lalu. Ketika dibawa dalam kehidupan sekarang manusia membacanya sebagai sejarah. Memang secara tertulis ianya merupakan cerita tentang semua aktiviti manusia di masa yang silam, sehingga ketika seorang yang membaca sejarah akan tahu apa yang terjadi dengan kehidupan manusia di masa yang lampau. Tetapi ketika manusia memikirkan apa yang terjadi di dalam sejarah tersebut ia tidak akan hanya berupa cerita yang kuno tetapi juga pelajaran yang besar dari perjalanan manusia.

Ramai orang berusaha untuk mempelajari sejarah sehingga mengetahui apa yang sebenarnya terjadi di masa lampau, kerana inilah sebahagian orang yang takut terbuka cela dan keburukan yang ada maka mereka berusaha untuk menutupi sejarah dan lebih jauh lagi mereka menutupi kenyataan yang sesungguhnya terjadi. Tidak hairan pula banyak terjadi pengurangan dan penambahan atau lebih dari itu, iaitu adanya usaha merubah sejarah dengan memotong peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi seolah-olah tidak pernah ada, sehingga kemudian orang hanya melihat hanya sebahagian yang dibawa oleh pembuat sejarah tersebut.

Dengan kerja-kerja ini orang akan salah membuat penilaian, sekalipun benar dalam membaca sejarah kerana dia hanya membaca sekerat dan sebahagian dan kehilangan keratan dan bahagian lain, maka kalau tidak berhati-hati ianya akan kehilangan nilai sebenar dari fenomena yang dibacanya. Apalagi kalau dia hendak berfikir dengan itu, maka tentu akan kehilangan premis susunan logiknya, yang tentu akan membuat hasil berfikirnya menjadi salah.

Sebagai contoh sejarah kehidupan bangsa yang dikenal sebagai super-power sekarang Amerika Syarikat. Kalau kita hendak membaca sejarah Amerika, maka tentu kita tidak hanya sekadar membaca keberadaan Amerika setelah mereka mengikrarkan terbentuknya negara Amerika. Tetapi tentu perlu membaca sejarah sebelum itu disebabkan Amerika berada di satu benua yang ada penduduknya (baca: penduduk asli). Benua Amerika tidak lepas daripada keberadaan Red-Indian yang pernah hidup di sana, sehingga kalaupun sekarang kita lihat apa pun yang ada di Amerika tentu tanpa memutuskan makna dan erti keberadaan suku-suku Red Indian yang pernah hidup sebelum mereka, kerana hakikatnya mereka sekarang berada di tanah orang-orang Red Indian itu.

Maka, sekarang dapat kita lihat dengan baik, siapa orang Amerika dan bagaimana orang Amerika tumbuh, dan lebih penting lagi manusia perlu membaca dengan baik dengan menjawab pertanyaan di mana orang asli Amerika itu sekarang. Tanpa menjawab ini maka semua makna dari bacaan sejarah akan tidak bernilai apatah lagi kalau hendak menilai sesuatu yang dinisbahkan kepada keberadaan sekarang.

Kalau konsep yang hendak dibawa bangsa Amerika adalah keadilan, maka perlu kita bertanya dulu bagaimana keadilan di Amerika, dan bagaimana keadilan itu tubuh di benua itu, adakah konsep itu tumbuh dengan memperhatikan semua keberadaan -termasuk keberadaan bangsa Red Indian ,atau konsep itu hanya untuk setelah usaha-usaha menghapuskan nilai keberadaan orang Red Indian. Begitu juga dengan demokrasi, adakah demokrasi di Amerika merupakan konsep yang telah memasukkan penduduk asli dari bangsa itu (Red Indian) atau hanya cerita tentang demokrasi dari orang-orang yang datang dan berhasil membunuh bangsa Red Indian tersebut.

Jadi, kalau kita hendak membaca sejarah dan kemudian menjadikannya contoh hidup sekarang, maka kita perlu membaca dengan baik. Kalau keadilan dan demokrasi selalu dinisbahkan kepada Amerika ( US the champion of democracy seperti kata DSAI), maka adakah nilai-nilai itu juga sudah mencakup nilai yang tersebut di atas.

