Tuesday, July 22, 2008

ISLAM HADHARI : TIADA DALIL UNTUK MENYESATKANNYA

Salam,

Saya amat gembira untuk meletakkan komen Mr Nowhereman di hadapan kerana ianya mempunyai sessuatu yang harus dikongsi bersama para pembaca blog ini untuk diikuti bersama dan saya menjemput juga agar sama-sama menyertai perbincangan saya dengan sahabat lama saya ini...Ayuh kita mempertajam minda untuk mencari kebenaran.....


Saya juga bersetuju dengan pernyataan bahawa "learning is an open mind", sebab itu saya tidak terikat dengan satu pandangan iaitu Islam Hadhari hanya kerana ia sebagai satu program dari satu parti politik di Malaysia, tetapi saya berusaha untuk melihat benar salahnya Islam Hadhari dengan logika dan juga dasar berfikir Islam dan besar kecilnya keuntungan umat Islam di Malaysia dengan keberadaan dan pelaksanaan program itu. Maka dari awal lagi saya telah membuat pertimbangan apakah Islam Hadhari sebagai satu program Islam dari pandangan Islam sehingga saya dapat mempertahankan kebenarannya dari sudut pandangan Islam.

Mr. Nowhereman dalam posting yang lalu menuliskan “Namun, saya boleh katakan bahwa, Islam Hadhari ini satu konsep yang 'mengelirukan' lantaran 'keliru". (mungkin itulah yang menyebabkan ramai ulamak yang mengambil keputusan melabelnya 'Hazaa Dhalal, WaYudhil'. Tetapi kemudiannya beliau menulis “perlu ditegaskan di sini, saya tidak pernah mengatakan atau imply bahawa Islam Hadhari itu sesat atau menyesatkan (saudara juga tidak mengatakan bahawa saya ada membuat claim tersebut). Dari pandangan saya, bolehlah di nyatakan bahawa content Islam Hadhari itu tidak bercanggah (mungkin para ulamak berbeza pendapat dengan saya) namun seperti saya nyatakan dalam komen saya, kesan 'kekeliruan' yang wujud atau bakal wujud itu yang merunsingkan, the repercussions dan the ripple effects yang dibawa atau bakal dibawa oleh kekeliruan itu”.

Maaf menurut pandangan saya di sini muncul satu hal yang tidak logik, kerana Mr. Nowhereman menulis " Benar atau salahnya Islam Hadhari ini mungkin masih menjadi persoalan tetapi apa yang jelas adalah ramalan saya bahawa kekeliruan itu muncul sudah terbukti. Buktinya adalah diskusi-diskusi kritikal mengenainya di alam internet ini sendiri".

