Thursday, December 10, 2009

BERLAKU ADILLAH ! ...

Salam.

Sebelum saya tulis lanjut saya nak petik ayat Al-Qur'an agar menjadi landasan kita berpendapat dan juga ini termasuk dalam konsep keadilan dalam Islam...dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa...(5:8)

1) Bila Umno buat gagasan 1Malaysia,ada yang khak ptuiiikannya bila Anwar kata kita perlu keadilan untuk semua kaum, "Saya Sokong" sebab apa? sebab benci telah menguasai dan keadilan telah tidak mendapat tempat...

2) Bila Islam Hadhari diperkenalkan dengan 10 prinsip yang baik, kita lekehkan semata-ma ta menilai kelemahan Pak lah sebagai manusia biasa untuk menolak konsep tersebut dengan pelbagai tuduhan namun bila Ng Kor Ming baca satu ayat Al-Qur'an yang tidak dia imani, kita rasa bangga, sebab apa? benci telah menguasai diri dan keadilan telah tidak mendapat tempat...mereka lupa ayat ini " Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar (24:39)

3) Bila Karpal Singh kata "after my dead body" untuk laksanakan hudud, Nik Aziz kata Umno tak mahu Islam, maka Dap lebih boleh dibawa pakat dan bukan UMNO,walaupun Karpal sanggup mati jika PAS nak laksanakan Hudud. Sebab apa? benci telah menguasai diri dan keadilan telah tidak mendapat tempat...

Banyak lagi ayat2 yang mengajar kita bagaimana berlaku adil dan menjadi landasan berfikir dan bertindak.

Saudara, keadilan itu apa? Ia adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam sebuah negara, sejarah pembentukannya penting untuk kita ketahui. Melayu adalah suatu bangsa yang beragama Islam yang memiliki Tanah Melayu sebelum diberi nama Malaysia. Bererti Melayu adalah Muslimin di Malaysia sebagaimana Arab adalah Muslimin di tanah Arab, Cina muslim adalah muslimin di Cina. Ini FITRAH. Maka apabila hak Melayu didahulukan atau dilebihkan, maka itulah keadilan kerana wajarlah pemilik tanah ini berhak atas pemilikannya dan para pendatang ada haknya yang tersendiri! Pergilah ke merata dunia, mana ada negara yang memberikan kerakyatan secara pukal kalau tidak dilaksanakan oleh bangsa Melayu Islam yang maksima toleransinya. Di Mekah dan Madinah, bukan Islam tidak boleh masukpun ke tanah suci apakah ini ketidakadilan Islam?

Maka, pembentukan Malaysia adalah berdasarkan perjanjian sesama kaum pendatang yang dipersetujui sesama mereka. Ini keadilan Islam walaupun Melayu berhak untuk tidak membenarkan Cina dan India menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia. Dalam pandangan saya ini keadilan Islam sekali gus "tahaluf siyasi" yang UMNO telah lama laksanakan bersama British dan kaum pendatang.

Termasuk dalam perjanjian itu ialah terbentuknya Perlembagaan Persekutuan yang ada di dalamnya perkara 12 (2) yang mengesahkan hanya umat Islam berhak dibiaya urusan agamanya. Maka ini adalah persetujuan sesama kaum ketika itu. Keadilan apa lagi yang nak ditunjukkan? Sebab itu saya kata saudara dan orang2 seperti saudara seringkali tidak berlaku adil dalam menilai kerana bukan berdasarkan kepada fakta tetapi sentimen politik kepartian.

...Ini berbeza dengan masjid dan surau yang mana secara lazimnya sering penuh sesak di kawasan kediaman dan taman-taman perumahan samada untuk solat Lima waktu atau solat Jumaat dan Hari Raya." Ini saya punya statement, kalau saya cut and paste saya akan tulis rujukannya...saya adil dalam hal ini. Saudara, dalam bahasa Malaysia jika ada perkataan atau maknanya samada. Kalau tak 5 waktu..atau solat Jumaat dan Hari raya. Saya tak guna perkataan dan untuk samakan solat 5 waktu dengan solat hari raya dan jumaat! Sekali lagi saudara tidak berlaku adil dengan saya.

