Friday, December 11, 2009

KHAYALAN PEMBANGKANG DISULAMI HASAD DENGKI....

Salam.

Saya belum merasa puas untuk mengulas lagi respon dari pembaca blog ini yang memberi komen atas tulisan saya yang lepas. Di sini saya akan jawab satu persatu agar kita lebih jelas beberapa persoalan serta konsep yang masih kabur serta slogan-slogan dari parti pembangkang yang sering dilaungkan dan ada yang terpengaruh...

Komen pembaca:-
komen anda nampak macam bagus.. tapi cuma retorik... seperti jugak la video yang menunjukkan anda dgn TPM membincangkan PAKATAN RAKYAT vs BN.. semuanya syok sendiri..

Jawapan saya:-

Saudara sudah berlagak seperti Tuhan rupanya atau hendak meniru gaya Fir’aun yang tahu betapa dekat ajal sesuatu kaum ! (DENGAN MENGATAKAN UMNO AKAN TERKUBUR). Perlu diketahui perjuangan untuk rakyat adalah tugas setiap rakyat Malaysia, tidak kira dari parti manapun. Permasalahanya sekarang adalah siapa yang dahulu?. Sayang sekali bahawa PR sedang berangan-angan dengan khayalan dan yang lain sedang berada di dalam kerja “reality” sejak sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang. Sayangnya lagi, adanya pula rasa iri hati (hasad) dengan usaha ini, sehingga setiap keberhasilan dan kejayaan orang lain akan dinilai dengan khayalan sendiri, sehingga tidak dapat menilai dengan objektif.

Pembaca mengatakan : “Semua ni utk mengaburi mata rakyat….”

Jawapan saya :

Memang, ketika konsep hanya sebatas slogan sahaja, sebagaimana di buat PR maka itulah yang dikatakan sebagai mengaburi mata rakyat..apatah lagi ketika rakyat dibawa dengan slogan kata “keadilan” tetapi apa dan bagaimana konsep itu?, tidak ada yang tahu…apakah sudah disepakati, konsep keadilan mana yang hendak dipakai, keadilan Islam (PAS) atau keadilan liberalisme (PKR/DAP) yang hendak dilaksanakan di Tanah Melayu ini?...inilah cara mengaburi rakyat..atau mana yang namanya Negara Islam yang pernah dilaungkan oleh PAS…kemana itu sekarang…? Apakah rakyat masih mendengar slogan itu lagi…mungkin orang PAS pun sudah mulai lupa!.

Tentang Islam hadhari:-

Itulah sejak dulu lagi saya sudah katakan, ingatlah bahwa Islam Hadhari bukan slogan atau pekerjaan Pak Lah, tetapi dia adalah Islam itu sendiri.

Ungkapan kata : mana perginya Islam Hadhari sekarang ni semenjak ada 1 malaysia? Senyap dan sunyi …adalah menunjukkan orang yang tidak faham apa itu Islam Hadhari…

Ingatlah Islam dan hadharahnya tidak akan pernah berhenti membentuk manusia ideal, dimanapun, tetapi yang ada adalah umat Islam yang tidak memahami apa itu Islam dan apa itu hadharah yang datang dari Islam, sehingga dia tidak tahu gejolak apa yang ada dan gerakan apa yang ada didalam Islam baik di Malaysia maupun di dunia…

Sekali lagi, pemahaman seseorang terhadap suatu hal kelihatan dari bagaimana dia menilai,kalau dia tidak memahami sesuatu hal itu tentu dia tidak akan tahu bagaimana hendak menilai. Jika orang tidak tahu apa itu hadharah dan Islam maka tidak akan dapat menilai keduanya dengan baik. (saya tidak boleh membayangkan, kalau ulamanya sudah salah maka macam mana lagi pengikutnya)

Hadharah itu dari Islam maka dia merupakan nilai Ilahi bagi semua manusia, tidak terkecuali, yang ada apakah manusia itu hendak bersamanya atau menolak…

Mungkin banyak umat Islam akan bangga kalau ada orang kafir yang ingin mempelajari Al- Quran, tetapi apakah tidak ada umat Islam yang khuatir kalau ada kafir yang hendak menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk mengaburi mata rakyat…kenapa kali ini tidak nampak…..?!...