Persoalannya, bagaimana hal yang benar salahnya masih menjadi persoalan, tetapi pada masa yang sama ianya sudah terbukti keliru. Lebih jauh lagi bahawa diskusi-diskusi kritikallah yang menjadi bukti kekeliruan itu. Bagaimana boleh menyatakan hal ini ? Bukankah diskusi-diskusi ini belum sampai pada kesimpulan, walaupun terdapat pro-kontra tetapi belum ada “hakim tunggal” yang menyatakan bahawa hal ini sudah ditetapkan sebagai keliru?!. Saya melihat bahawa diskusi-diskusi kita menunjukkan adanya pro-kontra dalam hal ini ( Islam Hadhari ) bukan benar dan salah, dan itu pun masih dalam pembahasan yang tidak pada inti permasalahannya iaitu apa yang ada dalam Islam Hadhari namun yang ada adalah pembahasan masih berkenaan dengan nama, impact atau effect yang mungkin timbul....Satu lagi yang menurut saya tak logik bagaimana Mr Nowhereman menulis:"..., namun ini tetap dan jelas membuktikan kekeliruan itu wujud......",.tetapi kemudian menulis :"Salah atau benar, itu bukan isu tetapi apa yang pasti perception para pelukis berbeza". Benar salah merupakan isu pertama dan prima, baru yang lain, kemudian bagaimana hendak membuktikan benar dan salah hanya dengan melihat adanya perbezaan perception....perbezaan perception akan berlaku tetapi bukan berbeza tentang keberadaan dan kebenarannya...jadi orang boleh sahaja salah melihat terhadap kebenaran yang ada..jadi perception orang boleh salah dalam menilai kebenaran..jadi perbezaan penilaian tidak secara automatically terbuktinya benar atau salah sesuatu. Penilaian benar atau salah memerlukan satu dalil dan perbezaan pendapat merupakan dalil lain, yang mana menurut saya menunjukkan adanya kebenaran atau kesalahan yang belum terbukti (minimal), jadi bukan bukti kebenaran dan kesalahan. Lihatlah Islam yang sudah berjalan sejak lebih 14 abad, tentu dengan menggunakan logika Mr Nowhereman bahawa Islam merupakan agama yang salah...atau terbukti keliru...dengan paling tidak bukti apa yang ada sekarang....ingat sekarang umat Islam (penerima Islam) hanyalah minoriti, dan Islam menjadi pertikaian di antara pemikir dan juga ulama sehingga muncullah perbezaan perception yang membuahkan mazhab yang banyak....inilah bukti dari pemikiran salah dari Mr Nowhereman....adanya kebenaran Islam pada satu pihak dan perbezaan perception merupakan satu hal yang lain yang tidak dan bukan merupakan bukti kebenaran Islam. Begitu juga Islam Hadhari, pembuktian benar salahnya memerlukan dalil dan tentulah perbezaan perception bukan merupakan dalil benar salahnya Islam Hadhari.“ Benar! Islam itu syumul! Itu jelas! Nama Islam itu sudah cukup untuk merangkumi 'perfection' (The fault lies in the Muslims, of course!) Kita sering mengatakan buat yang termampu, tetapi apakah kita sentiasa berusaha melepasi boundary kemampuan kita? Apabila seseorang mengatakan bahawa dia telah buat semampunya, itu adalah satu justifikasi perbuatannya, bukan bererti kemampuan sebenarnya”! Ini pun juga merupakan justifikasi dari Mr Nowhereman kan...kerana hanya orang tertentu yang mengetahuinya atau hanya Allah yang mengetahui hakikat sebenar.Syllogism kedua tidak benar, iaitu benar pada peletakan syllogism tetapi salah pada isi syllogism: iaitu meletakkan premis minor dan kemudian major dan kesimpulan. minor dengan partial; dan major dengan general. tetapi pada syllogism terbalik...kerana isi premis minor sudah manusia, sekalipun menggunakan kata "setiap" untuk ungkapan partial..tetapi manusia adalah nilai general...dan sebaliknya pada premis major digunakan "semua" untuk menunjukkan general tetapi diletakkan orang India yang bernilai partial dibanding manusia..disinilah kesalahan syllogism, yang hasilnya tentulah salah. Hal ini juga tidak tepat untuk membandingkan keberadaan Islam dan Islam Hadhari. Islam pun merupakan satu aktiviti iaitu ibadah, tetapi bukan bererti ianya hanya satu bentuk, sebagaimana saya katakan kalau saja orang memahami Islam Hadhari maka ianya adalah satu aktiviti iaitu ibadah tetapi ianya tidak hanya satu bentuk...yang membezakannya adalah bentuk ibadahnya yang lebih luas dibatasi dengan situasi dan kondisi di Malaysia, sehingga ada nilai ibadah yang bersifat umum iaitu ditandai dengan kesamaan dengan ibadah semua umat Islam, dan ibadah khas yang diikat dengan ke”Malaysianan”. Sejak awal saya tidak mengatakan bahawa ibadah hanya salat, zakat dan puasa tetapi lebih luas termasuk aktiviti berpolitik dan mengatur ekonomi serta semua aktiviti yang membawa kita kepada kedekatan dengan Allah, dan Islam Hadhari mewakili semua itu sekalipun adanya keterbatasan geografi. Jadi nama satu aktiviti ibadah merupakan hal yang cukup besar...dan Islam Hadhari adalah ibadah itu... saya tidak mengatakan bahawa nama tidak penting, tetapi saya mengatakan ada yang lebih penting, jadi nama adalah penting dan isi yang ada di dalam Islam Hadhari adalah lebih penting, sehingga akan lebih bijak kalau kita menilai isi dulu baru melihat nama. lebih dari itu sudah dibuktikan bahawa nama Islam Hadhari sudah memenuhi syarat, baik dari segi pengaturan bahasa mahupun istilah penggunaan. Islam Hadhari akan lebih tepat digunakan dari pada Hadharah Islamiyah, kerana Hadharah Islamiyah hanya membahas fenomena aktiviti lampau hingga kini, tetapi tidak membawakan makna pembangunan umat muslimin di masa datang...sementara Islam Hadhari menceritakan ke depan -future- dengan bersandarkan kenyataan yang dulu dan sekarang. untuk ini saya menilai nama Islam Hadhari sudah tepat..dan terjadi tulisan yang ada hingga sekarang hanya menilai dari nilai nahu...dan tidak ada ahli nahu yang menyatakan hal ini salah..dan kalaupun salah maka yang menyesatkan tentulah bukan nama tapi isi....tetapi sampai kini tidak ada yang membicarakan dan mempermasalahankan isi...Jangan khuatir Mr Nowhereman, kalau sampai ada yang membelakangi agama Islam atau keluar dari nilai Islam atau membuat confusion....maka saya orang pertama yang akan menolak Islam Hadhari dan akan menyatakan keluar dan menyatakan keburukan dan kesalahan Islam Hadhari itu...tetapi sebagaimana dulu pernah Mr Nowhereman sendiri katakan kesalahan tidak dapat dinilai ketika ia belum dilakukan.... Untuk itu saya mengajak semua pihak untuk menilai Islam Hadhari dengan logik dan dengan view of Islam, sehingga kita akan menilai dengan baik...dan saya siap menerima apa pun yang nanti menjadi conclusions dari discussion kita....

