Tuesday, April 1, 2008

MEMPROTES PENGHINAAN KE ATAS ISLAM - BELAJAR DARI IMAM KHOMEINI

Salam,

Tujuan protes adalah bagi menyedarkan serta memberi pengajaran kepada orang yang kita tujukan protes tersebut. Melihat kepada isu filem FITNA buatan Belanda ini, kita merasakan musuh-musuh Islam sedang membuat suatu provokasi terancang untuk tujuan-tujuan tertentu diantaranya melihat sentimen umat Islam terhadap agama, mengalihkan pandangan kita dari isu Palestin dan berbagai pendapat yang boleh diterima akal.
Saya teringat isu The Satanic Versus dulu dimana Salman Rushdie telah dijatuhkan hukum mati oleh Almarhum Imam Khomeini yang menyaksikan di merata tempat umat Islam mengadakan demonstrasi-demontrasi malah ada yang menawarkan hadiah lumayan jika dapat membunuh Salman Rushdie.
Namun demikian, pada ketika itu, ada juga pandangan-pandangan yang tidak begitu bersetuju dengan fatwa Imam Khomeini ini atas pelbagai sebab. Ada yang melihat kepada yang mengeluarkan fatwa itu iaitu Imam Khomeini sebagai syiah jadi tidak perlu mendokongnya. Ada juga yang mahu digambarkan sebagai Intelektual Muslim yang tidak menyokong tindakan membunuh Salman Rushdie kerana tidak bertamadun. Tidak kurang juga yang mengambil pendekatan selamat dan "berdiplomasi" kerana takut menyinggung perasaan rakan-rakan karib Amerika dan Inggeris seperti Anwar Ibrahim yang membuat komen yang diplomatik sambil menyifatkan Salman Rushdie sebagai penulis yang "profound" !
Oleh yang demikian, kita perlu melihat sedikit kebelakang dan fikirkan rentetan peristiwa The Satanic Versus itu dengan perkembangan terakhir ini iaitu lahirnya filem FITNA ini. Apakah protes kita memadai untuk memberi pengajaran? Sekurang-kurangnya Salman Rushdie mendapat kesan dengan terkorbannya kebebasan berada di khalayak ramai kerana takutkan keselamatannya. Tetapi, bagi yang membuat karikatur menghina Rasulullah dan terakhir membuat filem FITNA ini, apakah mereka telah menerima pengajaran?
Kita harus belajar dari Almarhum Imam Khomeini r.a. tentang perkara ini. Protes hendaklah disusuli dengan penyatuan umat Islam secara sepakat menjatuhkan hukuman mati kepada yang berkenaan. Pihak otoriti yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa perlu mengeluarkan fatwa tersebut walaupun perlaksanaannya belum nampak caranya. Ini menunjukkan kita serius. Kita mesti mempertahankan Islam (difa') dari propaganda jahat ini. Yang penting kita mesti memberikan mereka isyarat kita serius tentang perkara ini dan konsikuensinya adalah hukuman mati walaupun perlaksanaannya tidak digariskan.
Memboikot barangan buatan Belanda adalah salah satu protes yang baik tetapi bukan satu-satunya. Sikap negara-negara Islam perlu juga dilihat dalam isu ini. Negara-negara Arab misalnya, apa yang mereka sudah buat? Inilah dia sikap yang kita kesal dari negara-negara Arab ini. Mereka pada hakikatnya telah dicabuli hak mereka bersuara dek kerana "kekasihnya" Amerika Syarikat dan Israel zionis MENGUNCI MULUT DAN PINTU HATI MEREKA. LIHAT SAHAJA APA JADI KEPADA PALESTIN.
PROTES MESTILAH DITERUSKAN ! UMAT ISLAM PERLU BERSATU DALAM MENANGANINYA.

3 comments:

pembaca said...

mungkin ramai yang lupa bagaimana zalimnya khomeini..tapi sampai sekarang kita tak dengar orang pro syiah yang membantah tindakan khomeini ini. perang suci ala khomeini? org PAS yg paling tak suka Anwar mungkin sahabat Faisal Tehrani yang kalah di Terengganu. Dia juga yang seronok memanggil Anwar al-Juburi. Hebat betul akhlaq Islam kawan Faisal ni! Faisal sibuk dengan soal Islam atau tidak Anwar, tetapi dia sendiri penakut untuk terjun dalam politik jika dia benar-benar percaya ada politik Islam dan umat Malaysia hari ini silap dan mungkin terpesong! Cakap memang senang, tapi poyo lebih pun senang juga!

I rest my case..

PUREHADHARIST said...

Salam "pembaca"

Orang cerita pasal protes penghinaan terhadap Islam, saudara cerita pasal Imam Khomeini zalim! Lepas tu melalut ke Faisal Tehrani dan sahabat dia kat Terangganu. Saya tidak mahu dendam kesumat menjadi landasan dalam berhujjah.

Lagi sekali Imam Khomeini zalim? Sila nyatakan fakta? Setahu saya beliau disayangi orang-orang Iran dan juga luar Iran kecuali wahhabi dan yang pro-Amerika dan Israel.

Cuba fokus kepada isu penghinaan terhadap Islam ini bukan yang lain. Jangan taksub mengelabui kita dalam menghadapi isu yang lebih besar seperti penghinaan ini.

Menceburi politik tidak hanya dengan menyertai parti politik dan berpilihanraya. Bagi saya Faisal sudah pun berpolitik dan bijak pula mengutamakan mana yang patut dulu diberi keutamaan.

JANGAN AMBIL MAKLUMAT SESEORANG DARI MUSUHNYA, PASTI AKAN SALAH. NAK TAHU IMAM KHOMEINI ZALIM ATAU TIDAK, PERGI KE IRAN BUAT KAJIAN, BUKAN DENGAR DARI MUSUH-MUSUH ISLAM.

SAYA PERGI KE IRAN CARI QURAN LAIN, TAK JUMPA-JUMPA SAMPAI SEKARANG. ITU SATU CONTOH FITNAH TERHADAP SEBUAH NEGARA YANG MENGANGKAT SEMULA MARUAH ISLAM.

KITA AMAT PERLUKAN PERPADUAN ISLAM, BUKAN PERPECAHAN.

FAHAM!

Anonymous said...

Anwar ni berjaya cipta pengikut-pengikutnya yang taksub. Sampaikan cara berceramah pun ikut style anwar. tapi sekarang ezam nor yang berhak cakap pasal anwar dan siapa sebenarnya anwar.

Ingat anwar tidak pernah bersumpah dia tidak meliwat, dia cuma bersumpah apa yg dituduh saya pada hari ini adalah fitnah. Memang ada yg dituduh tu fitnah tapi bersumpah kena spesifik. Macam kj juga, dia cuma bersumpah tak kahwin dengan maya, tapi tak sumpah takde hubungan dengan maya...anwar dan kj ni macam sama je tok guru.....

Popular Posts