Aiit….terkejut kerana kejutan ini…. Memang dah kafir (Karpal)…yang baca Al-Quran tu siapa? ..kafir kah atau..kenapa jadi double standard…kenapa yang satu tadi dinilai lain dan yang ini dengan kafirnya…

Kalau kita mahu berpijak pada kenyataan : Ya, saya akui, keadilan mestilah pada tempatnya… maka keadaan, situasi dan kondisi suatu masa akan menjadi pertimbangan…dengan itulah umat Islam kena bijak..kerana kita tidak mahu jadi seperti Afghanistan (Taliban) yang melakukan hududnya sehingga hasilnya memberikan jalan untuk Amerika menguasai negara itu. Jadi kalau ada orang mengatakan tidak mahu menlaksanakan Hudud sekarang, bukan bererti dia menolak Islam. Tapi umat Islam perlu menjadi bijak untuk menjalankan misi Ilahi dimuka bumi ini…keadilan mestilah pada tempatnya…dengan kebijaksanaan…

Ingatlah, bahawa kafir itu sudah bermakna menolak Islam, tak payah nak takut-takutkan lagi, dia sudah menolak, apatah lagi orang itu seperti Karpal..tak payah lagi nak ditakut- takutkan..dia sudah tetap kafir dan menolak Islam janganlah nak menuduh orang lain menakut-nakutkan orang kafir tentang Islam!… yang pelik adalah adanya parti Islam yang merasa adanya harapan daripada orang kafir ini…..walaupun terang-terangan menolak Islam….begitu juga terhadap Anwar yang juga menolak Negara Islam….

Perlu diingat, terjadinya Islamphobia kerana adanya faktor dimana sekelompok umat Islam hendak melaksanakan Hudud tetapi tidak pada tempatnya dan tidak disertai kearifan dan kebijaksanaan…sehingga orang kafir menggunakan kesempatan ini untuk memusuhi Islam!

Kalau DAP mempertanyakan tentang jumlah masjid itu dibenarkan, maka dengan alasan apa? Dengan keadilan? Keadilan siapa?. Pertanyaan DAP itu didasari oleh ketidak adilan. Kerana kalau hendak adil dengan tahap paling minima, maka orang akan berfikir bahawa: masjid tentu akan dihitung dengan jumlah pemeluk agama yang memerlukan masjid.

Logika yang cukup baik: Byknya nya masjid tak bermakna sebuah negara itu negara islam. Kalau tak de keberkatan.. masjid akan jadi kosong...
kerana memang simbol Islam bukan bererti telah membawakan nilai sesuai dengan Islam, hanya dengan membawa Islam bukan bererti sudah Islamik, tak kira apa saja..tidak semua umat Islam membawakan nilai Islam, dan tidak semua parti Islam membawakan nilai Islam, hanya dengan menamakan parti dengan Islam tidak bererti membawakan nilai Islam secara absolute….kerena mungkin parti itu itu kosong…… dari Islam .

Menurut orang PAS: Hadharah Islamiyah yang dicetuskan oleh ajaran Islam yang bersumber petunjuk Allah yang dipancarkan oleh kiab Allah, al Qur’an dan as Sunnah serta ilmu para ulama, telah direalisasikan di zaman awal Islam. Mereka membangun pusat pusat pelaksanaannya di tempat tempat berikut:1. Masjid. 2. Jami’ah. 3. Pusat Rawatan (Hospital). 4. Marsod Falaki (menara bintang).


Tahu tak org islam di kelantan adalah lebih kurang 95%. Kata tadi sesama Islam.. kenapa nak tindas hak Kerajaan Kelantan?

Bak kata pujangga, bukan matahari tak bersinar tetapi adanya orang yang menghindar dari cahaya itu….bukan hendak menindas, tetapi PAS menyatakan perang dengan UMNO..bukan begitu?...