Saya juga menyatakan di sini bahawa saya tidak akan menerima sesuatu yang salah, tetapi juga tidak akan menerima begitu sahaja yang dipersepsikan atau diprediksikan orang salah, kerana ianya masih perlu bukti. Islam datang dengan penolakan majoriti masa itu dan hingga sekarang masih majoriti dalam kehidupan manusia di bumi ini, tetapi bukan bererti tidak dapat dibuktikan kebenarannya, begitu juga Islam Hadhari, hingga tidak ada dalil dan bukti kesalahannya kenapa saya harus menolaknya?!.

Mr Nowhereman..semua dalil dan bukti serta kata- kata dipakai untuk supporting posting yang ditulis..adalah semua yang sudah berjalan dalam sejarah termasuk kata GB Shaw yang menjadikan sandaran berfikir ...perlu kita ketahui untuk melihat Islam kita terpaksa juga sekali sekala melihat sejarah...begitu pesan Al-Quran..sehingga manusia belajar dari apa yang pernah terjadi di masa lalu...percayalah..kalau Mr Nowhereman betul maka saya akan ikut kebenaran itu.....tapi ingat bagaimana kalau sebaliknya...?!...

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Izinkan saya jawab komen dan post terbaru saudara:

Saudara purehadharist menulis (quoting apa yang saya nyatakan):
Kalau kita gunakan “pragmatic theory of truth” kita akan dapati bahawa 'product' kepercayaan (dalam konteks ini Islam Hadhari) adalah hasil dari prosesnya..... hal ini dapat diterima, kerana Islam Hadhari tidak lebih dari apa yang diperolehi umat Islam dari apa yang diyakininya dan kemudian dia hendak melaksanakannya di tempat dan di zaman dia berada...sehingga terjadilah Islam Hadhari di Malaysia…...
* Jawapan saya: Theory ini saya gunakan utk menyokong hujah saya bahawa wujudnya kekeliruan itu ( ramai yang masih keliru akan tujuan ianya diwujudkan sedangkan Islam itu sudah ada, syumul dan universal! Buktinya, perbincangan ini sendiri!Perbincangan ini tidak akan wujud jika tiada kekeliruan yg timbul!) Jadi, berdasarkan theory tersebut: Mengapa kekeliruan itu wujud? Ia wujud hasilan dari prosesnya!