Apakah makna keadilan yang ada di Amerika sudah memang cukup patut dijadikan standard keadilan ketika penduduk aslinya pernah dibantai habis oleh bangsa yang sekarang merasa memiliki tanah orang-orang yang mereka bantai sekian abad yang lalu?.Adakah keadilan itu telah menghukumi bangsa pembantai yang sekarang menduduki tanah yang dirampasnya, atau adakah bangsa yang menduduki akan mengembalikan tanah rampasan itu kepada penduduk asli ketika mengetahui konsep keadilan yang dibuatnya?. Adakah penduduk asli benua Amerika akan membaca keadilan dan demokrasi sama makna dan nilainya dengan bangsa yang menggunakan slogan ini di atas tanah yang pernah dirampas dari penduduk aslinya itu?.

Begitu juga demokrasi, adakah konsep demokrasi tersebut telah menjadikan Amerika menjadi bangsa yang meletakkan orang asli benua Amerika sebagai seorang yang ada dalam pesta demokrasi tersebut. Adakah bangsa pemilik asli dari benua Amerika akan berperanan dalam demokrasi yang mereka buat?. Atau yang lebih penting adalah apakah konsep demokrasi yang hendak dijalankan juga mencakup nilai kepemilikan yang telah dirampas dari bangsa pembuat demokrasi itu?.

Bagaimana kita harus membacanya sehingga kita dapat dengan objektif menilai hakikat keadilan dan demokrasi ala Amerika ini?. Apatah lagi kalau kita hendak melihat kehidupan sekarang yang merupakan bukti kehidupan yang dapat kita lihat pada hari ini. Kalau orang merasa susah untuk melihat dan membaca sejarah maka lihatlah hari ini. Makna keadilan yang dislogankan oleh Amerika. Apa makna keadilan dan demokrasi bagi bangsa Iraq dengan kehadiran Amerika di tanah air bangsa itu. Bagaimana manusia hendak membaca makna demokrasi dan keadilan di Afghanistan dengan kehadiran Amerika dan semua sekutunya di negara itu?!.

Bagaimana pula aplikasi keadilan dan demokrasi dari negara yang didukung Amerika atas pendudukan tanah milik bangsa Palestin. Adakah nilai keadilan dan demokrasi akan dapat dibaca bangsa Palestin sama dengan sebagaimana bangsa Israel membacanya?. Mungkin pertanyaannya adakah bangsa Palestin dapat membaca makna dan erti keadilan dan demokrasi?. Tentu tidak!!!.

Bagaimana di Malaysia?. Adakah kita harus membaca keadilan dengan menoleh pada Amerika yang keberadaan keadilan dan demokrasinya berdiri di atas darah pemilik benua itu!. Bagaimana hendak kita hendak menjalankan nilai keadilan dan demokrasi ala Amerika kalau Amerika sendiri masih belum lepas dari nilai yang ada dalam makna kata yang ada di dalam kata keadilan dan demokrasi. Bagaimana bangsa Malaysia hendak menggunakan keadilan dan demokrasi ala Amerika kalau negara Amerika sendiri belum dapat menggunakan keadilan dan demokrasi bagi tanah air yang sekarang mereka akui sebagai miliknya?!.

Adakah keadilan dan demokrasi hanya bagi bangsa yang datang atau juga harus mendudukkan bangsa pemilik dari tempat itu sehingga terjaga hak -haknya. Adakah mereka yang datang kemudian merasa memiliki kerana sudah berbuat atas tanah yang didudukinya tanpa melihat kembali siapa pemilik asli tanah air tersebut?. Adakah akan dapat bermakna kata keadilan dan demokrasi kalau digunakan tanpa melihat kedudukan setiap orang yang ada di suatu tempat tanpa melihat dan membaca sejarah dengan baik?. Di sini perlu membaca dan berfikir dengan baik untuk menjawab pertanyaan. Adakah bangsa Melayu Malaysia harus seperti Red Indian di Amerika dengan slogan keadilan dan demokrasi?!. Jawabnya : Tidak!.

Monday, November 24, 2008

PERJUANGAN MEMBEBASKAN AL-AQSA WAJIB BERADA DI SANUBARI MUSLIMIN SENTIASA !