Hingga kini, Melayu dan Islam adalah satu kesatuan yang tidak terpisah..sehingga Melayu dengan Islamnya akan terus melanjutkan perjuangannya…mungkin akan ada penghalang dari saudara sendiri…ini tak aneh dalam kehidupan …Islam Hadhari akan terus berjuang untuk Melayu dan Islam, kerana Melayu adalah bagian dari pada Islam dan asset Islam…kenapa takut…Islam Hadhari saya yakini adalah Islam yang dijalankan oleh hamba Allah dari masa kemasa, tanpa ada batas territorial…jadi bukan hanya sebatas Malaysia dengan Pak lah, tapi setiap umat Islam yang memahami Islam dan Hadharah dengan baik..

Saya hanya khuatir, adanya ulama yang tidak tahu apa yang dia katakan dan bertindak dengan hawa dan nafsunya…kerana semua itu bukan hanya akan merugikan dirinya, nama ulama itu tetapi juga Islam dan muslimin…

Saya katakan ini kerana saya membaca tulisan ulama itu, dan saya tahu betul tentang kesalahan yang dia buat….

Saya yakin, saya tidak ada apa, kecuali menjalankan apa yang jadi tugas dan kewajiban pada saya…dan saya yakin inilah tugas saya untuk mencuba mengingatkan yang lupa, mencuba berdialog dengan perspektif yang berbeza..dengan cara saya dan argumentasi yang masih terus diasah dengan baik….selama ada dalil maka selama itu dialog masih terbuka….bukan dengan dakwaan….tidak ada takut..dan tidak ada yang ditakutkan…

Perlu diingat, bahwa akhlak seseorang terbentuk dengan ikhtiar dari dirinya sendiri, kalau kita ingat tentang bagaimana Rasulullah, yang tinggal di Mekah pada waktu itu, dia berakhlak baik, maka muslimin perlu kembali kepada “uswah” itu, bukankah beliau dan kehidupan beliau adalah “uswatun hasanah”. Masyarakat tidak lebih hanya membantu untuk memudahkan…tetapi aslinya adalah dari diri sendiri…

Rasulullah Muhammad saw didatangkan kepada satu kaum yang melawan dirinya, dan tidak sebaliknya. Dia datang untuk merubah akhlak kaum yang anti kepadanya..dan bukan sebalinya…itu pelajaran dari keberadaan Rasulullah…

Kalau saya nak ekstrim, maka saya akan katakan bahwa sebenarnya PAS ada dalam keadaan lemah dan tidak mengikuti semangat Islam sebagaimana yang firmankan Allah dalam surah Muhammad ayat 35: ‘Jangan kamu lemah dan minta damai padahal kamu yang ada di atas. Allah berserta kamu…” dengan alasan inilah saya merasa sedih dengan keadaan umat Islam, kerana mereka yang mengaku Islampun tidak lebih sama dengan yang sekular…..sayang….

5 comments:

Songkok Putih said...

salam...

saya terpanggil utk memberi sedikit komen..

takkan la (DENGAN MENGATAKAN UMNO AKAN TERKUBUR) boleh tuan hamba lebel kan dia berlagak tuhan atau bergaya sebagai fir'aun.. itu kan kerja org UMNO..yang sering mengatakan.. kalau tak de kerajaan BN, malaysia boleh bankrap... kah!kah!kah! tapi seriously, setiap makhlok mesti terkubur..jadi.. tak payah la nak komen panjang2..

memang betul perjuangan untuk rakyat adalah tugas setiap rakyat Malaysia, tidak kira dari parti manapun.. tapi masalah nya parti UMNO memperjuangkan tembolok masing2.. kalau jadi ketua bahagian dah boleh ada harta berjuta2... tu nak tolong sapa? Kalau jd menteri besar baru 2 penggal boleh ada istana berjuta2 ringgit.. tu apa namanya? Bila siasat.. tak de kes...

Saya percaya, perjuangan UMNO Baru dan UMNO lama amat berlainan sekali. Sebab tu sekarang sibuk nak reform.. kenapa agaknya ek?

Saudara menulis "mana yang namanya Negara Islam yang pernah dilaungkan oleh PAS…kemana itu sekarang…? Apakah rakyat masih mendengar slogan itu lagi…mungkin orang PAS pun sudah mulai lupa!." Saya tolong jawab la : kesian.. sejak bila PAS pernah memerintah Malaysia? macamana nak buat negara Islam kalau PAS tak pernah pegang tampuk pemerintahan.. Tak tengok ke macamana keadaan ekonomi dan pemerintahan negeri2 di bawah PR? Kelantan dan Kedah... insyallah mereka mengamal kan prinsip2 berlandaskan ISlam.. Di Penang pulak.. ketua menteri meniru pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz... nampak tak betapa canteknya pakatan Rakyat.