Saudara purehadharist menyambung:
'Disini ada kesilapan ...kadang-kadang perlu adanya pemberian nama sekalipun pada dasarnya sama, kerana perbezaan boleh jadi pada fungsi, atau kerana sisi pandang atau juga pada pelaksanaan...sama dengan nama Allah yang ada 100, atau nabi Muhammad yang juga disebut Al-amin, Mustafa, atau Ahmad.'
*Jawapan saya: Maafkan kejahilan saya tentang sejarah nama2 Allah s.w.t. dan gelaran2 nabi Muhammad sa.w. Soalan2 saya, mengapa beratus tahun lamanya 99 nama Allah dan gelaran2 Rasulullah itu tetap dan tidak berubah?
Baiklah, soalan lagi: Bolehkah kita ubah nama Allah dan Nabi s.a.w. mengikut kesesuaian era sekarang - seperti Michael atau X3-4U? Atau setidak2nya, kita berikan nama (bukan kata nama!) Melayu demi untuk me'Malaysian'kan nama. Bolehkah kita lakukan sedemikian? Saya rasa saudara tahu akan kesannya! Rasulullah s.a.w. mendapat gelaran2 dan panggilan itu di masa hidup baginda dan saya percaya, 99 nama Allah s.w.t. wujud di zaman Rasulullah atau di zaman sahabat.


Saudara menambah:
Islam Hadhari dikatakan Islam Hadhari yang aslinya Islam kerana melihat adanya keterbatasan lingkungan, suasana dan situasi sehingga membentuk kondisi yang hanya ada di Malaysia...dalam konteks Islami terpaksa wajiblah menentukan sikap kerana adanya ketetapan yang berbeza -ingat la yukalifu nafsan illa wusa'aha - maka kondisi yang menentukan apa yang dapat dilakukan umat Islam dengan kadar yang dibenarkan oleh Islam...dan itulah konsep Islam...kadar Islam Hadhari dalam kemampuan Malaysia tentunya hanya milik Malaysian...kerana itu yang boleh dia buat dari Islam yang besar itu...dan inilah Islam itu.
* Jawapan saya: Oleh kerana Islam hadhari itu hanya utk Malaysian, adakah ianya bererti iannya adalah fahaman atau idealism Islam khusus untuk org Malaysia sahaja? Ini jelas satu contradiction di pihak saudara sendiri. Kita tahu Islam itu syumul, universal - boleh digunapakai di setiap pulusuk cakerawala. Justeru, mengapa perlu di -Malaysian-kan? Jika diperlakukan sedemikian, ini bererti elemen syumul dan universal tiada lagi!


Saya juga bersetuju dengan pernyataan bahawa "learning is an open mind", sebab itu saya tidak terikat dengan satu pandangan iaitu Islam Hadhari hanya kerana ia sebagai satu program dari satu parti politik di Malaysia, tetapi saya berusaha untuk melihat benar salahnya Islam Hadhari dengan logika dan juga dasar berfikir Islam dan besar kecilnya keuntungan umat Islam di Malaysia dengan keberadaan dan pelaksanaan program itu. Maka dari awal lagi saya telah membuat pertimbangan apakah Islam Hadhari sebagai satu program Islam dari pandangan Islam sehingga saya dapat mempertahankan kebenarannya dari sudut pandangan Islam.
*Jawapan saya: Saya bersyukur kerana kemahuan saudara melebarkan horizon demi Allah dan kebenaran. Dan saya begitu berharap, tiada sebarang agenda politik atau 'vested interest' yang membuat saudara menyokong idea tersebut kerana di sisi Allah sahaja kebenaran itu. Perlu diingat di sini, pandangan saya adalah apolitical dan impartial.

