Salam,
"Mengelirukan" maka jangan dibincang atau didiskusikan kerana akan menyebabkan kita berpecah dan juga masyarakat berpecah. Dari segi logiknya, semua hal yang mengelirukan perlu diperhalusi sehingga tidak lagi mengelirukan. Sebagai satu contoh, konsep Islam Hadhari dikatakan mengelirukan dan tidak boleh diterima maka berhentilah kita untuk terus mengekalkan kekeliruan itu.
1Malaysia juga dikatakan mengelirukan. Dibahagian mana yang mengelirukan tidak jelas tapi dikatakan mengelirukan. 1Malaysia apakah seperti Malaysian Malaysia? Sudahpun diperjelaskan ianya tidak sama kerana ia berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan yang masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu..Tapi tetap ada yang mengatakan mengelirukan.
Kalimah Allah digunakan oleh agama Kristian juga dikatakan boleh mengelirukan. Betul ke? Kalau kita kata Allah telah berfirman bahawa anaknya tidak akan.....sebagai contoh, apakah kita masih keliru ianya Allah kristian atau Islam? Kita Melayu selalu merasakan sesuatu istilah itu milik eksklusif Islam sedangkan ianya digunakan oleh bangsa Arab kerana Islam dikembangkan dengan bahasa Arab. Sebagai contoh perkataan wafat, kita orang Melayu merasa ianya hanya untuk Rasul dan para Nabi padahal ia perkataan Arab yan membawa maksud meninggal dunia.
Maka alasan "mengelirukan" ini seringkali digunakan untuk kita lebih keliru tanpa perbincangan lanjut.
Sepatutnya kalau keliru kita semakin menggalakkan perbincangan bukan menutup perbincangan.
No comments:
Post a Comment