Sunday, July 6, 2008

KONSPIRASI ANWAR-US - AYUH ! KITA BERSATU MENGHADAPINYA !

US telah mencabik kedaulatan Malaysia, bukan saja kerana ia telah menyokong Anwar, tetapi kerana dia telah dan ingin menentukan sikapnya terhadap perlaksanaan hukum serta undang-undang Malaysia dan memberikan pola atau bentuk pelaksanaan hukum atau undang-undang dalaman kerajaan Malaysia mengikut cita rasa mereka!!!!!!!!.
Sehingga kini, apa yang sedang terjadi adalah hanya kes tuduhan atau dakwaan yang masih perlu dan belum dibuktikan...tetapi US telah memberikan sikapnya dan menentukan bagaimana undang-undang di Malaysia wajib ditegakkan...yang membawa maksud Anwar tidak boleh dikenakan hukuman dan seharusnyalah dilepaskan dari dakwaan tersebut...Ini bukan “conspiracy teory” untuk menyatakan bahawa Anwar adalah sekutu US..tetapi ini adalah bukti dari itu...dan inilah bukti “ conspiracy plot” yang sedang dijalankan dengan perancangan meletakkan Anwar sebagai pemimpin kerajaan dan dengan itu maka bermulalah penjajahan ke atas kerajaan Malaysia dengan suatu perancangan yang begitu licik ....Kita perlu belajar dan peka dalam memerhatikan kehidupan politik yang sekarang berlaku. Bagaimana sikap US terhadap Islam, negara-negara Islam, para pejuang Islam dan juga bagaimana sikapnya terhadap Israel...Ini merupakan pelajaran terbaik untuk melihat betapa bahayanya keberadaan “conspiracy Anwar-US” di Malaysia tanpa kita sedari dan pedulikan. .
Permasalahan di hadapan kita adalah strategi perkembangan sosial budaya dan juga semua aspek kehidupan yang terancam dari “conspiracy” ini. Anwar - US merupakan satu “conspiracy” strategik untuk menguasai rantau ini. Jangan sampai Malaysia menjadi seperti Indonesia, yang semuanya di “US” kan tanpa disedari rakyatnya, sehingga tidak ada yang tersisa di negara itu kecuali sisa imperialis dan kerak penjajahan...derita.
Untuk itu, rakyat Malaysia perlu melihat keberadaan Anwar dengan pandangan strategik juga ! Ini adalah kerana plot yang sedang berjalan adalah satu plot besar jangka masa panjang. Anwar adalah satu langkah yang paling baik untuk US untuk masuk ke dalam politik Malaysia. Anwar pun adalah seorang yang sangat memerlukan US untuk menyelesaikan kes- kes yang dihadapinya di Malaysia dengan segala obsesi yang dimilikinya..maka kedua kutub ini berjumpa dalam “conspiracy plot” ini...
Yang perlu diperingatkan adalah kerajaan dan juga rakyat...kerana yang akan rugi bukan hanya Anwar tetapi semua termasuk kerajaan dan juga rakyat...generasi masa depan dan juga maruah bangsa...
( mungkin Saiful akan menarik balik tuduhannya dan mengatakan dia dipaksa...maka Anwar akan sekali lagi dilihat sebagai mazlum ( yang dizalimi).....
SELAMATKAN ISLAM ! SELAMATKAN MALAYSIA !

8 comments:

Anonymous said...

sdr purehadharist,

saya cadangkan sdr menggarap pelan a, b, dan c, dalam 'the so-called conspiracy' anwar-najib ini. ini akan menjadikan analisis sdr lebih menarik.

selamat mencuba.

cz said...

SAYA MENYOKONG ANDA 10000%!!!!!
GO TO HELL LAH US-NED-NID-YAHUDI-ZIONIS-CSID-IIIT-FREEMASON!!!
Anwar tgh menggunakan kaedah yg sama penularan CIA ke Amerika Latin suatu masa dahulu sampai RUNTUH byk negara Latin tinggal Venezuela dan Cuba. Dia ingat org Msia semua bodoh2 tak tahu ttg konspirasi. Sorry anwar, you're wrong, totally wrong!

HIDUP MALAYSIA BERDAULAT!!!

lion off the desert said...

Dgn nama Allah Yg Pemurah Lagi Maha Pengasihani...

sdr cz, hidup kita di malaysia ini berdaulat sangatkah dgn barisan pemimpin bangsa kita yg sdg bergelumang dalam kecelaruan halatuju?

namun DSAI juga bukanlah harapan baru, sebaliknya DSAI adalah mimpi yang lebih buruk dari yg pernah kita alami.