Saudara memberi komen tentang hujah saya:
Mr. Nowhereman dalam posting yang lalu menuliskan “Namun, saya boleh katakan bahwa, Islam Hadhari ini satu konsep yang 'mengelirukan' lantaran 'keliru". (mungkin itulah yang menyebabkan ramai ulamak yang mengambil keputusan melabelnya 'Hazaa Dhalal, WaYudhil'. Tetapi kemudiannya beliau menulis “perlu ditegaskan di sini, saya tidak pernah mengatakan atau imply bahawa Islam Hadhari itu sesat atau menyesatkan (saudara juga tidak mengatakan bahawa saya ada membuat claim tersebut). Dari pandangan saya, bolehlah di nyatakan bahawa content Islam Hadhari itu tidak bercanggah (mungkin para ulamak berbeza pendapat dengan saya) namun seperti saya nyatakan dalam komen saya, kesan 'kekeliruan' yang wujud atau bakal wujud itu yang merunsingkan, the repercussions dan the ripple effects yang dibawa atau bakal dibawa oleh kekeliruan itu”.
Maaf menurut pandangan saya di sini muncul satu hal yang tidak logik, kerana Mr. Nowhereman menulis " Benar atau salahnya Islam Hadhari ini mungkin masih menjadi persoalan tetapi apa yang jelas adalah ramalan saya bahawa kekeliruan itu muncul sudah terbukti. Buktinya adalah diskusi-diskusi kritikal mengenainya di alam internet ini sendiri".
Persoalannya, bagaimana hal yang benar salahnya masih menjadi persoalan, tetapi pada masa yang sama ianya sudah terbukti keliru. Lebih jauh lagi bahawa diskusi-diskusi kritikallah yang menjadi bukti kekeliruan itu. Bagaimana boleh menyatakan hal ini ? Bukankah diskusi-diskusi ini belum sampai pada kesimpulan, walaupun terdapat pro-kontra tetapi belum ada “hakim tunggal” yang menyatakan bahawa hal ini sudah ditetapkan sebagai keliru?!. Saya melihat bahawa diskusi-diskusi kita menunjukkan adanya pro-kontra dalam hal ini ( Islam Hadhari ) bukan benar dan salah, dan itu pun masih dalam pembahasan yang tidak pada inti permasalahannya iaitu apa yang ada dalam Islam Hadhari namun yang ada adalah pembahasan masih berkenaan dengan nama, impact atau effect yang mungkin timbul....
* Jawapan saya: Saudara perlu faham bahawa 'Benar atau Salah' dan 'Keliru' adalah perkara yang berbeza. Keliru boleh juga wujud dalam benar dan apatah lagi dalam salah! Saya ulangi dan halusi pendirian saya: Saya ada menyatakan elemen2 yang terkandung dalam Islam Hadhari itu benar, dan sememangnya wujud dalam Islam (walaupun sesetengah org tidak bersetuju), dan saya juga menyatakan bahawa saya TIDAK MEMPUNYAI authority utk membincangkannya dalam konteks hukum, tapi saya mempunyai authority untuk mengatakan bahawa nama Islam Hadhari itu keliru dan mengelirukan. Dan jika saudara baca kembali semua hujah2 yang saya berikan, semuannya berkisar kepada kekeliruan ISLTILAH itu.