Ni di Melaka.. dah terang2 amalkan rasuah masih jd Ketua Menteri... Dah terang-terang rasuh, boleh jadi ketua pemuda UMNO...
Ni nak jadi negara Islam macamana ek? Kesian..

Islam Hadhari dr kacamata saudara saja yang kata macam tu.. cuba tanya org UMNO lain? Adakah mereka sependapat dgn saudara.. atau saudara sorang je yang syok sendiri?

Saudara menulis "Perlu diingat, terjadinya Islamphobia kerana adanya faktor dimana sekelompok umat Islam hendak melaksanakan Hudud tetapi tidak pada tempatnya dan tidak disertai kearifan dan kebijaksanaan…sehingga orang kafir menggunakan kesempatan ini untuk memusuhi Islam!"
Saya jawab lagi : Kesian saya terhadap saudara.. Saya tak tahu la saudara baca akhbar mana? ... Parti PAS beristiqomah untuk menarik org kafir ke pada Islam.. macamana pulak dia boleh menakutkan org kafir? Yang selalu kita dengar, akhbar2 perdana yang memomokkan agenda PAS utk memartabatkan Malaysia sebagai negara Islam.. Yang menakut2 kan org kafir tentang hudud tu org UMNO... kalau tak, takkan la ada Parti Penyokong PAS (terdiri dr org kafir). memang pelik la kenyataan saudara ni..

Alah saudara, kenapa UMNO tak nak buat hudud sekarang? Inikan hukum ALLAH.. boleh tangguh kan ke? kalau tak nak buat kat org kafir.. kita mula kan dengan org Islam dulu lah.. baru lah nampak cantek di mata org kafir.. bila ada keberkesanannya, baru lah org kafir boleh terima.. Ini belum apa2 dah menolak.. apa cerita tu?

Tak payah la nak kaitkan melayu tu Islam.. geli tekak aku dengar.. dah berapa byk org melayu nak tukar agama.. cuba tanya kat pejabat pendafataran.. Tukar la dari HIDUP MELAYU kepada HIDUP ISLAM.. sebab kat kubur nanti, dia ada tanya ke.. wahai simpulan bin simpulan.. ngkau ni melayu ke? yang dia tanya adalah amalan kita..

Akhir kalam, saya doakan agar ALLAH dapat membuka minda tuan hamba dan berjuang utk ISLAM, bukan utk MELAYU...dan bacalah HARAKAH sekali sekala...Pergi la dengar ceramah PAS sekali sekala. Bermacam2 pendedahan dapat kita dengar..nak jadi SB pun tak pe. Dengar dulu.. tak terima tak pe.. nak jadi kan bahan utk menghentam bailk org PAS pun tak pe... Kalau interested.. bagitau... insyallah, boleh di uruskan.

Iyyakanakbudu waiyya kanasta iin


Songkok putih

PUREHADHARIST said...

Pakcik Songkok Putih
salam...

saya terpanggil utk menjawab komen pak cik….

takkan la (DENGAN MENGATAKAN UMNO AKAN TERKUBUR) boleh tuan hamba lebel kan dia berlagak tuhan atau bergaya sebagai fir'aun.. itu kan kerja org UMNO..yang sering mengatakan.. kalau tak de kerajaan BN, malaysia boleh bankrap... kah!kah!kah! tapi seriously, setiap makhlok mesti terkubur..jadi.. tak payah la nak komen panjang2..

