Thursday, April 10, 2008

TUAN GURU BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM.

Dibawah ini saya ambil tulisan di dalam blog Roslan SMS berkaitan dengan isu Negara Islam dari pandangan Ust Abd Hadi ( semoga beliau cepat sembuh ) sendiri. Di dalam posting-posting saya sebelum ini berkaitan dengan pembentukan Negara Islam dan persyaratannya, beberapa komen telah saya terima di antaranya menegur saya dengan mengatakan saya membawa kesesatan, seperti Astora Jabat selepas itu seperti Kassim Ahmad pula dan lain-lain lagilah.
Namun demikian, hakikat bahawa perlaksanaan atau pembentukan sebuah Negara Islam perlukan persyaratan harus diakui dan tidak boleh kita ketepikan begitu sahaja. Walaupun amat jarang persyaratan untuk pembentukkan Negara Islam ini dibicarakan hatta dikalangan yang memperjuangkannya seperti PAS, kita perlu bahawa akur bahawa perlu dipenuhi persyaratannya. Di antara persyaratannya ialah persetujuan rakyat itu sendiri yang terdiri daripada Islam dan bukan Islam kerana tiada paksaan dalam Islam. Dan yang lebih penting lagi ialah keahlian dan kepimpinan yang sudah memenuhi persyaratannya. Oleh sebab itulah saya katakan dulu, kita tidak perlu merasa berdosa untuk tidak dapat melaksanakan persyaratan untuk penegakkan negara Islam, namun kita akan berdosa jika kita tidak mula melangkah ke arah memenuhi persyaratan itu. Baik, kalau rakyat belum faham, kita boleh beri pendidikan dan penerangan tetapi kalau kita sendiri belum faham, macamana nak fahamkan rakyat?
Kita harus mula dari sekarang untuk mendalami konsep Islam itu sendiri termasuk konsep negara Islam. Ada yang bertanya, apakah solusi saya untuk penegakkan Negara Islam di Malaysia? Saudara melalui pertanyaannya sahaja kita sudah tahu bahawa negara Islam yang dikehendaki yang bertanya itu bukanlah negara Islam sepertimana yang semestinya. Negara Islam tidak ada sempadan geografi dan dia adalah dibawah satu kepimpinan. Jadi penegakkan negara Islam di Malaysia? Bagaimana di tempat lain? Ini yang idealnya. Susah? Sukar? Hendak bagaimana lagi? Itulah hakikatnya. Ikut mana pun, kita masih belum memenuhi persyaratannya.
Apa yang Pas perjuangkan selama ini adalah sesuatu yang baik iaitu mahu mendaulatkan Islam. Namun tetap ianya sekadar itu sahaja dan semampu itu sahaja iaitu dari segi pentadbiran Islam serta penyebaran syiar Islam dan penghapusan korupsi, premis-premis judi dan sebagainya. Itu saya sokong. Malah cita-cita untuk menegakkan negara Islam juga saya sokong. Tetapi BELUM CUKUP SYARAT.
Baca tulisan di bawah ini ianya adalah pendedahan oleh Presiden PAS sendiri yang "bersetuju" dengan saya berkaitan persyaratan untuk menegakkan Negara Islam...


Negara Islam dan kematangan politik Ayah Chik.