PAS & PKR bukanlah harapan pengganti untuk UMNO dalam pembelaan bangsa Melayu.

Marilah sama-sama kita berdoa...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagiMu Tuhan seluruh alam.

Solawat serta salam ke atas baginda Rasul & ahlul baitNya.

Ya ALLAH,kami bermohon agar Tuhanku kembalikanlah pemimpin yang HAQ dariMu kepada kami di dunia ini.

Segerakanlah kezuhuran baginda Mahdi A.S., Sang pemisah antara Haq & batil, sang pemimpin zaman yang Kau sembunyikan dari mata kami.

Ya ALLAH ya Tuhan kami, kerana hanya padaMu kami akan kembali, moga dapatlah disegerakan saat yang paling indah itu asal saja dapat kami ke sisiMu.

UjianMu sangat berat untuk kami hadapi skrg ini, Ya ALLAH.

Janganlah dibiarkan kami yang memang bernoda & berdosa ini sengsara hingga luntur cahaya CINTA-MU di mata kami, Ya ALLAH.

Jadikanlah hati ini tabah sepertinya Ahlul Bait RasulMu yang suci, kekasih-kekasih suciMu yang KAU korbankan demi bukti CINTA itu BENAR. Demi bukti bahawa CINTA itu ubat segala derita.

Jika nyawa ini bisa shj tersesat tanpa cahayaMu, maka ambillah nyawa kami, asal saja Tuhanku kembalikanlah kami ke sisiMu.

Rabbana aatina fiddun'ya hasanah, wa fil akhiroti hasanah,
wa qina 'azabbannar...

Allahummasolli'ala Muhammad, wa ali Muhammad.

hela-e-amin

Da Real Deal said...

Asalamualaikum Saudara.

Rasanya selepas 38 saksi di panggil termasuk 4 doktor, Saiful tidak mungkin akan menarik laporannya itu. Lagipun, walaupun Saiful menarik balik laporan polisnya itu, siasatan akan di teruskan kerana mengikut undang2 jika laporan itu berunsur "criminal" maka hanya Attorney General sahaja yang boleh menutup kes itu. Contohnya, Kes Dato'JJ yang masih belum tutup walaupun pengadunya sudah menarik balik laporannya.

Jika DNA DSAI ada di rumah pangsa tersebut, mungkin kali ini game over untuk DSAI.

Anonymous said...

Salam,

Kemungkinan - konspirasi ini wujud. Ini bersandar kepada hubungan baik Anwar dengan William Cohen, Wolfowitzh dsbnya. Dan dari hubungan yang baik itu jugalah, terjadinya andaian 'campurtangan' US dalam kesnya. Remember, ini hanya andaian. Namun, hakikatnya, US atau UK tiada interest di sini. Kalau kita rasakan Malaysia menjadi fokus utama mereka, itu adalah satu pandangan yang meleset kerana truthfully, we have nothing to offer (I am very patriotic but above all, I am realistic!)


Sebaiknya kita broaden our horizon but at the same time narrow our scope of attention kerana semuanya ini satu KEMUNGKINAN (Saya bukan the fan of Anwar tetapi kita janganlah menjatuhkan hukum di fikiran). Ingatlah, 'innocent until proven guilty' justeru give him the benefit of the doubt. A jury should never decide until he/she has got all the evidence.

Kebenaran - lihatlah cara hidup kita. Di antara kegagalam manusia adalah mereka2 yang sering menyuarakan hak2 dan apa yang mereka fikirkan kebenaran, tetapi gagal dalam perlaksanaan tuntutan mereka.

Kalau kita lihat dari perspektif sejarah, naluri negara2 barat adalah menjajah:

1. Pra WW2 - mereka menjajah secara fizikal (penaklukkan melalui peperangan dan rundingan)

2. Selepas WW2 - Memerdekakan negara2 jajahan (decolonization) dan akhirnya api pemberontakkan disemarakkan oleh exhaustion of war dan self-determination. Lantas, menubuhkan Commonwealth - satu bentuk penjajahan baru.

3. Arus Globalisasi dan The New World Order - Penggunaan method 3M - money, marketing dan media, dalam perluasan kuasa 'jajahan tak nampak'. Taktik menggunakan ekonomi dalam perluasan jajahan.

