Wednesday, December 29, 2010

KENYATAAN DI AKHBAR SINAR HARIAN BERKENAAN TANAH RIZAB MELAYU.

Pertahan tanah rizab Melayu 


JOHOR BAHRU – Lebih 3,000 penduduk Kampung Skudai Kiri, di sini, menyuarakan kebimbangan dan keengganan berpisah antara satu sama lain selepas mendakwa tanah yang mereka diami bakal dibangunkan oleh pihak tertentu bagi tujuan pembangunan.

Tanah di Skudai Kiri merupakan kawasan yang diterokai oleh orang-orang Melayu sejak 74 tahun lalu dan terdapat 94 keping lot tanah bermilik sementara selebihnya adalah tanah kerajaan didiami masyarakat setinggan. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Pinggir Pantai Sungai Skudai/Sungai Danga, Mohd Yunos Malek berkata, kawasan terbabit sering diberitahu akan dibangunkan pihak tertentu walaupun permohonan tanah oleh penduduk kepada kerajaan tidak sesekali mendapat pertimbangan sejak 12 tahun lalu. 

Menurutnya, pelbagai spekulasi diuar-uarkan antaranya mereka akan dipindahkan ke rumah pangsa yang disediakan kerajaan terletak jauh dari penempatan sedia ada. 

“Terkini, ada juga khabar mengatakan bahawa pembangunan di Skudai Kiri akan dimajukan oleh salah sebuah syarikat gergasi dengan tujuan pembangunan bercampur, namun nasib dan kepentingan penduduk masih belum jelas. 

“Kepimpinan UMNO di Skudai Kiri turut menyertai jawatankuasa bertindak ini dengan penglibatan kira-kira 10 cawangan. 

“Menerusi jawatankuasa ini, kami akan bergabung dan bersatu untuk memantau seterusnya sedia mengambil tindakan terhadap tekanan-tekanan yang diterima dari mana-mana pihak demi membela nasib serta kepentingan orang-orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Gerakan UMNO Skudai Kiri, di sini, kelmarin. 

Mohd Yunos berkata, isu ini seharusnya diteliti oleh kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian dan Perhubungan Negeri kerana mas�yarakat Melayu di Skudai Kiri memberikan lebih 52 peratus undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU). 

“Penduduk Skudai Kiri majoritinya adalah pengundi Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Rinting yang majoriti merupakan penyokong kuat BN dalam setiap PRU,” katanya. 

Selain itu, katanya, pihak jawatankuasa turut menerima maklumat bahawa tanah di Skudai Kiri seluas 135 ekar sudah dinyatakan sebagai Rizab Melayu berdasarkan Undang-Undang Kawasan Rizab Melayu 1936 Perisytiharan Di Bawah Seksyen 3 (i). 

“Berdasarkan undang-undang ini, Pengarah Tanah dan Galian Johor dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan dalam mesyuarat mengisytiharkan bahawa kawasan tanah yang duduknya di daerah Johor Bahru, Mukim Bandar Johor Bahru mengan�dungi lebih kurang 135 ekar dan ditandakan di atas Plan G 675 yang disimpan di Pejabat Ketua Juru Ukur negeri di bawah Seksyen 410 Kanun Tanah Negara dijadikan Kawasan Simpanan Melayu dikenali sebagai Rezab Melayu Kampung Skudai Kanan dan Kiri,” katanya. 

Justeru, Mohd Yunos berkata, pihaknya bertegas mahu tanah di Skudai Kiri seluas 103 ekar kekal selama-lamanya sebagai rizab Melayu dan sebarang usaha mengeluarkan penduduk dari kawasan terbabit dianggap sebagai pengkhianat bangsa. 

“Kawasan tanah Skudai Kiri tidak perlu dikeluarkan daripada rizab Melayu walaupun dengan menggantikan kawasan lain berdasarkan Kanun Tanah Negara. 

“Sekiranya kawasan ini mahu dibangunkan, penduduk mesti terus berada di Skudai Kiri malah kami menolak pembangunan rumah mewah yang tidak mampu dibeli orang Melayu. 

“Kami berpendapat Skudai Kiri antara kawasan atau tanah bernilai di tengah-tengah bandar milik orang Melayu yang perlu dipertahankan selama-lamanya dan kepimpinan kerajaan perlu melihat nilai ‘harga diri’ bangsa Melayu melebihi kepentingan lain,” katanya. 

