Memang kemeriahan akan terasa dengan kepelbagaiaan suara yang mewakili pihak masing-masing di dalam sesi persidangan Parlimen yang telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada hari ini.
Namun apakah kepelbagaian suara yang kita inginkan atau keberkesanan suara rakyat yang dibawa oleh ahli Parlimen non-partisan atau bebas itu.
Memang mereka bebas menyuarakan apa sahaja tanpa terikat dengan sekatan parti tetapi jika ingin melihat dari sudut keberkesanan maka suatu persoalan timbul apakah suara mereka akan disambut oleh ahli-ahli Parlimen yang berparti?
Jikalau suara mereka untuk membawa suara rakyat namun tidak mendapat sokongan di parlimen, kita akan mengatakan suara mereka umpama anjing menyalak bukit. Di satu sudut yang lain, kemungkinan untuk diterima hujahan mereka adalah bersifat "kadang-kadang" atau "jarang-jarang". Ini adalah kerana adalah jauh dari mengharapkan usul serta perbahasan ahli-ahli parlimen bebas dengan mudah dapat diterima dan disokong di dalam parlimen kerana logiknya apakah mereka ini terlalu "hebat" sehingga perlu diberi perhatian semua pandangan mereka seolah-olah ahli-ahli parlimen berparti sudah ketandusan idea untuk mengusulkan sesuatu demi kepentingan rakyat?. Kenyataan ini mengambilkira sentimen kepartian di mana setiap perkara yang dibawa juga hasil gagasan bersama parti yang diwakili mereka.
Walhasil, kita lihatlah dulu perkembangan seterusnya sesi-sesi persidangan Parlimen akan datang dan kita sama-sama menilai keberkesanan hadirnya ahli Parlimen bebas atau kehadiran mereka hanya merupakan resepi tambahan sekadar untuk memeriahkan sidang parlimen.
kita tunggu........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam Satu kata selalu diutarakan oleh pembicara untuk membawakan pengertian yang dimaksudkan, iaitu kata itu hendak menyatakan makna sehing...
-
Salam. Jerusalem Post sebuah akbar Israel telah mengeluarkan berita berkenaan Anwar Ibrahim dengan tajuk: Anwar Ibrahim: Malaysia'a Futu...
No comments:
Post a Comment