4. Kini, War on Terror - yang memberi keizinan atau lesen kpd mereka to invade without consent - all in the name of peace n democracy.

Kebenarannya - kita laungkan sikap benci US dan Yahudi tetapi, mereka telah bertapak di sekeliling kita. Dalam apa jua bentuk: politik, ekonomi, sociology dsb. Ideology mereka juga menjadi 'ugama' sesetengah kita. Abba Eban, statesman Israel dalam bukunya pernah berkata, 'seluruh budaya dunia kini berasal dari budaya yahudi'. Ini sesuatu yang wajar kita fikirkan.

Ramai di antara kita yang bencikan Yahudi tetapi masih menonton filem2US, yang mana 80 -90% diterbitkan oleh Yahudi. Muzik mereka, Makanan mereka (Tesco, KFC, McD, Starbucks etc) dan bekerja di Syarikat2 mereka dsbnya. Saya bukan minta satu revolusi tetapi hanya meminta agar kita be true with ourself.

Melafaskan kebencian tidak cukup. Love or hate is a verb! We do and not just say it. But how? Be honest and true to Allah. Kebenarannya - Tingginya sifat kepentingan peribadi dan ketamakkan adalah tiket to destruction and hell! Seperti kata Ghandi, the world has enough for everyman's need but not for everyman's greed.

Kebenarannya - Peranan OIC tidak menyeluruh. Negara2 Islam, sungguhpun kaya adalah negara2 dunia ke 3. Hubungan negara2 OIC dengan US juga sangat utuh. It is so ironic, Israel adalah seteru kuat tetapi US adalah saudara rapat!

Ini hanyalah komen dari Mr Nowhereman. Kalau tidak setuju, tak mengapa, delete button hanya a finger away.


Wassalam ... sahabat lama.

Anwar Ibrahim Dot Com (AIDC) said...

Tiga soalan untuk bakal PM

http://www.youtube.com/watch?v=QNvA4tHtqO4

sumber:
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Anonymous said...

SALAM.NAMPAKNYA SETELAH MEMBACA SEMUA BLOG2 SAUDARA NYATA SAUDARA INI BERCAKAP SEPERTI ANDA TAHU SEMUA.ANDA TUHANKAH?

PUREHADHARIST said...

Salam,

Realiti menunjukkan satu fenomena keberadaan sebagaimana adanya. Dari realiti itu manusia memiliki nilai iaitu nilai akal, syariat dan juga estetika. Dengan itu maka manusia memiliki nilai dari realiti. Dan dari realiti pula, manusia dapat menggunakan kemungkinan untuk melihat adanya realiti yang lain. Yang di maksudkan dengan kemungkinan di sini adalah adanya opsyen yang dapat dilihat oleh akal, dan kemudian ditimbang dengan berbagai aspek untuk mendapatkan satu kesimpulan yang benar.

Untuk melihat US-Zionis dan sekutunya, maka adanya realiti-realiti yang ada sekarang sebagaimana apa yang ada di dalam sejarah, sehingga tidak perlu manusia terlampau banyak berfikir lagi untuk mendapatkan bukti tentang kejahatan US-Zionis dan juga UK serta sekutunya.

Sehubungan dengan Malaysia pula, maka kerajaan ini tidak akan keluar dari target US-Zionis. Tentu perlu dilihat dengan berbagai aspek termasuk dari aspek melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju negara maju.

Mulai dari keberadaannya, maka Malaysia memiliki tempat yang sangat strategik dalam aspek ketenteraan, terutama posisinya yang akan menjadi zon aman bagi Singapura, sehingga pusat aktiviti yang dilakukan Zionis dan Us di sini tidak akan mendapatkan ancaman, paling tidak dari negara yang terdekat.

Dari posisi politik, memandangkan Malaysia merupakan anggota OIC iaitu bukan hal yang kecil jika Malaysia melakukan tindakan mendukung aktiviti US di teluk dan juga Israel dalam menjajah bangsa Palestin, maka akan sangat besar pengaruhnya pada dunia Islam , kerana negara negara Arab sudah cukup siap untuk itu, tinggal saja menunggu quorum OIC untuk menyatakan dukungannya kepada Israel, sebagaimana dukungan mereka pada US di Teluk dan Afghanistan sekarang.

Juga ekonomi, mungkin bukan permasalahan apa yang dapat diberikan oleh Malaysia dalam skop produk Malaysia, tetapi bukankah Malaysia merupakan potensi terbaik untuk dijadikan pasaran bagi produk mereka?!. Dan ini cukup besar fungsinya baik sebagai pasar itu sendiri dan juga sebagai satu langkah strategi menghambat pasar China yang selama ini menjadi hambatan terbesar bagi perkembangan ekonomi EU danUS.