Masjid Al-Aqsa (baca: jarang diketahui rupa sebenar)


Salam,

Perjalanan memasuki negara milik Ummah Muslimin melalui pemeriksaan Imigresen Israel negara HARAM dokongan Amerika Syarikat benar-benar menyiksa batin. Bayangkanlah dengan mengetahui dan sedar akan sejarah imigran Yahudi memasuki Palestin melalui Perjanjian Balfour yang amat merugikan umat Islam, kita diperlakukan seolah-olah kita yang memasuki negara mereka secara HARAM walaupun membawa paspot.

Bumi Anbiya' begitulah Palestin mendapat barakah namun keberkatan itu tidak dapat dirasakan umat Islam secara mudah dan bebas malah hingga kini rakyat tempatan Palestin dinafikan hak untuk hidup bebas dalam negara sendiri.

SUDAH DENGARKAN TULISAN SEBEGINI...BOSAN?

Maka dengan kebosanan itulah Al Aqsa masih ditangan zionis!! Dengan kebosanan ini juga dunia Arab seperti buta dan tuli dan terus-terusan berkhayal dengan harta minyak untuk sama-sama mengkhianati perjuangan membebaskan Al Aqsa. Siapa negara Arab itu? Kita semua tahu dan faham keadaan ini.

Kita masih berbangga dengan kejayaan Salahuddun Al Ayubi dahulu membebaskan Al Aqsa. Dan pada ketika ini Sayyed Hassan Nasrallah dilihat mula bergerak ke arah itu. Siapa? Hassan Nasrallah? Diakan bermazhab syiah? Inilah diantara sebabnya mengapa sesetengah dunia Arab sunni tidak mendokong Hassan Nasrallah walaupun Hassan Nasrallah mengetuai peperangan dengan zionis. Yang dipertonjolkan adalah fanatisme mazhab bukan solidariti Islam menghadapi Zionisme. Mengapa kita jadi begitu? Ini adalah kerana kita telah terbuai dan termakan propaganda zionisme sedunia untuk memecah belahkan umat Islam dengan isu sunni-syiah. Apabila ada yang berpandangan sunni-syiah perlu bersatu maka dengan sekonyong-konyong kita akan dituduh bermazhab syiah !!!

Majoriti umat Palestin bermazhab sunni termasuk gerakan HAMAS. Namun dalam menghadapi Israel, HAMAS mempunyai hubungan yang baik malah dilihat seperti bahu membahu dengan HIZBULLAH LEBANON yang bermazhab syiah. Ini patut menjadi renungan kita bersama. Bagaimana Hizbullah boleh mempertahankan Lebanon dalam peperangan 33hari kelmarin. Tak lain tak bukan, PERPADUAN rakyat Lebanon begitu kuat. Syiah, Sunni, Druze dan Kristian semuanya mendokong Hizbullah dalam mempertahankan Lebanon. Yang penting bagi mereka ialah musuh utama mereka ialah zionisme dan itu yang harus dihadapi bersama.

Ini Politik Kelas Pertama !

Kalaulah kita letak di dalam sanubari kita perjuangan membebaskan Al Aqsa sentiasa maka kita tidak akan menunggu sebegini lama untuk sama-sama bersolat di Masjidil Al Aqsa.

Insya Allah.....Palestin sentiasa dihatiku!!!

Thursday, November 20, 2008

MENZIARAHI MAKAM ANBIYA': BUKAN SYIRIK/BID'AH MALAH BERTAMBAH PENGHAYATAN ISLAMNYA !


INSYA ALLAH AKAN SAYA CERITAKAN PENGALAMAN SAYA
PADA SETIAP TEMPAT YANG DIZIARAHI....

Salam,

Setelah 10 hari berada di bumi para Anbiya', saya merasa amat gembira bercampur duka kerana berasa gembira bila dapat menziarahi kesan keagungan dan bauan harum tubuh suci beberapa para Anbiya' yang membawa Islam diantara Adam as hingga Muhammad s.a.w namun berduka apabila bumi Anbiya' ini masih berada dibawah musuh Islam iaitu Zionis Israel.

