Wednesday, July 9, 2008

AHMADI NEJAD: DALAM NOSTALGIA ...



Hari kedatangan Presiden Iran ke Malaysia menjadi kenangan tersendiri bagi saya. kerana berkesempatan untuk bersua muka dengan beliau. Memang semuanya penuh dengan suspens, betapa tidak …bertemu dengan orang yang menjadi musuh Super Power USA, bertemu dengan seorang yang menyatakan bahawa Israel perlu untuk dihancurkan dan dia yang menyatakan dukungannya pada perjuangan Palestin.

Pertemuan ini mungkin akan menjadi suatu hal yang biasa kalau saja tidak dilihat dari posisi beliau sebagai seorang anak manusia dan saya pun seorang anak manusia. Atau hanya dilihat saya sebagai blogger dan dia adalah seorang Muslim. Tetapi Ahmadi Nejad adalah seorang muslim yang telah melakukan sesuatu di dunia ini berbeza dengan umat Islam lain, atau dengan kata lain beliau dengan kedudukannya, telah melakukan jauh berbeza dengan seorang yang memiliki kedudukan sama seperti beliau…..pemimpin sebuah negara…

Seseorang Islam itu memiliki kedudukan sama seperti seorang Islam yang lain tetapi akan berbeza dari segi nilai kerana dia melakukan sesuatu yang berbeza dengan muslimin yang lain, sebagaimana kalau kita hendak merujuk pada ayat- ayat dalam surah Al Ashr…adanya pemisah antara mafhum insan sebagaimana insan dan insan yang mukmin dengan tambahan melakukan amal soleh dan saling mengingatkan akan kebenaran dan kesabaran…maka yang saya temui itu adalah seorang anak manusia yang memiliki iman dan telah mengajak umat Islam untuk mengikat diri dengan kebenaran serta sabar dalam menghadapi thoghut dunia…US dan Zionist…

Tidak dapat dibendung adanya rasa syukur ketika saya dapat memeluknya, kerana yang saya peluk bukan hanya seorang presiden satu republik yang menggunakan nama Islam padanya, tetapi juga seorang yang membawa risalah Islam kepada dunia sekalipun di sarang musuh. Hal ini jarang dilakukan oleh pembesar muslimin yang lain. Inilah bezanya Ahmadi Nejad dengan presiden atau pemimpin Negara Islam lainnya, sehingga tidak hairan saya pun merasa lain ketika memeluknya, saya memeluk satu keberanian seorang muslimin yang telah mengatakan kebenaran di hadapan Fir’aun zaman ini…ketika beliau mendapat kesempatan berkunjung ke kerajaan Fir’aun itu…

Bukan hanya itu..dia berbincang dengan pakar- pakar dan ilmuan yang ada di bawah pengaruh Fir’aun zaman ini dengan logika Islam dan keberanian Islamnya..sehingga semua mengetahui bahawa seorang muslim memiliki kekuatan sebegitu hebat sekalipun berada di dalam kerajaan yang dianggapnya musuh atau paling tidak kerajaan itu memusuhinya. Dengan logika yang tidak tertolak dan akhlak yang telah menjatuhkan akhlak musuh, dia berbicara di hadapan para pensyarah dan juga pelajar University Colombia sehingga mereka tahu mengapa Islam berhadapan dengan US…

Saya tahu, seorang yang saya peluk itu adalah seorang yang mendukung perjuangan Palestin. Dia mengajak umat Islam melihat lebih jauh apa yang dilakukan Negara Penjajah Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin. Dalam pelukan saya adalah dia yang mengumandangkan perang terhadap musuh Islam dan muslimin. Ketika negara -negara umat Islam diam dan tidak banyak berbuat maka Ahmadi Nejad bersama sama menghadapi musuh umat Islam dan musuh kemanusiaan ini. Bersama dengan rakyat Palestin beliau menyatakan pendiriannya untuk meneruskan perjuangan sehingga rakyat Palestin berjaya menduduki tanah airnya kembali.