Dan sekian banyak lagi alasan yang tentunya tidak dapat dilihat hanya sekadar melihatnya dari satu aspek sahaja…belum lagi kalau kita hendak membahas tentang hegemoni dan status yang mereka inginkan, sehingga keberadaan Malaysia di dalam senarai pendukung merupakan satu hal yang besar bagi strategy US-Zio-EU.

Sebagaimana tadi, kemungkinan merupakan satu hal yang tidak selalu membawa erti mungkin dalam pengertian 50-50 tetapi merupakan satu opsyen dari realiti yang ada, sehingga bahan bukti merupakan satu dalil untuk pembuktian sehingga menjadi pasti tentang apa yang ada (realiti). Ingat di sini bukan hendak menghukum guilty atau innocent tetapi penilaian adalah seberapa jauh dapat terhindarnya satu petaka yang “mungkin” akan terjadi ketika keterikatan dengan US dan sekutunya.

Kebenaran juga merupakan satu realiti dan pelaksanaannya merupakan realiti yang lain, yang mungkin sahaja terjadi jarak diantaranya, sebaliknya kebatilan dalam pelaksanaannya tampak dekat sehingga betapa banyak orang akhirnya melihat kebatilan sebagai satu realiti kebenaran kerana dalam quality dan quantity telah diterima manusia. Maka disinilah fungsi akal diperlukan, kebenaran adalah kebenaran sekalipun ditolak kebanyakan manusia, begitu pula kebatilan adalah kebatilan sekalipun diterima kebanyakan manusia. Jadi permasalahan bukan terletak pada nilai banyak yang melakukannya, tetapi dari nilai yang ada padanya.

Tentang kegagalan dalam pelaksanaannya maka itu memang tergantung dengan kefahaman dan komitmen dari pengikut kebenaran itu. Lihatlah agama samawi termasuk Islam, bukan bererti Islam salah kalau umat Islam tidak mengikuti ajarannya dengan baik, tetapi kesalahan umat Islam adalah kenapa dia tidak mengikuti ajaran Islam dengan baik.
Sehingga tidak benar kita menilai kebenaran satu konsep ketika tidak dapat dilaksanakan oleh manusia, kerana boleh jadi konsep itu benar tetapi ditolak oleh manusia kebanyakan. Lihatlah bertahun-tahun manusia hidup di dunia ini, dan tidak ada satu hari pun Allah membiarkan mereka tanpa ajaranNya, tetapi apa yang dilakukan manusia?. Mereka menolak ajaran kebenaran itu. Maka adakah kebenaran itu menjadi tidak wajib diterima kerana manusia menolak kebenaran atau manusia wajib menerima kebenaran sekalipun ditolak kebanyakan manusia?.

Kalau kita hendak melihat sejarah Bani Israel, kepada mereka beribu nabi telah diturunkan Pencipta Alam ini, maka kita lihat bagaimana cerita yang bawakan Al-Quran tentang cara mereka menolak kebenaran itu.

Maka kalau kita hendak be true to our self, maka kita wajib mengikuti kebenaran dengan apa adanya, dan jangan melihat bagaimana manusia lain menolak dan tidak mengikutinya, apa lagi menjadikannya alasan kerana sebahagian manusia telah berhasil memalingkan wajahnya dari kebenaran.

Untuk itu saya sangat setuju dengan: Melafazkan kebencian tidak cukup. Love or hate is a verb! We do and not just say it. But how? Be honest and true to Allah. Kebenarannya - Tingginya sifat kepentingan peribadi dan ketamakkan adalah tiket to destruction and hell!. Maka kita start dari kita sendiri, dan memahami kebenaran sebagai satu realiti bukan melihat setiap realiti sebagai kebenaran.

Untuk itu maka jangan menjadikan Negara OIC sebagai standard kerana banyak diantaranya sudah menjadi sekutu mereka, tetapi bukan bererti kita tidak berkewajipan membenahinya, tetapi mencegah dari semua itu terjadi sebagaimana kita mencegah Malaysia di bawah mereka dengan melihat realiti yang terjadi di dalam Malaysia sendiri, sehingga tidak bertambah kelemahan umat Islam dan lebih kuat lagi umat islam melihat dan meyakini kebenaran.

Popular Posts