Menziarahi makam para Rasul dan auliya' Allah s.w.t bagi wahhabi mungkin sesuatu yang boleh menyebabkan kita masuk neraka namun biarlah mereka dengan kebingungan dan sesekali kebodohan mereka namun saya akan sendiri berani membuktikan bahawa bukan sahaja merasa beruntung berpeluang menziarahi makam para Anbiya' malah semangat serta ruhani merasa disirami dengan aura yang muncul dari makam-makam tersebut...maka dimana syirik serta khurafatnya menziarahi makam-makam para Anbiya' dan Auliya' ALLAH swt.

"mereka tidak mati bahkan hidup" ini ayat Al-Qur'annya dan tiada siapa berani mengatakan para Anbiya' TIDAK MATI DI JALAN ALLAH !!! untuk mengatakan mereka sudah mati sepertimana wahhabi mempercayainya.

Insya Allah, saya akan menceritakannya lagi...masih menguruskan kerja-kerja yang tertinggal sepemergian saya tempohari...

Saturday, November 8, 2008

- -----------------SAYA KE LUAR NEGARA DARI 9 NOV HINGGA 18 NOV . Harap Maklum !-------------------------

Thursday, November 6, 2008

JANGAN TERLALU MENGHARAP KEPADA OBAMA...SIAPA DIBELAKANGNYA????


(WAJAH-WAJAH YANG BAKAL MENCORAKKAN POLITIK DUNIA )

SALAM.

Obama memang dilihat membawa harapan yang ditunggu-tunggu oleh dunia khususnya dunia Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan Palestin, Uraq, Afghanistan, Taliban, Terrorisme dan lain-lain.

Apa yang diharap itu menurut pandangan saya tidaklah seperti yang kita bayangkan akan berlaku. Kita jangan lupa bahawa siapa dibelakang Obama yang memungkinkan dia mendapat sokongan, Pelobi Zionist ! Perubahan yang bakal kita lihat hanyalah perubahan kosmetik dan tidak lebih dari itu.

Amerika Syarikat tidak boleh mengubah dasar luarnya begitu sahaja tanpa mendapat dokongan Kongress Amerika yang tulang belakangnya zionist antarabangsa. Apakah kita mengharapkan zionist akan bersikap lunak terhadap Islam?

Silap-silap Obama dinaikkan untuk mengelabui mata dunia bahawa inilah pemimpin yang akan bawa perubahan, maka bersoraklah kita termasuk penduduk bandar Obama di Jepun, di Malaysiapun ada juga yang bersorak...Maka tertipulah kita sekali lagi...

Yang paling dramatik lagi saya mendapat tahu ada Ahli Parlimen DAP tanya dalam Parlimen bahawa US dah boleh terima kaum minoriti menjadi Presiden, apakah Malaysia sudah boleh menerima bukan Melayu sebagai Perdana Menteri ?

Jawapannya boleh kalau rakyat majoriti mahukan itu atau DSAI jawablah boleh ke tidak?

Wednesday, November 5, 2008

PAKATAN RAKYAT PERLU BERTINDAK MATANG SEBELUM RAKYAT BOSAN !



( WAJAH-WAJAH POLITIKUS USANG !)




Salam.

Belumpun reda isu "temberang" DSAI ambil alih kuasa 16hb September, kini timbul pula Ahli Parlimen beramai-ramai keluar dewan kerana kononnya dinafikan hak mereka mencelah dan menyoal Dato' Seri Najib Razak ketika pembentangan di Parlimen semalam.

Sebelum ini DSAI bercakap 5 jam membahas belanjawan 2009. Setahu saya pada kali inipun Dato' Seri Najib akan membenarkan mereka menyoal sepertimana biasa. Jadi, apa isunya sehingga mereka keluar dewan beramai-ramai?

