Saturday, April 19, 2008

SIARAN ULANGAN. - "SIVAJI" KITA !

SALAM,



INI POSTING SAYA YANG LEPAS-LEPAS UNTUK SENGAJA DI HIGHLIGHT SEMULA UNTUK MELIHAT POKOK PERSOALAN YANG DITIMBULKAN.

MEMANTAU ANWAR IBRAHIM
Salam semua,Sebagai pure-hadharist (Islam Hadhari Original) yang juga saya yakini sebagai Islam tulen, saya gemar membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian apa tah lagi atas seseorang Islam atau bukan Islam. Sebab itu saya tidak melihat Islam Hadhari sebagai sesuatu yang harus kita cop sebagai negatif dan berkesimpulan bahawa ia adalah semata-mata dipelopori Pak Lah dan merupakan agenda UMNO untuk menyaingi PAS dalam persoalan Islam dan negara. Islam Hadhari adalah Islam jika kita ingin berfikir dan mencari pengertiannya yang sebenar. ( Boleh dibincang di lain masa dengan terperinci).Jangan terburu-buru membuat kesimpulan adalah sifat yang wajib ada pada seorang Islam. Namun, mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Anwar Ibrahim.....Mendengar pidatonya amat memukau dan kadang-kadang naik semangat perjuangan tidak kira apa bentuk perjuangan pun. Itulah kelebihan seorang pemidato dan peranannya mempengaruhi pendengar-pendengarnya. "Naga di awan lagiku tentang, inikan pula cicak mengkarung" begitulah yang sering diucapkan Anwar.Anwar sebagai suatu tokoh politik yang mempunyai karisma dan auranya tidak hanya dirasai oleh orang-ornag Melayu namun bukan Melayu juga merasakannya.Yang perlu kita pantau ialah, kemanakah yang Anwar hendak bawa kita semua ketika satu masa nanti beliau menjadi Perdana Menteri? Kerja-kerja memantau ini bukan seperti kita memantau anak-anak kita bermain di tapak permainan kanak-kanak. Pemantauan kita mesti komprehensif sebab dia adalah Anwar. Kalau bukan Anwar, kita tidak kisah sangat."Kita mahu membela Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan yang miskin" katanya lagi.Slogan popular dengan isu yang popular disebut oleh orang yang popular memang akan memberi reaksi yang hebat. Namun apa yang perlu kita lihat ialah apa disebaliknya dan apa kandungannya dan apa dan apa dan apa lagi. Berapa banyak apa dah?Saya ingin meminta bantuan sesiapa yang membaca tulisan ini, sama-sama kita gali dan selidiki secara objektif apa yang hendak dibawa oleh Anwar Ibrahim. Mengapa? Sebab dia Anwar Ibrahim macam saya kata tadi. Saudara bayangkan hebatnya Anwar ini sehinggakan dijadikan suatu standad atau piawai bahawa sesiapa sahaja yang berniat untuk melakukan reform dari dalam UMNO adalah suatu kerja yang sia-sia sebabnya ialah sebab Anwar telah gagal jadi kita semua akan gagal. Sebabnya Anwar yang sudah mencapai tahap Pemangku Presiden UMNO dan Pemangku Perdana Menteri pun gagal untuk membetulkan UMNO dari dalam inikan pula kita yang kecil ini.Ada beberapa persoalan yang timbul:-1) Apakah untuk bawa perubahan perlu mencapai ke tahap memegang jawatan no.1?2) Apakah kerana dia gagal maka kita pun akan gagal?3) Apakah benar Anwar dulu ingin membetulkan UMNO atau beliau sama sahaja dengan yang lain?4) Apakah akta Rasuah yang beliau bentang dalam Parlimen ketika menjadi Pemangku PM iaitu beberapa bulan sebelum dipecat boleh dijadikan bukti beliau serius dalam memerangi rasuah atau pada ketika itu beliau dah tahu beliau akan dipecat dari UMNO jadi ia sebagai "penyempurnaan hujjah" bahawa beliau benar-benar serius? Mengapa tidak dibentang atau dicadangkan pada awal-awal masuk UMNO dulu?Ini persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini."Saya memang kawan baik dengan Al-Gore, tetapi Pak Lah kawan baik kepada Bush", Al-Gore menentang penaklukan Iraq oleh Amerika Syarikat". Dalam salah satu pidatonya. Pada pendapat saya, berkawan baik dengan mengadakan perhubungan diplomatik antara dua negara adalah dua perkara yang mempunyai perbezaan yang nyata. Siapa sahaja atau negara manapun ( kecuali Iran, Venezuela dan yang sama dengannya) ada hubungan dengan Bush kerana Bush sekarang adalah Presiden Amerika Syarikat dan ianya adalah hubungan diplomatik. Tetapi kalau berkawan baik itu ada sedikit keraguan yang timbul.Anwar memang berkawan baik dengan Al-Gore dan beberapa pemimpin dunia dan beliau mempunyai hubungan baik dengan negara-negara Arab juga. Tetapi semua itu adalah juga kawan baik kepada Amerika Syarikat. Arab Saudi, Kuwait, UAE dan apa sahaja yang beliau sebut adalah negara Arab yang berada dibawah telunjuk Amerika Syarikat. Oh...lupa Singapura juga.Jadi, kita perlu memantau Anwar Ibrahim. Ini bukan tuduhan, tetapi ini suatu pandangan ikhlas yang mahu suatu kerjasama semua pihak agar benar-benar membuat penyelidikan atas Anwar ini bukan apa, ia semata-mata untuk masadepan kita juga. Kalau dah terlambat, satu sen tak guna.Anwar Ibrahim dan PKR dilihat sebagai parti mewakili semua kaum. Keadilan kepada semua bukan bererti kesamarataan untuk semua. "Fair" bukan "equal"..kita kena ingat tu. Melayu sebagai pribumi ada keistimewaan dan bangsa lain sebagai warganegara juga ada hak masing-masing. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Meletakkan bangsa lain sama rata dengan pribumi dari segi hak istimewa, akan menghilangkan hak pribumi (Melayu-Islam)."Fair treatment" ialah apa yang berlaku sekarang. Bukan Melayu masih boleh hidup mewah di Malaysia malah yang terkaya pun adalah bukan Melayu.Jangan seperti apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada pribumi Red Indian.....ingat Amerika Syarikat..tempat Anwar bekerja dan menimba 'ILMU" dan "berdakwah" Islam kepada Amerika Syarikat. Hebat betul Anwar.....Mahmoud Ahmadinejad pun tak boleh buat macam tu. Mengapa Anwar tak berkawan dengan Iran atau Hizbullah ya?....Al-Gore marah kot...

