Saturday, July 26, 2008

ISLAM HADHARI : MENGELIRUKAN ?!!!!...BUKTIKAN DULU !

Salam,

Mr Nowhereman menyatakan:
Izinkan saya jawab komen dan post terbaru saudara:

Theory ini saya gunakan utk menyokong hujah saya bahawa wujudnya kekeliruan itu ( ramai yang masih keliru akan tujuan ianya diwujudkan sedangkan Islam itu sudah ada, syumul dan universal! Buktinya, perbincangan ini sendiri!Perbincangan ini tidak akan wujud jika tiada kekeliruan yg timbul!) Jadi, berdasarkan theory tersebut: Mengapa kekeliruan itu wujud? Ia wujud hasilan dari prosesnya


Saya menyatakan bahawa kesimpulan inilah yang saya anggap keliru:
1. Pembicaraaan ini tidak merupakan bukti kekeliruan kerana pembicaraan ini masih dalam batas pro dan kontra sehingga tidak ada pembuktian kekeliruan yang terbukti !, kerana masih ada yang menjawab dengan dasar yang berbeza dan dalil yang masih boleh dipertahankan sehingga “tuduhan” keliru masih merupakan tuduhan dan bukan sudah terbukti.

2. Kekeliruan dalam perbincangan ini tidak ada, yang ada hanya tuduhan kekeliruan, yang masih perlukan pembuktian-, kerana dengan adanya perbincangan ini sama sekali tidak membuktikan wujudnya kekeliruan tetapi yang ada adalah wujudnya perbezaan pendapat. Pebezaan pendapat bukan merupakan kepastian wujud kekeliruan kerana boleh jadi ia akan membuktikan wujudnya kebenaran malah.


Mr Nowhereman menjawab: Maafkan kejahilan saya tentang sejarah nama2 Allah s.w.t. dan gelaran2 nabi Muhammad sa.w. Soalan2 saya, mengapa beratus tahun lamanya 99 nama Allah dan gelaran2 Rasulullah itu tetap dan tidak berubah?. Ungkapan ini membuktikan bahwa apa yang dikatakan oleh mr Nowhereman tentang tidak adanya satu benda dengan beberapa nama adalah tidak benar.
Baiklah, disoal lagi: Bolehkah kita ubah nama Allah dan Nabi s.a.w. mengikut kesesuaian era sekarang - seperti Michael atau X3-4U? Atau setidak2nya, kita berikan nama (bukan kata nama!) Melayu demi untuk me'Malaysian'kan nama. Bolehkah kita lakukan sedemikian? Saya rasa saudara tahu akan kesannya! Rasulullah s.a.w. mendapat gelaran2 dan panggilan itu di masa hidup baginda dan saya percaya, 99 nama Allah s.w.t. wujud di zaman Rasulullah atau di zaman sahabat.

Saya menjawab : akan saya jawab soalan ini pada kesempatan lain. Tetapi kalau yang dimaksud dengan Islam Hadhari hendak mengubah nama Islam maka pandangan itu salah, kerana Islam Hadhari bukan agama dan tidak ada niat untuk mengubah agama. Jadi tidak benar untuk memberikan konotasi bahawa adanya Islam Hadhari bererti mengubah Islam. Islam Hadhari adalah program perlaksanaan Islam di Malaysia, sehingga umat Islam di Malaysia dapat menjalankan Islamnya dengan mudah.

Dalam kenyataan saya : “Islam Hadhari dikatakan Islam Hadhari yang aslinya Islam kerana melihat adanya keterbatasan lingkungan, suasana dan situasi sehingga membentuk kondisi yang hanya ada di Malaysia...dalam konteks Islami terpaksa wajiblah menentukan sikap kerana adanya ketetapan yang berbeza -ingat la yukalifu nafsan illa wusa'aha - maka kondisi yang menentukan apa yang dapat dilakukan umat Islam dengan kadar yang dibenarkan oleh Islam...dan itulah konsep Islam...kadar Islam Hadhari dalam kemampuan Malaysia tentunya hanya milik Malaysian...kerana itu yang boleh dia buat dari Islam yang besar itu...dan inilah Islam itu”.

* Jawapan Mr Nowhereman: Oleh kerana Islam hadhari itu hanya utk Malaysian, adakah ianya bererti iannya adalah fahaman atau idealism Islam khusus untuk org Malaysia sahaja? Ini jelas satu contradiction di pihak saudara sendiri. Kita tahu Islam itu syumul, universal - boleh digunapakai di setiap pulusuk cakerawala. Justeru, mengapa perlu di -Malaysian-kan? Jika diperlakukan sedemikian, ini bererti elemen syumul dan universal tiada lagi!

Jawapan saya: Tidak ada contradiction antara kesyumulannya Islam dengan program Hadhari. Perlu diketahui bahawa salah satu tanda kesyumulan Islam ialah apabila Islam dapat disesuaikan dan diamalkan dengan keadaan tempatan, sehingga dengan kondisi yang ada tentu akan dapt melaksanakan Islam dengan baik, hanya tinggal umat Islam tempatan yang melaksakaan Islam sesuai dengan keadaannya. Kerana :
a. Sekarang tidak ada lagi penerima wahyu (nabi-rasul). Yang ada adalah ulama dengan interprtasinya terhadap semua sumber Islam (baca:ijtihad).
b. Terjadinya kondisi yang berbeza dengan apa yang ada di zaman Rasul sehingga ketentuan dan perlaksanaan itu ditetapkan oleh kondisi ini.
c. Tidak adanya atau cukupnya persyaratan lengkap yang diperlukan untuk perlaksanaan hukum Islam dengan syumul maka diperlukan perlaksanaan mukadimah dari itu.
Jadi perlaksanaan Islam Hadahri merupakan perlaksanaan Islam untuk memenuhi persyaratan kelengkapan keperluan Islam untuk dapat dilaksanakan dengan syumul. Dan inilah kesyumulan itu. Juga perlu diingat syumulnya Islam hingga kini belum dapat dilaksanakan dengan syumul, sehingga memerlukan aktiviti muslimin untuk memenuhi tugas/kewajipan ini.

Mr Nowhereman menyatakan : Saudara perlu faham bahawa 'Benar atau Salah' dan 'Keliru' adalah perkara yang berbeza. Keliru boleh juga wujud dalam benar dan apatah lagi dalam salah! Saya ulangi dan halusi pendirian saya: Saya ada menyatakan elemen2 yang terkandung dalam Islam Hadhari itu benar, dan sememangnya wujud dalam Islam (walaupun sesetengah org tidak bersetuju), dan saya juga menyatakan bahawa saya TIDAK MEMPUNYAI authority untuk membincangkannya dalam konteks hukum,tetapi saya mempunyai authority untuk mengatakan bahawa nama Islam Hadhari itu keliru dan mengelirukan. Dan jika saudara baca kembali semua hujah2 yang saya berikan, semuannya berkisar kepada kekeliruan ISTILAH itu.
Jawapan saya : maka dengan ini sudah banyak problem perbincangan kita selesai!. Ini adalah kerana permasalahan hanya pada istilah. Jadi nanti kita akan lebih jauh lagi membahas kata ini dengan makna kata dan juga makna Istilah kerana kedua ini memiliki tinjauan yang berbeza. Dan disinilah banyak kesalahan ulama dalam menilai dan kerana itu mereka melakukan “kekeliruan”dalam menilai Islam Hadhari.

