Friday, December 17, 2010

Wahhabisme - Alat konspirasi Barat


Sheikh Abd Aziz Bin Baz Bekas Mufti Besar Wahhabi- Saudi

Salam,


DALAM menyentuh persoalan Wahhabisme dan kaitannya dengan konspirasi Barat memecahbelahkan umat Islam, saya merasa seperti `melawan arus' dalam menzahirkan pendapat ini. Ini kerana pertama, ia menyentuh satu mazhab yang majoritinya dianuti penduduk di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Kedua, secara tidak langsung terdapat ramai ustaz yang mendapat pendidikan di sana telah menganut fahaman Wahhabisme ini, walaupun jarang diakui oleh mereka atau tanpa disedari, dan ketiga, Wahhabisme seringkali disamakan dengan gerakan pemurnian akidah Islam yang berteraskan ajaran golongan salafus soleh. Namun jika kita menelusuri perjalanan sejarah wujudnya Wahhabisme ini, kita dapat melihat terdapat tangan-tangan imperialisme Barat, khususnya Eropah Inggeris yang menjadikan Muhammad bin Abdul Wahab, pengasas fahaman ini menjadi anutan penduduk Mekah dan Madinah.

Hanya Gambar Hiasan - Ulama Wahhabi
Kejatuhan Empayar Islam Othmaniah telah diambil kesempatan oleh Inggeris untuk menyemarakkan lagi `gerakan tajdid atau pembaharuan' yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab sehingga berjaya dijadikan mazhab anutan majoriti penduduk di Mekah dan Madinah. Kenyataan di atas mungkin sukar diterima begitu sahaja, memandangkan ketiga-tiga faktor yang disebutkan di atas tadi. Namun kita harus meneliti strategi musuh-musuh Islam ini. Kita harus menyedari musuh-musuh Islam amat memahami perasaan umat Islam dan sentimen serta keterikatan hati kita terhadap Tanah Suci, Mekah dan Madinah.

Justeru itu menjadi strategi mereka untuk `menawan' tanah-tanah suci itu dengan cara halus. Maka berlakulah regime change di tanah Arab sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas negara-negara Islam sekarang ini. Bagi merealisasikan konspirasi ini maka mereka memberi sokongan penuh kepada Muhammad bin Abdul Wahab untuk menjalankan `pemurnian akidah Islam'. Maka kita lihat wujudlah ajaran-ajaran Wahhabisme seperti mengharamkan menziarahi tanah perkuburan, merobohkan tanah perkuburan di Baqi' Madinah, mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan fahaman mereka, menyatakan bidaah bagi menyambut Maulidur Rasul dan majlis-majlis tahlil dan sebagainya.

Maulana Sheikhul Islam Ahmad Zaini Dahlan Al-Makki As-Shafie

Kesemua tuduhan serta ajaran mereka telah dijawab oleh ulama-ulama Ahlu Sunnah dan Syiah di serata dunia Islam. Namun mereka telah menggunakan kekuatan kewangan bagi menjayakan propaganda mereka dengan memberi habuan kepada ulama-ulama upahan mereka. Ketua Mufti Mekah sebelum Mekah dikuasai oleh Wahhabi, iaitu Maulana Sheikhul Islam Ahmad Zaini Dahlan Al-Makki As-Shafie telah mengeluarkan fatwa yang keras terhadap Wahhabi dan memberi amaran tentang bahayanya ajaran Wahhabi.
Ayatollah Jaafar Subhani ulama Syiah yang banyak membahas isu-isu dalam ajaran wahhabi
Penentangan terhadap mereka amat hebat dilakukan juga oleh ulama-ulama Syiah seperti Ayatullah Jaafar Subhani dari Iran yang telah menjawab satu persatu tuduhan Wahhabi sehingga beliau diharamkan masuk ke Arab Saudi. Namun demikian, apabila masa berlalu, mereka telah berjaya meleburkan diri ke dalam Ahlu Sunnah dengan mengatakan mereka adalah pengikut ajaran salaf dan bermazhab Hanbali, dan ini mengurangkan tentangan ulama Ahlu Sunnah kini berbanding dahulu yang telah memberikan kritikan tentangan hebat terhadap fahaman Wahhabi ini.

Lebih-lebih lagi sentimen Tanah Suci Mekah dan Madinah telah digunakan sehingga umat Islam terkeliru bahawa Mekah dan Madinah itu dianggap suci adalah disebabkan terdapatnya Kaabah sebagai kiblat umat Islam serta makam Rasulullah dan para sahabat, dan ia bukan jaminan bahawa penduduk Mekah dan Madinah itu bebas daripada kesilapan. Seringkali kepada jemaah haji atau jemaah umrah yang baru pulang mengatakan standad kebenaran itu adalah di Mekah dan Madinah tanpa merujuk apakah yang dianuti di sana itu selaras dengan ajaran Rasulullah. Maka kita lihat ramai yang menghantar anak-anak mereka ke sana dengan harapan mendapat ajaran Islam yang betul, tanpa menyedari bahawa tradisi keilmuan Islam yang masih utuh adalah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Diiktiraf