Saudara, pembinaan infrastruktur untuk beribadat seperti surau dan masjid tidak selalu dibina mengikut jumlah saf. Kalau ikut jumlah saf, maka semua surau akan berukuran seperti bilik solat dirumah kita maka macamana nak solat Jumaat dan Hari Raya ?. Ingat! pembinaan infrasruktur tempat beribadat dengan penghayatan agama Islam seperti kekerapan ke surau atau masjid tidak boleh disamakan. Ia adalah dua perkara yang harus ditangani secara berasingan. Dan jangan sesekali menilai surau ditempat saudara sebagai kayu ukur untuk mengatakan semua surau solat 5 waktu hanya 1 saf sahaja. Ingat! itu sebab dibentuk ajk surau dan masjid untuk pastikan ada yang makmurkannya setiap waktu solat kerana realitinya tidak semua orang mampu hadir ke surau setiap waktu.Kalau tidak dibentuk ajk maka akan kosonglah surau itu. Dan ajk masjid yang dilantik itupun silap-silap jika tidak memegang jawatan juga akan sering "ponteng". Ingat lagi! ibadah bukan hanya di surau dan dimasjid sahaja....diluar sana terlampau banyak medan untuk kita beribadah...ingat" kita ada hukum fardhu ain dan kifayah...janganlah hanya kerana tidak ke surau kita cop atau pandang serong pada seseorang walaupun saudara tidak berpandangan begitu.

Di Eropah yang mana muslimin minoriti juga akur akan tidak satu senpun pembinaan masjid dibiaya kerajaan...hatta di Singapura sebahagian pembiayaan adalah melalui potong gaji rakyat beragama Islam.

Malaysiaku jauh lebih baik....

Baca sejarah, be objective...hati boleh panas...kepala kena cool beb.....kalau nak main isu banyak boleh dimainkan....Nik Aziz kronisme dan nepotisme dan rasuah haji ( istilah baru macam rasuah politiklah), PR amal nepotisme sebab paling ramai ada anak beranak dalam Parlimen dan menguasai parti masing-masing, PAS mengkhianati Islam dengan bersekongkol dengan DAP yang tidak mahu hudud malah sekarang cuba masuk campur dalam pembinaan masjid pulak...itupun kalau nak dimainkan isu....

3 comments:

Zulmainoe said...

Salam... komen anda nampak macam bagus.. tapi cuma retorik... seperti jugak la video yang menunjukkan anda dgn TPM membincangkan PAKATAN RAKYAT vs BN.. semuanya syok sendiri..

Petikan ayat quran tu tak de kena mengena lah dgn perbincangan kita...

1. Umno dgn gagasan 1Malaysia.. Dah nak berkubur baru lah sebok dgn 1 malaysia.. ini lah perjuangan yang PR telah lama buat. Rakyat di dulukan konon..semua ni utk mengaburi mata rakyat. Harga minyak makin naik, tariff letrik akan naik next year, projek semua kroni sapu.. dlm masa beberapa penggal jadi mentri besar dah ada rumah rm3million.. sampai mantan PM pun heran.. Ini 1 malaysia amende? Sabah, Sarawak dan Terengganu dpt wang royalti, kenapa masih mundur? sapa yang dah baham duit royalti tu? Sendiri kena ingat la.. Kroni di dulukan.. bukan rakyat. Khak Ptuiii!!!

2. Islam hadhari... mana perginya islam hadhari sekarang ni semenjak ada 1 malaysia? Senyap dan sunyi... Adakah hadhari ala UMNO cuma utk pemerintahan AB? Jika tak de keikhlasan.. memang tak lama punya...aku memang rasa bangga kalau org kafir cuba pelajari tentang al quran...cuba utk baca ayat alquran.. tak kisah lah dgn andaian kamu dia beriman atau tak..Mudah2an, tuhan akan bagi hidayah..Cuba bandingkan dgn anak muda islam i malaysia sekarang? berapa kerat je yang baca alquran? buat maksiat, merempit, minum arak, berzina..Jadi mana yang lagi baik?

3. Aku tak heran lah kalau Karpal Singh tak bolh terima islam..Memang dah kafir... Ynag aku heran ni UMNO (kebanyakannya) nak tolak Islam. menakut2kan org kafir tentang islam.."kalau laksanakan HUDUD, nanti org islam akan lemah", memperlekehkan sunnah rasulullah "zaman nabi dulu mana ada pisau gillette, sebab tu dia simpan janggut" dan macam2 lagi.

