Thursday, March 5, 2009

PESTA BUKU ISLAM JAKARTA...HEBAT!

Salam,

Menghadiri dan menyaksikan pesta buku Islam Jakarta banyak menyedarkan saya betapa disebalik ramai marhaenis di sana, namun dari segi keilmuan dan tabiat membaca, rakyat Indonesia yang terdiri daripada penulis, penerbit serta khalayak pembaca bukanlah marhaenis tetapi mereka telah mencapai satu tahap yang tinggi.

Bayangkan, ada seorang pengunjung begitu teruja apabila mula-mula masuk setelah terlebih dahulu menunggu di pintu masuk seperti seorang yang memasuki sebuah persembahan atau konsert yang tidak sabar-sabar menonton artis kegemarannya membuat persembahan. Dicapainya sebuah buku diselak dengan penuh "ghairah" dan diletakkan ditepi dan di ambil buku lain pula satu demi satu....

Buku apa? Buku mengenai ilimu Islam bukan novel atau majalah hiburan. Ini yang hebatnya. wajarlah kalau kita lihat aktiviti keilmuan subur dan terus berkembang di Indonesia. Malaysia bagaimana?

Setakat ini sahaja kerana baru sampai ke rumah dan mula membuat persiapan untuk ke India pula....sebuah lagi Negara yang rakyatnya marhaean....sekadar meminjam istilah sosialis...

1 comment:

muhibbin said...

Memang jika kita melihat dari segi pendidikan dan ilmu rakyat indonesia itu lebih bagus lebih matang dan lebih maju dari kita malaysia yang hanya maju dari segi pembangunan material semata-mata (hasil dari teknologi luar bukan tempatan) tetapi dari segi keilmuan rakyat malaysia masih mundur...

Di malaysia pilihan buku sangatlah kurang, penulisan buku2 ilmiah tersangat daif dan penerbit pon takut rugi kalau kuarkan buku2 ilmiah.

Rakyat malaysia lebih suka kan hiburan yang x dtgkan apa2 faedah, sehinggkan saya pernah melihat hasil dari kajian yg dibuat oleh salah2 satu syarikat internet dunia mengatakan bahawa rakyat malaysia antra yang paling gemar dan paling banyak terlibat dalam game2 online serta sukakan hiburan.

Sesetengah dari rakyat melaysia merasakan amat bangga dgn keputusan kajian ini tetapi sebenarnya ia amat memalukan

Kita masih terketinggalan dalam bab2 ilmiah ini, rakyat kita kurang gemar membaca dan daif dalam ilmu umumi....

Popular Posts