kalau kita nak pakai pendapat pakcik ini dan kita terima, maka tidak ada satu partipun akan terlepas daripada statement itu, iaitu semua parti sekarang juga akan masuk kubur, termasuklah PAS. Jadi tak payahlah nak kata UMNO, kerana semua sama, maka tak perlulah buat apa statement itu…
saya berpendapat, pakcik tidak pandai lagi memisahkan dua statement, dimana kalimat UMNO akan masuk kubur bererti adanya ketentuan bahwa sekarang ini UMNO sedang hendak masuk kubur, bererti orang yang menyatakan statement ini mengetahui bila orang hendak meninggal atau tidak. Disinilah saya katakan orang yang mengatakan ini telah bertindak dan berlaku bagaikan Tuhan saja, kerana dia mengetahui Umno hendak masuk kubur, atau dia dikatakan macam firaun yang boleh menentukan hukum bila orang harus dibunuh sehingga dia memerintahkan untuk menyebut dirinya sebagai tuhan yang maha tinggi.
Sementara kalimat setiap makhluk mesti terkubur, maka ini merupakan ketetapan umum, dimana semua mengetahui, iaitu tidak ada manusia yang tidak mengetahui hal ini, sekalipun dia menolak hakikat tersebut. Yang jadi problem kalau statement ini diterima, maka tidak ada ertinya diberikan kepada UMNO atau yang lain, kerana semua sama, termasuk parti apapun..

PUREHADHARIST said...

(sambung)....jawapan untuk songkok putih..

memang betul perjuangan untuk rakyat adalah tugas setiap rakyat Malaysia, tidak kira dari parti manapun.. tapi masalah nya parti UMNO memperjuangkan tembolok masing2.. kalau jadi ketua bahagian dah boleh ada harta berjuta2... tu nak tolong sapa? Kalau jd menteri besar baru 2 penggal boleh ada istana berjuta2 ringgit.. tu apa namanya? Bila siasat.. tak de kes...

Saya percaya, perjuangan UMNO Baru dan UMNO lama amat berlainan sekali. Sebab tu sekarang sibuk nak reform.. kenapa agaknya ek?
Inilah yang memang diperjuangkan, rakyat adalah lebih utama, yang pakcik katakan bukan UMNO, tapi boleh jadi orang yang ada didalam UMNO, jadi perlu dipisahkan antara ahli dengan parti. Kerana boleh jadi partinya benar tapi pengikutnya salah, atau sebaliknya, partinya salah tapi ahlinya benar, sekalipun ada kemungkinan yang lain, iaitu kedua - duanya salah. Macam Islam dan umat Islam, atau parti Islam dan pengikutnya, terbuka kemungkinan yang sama, hanya saja, bezanya, yang satu masalah ringgit dan material, dan yang satu masalah spiritual.(sebab takde materialnya sebelum memerintah, dah memerintah…hajipun sponsor )
Untuk inilah saya masih berfikir bagaimana peruang yang sebenarnya, tak kira dari parti apapun, ketika disana adanya melayu dan umat Islam, maka disana ada jalan untuk berjuang, iaitu membela hak- hak mereka.

Dengan alasan ini juga, saya kecewa bila PAS selalu melihat bahwa UMNO adalah kafir, atau sebagai musuh partinya, sementara adanya umat Islam dan orang yang tertindas di dalam Negara Malaysia ini. Bukankah adanya konsep amar makruf dan nahi munkar dalam Islam. . .?!

Saudara menulis "mana yang namanya Negara Islam yang pernah dilaungkan oleh PAS…kemana itu sekarang…? Apakah rakyat masih mendengar slogan itu lagi…mungkin orang PAS pun sudah mulai lupa!." Saya tolong jawab la : kesian.. sejak bila PAS pernah memerintah Malaysia? macamana nak buat negara Islam kalau PAS tak pernah pegang tampuk pemerintahan.. Tak tengok ke macamana keadaan ekonomi dan pemerintahan negeri2 di bawah PR? Kelantan dan Kedah... insyallah mereka mengamal kan prinsip2 berlandaskan ISlam.. Di Penang pulak.. ketua menteri meniru pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz... nampak tak betapa canteknya pakatan Rakyat.