Ya, saya akui, keadilan mestilah pada tempatnya..Adakah salah DAP mempersoalkan berapa byk peruntukan yang di beri utk masjid? Kenapa takut nak jawab? Kenapa harus memperlekehkan pertanyaan tersebut.

bukan saya nak memperlekehkan bilangasn saf berbanding infrastuktur masjid.. Ynag kelakarnya, berjuta2 yang habis kat masjid.. yang pergi solat 5 waktu byjk tu je.. adalah terlebih baik jika wang berjuta2 ini disalurkan ke tempat yang lebih bermunafaat lagi... setuju tak? Byknya nya masjid tak bermakna sebuah negara itu negara islam. Kalau tak de keberkatan.. masjid akan jadi kosong...

Keadilan juga bermakna sekiranya ada perjanjian, harus di kotakan. Seperti perjanjian Minyak. Kenapa masa pemerintahan PAS di Terengganu, wang royalti ditukarkan ke Ehsan? Kenapa tak ikut perjanjian? Dah ada perjanjian pun BN berani engkar. Adil ke macam tu? Di Kelantan, kenapa tak bagi tak bagi royalti? Macamana tiba2 boleh ada wang ehsan utk diberikan kepada kelantan? kenapa wang ehsan tak diberikan juga kepada negeri2 lain seperti Johor, atu Negeri senbilan,,Melaka dimana hutang mereka kepada kerajaan persekutuan amat tinggi berbanding Kelantan? Ngkau tak heran ke?

Tahu tak org islam di kelantan adalah lebih kurang 95%. Kata tadi sesama islam.. kenapa nak tindas hak Kerajaan Kelantan?

Baru doakan kemusnahan.. 1Malaysia heboh.. kenapa takut sgt dgn doa TGNA? nak suruh tarik balik konon. Kalau tak buat salah, tak payah lah takut dgn doa tu. Doa tu ckp, kalau ada intention utk menganiaya penduduk kelantan, barulah dioakan kemusnahan.. kalau tak.. alhamulillah lah.. Pelik betul lah org UMNO. Baru berdemo 200 org kat depan pejabat TGNA, UTUSAN MELOYA tulis rakyat nak TGNA resign. Dah terang2 rasuah pun boleh jadi Ketua Menteri..macam dah ketandusan org yang berkelayakan.
SPRM pun aku ingat, suruh dia daftar jadi parti bawah BN je..

Ada ULAMAK pun takut nak bersuara.. dah keluar fatwa tentang tugu negara, dah keluar fatwa tentang sure heboh..UMNO buat tak tau je.

Ikhlas dari aku...Cukup2 la jadi kuda tungangan UMNO, parti yang akan merosakkan akhlak org islam..

PUREHADHARIST said...

Salam Zulmainoe.

Terima kasih sekurang-kurangnya nampak komen saya macam bagus walaupun kemudiannya mengatakan saya beretorik dan lebih pelik lagi menyatakan ada video saya dengan TPM...bila masa ada video saya bersama TPM...saudara yang syok sendiri hingga "kabur" kesemuanya indera yang dikurniakan Allah swt.

Perbincangan kita ialah berkaitan suatu kenyataan dari Dap yang mempersoalkan kenapa peruntukan lebih kepada masjid dan tidak kepada rumah ibadah agama lain. Maknanya ia mempersoalkan hal keadilan. Ayat Al-Qur'an yang saya bawa bertepatan untuk menyatakan:-

1) janganlah kerana kita benci UMNO, semua yang UMNO buat salah

2) kenyataan mempertikaikan peruntukan lebih untuk masjid juga adalah dalam konteks ketidakadilan mempertikaikan dasar BN yang diketuai UMNO yang selama ini telah dipersetujui bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, hak untuk membantu masjid dan institusi lain Islam telah termaktub lama.

Saudara perlu menjawa setiap apa yang saya tulis bukan melencong ke lain. Banyak pertanyaan yang saya ajukan tapi tidak berjawab sebaliknya saudara bawak isu-isu yang telah lama terjawab sebelum ini.

1) Umno dgn gagasan 1Malaysia...ini adalah gagasan yang diketengahkan sebagai suatu fokus gerak kerja dari seorang PM yang baru. Kalau Anwar jadi PM pun dia akan bawa sebuah gagasannya sepertimana dulu dia sering sebutkan Masyarakat madani dan PAS negara Islam yang kemudiannya bertukar kepada Negara Kebajikan mengikut "selera" pengundi. Ini normal walaupun saya juga boleh menuduh ianya sebagai mengaburi mata rakyat tanpa bukti seperti saudara juga telah menuduhnya tanpa bukti.