Belum pernah kita lihat lahirnya Sheikhul Islam dari Universiti Mekah atau Madinah yang diiktiraf oleh dunia Islam seperti mana yang terdapat di al-Azhar itu. Saya amat berharap pendapat saya ini dilihat secara objektif dan jangan salah anggap kenyataan saya ini kerana ia perlu dilihat dalam konteks konspirasi Imperialisme Barat yang saya katakan tadi. Peristiwa 11 September membuktikan bahawa kita tidak boleh memandang sepi akan kemungkinan konspirasi dijalankan dan kali ini sekali lagi golongan Wahhabi digunakan lagi bagi melenyapkan imej Islam sebagai agama keamanan dan keadilan.
Kat mana Mamat ni sembunyi, takkan CIA tak tahu


Islam seringkali dilihat sebagai agama pengganas angkara perbuatan mereka, bukan sahaja antara agama, malah sesama Islam. Apabila pengeboman berlaku di Najaf kita seperti sukar mempercayai ia dilakukan oleh orang Islam yang sanggup membinasakan makam Saidina Ali, namun kita jangan lupa bahawa golongan Wahhabi telah lama menganut fahaman bahawa menziarahi kubur itu bidaah dan mereka sebelum ini juga telah menghancurkan bangunan makam-makam para sahabat di Baqi' Madinah.

Mereka telah lama melakukan pembunuhan sesama Islam tidak kira di kalangan Ahlu Sunnah atau Syiah seperti di Pakistan oleh kumpulan Wahhabi Sipah e Shaba dan Lashkar e Jhangavi. Di Afghanistan, Taliban telah membunuh ribuan Ahlu Sunnah dan Syiah di Hazara Wilayah Bamiyan atas nama jihad dan pemurnian akidah. Di Malaysia kita mula merasa bimbang akan mereka yang mendapat pendidikan di Mekah dan Madinah yang menganut fahaman yang merbahaya ini yang telah meresap di dalam parti-parti politik yang mengatas namakan Islam. Golongan yang memperalatkan Islam dengan slogan-slogan Islamnya seperti golongan Wahhabi yang akhirnya menjurus kepada mengkafirkan sesama Islam dan akhirnya berbunuh sesama Islam.

Kesimpulannya, saya amat berharap agar Malaysia sekali lagi menjadi pelopor akan menyuarakan suara perpaduan Islam tanpa mengira mazhab dan menyeru pemimpin-pemimpin Islam dunia sempena persidangan OIC ini agar membersihkan imej fanatisme Islam dan membuat beberapa pendekatan baru dalam mempersatukan Islam, sebagaimana pernah diperkatakan oleh pemimpin kita Datuk Seri Dr. Mahathir (ketika artikel ini ditulis ) bahawa kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, zaman Rasulullah tiada sunni tiada syiah dan atas kapasiti beliau sebagai pemimpin Islam hebat, dapatlah memainkan peranan dalam menyatukan umat Islam dan sentiasa peka akan konspirasi Barat yang hanya ingin melihat umat Islam berpecahbelah dan berbunuh sesama kita dengan tafsiran-tafsiran sempit ajaran Islam.

Apakah Dr Maza masih mahu katakan wahhabi adalah suatu misteri???

( artikel ini pernah keluar di Utusan Melayu di ruang agama )

3 comments:

faizsaaid said...

terima kasih kerana menulis ruangan ini. Fitnah akhir zaman sekarang perlu ditentang dengan pemikiran, dan ukhwah. Sedangkan ajaran islam adalah kepada keamanan, cinta dankasih sayang, tetapi sesama kita berperang perang dan bunuh membunuh.

Memang ada konspirasi disebalik kejadian

Mohamadazhan hjDesa said...

http://www.4shared.com/document/d5ld8yGn/Kenapa_Aku_Meninggalkan_Syiah_.html

syiah jg bahaya...cuba baca buku kenapa aku meninggalkan syiah..

PUREHADHARIST said...

Mohamadazhan,

Pengajian secara akademik mestilah mengambil dari rujukan primer dari mengambilnya dari buku murahan oleh penulis yg tidak berautoriti.

Suka atau tidak, syiah Islam telah banyak mendahului sunni Islam dalam segala hal dalam Islam. Dari teknologi hinggalah menaikkan maruah Islam di mata musuh-musuh Islam.

Isu Palestin misalnya, ulama wahhabi tidak senang "tuannya" dibantai oleh Hizbullah dgn mengeluarkan fatwa haram menyokong Hizbullah kerana hanya bermazhab syiah sedangkan sudah jelas peranan yg dimainkan Hizbullah dalam mengalahkan musuh Isam itu.

Tidak perlulah membaca buku itu kerana tiada faedah, dihadapan kita adalah musuh yang jelas iaitu zionis dan setakat ini wahhabisme melaksanakan konspirasi zionis untuk menghancurkan Islam tanpa disedari atau tidak.

Popular Posts