DEMI MASA DEPAN ISLAM DI RANTAU ASIA TENGGARA.!


1.GUSDUR DIKATAKAN ADA KEAHLIAN DALAM SHIMON PEREZ FOUNDATION - ISRAEL !2. INI PULA SECEBIS KENYATAAN BETAPA PENTINGNYA ANWAR DI MATA BARAT !"Meanwhile, U.S. Defense Secretary William Cohen announced he would drop Malaysia from his current tour of Asia, and Australian officials questioned the independence of Malaysia's judiciary. "We have called in the Malaysian High Commissioner today to register our consternation directly with governmental authorities over Mr. Anwar's trial and sentencing," Canadian Foreign Affairs Minister Lloyd Axworthy said in a statement." (Amerika tak berapa nampak pencabulan bukan sahaja dari segi undang-undang malah kemanusiaan di Palestin.KEDUA-DUA TOKOH INI ( ANWAR DAN GUSDUR ) SUDAH MEMBUAT KENYATAAN "MENEGUR" AMERIKA SUPAYA KELUAR DARI IRAQ.....ANJING MENYALAK BUKIT ! JANGAN JADI MACAM YASSER ARAFAT DAN MAHMOUD ABBAS DALAM ISU PALESTIN.....MEREKA MENGELABUI MATA UMAT ISLAM DENGAN IMEJ HERO....NAMUN...AMERIKA TETAP AMERIKA...FIKIR-FIKIRKAN...


4 comments:

ibnu bakr' said...

Salam,

Saya bersetuju dengan sebahagian besar pendapat saudara mengenai DS Anwar Ibrahim. Sehingga kini Anwar ibrahim masih dalam penilaian saya. Terus- terang saya tidak berapa 'berkenan' dengan anwar ibrahim kerana saya merasakan matlamat perjuangannya adalah sama seperti BN sekarang cuma bezanya dia bergerak dalam satu parti dan mempunyai satu kelebihan berbanding UMNO: belas kasihan daripada parti pembangkang yang lain.

Pada saya, jika anwar ibrahim menerajui Malaysia, masa depan Malaysia tidak ubah seperti mana sekarang : menggunakan undang2 barat dan mengenepikan syariat islam. Saya juga sampai sekarang masih meragui pendirian anwar tentang menegakkan hukum islam di Malaysia. Samalah juga seperti pemerintah sekarang, dimana mereka bukanlah tahu mengenai persyaratan hukum islam yang sukar untuk dipenuhi, tetapi mereka sendiri jahil tentang agama islam sampaikan pernah satu ketika seorang ahli dun kelantan mengugut menyaman kerajaan negeri itu jika melaksanakan hukum islam, sedangkan dia islam!

PUREHADHARIST said...

Salam Inbu Bakr,

Baru-baru ini saya masuk ke blog orang kuat Anwar http://khalidjaafar.blogspot.com dan terjadilah polemik sekitar tulisan saya berkaitan Anwar ini.

Sila layarilah pemikiran mereka yang saya kategorikan sebagai Islam Liberal.

wasalam.

Anonymous said...

Islam itu Islam. Hadhari apa jadahnya nak menambah2 istilah.

Pandai pulak kau melabel org lain Islam Liberal. Islam Hadhari lagi lagi taik. Boleh pegang2 bahu perempuan bukan muhrim!!!

PUREHADHARIST said...

salam yang tak bernama,

Yang memegang bahu itu adalah Pak Lah bukan Islam Hadhari yang suruh pegang. Yang mencuri, merogol, membunuh itu adalah sesetengah umat Islam, bukan Islam yang suruh semua itu.

Adalah tidak adil tidak mengenalkan nama agar kita boleh kenal mengenali antara satu dengan lain. Khalid Jaafar sendiri kata dia liberal bukan Islam Liberal. Tapi dia Islam kan? Fikir sendiri..

Popular Posts