Mr Nowhreman menjawap : Betul. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. saya harap saudara purehadharist fahami erti 'justifikasi'. Iannya bukan sahaja bererti 'alasan' tetapi lebih bererti 'penerangan'. Penerangan akan kemampuan bukan bererti kemampuan!
Saya menjawab : Maka seorang muslim wajib menjalankan secara maksimal taklif yang ada padanya, termasuk mencari dan mempertahankan apa yang dianggapnya benar, sampai terbukti sebaliknya.(kalau ada dan terbukti).

*Jawapan Mr Nowhreman: Terima kasih kerana bersetuju dengan kesalahan teori syllogism kerana itu yang hendak saya utarakan. Sebenarnya kedua2 syllogism adalah salah (itu sebabnya saya katakan 'kritikan' terhadap teori tersebut) . Biar saya buktikan: Kita buangkan 'setiap' dan kita reversekan ordernya.
Semua Manusia berhidung
Semua Org India berhidung
Semua Manusia adalah Semua org India

Ini salah tetapi bagaimana pula,
'Semua org India adalah semua manusia'
Juga salah kerana minor tidak sama dengan general dan begitu juga di sebaliknya! Dengan itu jelaslah Islam hadhari (minor) tidak sama dengan Islam Major).
Saya menjawab: syllogisme dengan rumus: semua h adalah j, dan semua j adalah k, maka h adalah k, dalam syllogism materi yang ada dalam premis minor maupun major bernilai general (Arab:kulli), sehingga sebenarnya tidak dapat diterapkan pada Islam dan Islam Hadhari, kerana dalam susunan syllogism pula perlu penghubung yang dapat menjadi hujjah sehingga menjadi nisbah diantara kedua premis yang diperlukan dalam syllogism. Apatah lagi kalau pembahasan itu hanya sebatas pembahasan kata dan istilah. Ini sudah saya katakan dalam posting yang lalu. Kecuali hendak membahas isi Islam Hadhari. (tetapi ini sudah dihindari (hanya istilah yg nak dibahas) Kerana kata hanya akan dibahas dalam perbahasan:a. beberapa kata yang memiliki satu makna(=), atau b. beberapa kata yang masing masing memiliki makna-yang tidak menutup kemungkinan sama maknanya (/=). c. saling bertentangan (><). Sehingga antara makna kata Islam Hadhari dan Islam terdapat nisbah: sama (a=b), atau berupa umum dan khusus dari satu aspek (axb), atau berupa umum dan khusus secara mutlak (a>b) atau tidak sama (a//b).
Pernahkan Mr Nowhereman berfikir bagaimananak meletakkan Islam Hadhari sebagai premis minor dan meletakkan Islam sebagai premis major. Apakah ini didasari kaedah syllogism dan dengan penghubung apa hendak menjadikannya syllogism sehingga akan memberikan konklusi nanti….apatah lagi kalau itu hanya perbahasan kata dan istilah sahaja?!.
Dengan menyatakan Islam Hadhari sebagai minor dan Islam sebagai Major sebenarnya telah akan menyatakan bahawa hubungan keduanya akan benar, kerana kaedah syllogism ketika minor dan major berhubungan maka benarlah keduanya, seperti:
Islam Hadhari adalah program Islami (premis minor)
Semua program Islami adalah Islam (premis major)
maka Islam Hadhari adalah Islam.(konklusi)
* Jawapan Mr Nowheremn : Bagaimanakah rasa2nya reaksi dan kefahaman org2 Non Muslim, yang selama ini tidak memahami Islam apabila wujudnya Islam Hadhari? Adakah mereka mesti membaca dan memahami isinya dahulu untuk memahaminya? Kalau mengikut rasional saudara purehadharist, jawapannya sudah tentu Ya! Tapi saya pasti, mereka tidak akan membaca dan memahaminya kerana selama ini mereka tidak langsung cuba memahami Islam! apa yang akan timbul adalah, mereka menyangka wujudnya Islam baru! Sekarang, masalahnya bukan sahaja kekeliruaan di kalangan org islam, malah di kalangan org bukan Islam. Jadi bila kita cuba memastikan mereka faham bahawa Islam dan Islam hadhari itu adalah sama, apakah pula reaksi mereka? Kalau dah sama mengapa berbeza nama?
Saya mengatakan: maka disinilah terbukti perlunya keberadaan Islam Hadhari kerana dunia sudah lama bersama islam tetapi seolah-olah manusia tidak pernah mengetahui apa itu Islam. Maka tidak salah kalau adanya orang berinisiatif untuk membentuk satu aktiviti sehingga muslimin mengenal lebih jauh Islam dan non muslim mulai mengenal Islam sehingga Islam dapat digunakan untuk bersama kerana tentu ada masalah tertentu antara islam dan manusia, mungkin manusia itu sendiri, tetapi juga mungkin adanya cara diantara keduanya. Maka islam Hadhari berusaha untuk menjadi penengah diantara keduanya. Menjadi penengah antara islam dan manusia sehingga Islam dapat dikenal dan dilaksanakan manusia.