Pakatan Rakyat perlu membawa imej "negarawan" yang meletakkan kepentingan rakyat teratas melebihi sikap permusuhan di antara ideologi dan parti yang berbeza. Jangan hanya mahu mencipta suasana sensasi dengan tindakan mencari publisiti murah akibat hanya tidak dapat "mengganggu" pembentangan di Parlimen semalam. Mereka akan diberi peluang yang seluas-luasnya untuk membahasnya mengapa perlu serta-merta dan yang hendak ditanya bukan hal yang berkaitan pembentangan tetapi hanya isu-isu "hangat" seperti pembelian Eurocopter dan pembebasan Razak Baginda misalnya. Mereka mahu lari dari perbahasan sebenar berkaitan pelan kerajaan mengatasi masalah ekonomi global agar dilihat kerajaan gagal membuat penyelesaian.

Ketika membahaskan belanjawan tempohari, DSAI mengatakan bahawa Belanjawan 2009 tidak relevan lagi. Bila dibentangkan pula, dek kerana tidak boleh mengganggu pembentangan tersebut, tindakan keluar dewan pula dibuat seolah-olah ditutup peluang untuk membahas. Dinaikkan pula isu-isu seolah-olah pembangkang dinafikan hak mereka.

Pertanyaan untuk Pakatan Rakyat:-

1. Apa bezanya membahas secara mencelah pembentangan secara langsung, dengan diambil masa khusus untuk membahas setelah mendengar keseluruhan pembentangan? Rasanya lebih baik mendengar keseluruhan agar memahami keseluruhan pelan tindakan kerajaan atau memang sengaja mahu menganggu pembentangan !

2. Apa yang hendak dicapai dengan keluar dewan dan apa manfaatnya kepada rakyat ? Kalau benar mempunyai gagasan atau konsep pemerintahan yang jitu, tidak perlu tindakan itu semua. Yang harus dibuat ialah mencabar pembentangan tersebut secara bijak, ilmiah dan "gentlemen".

3. Ketika keluar dewan, berapa ramai Ahli Parlimen BN yang mengikuti jejak langkah mereka? Soalan ini untuk melihat sejauhmana benarnya ada Ahli Parlimen BN yang menyokong DSAI dan Pakatan Rakyat.

4. Tidakkah suatu tindakan yang bodoh iaitu keluar dewan beramai-ramai hari ini, tetapi masuk semula kemudian hari dan membahas perkara yang sama yang kononnya hendak ditanya semasa perbentangan. Tindakan ini sama seperti memboikot satu piliharaya kecil kemudian menyertai pilihanraya kecil yang lain seolah-olah SPR kejap ok kejap tidak.

5. Apakah ketika dapat peluang membahas 5 jam tempohari Parlimen Malaysia ok tetapi ketika tidak dapat mencelah Parlimen dah tak ok pulak? Sepertimana ketika DSAI dibebaskan sistem kehakiman ok tetapi ketika dihukum sistem kehakiman teruk? Ketika Saiful bersumpah ia berbohong, ketika DSAI tak sumpah-sumpah dia dalam kebenaran?

FIKIRKANLAH.........

Tuesday, November 4, 2008

Datuk Zaid Ibrahim "MABUK" ketika bicara tentang Ketuanan Melayu.


(Zaid Ibrahim berkata " I am first Malaysian then Malay" ) ( Anwar Ibrahim dahulu berdemonstrasi menentang papan tanda berbahasa Inggeris, apa cerita di Pulau Pinang ada papan tanda pelbagai bahasa ? Dulu Ketuanan Melayu sekarang Ketuanan USA agaknya)



(Raja Komando-org kuat Anwar berkata pada saya : " Saya kecewa dengan Anwar kerana tidak menegur Teresa Kok dalam hal-hal yang menyentuh sensitiviti orang Melayu/Islam. Anwar telah jauh tersasar dari memperjuangkan Melayu/Islam)


SALAM,

Bekas Menteri Di jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim saya kira sedang "mabuk" apabila mengatakan bahawa model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa dan juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara. Zaid Ibrahim turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum.

Beliau sedang "mabuk" glamor mahu muncul sebagai hero semua kaum mengikuti jejak Anwar Ibrahim kerana dengan cara itu sahaja ahli politik dapat menjulang nama sendiri dengan membawa isu-isu bersifat populis.