Sesiapa yang rajin membeli akhbar di pagi Ahad lalu, pasti walaupun tidak dapat membaca (kecuali yang mahir) akan terserempak dengan gambar besar muka depan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily. Gambar warna itu menunjukkan Tuan Guru ditemuramah oleh dua orang wartawan akhbar berkenaan di rumahnya di Rusila.Sedutan wawancara itu disiarkan oleh akhbar The Sun hari ini.Menurut Tuan Guru cita-cita Negara Islam yang diperjuangkan PAS tetap menjadi matlamat perjuangan parti walaubagaimanapun ia tidaklah bermakna parti berkenaan akan tergesa-gesa menuntut dilaksanakan beberapa peraturan yang masih dianggap kontroversial.Tuan Guru mengakui bahawa sebab utama PAS tidak dapat melaksanakan sepenuhnya tuntutan sebuah Negara Islam adalah kerana realiti politik menunjukkan yang PAS tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang teguh bersendirian. Oleh itu tambah beliau tidak ada sebab bagi masyarakat bukan Islam untuk bimbang terhadap isu Negara Islam tersebut.Berhubung dengan Pakatan Rakyat, Tuan Guru berkata bahawa kerajaan neger-negeri di bawah pakatan ini akan masing-masing mendapat pandangan dan berunding dengan rakan-rakan dalam komponan Pakatan Rakyat sebelum sesuatu polisi dilaksanakan. Beliau menegaskan PAS akan menghormati pandangan rakannya DAP walaupun di Kelantan.Di Kelantan kata Tuan Guru walaupun PKR hanya memiliki satu kerusi manakala DAP langsung tidak bekerusi namun PAS akan menghormati pandangan dan pendapat merekA.Demikianlah jauhnya pandangan dan matangnya berpolitik Presiden PAS. Beliau tidak lari dari masalah tetapi menanganinya dengan penuh bijaksana. Negara Islam adalah isu sebenar, ia tidak boleh disapu ke bawah tikar semata-mata untuk memuaskan kepentingan mana-mana pihak. Sukar bagi ahli-ahli PAS yang bergelut dan berjuang lebih 50 tahun untuk tiba-tiba melupakan atau disuruh melupakan perjuangan untuknya. Malah PAS tidak menjadi PAS jika ia tidak lagi memperjuangkannya.Tetapi Tuan Guru menggariskan keutamaan dan keperluan semasa. Realiti perlu didakap dan diterima namun usaha akan berjalan terus. Rakyat dan kawan-kawan perlu dibentuk dan diberi kefahaman. Kata beliau: "Perkara yang kita perbalahkan, wajar ditolak ketepi terlebih dahulu sehinggalah timbul keperluan untuk ianya diperbincangkan". Yang penting sebagaimana ditegaskan beliau adalah persamaan antara ketiga-tiga parti, ini yang perlu diteroka, dipupuk dan dipadukan buat masa ini.Saya percaya sekaligus sikapnya terhadap Kelantan, menuntut rakan-rakan lain agar turut menghormati pula pandangan dan pendapat PAS di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang PAS tidak dominan termasuklah di Selangor dan Perak serta di Pulau Pinang. Tidak ada negeri Pakatan Rakyat dimana PAS tiada wakil, maka sebagaimana PAS menghormati kawan-kawan hatta di negeri yang rakan lain tiada perwakilan maka sewajarnyalah PAS juga turut dihormati dan diminta pandangan dan pendapatnya.Saya yakin Pakatan Rakyat ini memiliki masadepan yang cerah dan akan terus diterima rakyat Malaysia jika semua kita matang dan menerima realiti yang ada.Sementara itu Presiden PAS kini berada di Pulau Pinang dalam rangka kunjungan hormatnya kepada Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng. Semoga berjayalah usaha kita.

8 comments:

ibnu bakr' said...

salam,

baru saya tahu ya...islam ni satu agama yang penuh dengan syarat2!..

maka islam yang kita laksanakan sekarang tak cukup syarat?hahaha...

ok!saya "terima" alasan saudara tak mahu laksanakan undang2 islam...banyak sangat syarat dan susah nak penuhi...tak payah buatlah!

ibnu bakr' said...

percayalah...saudara sekarang sedang mencari bagaimana untuk mempertahankan islam hadhari yang tak melaksanakan hukum islam berbanding mencari jalan melaksanakannya...

jika sendiri pun tak cari jalan...nak harapkan ALLAH beri hidayah?

fikirkanlah....

PUREHADHARIST said...

Salam Ibnu Bakr,

baru tahu rupanya? selama ini solat,haji,puasa bagaimana? Tahu tak ada syarat sah wuduk,solat,puasa,haji dan sebagainya? Itu ibadah individu, bagaimana yang berbentuk kemasyarakatan dan kenegaraan? takkan main langgar je? asal buat?

Tak cukup syarat, mesti berusaha cukupkan syarat! bukan tak payah buat!

Saya mempertahankan konsep Islam yang meletakkan syarat untuk menegakkan negara Islam. Kalau Islam kata perlu syarat takkan saya nak kata tak perlu pulak. Islam Hadhari adalah salah satu konsep dalam Islam yang diperkenalkan oleh Pak Lah. Yang saya binacngkan ialah konsep, bukan Pak Lahnya. Kalau salah konsepnya, tunjukkan kat mana yang salah, kalau yang salahnya Pak lah, itu bukan konsepnya yang salah. Kalau saudara merompak, takkan saya nak kata Islam yang salah sebab saudara orang Islam. Baca balik semua tulisan sebelum ini dengan hati yang terbuka. jangan emosi...steady sikit beb...
Ust Hadi sendiri kata kena tangguh dulu perlaksanaan hukum yang kontraversial.Maknanya tak cukup persyaratan bukan tak nak buat. Sampai satu masa semua orang dah faham dan ada pakar dan segalanya untuk ditegakkan negara Islam, buatlah...kenapa ada syarat? sebab hendak memastikan ianya ditegakkan sebagaimana yang Allah kehendaki bukan yang kita gagahi dan atas semangat semata.