Jawapan Mr Nowhereman : Penggunaan istilah Hadharah Islamiyyah jelas tidak mengelirukan. Ini adalah kerana istilahnya lebih jelas menunjukkan satu konsep, dan tidak membuat masyarakat berfikiran bahawa iannya satu fahaman. Ianya juga tepat dari segi nahu bahasanya. Saya ada bertanya kpd teman2 dari negara2 di mana Arab adalah bahasa ibunda mereka (Jordan, Oman, Syria, Mesir, dan Saudi) dan sebahagian dari mereka adalah pelajar2 PhD dalam bidang Linguistics, apakah erti Hadhari. Jawapan yang diberikan adalah: Hadhari adalah satu adjective yg bererti liberated dan modern. Tapi bila saya katakan bagaimana pula dengan Islam Hadhari atau Hadhari Islam? Jawapan mereka sepakat: Tidak boleh kerana dari segi bahasanya salah. Saya usulkan pula Civilizational Islam lantaran kata mereka 'Hadharatul Islam' atau Hadharah Islamiyyah! Dan konsep itu menurut mereka memang wujud!Jelas di sini, istilah itu 'mengelirukan' (tetapi pada hemat mereka: SALAH!) bukan sahaja di kalangan org Malaysia, malahan org2 Arab sendiri!
Saudara purehadharist mengatakan bahawa Islam Hadhari melihat dahulu, kini dan masa depan bukan seperti Hadharah Islamiyyah yg hanya melihat konsep ketamadunnan Islam silam. Baiklah, sekarang kita study Al-Quran: apa yang tersurat adalah wujudnya banyak cerita2 dahulu. Adakah bererti Quran tidak relevan lagi dgn konteks kini? Saya tahu tentu tidak, kerana dgn mempelajarinya kita akan dapati betapa relevannya dengan keadaan sekarang dan masa depan. Seperti kata Cicero dalam bukunya Pro Publio Sestio: Sejarah adalah saksi yang menceritakan berlalunya masa; Ia menerangi reality; Ia memwajakan ingatan dan menjadi pembimbing kehidupan harian dgn membawa kita berita dari sejarah itu sendiri. Begitu juga dengan buku nukilan TG Hadi Awang, Hadharah Islamiyyah!
Saya menjawab: Kata “istilah” memegang makna tertentu, kerana ia akan juga membawa erti bukan dari makna kata itu. Iaitu makna kata yang digunakan oleh suatu kriteria tertentu dalam kondisi tertentu. Sehingga dapat saja satu kata akan berbeza kerana digunakan dalam istilah yang berbeza. Seperti kata operation dalam makna bahasa berbeza dengan istilah kedoktoran, militer dan juga hukum. Atau kata shalat, haji, jihad dalam erti bahasa memiliki makna berbeza dengan “istilah” fiqih.biasanya hubungan (nisbah) makna keduanya kata tersebut : umum dan khusus dari satu aspek (sisi), begitu selanjutnya …dengan beberapa kata lain terutama dalam bahasa Arab.
Kata Islam Hadhari tentu berbeza dengan Hadharah Islamiyah, sudah kami jelaskan pada posting sebelum ini. Sehingga akan salah kalau menyamakan keduanya dengan melihat erti kata dan menyamakan Istilah untuk memberikan nilai benar salah pada salah satunya. Kerana keduanya adalah Istilah yang berbeza, iaitu diletakkan pada kriteria yang berbeza dan fenomena berbeza. Jadi perlu sekali lagi saya katakan bahawa istilah Islam Hadhari satu istilah yang diperuntukkan pada program Islam yang dibuat oleh muslimin di Malaysia yang tidak menutup kemungkinan darinya akan menghasilkan Hadharah Islamiyah kerana Hadharah Islamiyah biasanya diertikan untuk suatu hasil yang didapatkan dari interaksi manusia (muslimin) dengan Islam (dalam arti yang syumul mencakup:akidah, syariah, akhlaq dan ilmu yang ada didalamnya temasuk politik dan ekonomi dan sebagainya). Sehingga Islam Hadhari dapat juga bererti hasil dari Hadharah islamiyah dan Islam Hadhari akan memberikan product/ hasil Hadharah Islamiyah.
Jadi sekalipun namanya (kata) sama tetapi kerana istilah untuk kondisi tertentu boleh jadi memiliki pengertian berbeza juga. Tentu Mr Nowhereman sudah mengetahui bahwa Islam Hadhari juga dipakai oleh beberapa pakar dari kalangan Arab seperti : Said Ramadhan al-Bouti, Khaled Abdullah al-Qasim, Abdul Muem Abu Futuh, seorang aktivis Ikhwan Muslimun, Fahmi Jada'an dan Ahmad al-Masalamani. Tentu mereka sudah memperhitungkan istilah Islam Hadhari dari segi bahasa. Lebih jauh lagi Syekh Al Azhar memuji Islam Hadhari….kalau ada problem ilmiyah maka tentu sebagai seorang ilmuwan dan muslim dia akan memberikan kritik dan pembenaran untuk itu?!.
Mr Nowhereman menuliskan:
Saudara Purehadharist,
Apakah agama? It's the way of life. Islam adalah agama kita lantaran ianya adalah cara hidup kita. Bagi atheist dn free thinker yang mengatakan mereka tiada agama, adalah satu kenyataan yg salah kerana free thinking dan atheism itu adalah cara hidup mereka - seterusnya agama mereka. Saya tidak mahu membahaskan tentang pengisian kerana spt yang saya katakan itu bukan bidang saya. Namun sekadar bertanya, mungkin saudara purehadharist dapat jawabkan: Segala prinsip dan konsep sudah saya baca dan fahami, tapi persoalan pokoknya - bagaimana kaedahnya? Lihatlah keadaan di dalam negara kita sekarang, yang mana Islam yg sebenar pun hanya agama acara. Bagaimana pula Islam Hadhari dapt membantu? (Pls note, saya mahukan jawapan dalan bentuk cara, dan bukan idealism dan conceptual) .
Saya menjawab : Inilah gunanya Islam Hadhari. Islam Hadhari berusaha untuk menjadikan Islam sebagai way of life, cara hidup manusia bersama. Tetapi sebagaimana Mr Nowhereman sendiri ketahui bahawa taraf keadaan, kemahuan dan kefahaman muslimin dan non-muslimin pun sangat berbeza, minimum kita katakan bahawa antara Islam dan manusia (muslim dan non muslim) masih dibatasi jarak yang relatif jauh, sehingga perlu ada program, kerana kalau tidak diprogramkan maka dia akan tetap begitu. Kalau dia tetap begitu, bagaimana dengan kewajiban kita?!. Untuk menjalankan kewajiban ada dua alternatif, secara individu perorangan atau dengan bersama. Maka Islam Hadhari adalah yang kedua. Sejauh yang saya ketahui bahawa dalam menjalankan program Islam Hadhari pun mendapat tentangan, yang pada dasarnya penentangan ini bermotifkan politik. Kerana permasalahan yang dijadikan penentangan adalah makna kata dan istilah, jadi bukan isi dan program, selebihnya orang melihat hanya pada sebuah program kerajaan. Kerana program Islam Hadhari ini datang dari PM Malaysia maka mereka menganggap bahwa keberadaan keduanya adalah sama indentik, sehingga apa yang kia hadapi sekarang tidak lain adalah penentangan itu bukan perlaksanaan kerana perlaksanaanpun tidak akan dapat berjalan satu atau dua tahun..Islam sudah lebih 14 abad, belum lagi menjadikan muslimin menikmati kesyumulannya, apatah lagi Islam Hadhari yang baru beberapa tahun ini.
Sejauh ini pemerintah telah mengambil beberapa langkah positif untuk menjalankannya, tetapi kerana adanya perbezaan pandangan politik arus penentangan kelihatan dipermukaan sehingga semua program seolah tidak ada. Begitu yang saya lihat. Tetapi sebagaimana logika, kalau sahaja seorang sudah belajar logika, tetapi tidak berjalan dengan hukum dan aturan yang ada didalamnya maka tidak ada ertinya dan dia akan terus membuat kesalahan dalam berpendapat.

