Wednesday, October 29, 2008

Jika HINDRAF serbu rumah Presiden PAS....bagaimana agaknya?





Salam,

Ini sekadar untuk difikirkan jika sekiranya rumah Presiden PAS diserbu kumpulan haram HINDRAF sepertimana yang dilakukan mereka pada perjumpaan Hari Raya di PWTC tempohari bagaimana reaksi ahli-ahli PAS agaknya? Serbuan itu adalah kerana mereka menuntut agar PAS tidak melaksanakan hukum Hudud dan mengugurkan matlamat untuk mendirikan Negara Islam di Malaysia. Apakah mungkin perkara ini boleh berlaku?

PAS telah menyatakan bahawa ingin menawarkan bantuan kepada HINDRAF atas isu-isu yang berkaitan dengan ISA dan sebagainya tanpa melihat kesannya hanya semata-mata ingin menyalahkan BN atas tindakannya terhadap HINDRAF. Persoalan HINDRAF bukan persoalan perkauman, ia adalah soal keselamatan negara. Namun demikian ia akan bertukar kepada isu perkauman jika tidak dibendung. Belum ada suatupun deklarasi dari HINDRAF yang menunjukkan mereka setuju dengan pembentukan negara Islam maka bagaimana PAS menangani masalah protes dari mereka kelak? Sedangkan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama mereka langgar inikan pula negara Islam yang masih begitu asing buat mereka.

PAS tidak boleh hanya mahu menjadi hero "tamil" tanpa memikirkan bahawa ini boleh melukai umat Melayu. dah lah DAP semakin berani menyentuh "daerah-daerah" sensitif umat Melayu Islam. Dengan hanya bertopengkan pemerintahan ala Khalifah Umar Abd Aziz dan beramar maaruf nahi munkar yang diucapkan Ketua Menteri Lim Guan Eng, kita semua terpedaya dengan slogan "indah" itu. PAS haruslah dulu beramar maaruf dengan mempelawa Lim Guan Eng mengkaji dan memeluk Islam agar keikhlasan beliau dapat dibuktikan. Dengan hanya mengungkapkan slogan indah tidak bererti keikhlasan telah ada!

Kesimpulannya, sebelum PAS mahu dilihat sebagai orang tengah dan pembela HINDRAF, PAS SEHARUSNYA TERLEBIH daHULU MENYELESAIKAN masalah dalamanya yang runcing itu juga atas isu, bagaimana dan bentuk apa PAS harus bermuamalat dengan pihak yang tidak mendokong ideologi Islam mereka termasuk HINDRAF yang juga pasti tidak mendokong ideologi mereka.....dimana Anwar Ketika itu kelak...bersama HINDRAF atau PAS????

2 comments:

Unknown said...

HINDRAF xakan serbu tetapi perge sebagai tetamu ke rumah Presiden PAS... Kerana PAS tidak sama dengan UMNO...ISLAM tetap ISLAM..DULU, KINI dan SEHINGGA KIAMAT islam tetap sama dan telah sempurna. xperlu tambah / ubah nama yer..yang perlu adalah pemahaman, penghayatan, pengamalan...

THE PUREHADHARIST said...

Salam Izzan,

Ya Hindraf akan jadi tetamu selagi PAS belum ada kuasa mendirikan Negara Islam.

Cuba faham apa yang nak saya katakan bukan soal PAS dan UMNO tetapi kedangkalan ilmu politik PAS apabila ingin membela HINDRAF.

Kesilapan PAS:- Apa sahaja yang boleh menjatuhkan UMNO itu yang disokong walaupun akhirnya Islam yang rugi.

Fikirkan...

Popular Posts