Kalau kita mahu bersifat objektif serta berfikir dengan lebih teliti maka kita dapat memisahkan antara seseorang itu bersifat perkauman atau membela kaum sendiri. Kita tidak akan marah jika kaum bukan Melayu menuntut hak mereka selagi ianya masih di dalam lingkungan hak yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang dikatakan bersifat perkauman adalah apabila seseorang itu menyentuh kaum lain. Jika Melayu menyentuh adat resam kaum lain, itu perkauman. Namun jika Melayu mempertahankan hak kaum Melayu, ini bukan perkauman! Jika tulisan jawi diperlekeh dan orang Melayu bangkit, ini bukan perkauman tetapi jika bukan Melayu menyentuh tulisan jawi dengan apa cara sekalipun ia jelas adalah perbuatan bersifat perkauman.

Datuk Zaid harus faham bahawa model ketuanan Melayu bukan hanya menjulang keris, mempertahan DEB, menuntut 30% ekuiti, menuntut kuota bumiputera dan sebagainya, ia lebih dari itu. Model ketuanan Melayu termasuk juga kedudukan raja-raja Melayu, Perdana Menteri melayu, Menteri Besar Melayu, Islam sebagai agama rasmi Malaysia, bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan banyak lagi. Maka sebenarnya, yang lebih membuang masa dan tenaga ialah apabila kita mempertikaikan model Ketuanan Melayu ini yang telah berjalan sekian lama dan membawa Malaysia hingga ke tahap sekarang ini. Apakah Datuk Zaid mahu mengatakan bahawa bukan Melayu semakin merempat dan miskin serta tidak dapat menjalankan kehidupan yang baik di Malaysia selama ini? Apakah Datuk Zaid Ibahim mahu mengatakan bahawa orang-orang Melayu telah berlaku zalim kepada bukan Melayu dengan model Ketuanan melayu ini?

Kita harus juga membezakan kegagalan atau penyalahgunaan sesuatu dasar itu dengan konsep atau polisi sesuatu dasar itu. Kegagalan melaksanakan atau ketirisan DEB bukan bermakna DEB tidak bagus. Yang harus dilakukan ialah memperbaiki perlaksanaannya bukan menghapuskannya! Apakah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar semua? DSAI juga mengatakan Ketuanan Melayu hanya mengkayakan segelintir Melayu. Kalaupun ianya hanya mengkayakan segelintir Melayu, ini maknanya perlaksanaannya yang harus diperbaiki bukan menghapuskannya kerana jika salahpun melaksanakannya, hanya sebahagian sahaja yang tak merasai tetapi jika dihapuskan, SEMUA tidak akan dapat merasai kekayaan ini !

Kontrak sosial harus dihormati kerana dengan kontrak sosial itulah kita membangun Malaysia. Kita jangan terbawa-bawa dengan suara sumbang yang mempertikaikan kontrak sosial. Sekarang ini kontrak sosial digunakan sebagai senjata untuk mengatakan bukan Melayu tidak mendapat hak mereka, dulu semasa pilihanraya 2004, DAP mempertahankan kontrak sosial semata-mata untuk menentang teokrasi Islam yang di bawa PAS yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka sebenarnya, sesiapa yang mempertikaikan kontrak sosial ada muslihat disebalik itu.

Melayu didapat dinafikan merupakan induk kepada semua kaum di Malaysia ini. Tidak semua "tuan" lawannya hamba. Kalau Melayu "tuan" kaum lain harus merasakan dirinya sebagai pembantu "tuan" bukan hamba. Orang Melayu selama ini juga tidak merasakan bukan melayu sebagai hamba malah kadang kala Melayulah yang rasa diperhambakan khususnya dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Namun kita sedar, bidang perniagaan dan ekonomi adalah bidang yang "baru" bagi Melayu dan kita rela belajar lagi dari bukan Melayu. Pada masa kini, telahpun muncul korporat-korporat Melayu walaupun menduduki tangga terkaya di Malaysia masih lagi korporat bukan Melayu dari kaum Cina dan India! Ini indahnya kontrak sosial kita yang telah berjalan sekian lama dan ini juga model Ketuanan Melayu yang melihat kadang kala dalam bidang perniagaan dan ekonomi, Melayu masih bertuankan bukan Melayu!

Fikirkan....

Popular Posts