Mr Nowhereman pun berpendapat:
Seperkara lagi: Segala prinsip dalam Islam Hadhari itu hanya segelintir sahaja dari prinsip Islam dan tindakan saudara purehadharist equating kedua-duanya adalah suatu yang salah!

Saya menjawab: Perlu difahami bahwa penyamaan (equating) antara Islam dan Islam Hadhari, kerana ada beberapa poin yang perlu diperhatikan:
I. Islam Hadhari berpendapat bahawa ianya datang dari Islam itu sendiri, sehingga ianya tidak lain dari Islam itu sendiri. Sebagaimana dalam posting lalu sudah dibahas.
II. Islam Hadhari adalah perlaksanaan perintah dari Islam sehingga tidak lain dari pada perlaksanaan Islam itu sendiri, tentu didasari oleh mashlahah dan keperluan yang ada sekarang di Malaysia dan dalam usaha menggalang bersama hubungan Internasional.
III. Islam Hadhari adalah ibadah muslimin untuk beribadah dengan menjalankan amanah yang diberikanNya, berupa nikmat Islam, dan Malaysia serta ikhtiar sebagai muslimin.
Sehingga dengan ini tidak ada alasan bagi Islam Hadhari untuk mengatakan bahawa ianya bukan Islam dan tidak sama dengan Islam.

Jawapan Mr Nowhereman : Saudara boleh memegang dan mempercayai konsep Islam hadhari, itu tiada halangan dari pihak saya. tapi argument saya di sini dan komen saya dari sejak awal lagi adalah kesalahan istilah itu sendiri. Sudah juga say buktikan dengan contoh2 sejarah, logik, ekonomi dan bahasa sendiri. Kalau saudara katakan bahawa isi lebih penting dari nama, mengapa tidak dinamakan sahaja anak2 dengan nama2 seperti 'anjing' atau 'babi'?
anjing itu cute, bijak dan amat reliable dan babi itu pula lambang properity! Bukankah masih lagi ada elemen2 positif dan baik. Mengapa tidak kita gunakan sahaja?.
Saya menjawab: Tidak ada kesalahan dari kata dan istilah Islam Hadhari, namun banyak orang telah melihat Islam Hadhari bukan dari konsep dengan view of islam tetapi melihatnya dari perbezaan politik dan aktiviti kerajaan sekarang. Hingga kini pun makna istilah dari Islam Hadhari yang dianggap mengelirukan itu tidak dinyatakan apa kekeliruannya, dan dimana kekeliruannya. Kerana bahasa memiliki keluasan makna dan boleh tetap gunakan untuk makna yang dimaksud dalam kriteria dan kondisi tertentu. Sama dengan makna civilization, berapa makna yang ada didalamnya..banyak: lebih dari tiga…dan akan “dapat” memiliki makna yang bertentangan dengan hadharah dalam istilah Islam, tetapi masih dipakai oleh muslimin untuk konteks istilah tertentu.
Jadi nama itu sendiri tidak ada problem dan sudah cukup baik kerana mengandungi elemen positif,

* Jawapan Mr Nowhereman : Bukahkah sudah saya berikan jawapan utk soalan ini, dalam komen saya terdahulu? Tapi saudara masih belum menjawab soalan yang saya berikan: adakah kerajaan sudi, sanggup dan mampu ... sekiranya meraka salah?
Saya menjawab: saya sudah menjawab pendirian saya…dan akan salah kalau saya menjawab pendirian kerajaan, kerana saya tidak mewakili kerajaan. Untuk itu kita perlu dulu membuktikan kesalahan dari islam Hadhari sehingga dapat kita hadapkan kepada kerajaan. Tetapi kalau tidak maka kita hanya bermain dengan kata “sekiranya”….

Tuesday, July 22, 2008

ISLAM HADHARI : TIADA DALIL UNTUK MENYESATKANNYA

Salam,

Saya amat gembira untuk meletakkan komen Mr Nowhereman di hadapan kerana ianya mempunyai sessuatu yang harus dikongsi bersama para pembaca blog ini untuk diikuti bersama dan saya menjemput juga agar sama-sama menyertai perbincangan saya dengan sahabat lama saya ini...Ayuh kita mempertajam minda untuk mencari kebenaran.....


Saya juga bersetuju dengan pernyataan bahawa "learning is an open mind", sebab itu saya tidak terikat dengan satu pandangan iaitu Islam Hadhari hanya kerana ia sebagai satu program dari satu parti politik di Malaysia, tetapi saya berusaha untuk melihat benar salahnya Islam Hadhari dengan logika dan juga dasar berfikir Islam dan besar kecilnya keuntungan umat Islam di Malaysia dengan keberadaan dan pelaksanaan program itu. Maka dari awal lagi saya telah membuat pertimbangan apakah Islam Hadhari sebagai satu program Islam dari pandangan Islam sehingga saya dapat mempertahankan kebenarannya dari sudut pandangan Islam.

Mr. Nowhereman dalam posting yang lalu menuliskan “Namun, saya boleh katakan bahwa, Islam Hadhari ini satu konsep yang 'mengelirukan' lantaran 'keliru". (mungkin itulah yang menyebabkan ramai ulamak yang mengambil keputusan melabelnya 'Hazaa Dhalal, WaYudhil'. Tetapi kemudiannya beliau menulis “perlu ditegaskan di sini, saya tidak pernah mengatakan atau imply bahawa Islam Hadhari itu sesat atau menyesatkan (saudara juga tidak mengatakan bahawa saya ada membuat claim tersebut). Dari pandangan saya, bolehlah di nyatakan bahawa content Islam Hadhari itu tidak bercanggah (mungkin para ulamak berbeza pendapat dengan saya) namun seperti saya nyatakan dalam komen saya, kesan 'kekeliruan' yang wujud atau bakal wujud itu yang merunsingkan, the repercussions dan the ripple effects yang dibawa atau bakal dibawa oleh kekeliruan itu”.

Maaf menurut pandangan saya di sini muncul satu hal yang tidak logik, kerana Mr. Nowhereman menulis " Benar atau salahnya Islam Hadhari ini mungkin masih menjadi persoalan tetapi apa yang jelas adalah ramalan saya bahawa kekeliruan itu muncul sudah terbukti. Buktinya adalah diskusi-diskusi kritikal mengenainya di alam internet ini sendiri".