Semua gagasan baik 1Malaysia, Islam Hadhari, masyarakat Madani, Makhal Sakti, Negara Islam/Kebajikan atau apa sahaja adalah bertujuan baik yang diyakini baik oleh pelopornya. Tiada akal yang sihat akan mengatakan sesebuah gagasannya akan membawa sesuatu yang tidak baik kerana ia akan menjejaskan pengarauh dan kedudukannya kalau ianya ditolak rakyat.

Maka, apa kena mengena harga minyak naik,tariff letrik naik, rasuah oleh kroni dengan gagasan2 ini?

Islam adalah agama yang mengajar nilai-nilai yang baik apakah Islam dan nabi Muhammad saw akan dipersalahkan jika ada yang rasuah, rogol dan sebagainya? Yang rasuah dan sebagainya adalah individu kerana ketamakan dan kerakusan manusia, yang naik harga minyak ialah mekanisme dalam ekonomi yang menyebabkannya bukan suatu gagasan atau ajaran bahkan agama sekalipun. Yang menerima habuan rasuah haji adalah individu tetapi bukan parti Islam,yang mengaburi mata rakyat melalui doa "keramatnya" bukan Umno tapi PAS ! Yang dipersoalkan bukan makbul atau tidak doa Nik Aziz tetapi persoalan akhlak dari seorang ulamak yang sewenang2nya mendoakan orang dalam hal yang belum tentu betul atau benarnya!

(sambung tak muat..)

PUREHADHARIST said...

sambungan....

Masalah royalti perlu dilihat secara adil dari kedua-dua belah pihak. Jika ada pertikaian maka penyelesaiannya ialah mahkamah bukan buat keputusan sendiri siapa yang salah! Kalau keputusan sendiri, ini macam amalan jahiliah dulu!

2) Islam Hadhari- yang banyak mengagalkan kerana diserang konsep ini PAS juga dan sekarang diserang pula 1Malaysia sebab tidak sehaluan dengan mereka. Tentang Islam hadhari sila baca posting saya yang lepas, semua sudah saya jawab. Keikhlasan hanya Allah swt yang boleh ukur bukan saudara. Kalau kita boleh ukur keikhlasan maka saudara menolak hadis Rasulullah yang mengambarkan persoalan ikhlas dan riya seperti semut hitam berjalan di ats batu di waktu malam.

Saudara, saya juga bangga jika ada orang kafir cuba mempelajari tentang Al-Qur'an. Tetapi saya tidak boleh menyamakan hasrat untuk mempelajari Islam dengan menggunakan ayat Al-Qur'an dipentas ceramah politik semata-mata kerana hanya sekadar membaca, orientalis barat ada yang menghafal Al-Qur'an lebih dari hanya membaca satu ayat.

Sekali lagi saudara mengaitkan maksiat,merempit, minum arak, berzina dengan 1Malaysia....seharusnya Islamlah harus dipersalahkan kerana Islam lebih awal dari konsep 1Malaysia...kalau ikut pemikiran saudara.

Saudara juga macam suratkhabar lama, bawa cerita lama. Nak buat hudud bukan sekadar slogan, perlu banyak perkara, baca posting saya yang lepas2..sekarangpun buikan sahaja Karpal tak mahu, Anwarpun tak mahu hudud, apa cerita?

Kalau boleh mendoakan DAP kafir dapat hidayah, maka takkanlah tidal boleh mendoakan UMNO juga...sifat orang beriman bersikap tegas dan gah terhadap orang kafir dan berlemah lembut terhadap sesama Islam...ini ayat Al-Qur'an tau jangan cakap takde kene mengena pulak!

Perangai pembangkang ialah mempertikaikan institusi kehakiman, SPRM. POLIS,dll bila tidak menyebelahi mereka, namun bila nak pakai untuk mengaburi rakyat, berpuluh saman, laporan polis, laporan sprm dibuat...kata dah tak percaya, kenapa guna lagi..cuba nasib kot2 menyebelahi mereka....bila menang pilihanraya, pengundi hantu tak timbul, cuba kalah....

Kenapa saya berada dalam UMNO?.dan tidak PAS,PKR,DAP dll? Kerana misi Islam dan dakwahnya boleh berada dimana-mana, UMNO juga perlu dijengok bukan hanya PAS dll...

Popular Posts