Begitulah dakwaan yang ada, dan disini pula yang menjadi perbahasan penting. Kalau hendak menegakkan Islam, maka dalam komuniti kecilpun Islam dapat dijalankan. Dan bukan wajib memerintah. Problem yang ada adalah PAS dengan slogan itu sudah terpisah. Kerana ketika dulu sebelum memerintah satu negeripun , slogan itu berada paling atas, tapi sekarang… mana?
Sayang sekali, pakcik….pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz terikat dengan keberadaan khalifahnya yang penuh dengan iman dan wara’ serta pemahaman dia tentang Islam….mustahil pentadbiran dapat dikatakan sebagai Islamik, kalau pentadbirnya tidak memiliki iman dan amal Islami. Pertanyaan besar yang tertinggal adalah: apakah ketua menteri Pulau Pinang seperti Khalifah yang beriman, bertaqwa dan cukup pemahamannya terhadap Islam?. Kalau tidak, maka terang - terangan PAS sedang ditipu lagi. . .


Ni di Melaka.. dah terang2 amalkan rasuah masih jd Ketua Menteri... Dah terang-terang rasuh, boleh jadi ketua pemuda UMNO...
Ni nak jadi negara Islam macamana ek? Kesian..


Inilah yang jadi problem, memang kesian orang yang menjalankan perbuatan salah, tapi bukan bererti semua orang juga bersalah dengan adanya kesalahan orang tersebut…

Islam Hadhari dr kacamata saudara saja yang kata macam tu.. cuba tanya org UMNO lain? Adakah mereka sependapat dgn saudara.. atau saudara sorang je yang syok sendiri?

Ini bukan masalah syok sendiri. Tapi masalah mana yang benar dan salah. Dan bagaimana membetulkan kesalahan sehingga menjadi betul. Terus terang, kebanyakan umat Islam tidak mengetahui apa itu Islam atau hadharah yang datang daripada Islam, untuk itu saya merasa bertanggung jawab untuk membahasnya. Ini adalah taklif, tanggungjawab agama.

(sambung lagi)

PUREHADHARIST said...

(sambung)....


Saudara menulis "Perlu diingat, terjadinya Islamphobia kerana adanya faktor dimana sekelompok umat Islam hendak melaksanakan Hudud tetapi tidak pada tempatnya dan tidak disertai kearifan dan kebijaksanaan…sehingga orang kafir menggunakan kesempatan ini untuk memusuhi Islam!"
Saya jawab lagi : Kesian saya terhadap saudara.. Saya tak tahu la saudara baca akhbar mana? ... Parti PAS beristiqomah untuk menarik org kafir ke pada Islam.. macamana pulak dia boleh menakutkan org kafir? Yang selalu kita dengar, akhbar2 perdana yang memomokkan agenda PAS utk memartabatkan Malaysia sebagai negara Islam.. Yang menakut2 kan org kafir tentang hudud tu org UMNO... kalau tak, takkan la ada Parti Penyokong PAS (terdiri dr org kafir). memang pelik la kenyataan saudara ni..


Kesian pakcik pada saya tidak terlampau bermakna, kerana sepatutnya pakcik lebih arif dengan keadaan diri dan parti pakcik. Boleh tak saya tahu, apakah parti lain yang masuk dalam Pakatan rakyat dengan PAS, dalam keadaan iaitu, parti lain yang menyatu ke dalam PAS, atau PAS yang menyatu dengan parti lain?. Sehingga kita jelas memahami mana yang menarik mana. . . . .Pas berada di atas sebagai parti Islam atau berada dibawah mereka?
Lebih jauh lagi, PAS yang mengklaim dirinya sebagai parti Islam semestinya istiqomah dijalannya. Bukan dengan hanya slogan hudud, kerana PAS sendiri tidak atau belum siap untuk perlaksanaannya.

Alah saudara, kenapa UMNO tak nak buat hudud sekarang? Inikan hukum ALLAH.. boleh tangguh kan ke? kalau tak nak buat kat org kafir.. kita mula kan dengan org Islam dulu lah.. baru lah nampak cantek di mata org kafir.. bila ada keberkesanannya, baru lah org kafir boleh terima.. Ini belum apa2 dah menolak.. apa cerita tu?