Persoalannya, bagaimana hal yang benar salahnya masih menjadi persoalan, tetapi pada masa yang sama ianya sudah terbukti keliru. Lebih jauh lagi bahawa diskusi-diskusi kritikallah yang menjadi bukti kekeliruan itu. Bagaimana boleh menyatakan hal ini ? Bukankah diskusi-diskusi ini belum sampai pada kesimpulan, walaupun terdapat pro-kontra tetapi belum ada “hakim tunggal” yang menyatakan bahawa hal ini sudah ditetapkan sebagai keliru?!. Saya melihat bahawa diskusi-diskusi kita menunjukkan adanya pro-kontra dalam hal ini ( Islam Hadhari ) bukan benar dan salah, dan itu pun masih dalam pembahasan yang tidak pada inti permasalahannya iaitu apa yang ada dalam Islam Hadhari namun yang ada adalah pembahasan masih berkenaan dengan nama, impact atau effect yang mungkin timbul....Satu lagi yang menurut saya tak logik bagaimana Mr Nowhereman menulis:"..., namun ini tetap dan jelas membuktikan kekeliruan itu wujud......",.tetapi kemudian menulis :"Salah atau benar, itu bukan isu tetapi apa yang pasti perception para pelukis berbeza". Benar salah merupakan isu pertama dan prima, baru yang lain, kemudian bagaimana hendak membuktikan benar dan salah hanya dengan melihat adanya perbezaan perception....perbezaan perception akan berlaku tetapi bukan berbeza tentang keberadaan dan kebenarannya...jadi orang boleh sahaja salah melihat terhadap kebenaran yang ada..jadi perception orang boleh salah dalam menilai kebenaran..jadi perbezaan penilaian tidak secara automatically terbuktinya benar atau salah sesuatu. Penilaian benar atau salah memerlukan satu dalil dan perbezaan pendapat merupakan dalil lain, yang mana menurut saya menunjukkan adanya kebenaran atau kesalahan yang belum terbukti (minimal), jadi bukan bukti kebenaran dan kesalahan. Lihatlah Islam yang sudah berjalan sejak lebih 14 abad, tentu dengan menggunakan logika Mr Nowhereman bahawa Islam merupakan agama yang salah...atau terbukti keliru...dengan paling tidak bukti apa yang ada sekarang....ingat sekarang umat Islam (penerima Islam) hanyalah minoriti, dan Islam menjadi pertikaian di antara pemikir dan juga ulama sehingga muncullah perbezaan perception yang membuahkan mazhab yang banyak....inilah bukti dari pemikiran salah dari Mr Nowhereman....adanya kebenaran Islam pada satu pihak dan perbezaan perception merupakan satu hal yang lain yang tidak dan bukan merupakan bukti kebenaran Islam. Begitu juga Islam Hadhari, pembuktian benar salahnya memerlukan dalil dan tentulah perbezaan perception bukan merupakan dalil benar salahnya Islam Hadhari.“ Benar! Islam itu syumul! Itu jelas! Nama Islam itu sudah cukup untuk merangkumi 'perfection' (The fault lies in the Muslims, of course!) Kita sering mengatakan buat yang termampu, tetapi apakah kita sentiasa berusaha melepasi boundary kemampuan kita? Apabila seseorang mengatakan bahawa dia telah buat semampunya, itu adalah satu justifikasi perbuatannya, bukan bererti kemampuan sebenarnya”! Ini pun juga merupakan justifikasi dari Mr Nowhereman kan...kerana hanya orang tertentu yang mengetahuinya atau hanya Allah yang mengetahui hakikat sebenar.Syllogism kedua tidak benar, iaitu benar pada peletakan syllogism tetapi salah pada isi syllogism: iaitu meletakkan premis minor dan kemudian major dan kesimpulan. minor dengan partial; dan major dengan general. tetapi pada syllogism terbalik...kerana isi premis minor sudah manusia, sekalipun menggunakan kata "setiap" untuk ungkapan partial..tetapi manusia adalah nilai general...dan sebaliknya pada premis major digunakan "semua" untuk menunjukkan general tetapi diletakkan orang India yang bernilai partial dibanding manusia..disinilah kesalahan syllogism, yang hasilnya tentulah salah. Hal ini juga tidak tepat untuk membandingkan keberadaan Islam dan Islam Hadhari. Islam pun merupakan satu aktiviti iaitu ibadah, tetapi bukan bererti ianya hanya satu bentuk, sebagaimana saya katakan kalau saja orang memahami Islam Hadhari maka ianya adalah satu aktiviti iaitu ibadah tetapi ianya tidak hanya satu bentuk...yang membezakannya adalah bentuk ibadahnya yang lebih luas dibatasi dengan situasi dan kondisi di Malaysia, sehingga ada nilai ibadah yang bersifat umum iaitu ditandai dengan kesamaan dengan ibadah semua umat Islam, dan ibadah khas yang diikat dengan ke”Malaysianan”. Sejak awal saya tidak mengatakan bahawa ibadah hanya salat, zakat dan puasa tetapi lebih luas termasuk aktiviti berpolitik dan mengatur ekonomi serta semua aktiviti yang membawa kita kepada kedekatan dengan Allah, dan Islam Hadhari mewakili semua itu sekalipun adanya keterbatasan geografi. Jadi nama satu aktiviti ibadah merupakan hal yang cukup besar...dan Islam Hadhari adalah ibadah itu... saya tidak mengatakan bahawa nama tidak penting, tetapi saya mengatakan ada yang lebih penting, jadi nama adalah penting dan isi yang ada di dalam Islam Hadhari adalah lebih penting, sehingga akan lebih bijak kalau kita menilai isi dulu baru melihat nama. lebih dari itu sudah dibuktikan bahawa nama Islam Hadhari sudah memenuhi syarat, baik dari segi pengaturan bahasa mahupun istilah penggunaan. Islam Hadhari akan lebih tepat digunakan dari pada Hadharah Islamiyah, kerana Hadharah Islamiyah hanya membahas fenomena aktiviti lampau hingga kini, tetapi tidak membawakan makna pembangunan umat muslimin di masa datang...sementara Islam Hadhari menceritakan ke depan -future- dengan bersandarkan kenyataan yang dulu dan sekarang. untuk ini saya menilai nama Islam Hadhari sudah tepat..dan terjadi tulisan yang ada hingga sekarang hanya menilai dari nilai nahu...dan tidak ada ahli nahu yang menyatakan hal ini salah..dan kalaupun salah maka yang menyesatkan tentulah bukan nama tapi isi....tetapi sampai kini tidak ada yang membicarakan dan mempermasalahankan isi...Jangan khuatir Mr Nowhereman, kalau sampai ada yang membelakangi agama Islam atau keluar dari nilai Islam atau membuat confusion....maka saya orang pertama yang akan menolak Islam Hadhari dan akan menyatakan keluar dan menyatakan keburukan dan kesalahan Islam Hadhari itu...tetapi sebagaimana dulu pernah Mr Nowhereman sendiri katakan kesalahan tidak dapat dinilai ketika ia belum dilakukan.... Untuk itu saya mengajak semua pihak untuk menilai Islam Hadhari dengan logik dan dengan view of Islam, sehingga kita akan menilai dengan baik...dan saya siap menerima apa pun yang nanti menjadi conclusions dari discussion kita....