BUKAN TIDAK MAHU NEGARA ISLAM TETAPI TIDAK CUKUP SYARAT UNTUK ITU, JADI KENA CUKUPKAN LAH SYARAT TU BUKAN TAK PAYAH BUAT.

boulahrouz said...

salam pure hadharist,

saya terime pandgn sauadara yg menyatakan pelaksanaan uk menegakkan negara islam itu memerlukan kpd usaha2 utk mencukupkan syarat sebagaimana ibadah2 lain dlm islam seperti solat syaratnya berwudhu.

rukun dan syarat seakan2 sama tetapi rukun itu berada dalam ibadah tersebut dan syarat itu diluarnya. ttp tanpa syarat tidak akan sah ibadah tersebut sebagaimana batalnya ibadah tanpa sempurna rukun.

cume perjelaskan apakah syarat2 yg perlu utk melaksanakan sebuah negara islam.sy sendiri masih kabur apakah syarat2 tu. sy ngaji pun x habis lagi.

kemudian, ttg konsep islam hadhari. kemajuan dalam islam. islam tidak menghalang kemajuan dan pembangunan. bahkan islam sendiri menggalakkannya.cuma jika kemajuan itu menyebabkan umat islam lalai dan leka ia perlu dielakkan.bukan semua jenis kemajuan itua melalaikan. bahkan byk juga yg mendatangkan manafaat. tp skg nie konsep islam hadhari di malaysia tidak sebagaimana yg diwar2kan dalam prinsip islam hadhari,yaki utk melahirkan insan yg bertaqwa.

kadar jenayah meningkat 47% sepanjg 4 tahun selepas islam hadhari dilancarkan. remaja semakin didedahkn dgn dunia hiburan yg melampau. konsert2 muncul sana sini.realiti tv semakin menjadi. hatta utk kanak2 pun semakin berseri.kuliah agama disekat. ulama'2 terkemuka digam,dicaci maki.kesan modal insan hanyalah sekadar slogan yg dilaung2kan.dimana wujdkah suasana islam dlm negara kita ini. apakah ianya hanya menjad rancak pada hari2 yg tertentu seperti maulud nabi,ma'al hijrah,isra' mijrah dll?

bukannya kita nak kata kerajaan tidak menghidupkan islam lansg malah ada jua manfaatnya seperti IKIM dalam membincang2 isu2 yg dianggap mempunyai sedikit kelainan dan pembaharuan.perbincangan mmg banyak tp pelaksanaan utk merealisasikannya?

pada masa yg sama jua kerajaan sendiri lebih mengafdolkan rakyat melibatkan diri dalam perkara yg melalaikan.mereka terus mencpta suasana yg lebih mengejar kebendaan dan keseronokan.dan mana2 syariat islam yg dirasakn mengancam kedudukan mereka, mereka akan cuba menyekatnya demi survival politik mereka.seperti mana kes memali,ust ibrahim libya dituduh sebagai komunis dan penyebar ajaran sesat.

konsep islma hadhari yg dilaksanakan oleh pemerintah ini lah yg ditentang oleh PAS. bukannya PAS kate nak sekat kemajuan,pembaharuan dlm islam.tp jelas islam hadhari yg dicang oleh pemerintah ini hanya sekadar menjadi mainan politk demi utk mengangkat dan menyucikan nama mereka. mereka tuduh pas mempergunakan agama walhal mereka sendiri yg memperlakukan sedemikian rupa, malah lebih teruk dan jelas.

dan apa yg lebih penting dari konsep utk merealisasikan islam hadhari ialah latihan utk membentuk rohani yg mantap dan menguatkan ketaqwaan. bangunan tinggi sampai atmosfera pun x berguna kalau rakyat hancur. koridar banyak setara manapun x jadi kalo muslim semakin jauh dari islam.apa yg penting hidupkan lah keberkatan sebelum menghidupkan kemajuan.negara berkat,rakyat selamat.insya ALLAH.

sekian,

Ibn Ali said...

saya bersetuju dengan saudara mulanya. tetapi saya masih x dapat terima konsep islam hadari.mungkin saya akan meneritakan lagi panjang jika ada kesempatan, insya-Allah.tetapi setelah membaca komen boulahrouz, kelihatan di akhir sekali, saudara masih belumdapat merespon saudara boulahrouz. husnuz zon saya, saya menyangka saudara ada jawapan untuk itu. mungkin saudara masih belum punya kesempatan. kami menunggu jawapan anda.

p/s - kami bermaksud penulis2 yang jujur.

PUREHADHARIST said...

Salam boulahrouz dan ibn ali.

Maaf kerana tidak respon lagi komen saudara berdua kerana saya berhujung minggu di Pesta Buku KL hingga hari Ahad ini. Setelah pulang ke rumah , Insya Allah akan saya respon atau jika malam-malam nanti tak dapat pejamkan mata saya akan respon.

Saya amat menghargai komen sebegini lebih-lebih lagi ia bertujuan untuk mencari kebenaran.

Kita jangan bimbang, keikhlasan serta kesungguhan pasti akan mendapatpetunjuk dari Allah s.w.t.kerana kedua-duanya itu juga adalah persyaratan untuk mendapat hidayah. IKHLAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Tunggu.....

Anonymous said...

mana ada Islam hadhari yang ada hanya Islam syumul

PUREHADHARIST said...

Salam,

Baca semua posting yang lepas baru faham persoalan.

Popular Posts