Inilah bukti ketidakarifan itu. Tentang hukum Allah, adakah hukum hudud yang dinyatakan Allah dalam Quran atau hadis memiliki syarat wajibnya adalah menjadi hakim (pemerintah), kalau tidak,sepatutnya PAS sudah wajib menjalankan hukum itu. Kalau tidak, apa bezanya PAS dengan UMNO?.
Menurut pandangan saya, hukum Allah mestilah ada syarat, dan syarat itu bukan hanya menegakkan pemerintahan, tetapi kesiapan komuniti untuk melaksanakannya, iaitu adanya instrument dan sistem yang boleh menjalankan hukum itu. Tanpanya, maka kewajiban itu, tertunda dengan kewajiban mempersiapkan “muqadimah’ daripada kewajiban tersebut…inilah jadi kewajiban umat Islam untuk mempersiapkan “muqadimah itu. Inilah yang memerlukan kearifan dalam hukum Allah dan bagaimana hendak menjalankannya, jadi tidak hanya melihat pada hukumnya sahaja.

(sambung)

PUREHADHARIST said...

(sambung akhir)

Tak payah la nak kaitkan melayu tu Islam.. geli tekak aku dengar.. dah berapa byk org melayu nak tukar agama.. cuba tanya kat pejabat pendafataran.. Tukar la dari HIDUP MELAYU kepada HIDUP ISLAM.. sebab kat kubur nanti, dia ada tanya ke.. wahai simpulan bin simpulan.. ngkau ni melayu ke? yang dia tanya adalah amalan kita..


Semestinya pakcik menangis ketika menulis tulisan pakcik. Sebab, kalau pakcik sedang menyaksikan ada yang hendak bertukar agama, Bukankah kewajibam sesama Umat Islam untuk membantu umat Islam yang lain. Bukankah dalam Islam ada ungkapan bahawa sifat muslimin adalah dimana kita kena berfikir halnya setiap hari, untuk tetap menjadi muslimin (ingat, barang siapa bertemu dengan hari, dan dia tidak memikirkan hal ihwal muslimin, maka dia bukan muslim (al hadis))
Terdapat juga kata mustadh’afin, iaitu tentang orang- orang yang sedikit dan tertindas. Bukankah adanya kewajiban untuk memperjuangkan mereka juga..dan melayu kalau tidak diterima sebagai umat Islam yang kuat, paling tidak hendaklah dilihat sebagai mustadh’afin…..(lihat surah An Nisa’ ayat: 75, 97, 98 dan lainnya). Kenapa umat Islam lupa akan hal ini, apatah ada parti Islam yang sepatutnya dapat melihat keadaan ini dengan benar, dan meninggalkan keta’asuban parti menjadi ta’asub Islam dan umat Islam..dalam hal ini termasuklah melayu….(muslimin di Malaysia )
Kalau ada melayu yang hendak meninggalkan agamanya, apakah ini bukan kewajiban semua muslimin (termasuk PAS) untuk membantunya…kenapa jadi geli dengan ini…. Banyakkan menangis akan lebih baik.


Akhir kalam, saya doakan agar ALLAH dapat membuka minda tuan hamba dan berjuang utk ISLAM, bukan utk MELAYU...dan bacalah HARAKAH sekali sekala...Pergi la dengar ceramah PAS sekali sekala. Bermacam2 pendedahan dapat kita dengar..nak jadi SB pun tak pe. Dengar dulu.. tak terima tak pe.. nak jadi kan bahan utk menghentam bailk org PAS pun tak pe... Kalau interested.. bagitau... insyallah, boleh di uruskan.


Amin ya Rabbal alamin, saya berterima kasih dengan doa pakcik. Semuga istiqomah dalam perjuangan yang berat ini. Kerana dihadapan kita ada orang yang tidak tahu tapi dia tahu yang dia tidak tahu, sehingga dia berfikir dan belajar. Yang berat adalah adanya orang yang tidak tahu, tapi dia merasa dia tahu. . .betapa susahnya untuk memahamkan orang seperti ini, kerana kadang- kadang mereka sudah merasa seperti ulama hanya ketika berpakaian putih dan bersongkok putih. . . .


Saya dah lama mewajibkan diri saya, membaca semua akhbar, baik yang mendukung Islam atau yang melawan Islam, yang pro dengan UMNO ataupun anti UMNO, yang Pro PAS atau yang anti….kerana saya hendak memperhatikan muslimin dan mustadh’afin..

ihdinash shiratal mustaqim

Popular Posts