Saya juga menyatakan di sini bahawa saya tidak akan menerima sesuatu yang salah, tetapi juga tidak akan menerima begitu sahaja yang dipersepsikan atau diprediksikan orang salah, kerana ianya masih perlu bukti. Islam datang dengan penolakan majoriti masa itu dan hingga sekarang masih majoriti dalam kehidupan manusia di bumi ini, tetapi bukan bererti tidak dapat dibuktikan kebenarannya, begitu juga Islam Hadhari, hingga tidak ada dalil dan bukti kesalahannya kenapa saya harus menolaknya?!.

Mr Nowhereman..semua dalil dan bukti serta kata- kata dipakai untuk supporting posting yang ditulis..adalah semua yang sudah berjalan dalam sejarah termasuk kata GB Shaw yang menjadikan sandaran berfikir ...perlu kita ketahui untuk melihat Islam kita terpaksa juga sekali sekala melihat sejarah...begitu pesan Al-Quran..sehingga manusia belajar dari apa yang pernah terjadi di masa lalu...percayalah..kalau Mr Nowhereman betul maka saya akan ikut kebenaran itu.....tapi ingat bagaimana kalau sebaliknya...?!...

Saturday, July 19, 2008

ISLAM HADHARI : SATU PROGRAM ISLAM UNTUK MALAYSIA

Salam semua.

Pelbagai komen dari pembaca blog ini yang selama ini saya terima dan telahpun saya respon berkaitan Islam Hadhari yang rata-ratanya bersekitar kepada persoalan bahasa, istilah dan nama yang diletakkan Hadhari setelah Islam yang kata mereka, mengelirukan dan menggambarkan adanya dua entiti iaitu Islam dan Islam Hadhari. Terkini ialah komen dari Mr. Nowhereman. Begini respon saya :-
Islam Hadhari saya katakan benar kerana ia berdasarkan kebenaran dan mengikuti kebenaran itu. Dari awal lagi telah saya tegaskan bahawa Islam Hadhari tidak lebih daripada Islam itu sendiri namun bukan bererti ianya sebagai sebuah agama yang lain daripada Islam.
Walau apa sahaja program yang berbentuk Islam, walau apa pun yang mengatasnamakan Islam baik dari segi pergerakan politik kepartian yang berlandaskan Islam, NGO Islam, badan-badan Islam yang bergerak dalam sosial,ekonomi atau apa sahaja, kita yakin bahawa ia tidak dapat melaksanakan Islam secara 100%. Yang boleh dilaksanakan adalah yang ia mampu melaksanakannya mengikut kadar kemampuannya. Maka ketika dia hanya dapat melaksanakan sebahagian konsep Islam yang dia mampu laksanakan apakah kita atau dia sendiri tidak boleh mengatakan Islam telah kita atau dia laksanakan kerana itulah sahaja kemampuannya? Tentunya dalam keadaan dia dapat melaksanakan Islam semampunya, dia juga menyedari bahawa masih ada lagi konsep Islam yang belum dapat dia laksanakan dan dia juga menyedari Islam itu lebih luas dari apa yang mampu dia laksanakan itu dan dalam keadaan ini , semua pihak tidak akan mengatakan apa yang hanya mampu dilaksanakan itu sebenarnya bukan Islam !
Saya berpendapat, Islam Hadhari adalah salah satu aktiviti umat Islam untuk melaksanakan apa yang diyakini sebagai Islam dengan menyedari dan mengetahui kadar yang wajib dilaksanakan berdasarkan situasi dan kondisi tempatan ( Malaysia ) yang menghambat dan memaksa sebuah konsep yang 100% tidak dapat dillaksanakan iaitu secara syumul. Perlu ditegaskan di sini bahawa ini tidak bermakna Islam Hadhari tidak mahu melaksanakan kesyumulan Islam, tetapi hingga setakat ini, ini sahaja yang dapat dilaksanakan dan dengan harapan dikemudian hari akan adanya langkah yang realistik untuk menuju kepada yang lebih sempurna.
Malang bagi kita, Islam Hadhari hanya dilihat oleh kebanyakan orang termasuk sesetengah ulama, hanya dari segi ungkapan bahasanya, bukan apa yang ada didalamnya, yang dilihat juga hanyalah kegagalan dalam melaksanakannya maka ia dinyatakan salah....inilah menurut saya terlalu naif....
Saya pernah mengatakan hingga saat ini umat Islam masih gagal menjalankan Islam dengan syumul...dalam keadaan ini kita tidak boleh mengatakan Islam tidak boleh dijalankan, apatah lagi berkesimpulan Islam itu salah semata-mata gagal dilaksanakan secara syumul ! Sebenarnya kita perlu melihat apa yang menyebabkan Islam tidak dapat dijalankan oleh umat Islam secara syumul dengan kata lain ianya kembali kepada umat Islam itu sendiri dan juga faktor-faktor penyebab terhambatnya Islam untuk dapat dilaksanakan oleh umat Islam. Salah satu faktor terhambatnya Islam dilaksanakan dengan syumul adalah kefahaman umat Islam itu sendiri terhadap Islam. Seperti juga Islam Hadhari, iaitu imej yang dibentuk dengan Islam Hadhari sebenarnya tidak akan menjadikan umat Islam terkeliru kerana adanya penjelasan selepas itu. Ia juga tidak boleh ditarik suatu kesimpulan akan mengelirukan umat hanya berlandaskan satu dua kes dimana seorang budak ditanya apa agama kamu? dan dijawabnya Islam Hadhari dalam keadaan hanya satu dua kes dan kes itu belum dibuktikan benar-benar berlaku! Begitu juga penolakan Pak Arab akan istilah Islam Hadhari belum cukup untuk kita nyatakan Islam Hadhari itu salah menurut Islam! Jadi, apa yang ada dihadapan kita sebenarnya bukan pada ungkapan, nama dan bahasa tetapi cuma suatu keinginan untuk menolaknya kerana ianya datang bukan dari kelompok dan pihaknya...
Sebenarnya, satu faktor penyebab tidak dapat dilaksanakan Islam adalah kerana umat Islam tidak tahu bagaimana menjalankan Islam dengan baik dan boleh jadi kerana mereka salah membayangkan makna syumul atau makna "menjalankan Islam dengan syumul". Oleh itu boleh dikatakan bahawa Islam ini tidak dapat dijalankan kerana umat Islam ( the receiving end ) i.e. pihak yang menerima.
Seharusnya, jika kita berpegang bahawa Hadhari mungkin mengarahkan kita ke arah kemodenan dan ketamadunan tetapi ia adalah satu pendekatan, sudah pasti kita akan memilih Islam Hadhari, kerana dengan ini umat Islam dibawa ke arah moden dan bertamadun yang mana hingga sekarang ini umat Islam menghadapi banyak masalah dalam menjalankan pelbagai programnya. Dan memang ianya satu pendekatan , tetapi bukan bererti ianya begitu kecil maknanya, kerana dalam pendekatan ini, ia memilik berbagai aspek dan langkah strategik dan taktik.
Oleh kerana itu, dengan semua apa yang ada. sebenarnya pendekatan Islam Hadhari merupakan solusi bagi keadaan yang sekarang dihadapi oleh Malaysia, tetapi tidak menutup kemungkinan adanya pihak yang merasa perlu menentang dan memeranginya, kerana perbezaan pandangan politik. Kalau sahaja dengan hati dingin dan akal yang lepas dilandasi agama Islam maka dengan sendirinya semua akan melihat bahawa Islam Hadhari merupakan langkah yang baik yang menguntungkan umat Islam. Maka saya sarankan dan menasihati semua dan diri saya, lihatlah Islam Hadhari dari "point of view Islam dan bukan parti, atau hanya membidas ungkapan,nama dan bahasa tetapi melihat ia dari semua aspek yang ada di dalam Islam. Kalau sudah sampai tahap ini, maka diskusi kita tentu akan lebih menarik......