Mohd Yunos berkata, pihaknya akan memajukan satu kenyataan berhubung keperluan menjaga sosio politik orang Melayu di Skudai Kiri kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat. 

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai, Saiful Sidek Abdullah berkata, pucuk kepimpinan UMNO di peringkat negeri diharapkan supaya prihatin dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat demi memastikan geopolitik parti pemerintah di kawasan bandar akan terus kekal. 

“Apa yang dituntut oleh penduduk Skudai Kiri bukan satu benda yang berlebihan, sebaliknya mereka mahu hak status tanah rizab Melayu ini dikekalkan sahaja. 

“Penduduk tidak menolak sebarang pembangunan yang dibawakan kerajaan, namun berharap mereka dapat terus kekal di penempatan sedia ada kerana tidak mahu tanah itu diambil alih oleh warga asing selepas membeli pada harga mampu milik. 

“Ini sahajalah masa untuk kepimpinan UMNO dan BN membukti seterusnya memanifestasikan gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ atau terpaksa berdepan hakisan kepercayaan terhadap kerajaan di kalangan rakyat pada masa akan datang,” katanya. 

Bagi Ketua UMNO Skudai Kiri 2, Md Sultan Abd Rahim berkata, khabar angin tanah Skudai Kiri bakal diambil untuk pembangunan yang penduduk dengar cukup menimbulkan kebimbangan kerana tidak mahu ‘harta’ orang Melayu menjadi hak warga asing kelak. 

“Saya mewakili penduduk di Skudai Kiri hanya mahu terus tinggal dan tanah ini dikekalkan untuk Rizab Melayu seperti mana tertera dalam undang-undang sahaja,” katanya.

Monday, December 20, 2010

KARPAL PERTAHANKAN ISLAM : PAS DITIPU DENGAN ORANG YANG " 2 KALI" FASIK !!

Salam

1) Saya teringat dengan sebuah ayat Al-Qur'an (49:6) - Hai Orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti>>>sadaqallahul azim.

2) Konvesyen PR yang baru berlalu memperlihatkan kepada kita "damaged control" yang ingin dilakukan oleh kepimpinan tinggi PR setelah banyak sekali kelemahan terdedah yang membuatkan rakyat meragui kredibiliti mereka untuk muncuk sebagai pemerintah alternatif.

3) Ini diakui oleh Presiden PAS DS Abd Hadi Awang dan juga penyokong kuat Raja Petra menambah lagi dengan kenyataan PR tidak layak untuk memerintah.

"Tuan2 Guru, Janganlah ditipu di siang hari!!"


4) Maka keluarlah kenyataan dari Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa kenyataan 20 tahun yang lepas berkaitan langkah mayatnya dulu sebelum PAS bercita-cita mendirikan negara Islam "ditarik" semula dan beliau terbuka dengan perbincangan.
Agaknya Nik Aziz akan berkata begini, " Kalau mu berduo nok jadi TPM, bukei  hok serbei jenih nu, hok ambo pakei ni lo baru betul!!"


5) Bukan sahaja itu, satu syarat juga dikenakan iaitu PAS mesti berjanji mempertahankan agama lain dan DAP berjanji akan mempertahankan Islam seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

6) Yang mahu didirikan PAS adalah negara Islam tafsiran PAS yang semua orang tahu ianya bukan Islam yang termakktub di dalam perlembagaan Persekutuan, termasuk Karpal Singh juga tahu!! Pas juga sedar bahawa jika hasrat untuk memdirikan sebuah negara Islam tafsirannya kekal seperti dahulu maka Karpal juga tidak akan menerimanya kerana penegasannya jelas bahawa Islam yang dipertahankan adalah Islam dalam perlembagaan Persekutuan!!
Sebenarnya bukan Anwar sahaja yang harus bertaubat, Karpal Singh juga kerana menipu rakyat kerana membela ANWAR dalam keadaan dia tahu siapa Anwar !


7) Maka saya tidak nampak formula apa yang akan digunakan oleh PAS mahupun DAP dalam mencapai bentuk pemerintahan Islam sekiranya PR mahu memerintah Malaysia kelak.

8) Jika Islam yang hendak dipertahankan adalah apa yang termaktub di dalam perlembagaan Persekutuan maka inilah yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dan telah terbukti berjaya.