Saya hanya terkenang dengan pelajaran- pelajaran yang pernah saya dapat dahulu…tafsir ayat- ayat (Surah Muhammad ayat 38, surat Al Jumah ayat 3) yang mengatakan bahawa akan bangkitnya kaum Salman menggantikan kaum lainnya. Betapa mufasirin menyatakan bahawa kalau iman ada di bintang Tsuraya nescaya mereka akan mendapatkannya. Sekarang saya melihat dengan imannya mereka menghadapi dunia. Tentulah iman yang ada pada mereka telah menjadi kekuatan yang tidak dapat dikalahkan sekalipun dengan senjata yang terhebat di dunia ini. Dan yang ku peluk masa itu adalah kaum Salman yang Insya Allah pemilik iman yang tingginya di Tsuraya. Aku memeluk pemilik iman itu…..

9 comments:

Anonymous said...

Sekarang sudah jelas siapakah sebenarnya Hadharist ni.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Kadang-kadang yang kita rasa sudah jelas tetapi sebenarnya sebaliknya lebih-lebih lagi dalam menilai sesama manusia...

Esok lusa jika saya menulis tentang orang lain mungkin akan "jelas" lagi siapa saya....

Anonymous said...

salam.

benarlah, sdr purehadharist, ada orang yang cepat membuat kesimpulan sebelum benar-benar mencari premis-premisnya.

apapun, sdr seperti saya, yang begitu 'mengkagumi' presiden ahmadinejad ini.

wassalam.

Anonymous said...

Aliran pemikiran saudara Hadharist konsisten sejak saya mula membaca blog ini. Itu sebabnya saya kata telah jelas siapakah sebenarnya saudara Hadharist. Saya yakin juga tulisan-tulisan yang akan datang tidak akan lari dari aliran pemikiran ini walau tentang siapapun yang saudara akan tulis.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Zaman sekarang dengan segala propaganda us-zionist terhadap Islam membuatkan kita terbawa juga dengan angin yang dihembuskan mereka. Tidak kira siapa pemikir, mufti, ulama ada yang termakan dengan propaganda ini. Dalam kes Iran, Kongres US telah meluluskan bajet khas untuk menghadapi Iran. Sebabnya ialah, bimbang muncul suatu super power Islam yang menjadi pesaing mereka. Untuk itu, US-zionist cuba mengekang kelajuan teknologi Iran dengan sekatan-sekatan yang dikenakan. Dari segi ideologi pula, isu sunnah-syiah dimainkan semula sehinggakan membicarakan kehebatan Iran dan Presidennya sekonyong-konyong akan dilabel sebagai syiah. Bukan itu sahaja, kalau ada pandangan yang kebetulan sama dengan mazhab syiah maka syiahlah dia dengan tidak menyedari bahawa itulah yang dikehendaki US-Zionist.....nak tergelak baca kenyataan Mufti Perlis yang menyelar rancangan Al Kulliah yang katanya (penceramah) mengambil rujukan syiah....kalau betul, dari manapun perlu diterima dengan hati terbuka...fanatisme mazhab menguntungkan US-Zionist...

Unknown said...

Salam~

Pure Hadharist tak nak siasat bagaimana Ahmadinejad dengan kedudukannya sebagai Presiden RII, boleh menjadi begitu tegas dan menyinga bila berhadapan dengan Amerika dan Israel?

Kita ada ramai manusia Islam yang berjawatan Presiden, Raja, Al Malik, PM dll, tapi berapa ramai yang boleh jadi seperti Ahmadinejad?

Bagaimana RII menghadapi segala tribulasi dari perang Iran Iraq tahun 1980 lagi, sampai hari ini yang tak pernah kunjung habis?

Bagaimana RII boleh menyiapkan pertahanan mereka sebagaimana disifatkan oleh General US sendiri, John Abizaid, 'unmatched army in the middle east'?

[5.54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

[5.55] Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

[5.56] Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.

http://empangan-jernih.blogspot.com

Anonymous said...

Salam
Saya ucapkan tahniah kepada Purehadharist kerana dapat bertemu Ahmadenejad.
Walaupun saya mendapat pendidikan di sekolah dan universiti wahabi saya amat mengkagumi Ahmadenejad. Semoga Allah memelihara beliau.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Semua,

Saya mempunyai impian dan harapan agar ada pemimpin negara Ahlus Sunnah kita yang seperti beliau...mungkin akan ada nanti...

Anonymous said...

Pak Lah?

Popular Posts