Wednesday, July 9, 2008

AHMADI NEJAD: DALAM NOSTALGIA ...



Hari kedatangan Presiden Iran ke Malaysia menjadi kenangan tersendiri bagi saya. kerana berkesempatan untuk bersua muka dengan beliau. Memang semuanya penuh dengan suspens, betapa tidak …bertemu dengan orang yang menjadi musuh Super Power USA, bertemu dengan seorang yang menyatakan bahawa Israel perlu untuk dihancurkan dan dia yang menyatakan dukungannya pada perjuangan Palestin.

Pertemuan ini mungkin akan menjadi suatu hal yang biasa kalau saja tidak dilihat dari posisi beliau sebagai seorang anak manusia dan saya pun seorang anak manusia. Atau hanya dilihat saya sebagai blogger dan dia adalah seorang Muslim. Tetapi Ahmadi Nejad adalah seorang muslim yang telah melakukan sesuatu di dunia ini berbeza dengan umat Islam lain, atau dengan kata lain beliau dengan kedudukannya, telah melakukan jauh berbeza dengan seorang yang memiliki kedudukan sama seperti beliau…..pemimpin sebuah negara…

Seseorang Islam itu memiliki kedudukan sama seperti seorang Islam yang lain tetapi akan berbeza dari segi nilai kerana dia melakukan sesuatu yang berbeza dengan muslimin yang lain, sebagaimana kalau kita hendak merujuk pada ayat- ayat dalam surah Al Ashr…adanya pemisah antara mafhum insan sebagaimana insan dan insan yang mukmin dengan tambahan melakukan amal soleh dan saling mengingatkan akan kebenaran dan kesabaran…maka yang saya temui itu adalah seorang anak manusia yang memiliki iman dan telah mengajak umat Islam untuk mengikat diri dengan kebenaran serta sabar dalam menghadapi thoghut dunia…US dan Zionist…

Tidak dapat dibendung adanya rasa syukur ketika saya dapat memeluknya, kerana yang saya peluk bukan hanya seorang presiden satu republik yang menggunakan nama Islam padanya, tetapi juga seorang yang membawa risalah Islam kepada dunia sekalipun di sarang musuh. Hal ini jarang dilakukan oleh pembesar muslimin yang lain. Inilah bezanya Ahmadi Nejad dengan presiden atau pemimpin Negara Islam lainnya, sehingga tidak hairan saya pun merasa lain ketika memeluknya, saya memeluk satu keberanian seorang muslimin yang telah mengatakan kebenaran di hadapan Fir’aun zaman ini…ketika beliau mendapat kesempatan berkunjung ke kerajaan Fir’aun itu…

Bukan hanya itu..dia berbincang dengan pakar- pakar dan ilmuan yang ada di bawah pengaruh Fir’aun zaman ini dengan logika Islam dan keberanian Islamnya..sehingga semua mengetahui bahawa seorang muslim memiliki kekuatan sebegitu hebat sekalipun berada di dalam kerajaan yang dianggapnya musuh atau paling tidak kerajaan itu memusuhinya. Dengan logika yang tidak tertolak dan akhlak yang telah menjatuhkan akhlak musuh, dia berbicara di hadapan para pensyarah dan juga pelajar University Colombia sehingga mereka tahu mengapa Islam berhadapan dengan US…

Saya tahu, seorang yang saya peluk itu adalah seorang yang mendukung perjuangan Palestin. Dia mengajak umat Islam melihat lebih jauh apa yang dilakukan Negara Penjajah Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin. Dalam pelukan saya adalah dia yang mengumandangkan perang terhadap musuh Islam dan muslimin. Ketika negara -negara umat Islam diam dan tidak banyak berbuat maka Ahmadi Nejad bersama sama menghadapi musuh umat Islam dan musuh kemanusiaan ini. Bersama dengan rakyat Palestin beliau menyatakan pendiriannya untuk meneruskan perjuangan sehingga rakyat Palestin berjaya menduduki tanah airnya kembali.

Saya hanya terkenang dengan pelajaran- pelajaran yang pernah saya dapat dahulu…tafsir ayat- ayat (Surah Muhammad ayat 38, surat Al Jumah ayat 3) yang mengatakan bahawa akan bangkitnya kaum Salman menggantikan kaum lainnya. Betapa mufasirin menyatakan bahawa kalau iman ada di bintang Tsuraya nescaya mereka akan mendapatkannya. Sekarang saya melihat dengan imannya mereka menghadapi dunia. Tentulah iman yang ada pada mereka telah menjadi kekuatan yang tidak dapat dikalahkan sekalipun dengan senjata yang terhebat di dunia ini. Dan yang ku peluk masa itu adalah kaum Salman yang Insya Allah pemilik iman yang tingginya di Tsuraya. Aku memeluk pemilik iman itu…..

Sunday, July 6, 2008

KONSPIRASI ANWAR-US - AYUH ! KITA BERSATU MENGHADAPINYA !