9) Persoalannya sekarang, jika ayat Al Qur'an di atas hendak dirujuk, maka saya tidak nampak PAS boleh mempercayai kenyataan Pengerusi DAP itu kerana Karpal bukan sahaja fasik mengikut standad Islam, ikut standad agama Sikhpun saya kira Karpal boleh dikatakan seorang yang fasik kerana melanggar kewajiban agama Sikh iaitu tidak berserban!!!

10) Kasihan PAS, ditipu dengan orang yang "2 kali" fasik!!!

Orang Sikh  Yang kuat dan konsisten dengan pegangan agamanya yang patut PAS lebih  percaya !

Friday, December 17, 2010

Wahhabisme - Alat konspirasi Barat


Sheikh Abd Aziz Bin Baz Bekas Mufti Besar Wahhabi- Saudi

Salam,


DALAM menyentuh persoalan Wahhabisme dan kaitannya dengan konspirasi Barat memecahbelahkan umat Islam, saya merasa seperti `melawan arus' dalam menzahirkan pendapat ini. Ini kerana pertama, ia menyentuh satu mazhab yang majoritinya dianuti penduduk di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Kedua, secara tidak langsung terdapat ramai ustaz yang mendapat pendidikan di sana telah menganut fahaman Wahhabisme ini, walaupun jarang diakui oleh mereka atau tanpa disedari, dan ketiga, Wahhabisme seringkali disamakan dengan gerakan pemurnian akidah Islam yang berteraskan ajaran golongan salafus soleh. Namun jika kita menelusuri perjalanan sejarah wujudnya Wahhabisme ini, kita dapat melihat terdapat tangan-tangan imperialisme Barat, khususnya Eropah Inggeris yang menjadikan Muhammad bin Abdul Wahab, pengasas fahaman ini menjadi anutan penduduk Mekah dan Madinah.

Hanya Gambar Hiasan - Ulama Wahhabi
Kejatuhan Empayar Islam Othmaniah telah diambil kesempatan oleh Inggeris untuk menyemarakkan lagi `gerakan tajdid atau pembaharuan' yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab sehingga berjaya dijadikan mazhab anutan majoriti penduduk di Mekah dan Madinah. Kenyataan di atas mungkin sukar diterima begitu sahaja, memandangkan ketiga-tiga faktor yang disebutkan di atas tadi. Namun kita harus meneliti strategi musuh-musuh Islam ini. Kita harus menyedari musuh-musuh Islam amat memahami perasaan umat Islam dan sentimen serta keterikatan hati kita terhadap Tanah Suci, Mekah dan Madinah.

Justeru itu menjadi strategi mereka untuk `menawan' tanah-tanah suci itu dengan cara halus. Maka berlakulah regime change di tanah Arab sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas negara-negara Islam sekarang ini. Bagi merealisasikan konspirasi ini maka mereka memberi sokongan penuh kepada Muhammad bin Abdul Wahab untuk menjalankan `pemurnian akidah Islam'. Maka kita lihat wujudlah ajaran-ajaran Wahhabisme seperti mengharamkan menziarahi tanah perkuburan, merobohkan tanah perkuburan di Baqi' Madinah, mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan fahaman mereka, menyatakan bidaah bagi menyambut Maulidur Rasul dan majlis-majlis tahlil dan sebagainya.

Maulana Sheikhul Islam Ahmad Zaini Dahlan Al-Makki As-Shafie

Kesemua tuduhan serta ajaran mereka telah dijawab oleh ulama-ulama Ahlu Sunnah dan Syiah di serata dunia Islam. Namun mereka telah menggunakan kekuatan kewangan bagi menjayakan propaganda mereka dengan memberi habuan kepada ulama-ulama upahan mereka. Ketua Mufti Mekah sebelum Mekah dikuasai oleh Wahhabi, iaitu Maulana Sheikhul Islam Ahmad Zaini Dahlan Al-Makki As-Shafie telah mengeluarkan fatwa yang keras terhadap Wahhabi dan memberi amaran tentang bahayanya ajaran Wahhabi.
Ayatollah Jaafar Subhani ulama Syiah yang banyak membahas isu-isu dalam ajaran wahhabi
Penentangan terhadap mereka amat hebat dilakukan juga oleh ulama-ulama Syiah seperti Ayatullah Jaafar Subhani dari Iran yang telah menjawab satu persatu tuduhan Wahhabi sehingga beliau diharamkan masuk ke Arab Saudi. Namun demikian, apabila masa berlalu, mereka telah berjaya meleburkan diri ke dalam Ahlu Sunnah dengan mengatakan mereka adalah pengikut ajaran salaf dan bermazhab Hanbali, dan ini mengurangkan tentangan ulama Ahlu Sunnah kini berbanding dahulu yang telah memberikan kritikan tentangan hebat terhadap fahaman Wahhabi ini.