US telah mencabik kedaulatan Malaysia, bukan saja kerana ia telah menyokong Anwar, tetapi kerana dia telah dan ingin menentukan sikapnya terhadap perlaksanaan hukum serta undang-undang Malaysia dan memberikan pola atau bentuk pelaksanaan hukum atau undang-undang dalaman kerajaan Malaysia mengikut cita rasa mereka!!!!!!!!.
Sehingga kini, apa yang sedang terjadi adalah hanya kes tuduhan atau dakwaan yang masih perlu dan belum dibuktikan...tetapi US telah memberikan sikapnya dan menentukan bagaimana undang-undang di Malaysia wajib ditegakkan...yang membawa maksud Anwar tidak boleh dikenakan hukuman dan seharusnyalah dilepaskan dari dakwaan tersebut...Ini bukan “conspiracy teory” untuk menyatakan bahawa Anwar adalah sekutu US..tetapi ini adalah bukti dari itu...dan inilah bukti “ conspiracy plot” yang sedang dijalankan dengan perancangan meletakkan Anwar sebagai pemimpin kerajaan dan dengan itu maka bermulalah penjajahan ke atas kerajaan Malaysia dengan suatu perancangan yang begitu licik ....Kita perlu belajar dan peka dalam memerhatikan kehidupan politik yang sekarang berlaku. Bagaimana sikap US terhadap Islam, negara-negara Islam, para pejuang Islam dan juga bagaimana sikapnya terhadap Israel...Ini merupakan pelajaran terbaik untuk melihat betapa bahayanya keberadaan “conspiracy Anwar-US” di Malaysia tanpa kita sedari dan pedulikan. .
Permasalahan di hadapan kita adalah strategi perkembangan sosial budaya dan juga semua aspek kehidupan yang terancam dari “conspiracy” ini. Anwar - US merupakan satu “conspiracy” strategik untuk menguasai rantau ini. Jangan sampai Malaysia menjadi seperti Indonesia, yang semuanya di “US” kan tanpa disedari rakyatnya, sehingga tidak ada yang tersisa di negara itu kecuali sisa imperialis dan kerak penjajahan...derita.
Untuk itu, rakyat Malaysia perlu melihat keberadaan Anwar dengan pandangan strategik juga ! Ini adalah kerana plot yang sedang berjalan adalah satu plot besar jangka masa panjang. Anwar adalah satu langkah yang paling baik untuk US untuk masuk ke dalam politik Malaysia. Anwar pun adalah seorang yang sangat memerlukan US untuk menyelesaikan kes- kes yang dihadapinya di Malaysia dengan segala obsesi yang dimilikinya..maka kedua kutub ini berjumpa dalam “conspiracy plot” ini...
Yang perlu diperingatkan adalah kerajaan dan juga rakyat...kerana yang akan rugi bukan hanya Anwar tetapi semua termasuk kerajaan dan juga rakyat...generasi masa depan dan juga maruah bangsa...
( mungkin Saiful akan menarik balik tuduhannya dan mengatakan dia dipaksa...maka Anwar akan sekali lagi dilihat sebagai mazlum ( yang dizalimi).....
SELAMATKAN ISLAM ! SELAMATKAN MALAYSIA !

Friday, July 4, 2008

APABILA BERITA DARI SI FASIK DIJADIKAN HUJAH !

Salam,
Entah mengapa saya merasa cemas akan perkembangan terkini tanahair bukan hanya kerana isu-isu hangat yang berbangkit namun kejelasan bahawa "kuasa asing" begitu berminat melihat perjalanan politik Anwar Ibrahim khususnya US dan sekutunya. Tindakan mendapatkan perlindungan dari Kedutaan Asing, campurtangan US dalam isu liwat dan kehangatan isu Anwar Ibrahim di dunia barat seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa Anwar Ibrahim dibawah perhatian US dan sekutunya.
Lihat juga tulisan peguan Anwar Ibrahim iaitu YB Zulkifli Nordin seperti di bawah ini:-
" Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.
Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:

1.Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;

2. Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI.
3. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;

4. Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;

5. Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;

6. Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;
Wahai YB Zulkifli Nordin, hang pun dah macam Anwar pintar men"dramatise" suasana macam suatu drama yang penuh aksi dan reaksi.
Ingatlah ayat Al-Qur'an yang menyuruh kita berhati-hati jika menerima berita dari si Fasik. Inikan pula menerima berita dari negara jiran yang tidak tahu benar atau tidaknya...
Turki, Australia, hatta Arab Saudi, bukan sahaja tergolong dalam negara-negara sekutu US, malah dilihat sering digunakan US untuk melemahkan Islam di merata dunia khususnya Palestin.
Kalau betullah peristiwa-peristiwa tersebut tujuannya untuk membunuh Anwar Ibrahim, bererti, saudara mempunyai kes-kes yang besar untuk dibawa ke pengadilan dan dibicarakan dahulu lagi...mengapa setelah Saiful mengaku diliwat, muncul semula cerita-cerita ini ?
Saya bimbang jika Anwar menjadi PM, negara kita akan diswastakan kepada kuasa asing, dari kehakiman hinggalah juga hal-hal keselamatan kerana ketika Anwar menjadi PM, semuanya tidak dipercayai oleh Anwar....

Thursday, July 3, 2008

TUDUHAN MELIWAT KE ATAS ANWAR IBRAHIM : SEGALANYA BERKEMUNGKINAN !

Salam,

Isu tuduhan ke atas Anwar Ibrahim meliwat Saiful pegawai khasnya pada 26 Jun 2008 haruslah diteliti dengan penuh saksama dan tidak mengikut emosi. Si tertuduh pasti reaksi awal menafikannya tidak kiralah ia pada hakikatnya buat perkara itu atau tidak. Seperti seorang yang dituduh mencuri, reaksi awalnya pastilah menafikannya, tetapi bila terdapat bukti maka penafian itu tidak berguna lagi.
Para penyokong Anwar haruslah sedar bahawa Anwar hanya menafikannya belum membuktikan ia tidak melakukannya. Janganlah pula dek kerana taksub dengan Anwar terus sahaja menerima penafian Anwar itu..
Bagi yang tidak menyokong, janganlah pula bersikap seolah-olah Anwar sudah terbukti melakukannya..
Maka, kita rakyat yang sememangnya handal berteori dan mencipta persepsi, maka kita lihat banyak pandangan yang pro dan kontra..
Betul ke ? Mengapa ke kedutaan Turki? Mengapa US begitu mengambil berat tentang Anwar? Beratus ribu nyawa rakyat Palestin terkorban, US tidak berbuat apa-apa malah terus menerus memperkuatkan Israel namun dalam kes satu nyawa " darling of the west ini" US cukup prihatin !
Kita tunggu dan tunggu....segalanya berkemungkinan...mengapa Ezam kata dia tak terperanjat !
Cadangan: bersumpah dengan nama Allah dan mengatakan bahawa jika dia berbohong maka Allah akan turun bala' ke atasnya... kalau ini dibuat, umat Islam Malaysia lega, kalau tidak...segalanya berkemungkinan..Sumpah ini hanya untuk melegakan kita umat Islam...itupun kalau berani bersumpah...
Begitu juga dengan mangsa perlu bersumpah bahawan ini bukan konspirasi tetapi benar benar belaka.

Popular Posts