Lebih-lebih lagi sentimen Tanah Suci Mekah dan Madinah telah digunakan sehingga umat Islam terkeliru bahawa Mekah dan Madinah itu dianggap suci adalah disebabkan terdapatnya Kaabah sebagai kiblat umat Islam serta makam Rasulullah dan para sahabat, dan ia bukan jaminan bahawa penduduk Mekah dan Madinah itu bebas daripada kesilapan. Seringkali kepada jemaah haji atau jemaah umrah yang baru pulang mengatakan standad kebenaran itu adalah di Mekah dan Madinah tanpa merujuk apakah yang dianuti di sana itu selaras dengan ajaran Rasulullah. Maka kita lihat ramai yang menghantar anak-anak mereka ke sana dengan harapan mendapat ajaran Islam yang betul, tanpa menyedari bahawa tradisi keilmuan Islam yang masih utuh adalah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Diiktiraf

Belum pernah kita lihat lahirnya Sheikhul Islam dari Universiti Mekah atau Madinah yang diiktiraf oleh dunia Islam seperti mana yang terdapat di al-Azhar itu. Saya amat berharap pendapat saya ini dilihat secara objektif dan jangan salah anggap kenyataan saya ini kerana ia perlu dilihat dalam konteks konspirasi Imperialisme Barat yang saya katakan tadi. Peristiwa 11 September membuktikan bahawa kita tidak boleh memandang sepi akan kemungkinan konspirasi dijalankan dan kali ini sekali lagi golongan Wahhabi digunakan lagi bagi melenyapkan imej Islam sebagai agama keamanan dan keadilan.
Kat mana Mamat ni sembunyi, takkan CIA tak tahu


Islam seringkali dilihat sebagai agama pengganas angkara perbuatan mereka, bukan sahaja antara agama, malah sesama Islam. Apabila pengeboman berlaku di Najaf kita seperti sukar mempercayai ia dilakukan oleh orang Islam yang sanggup membinasakan makam Saidina Ali, namun kita jangan lupa bahawa golongan Wahhabi telah lama menganut fahaman bahawa menziarahi kubur itu bidaah dan mereka sebelum ini juga telah menghancurkan bangunan makam-makam para sahabat di Baqi' Madinah.

Mereka telah lama melakukan pembunuhan sesama Islam tidak kira di kalangan Ahlu Sunnah atau Syiah seperti di Pakistan oleh kumpulan Wahhabi Sipah e Shaba dan Lashkar e Jhangavi. Di Afghanistan, Taliban telah membunuh ribuan Ahlu Sunnah dan Syiah di Hazara Wilayah Bamiyan atas nama jihad dan pemurnian akidah. Di Malaysia kita mula merasa bimbang akan mereka yang mendapat pendidikan di Mekah dan Madinah yang menganut fahaman yang merbahaya ini yang telah meresap di dalam parti-parti politik yang mengatas namakan Islam. Golongan yang memperalatkan Islam dengan slogan-slogan Islamnya seperti golongan Wahhabi yang akhirnya menjurus kepada mengkafirkan sesama Islam dan akhirnya berbunuh sesama Islam.

Kesimpulannya, saya amat berharap agar Malaysia sekali lagi menjadi pelopor akan menyuarakan suara perpaduan Islam tanpa mengira mazhab dan menyeru pemimpin-pemimpin Islam dunia sempena persidangan OIC ini agar membersihkan imej fanatisme Islam dan membuat beberapa pendekatan baru dalam mempersatukan Islam, sebagaimana pernah diperkatakan oleh pemimpin kita Datuk Seri Dr. Mahathir (ketika artikel ini ditulis ) bahawa kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, zaman Rasulullah tiada sunni tiada syiah dan atas kapasiti beliau sebagai pemimpin Islam hebat, dapatlah memainkan peranan dalam menyatukan umat Islam dan sentiasa peka akan konspirasi Barat yang hanya ingin melihat umat Islam berpecahbelah dan berbunuh sesama kita dengan tafsiran-tafsiran sempit ajaran Islam.

Apakah Dr Maza masih mahu katakan wahhabi adalah suatu misteri???

( artikel ini pernah keluar di Utusan Melayu di ruang agama )

Popular Posts