Satu lagi yang menurut saya tak logik bagaimana Mr Nowhereman menulis:"..., namun ini tetap dan jelas membuktikan kekeliruan itu wujud......",.tetapi kemudian menulis :"Salah atau benar, itu bukan isu tetapi apa yang pasti perception para pelukis berbeza". Benar salah merupakan isu pertama dan prima, baru yang lain, kemudian bagaimana hendak membuktikan benar dan salah hanya dengan melihat adanya perbezaan perception....perbezaan perception akan berlaku tetapi bukan berbeza tentang keberadaan dan kebenarannya...jadi orang boleh sahaja salah melihat terhadap kebenaran yang ada..jadi perception orang boleh salah dalam menilai kebenaran..jadi perbezaan penilaian tidak secara automatically terbuktinya benar atau salah sesuatu. Penilaian benar atau salah memerlukan satu dalil dan perbezaan pendapat merupakan dalil lain, yang mana menurut saya menunjukkan adanya kebenaran atau kesalahan yang belum terbukti (minimal), jadi bukan bukti kebenaran dan kesalahan. Lihatlah Islam yang sudah berjalan sejak lebih 14 abad, tentu dengan menggunakan logika Mr Nowhereman bahawa Islam merupakan agama yang salah...atau terbukti keliru...dengan paling tidak bukti apa yang ada sekarang....ingat sekarang umat Islam (penerima Islam) hanyalah minoriti, dan Islam menjadi pertikaian di antara pemikir dan juga ulama sehingga muncullah perbezaan perception yang membuahkan mazhab yang banyak....inilah bukti dari pemikiran salah dari Mr Nowhereman....adanya kebenaran Islam pada satu pihak dan perbezaan perception merupakan satu hal yang lain yang tidak dan bukan merupakan bukti kebenaran Islam. Begitu juga Islam Hadhari, pembuktian benar salahnya memerlukan dalil dan tentulah perbezaan perception bukan merupakan dalil benar salahnya Islam Hadhari.
*Jawapan saya: Saya minta saudara purehadaharist berbincang isu yang saya kemukakan - iaitu kekeliruan dan bukannya salah atau benar. Mengapa saudara begitu defensif sedangkan saya tidak mempersoalkan salah benarnya Islam Hadhari - hanyalah Istilahnya yang mengelirukan? Baiklah, katakanlah saudara mempunyai sebuah empayar perniagaan yang besar yang saudara namakan 'Saifu'. Tiba-tiba sebuah syarikat mengeluarkan produk yang hampir sama dan dinamakan 'Saifi'. Persoalannya, adakah perbuatan syarikat yang mengeluarkan produk baru itu SALAH! Melanggar sebarang hukum? Tidak! Tapi kesannya - sudah tentu mengelirukan. Bagaimana pula sekiranya produk Saifu yang sudah bertapak selama 500 tahun dan dikenali di seluruh dunia itu tiba2 ingin menggunakan nama yang lain utk produk yg sama di sebuah negara lain? adakah itu Salah? Tidak! Tapi apakah akan mewujudkan kekeliruan dan bakal menjejaskan perniagaan mereka? Sudah tentu.
Itu yang saya maksudkan!


“ Benar! Islam itu syumul! Itu jelas! Nama Islam itu sudah cukup untuk merangkumi 'perfection' (The fault lies in the Muslims, of course!) Kita sering mengatakan buat yang termampu, tetapi apakah kita sentiasa berusaha melepasi boundary kemampuan kita? Apabila seseorang mengatakan bahawa dia telah buat semampunya, itu adalah satu justifikasi perbuatannya, bukan bererti kemampuan sebenarnya”! Ini pun juga merupakan justifikasi dari Mr Nowhereman kan...kerana hanya orang tertentu yang mengetahuinya atau hanya Allah yang mengetahui hakikat sebenar.
* Jawapan saya: Betul. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. saya harap saudara purehadharist fahami erti 'justifikasi'. Iannya bukan sahaja bererti 'alasan' tetapi lebih bererti 'penerangan'. Penerangan akan kemampuan bukan bererti kemampuan!


Syllogism kedua tidak benar, iaitu benar pada peletakan syllogism tetapi salah pada isi syllogism: iaitu meletakkan premis minor dan kemudian major dan kesimpulan. minor dengan partial; dan major dengan general. tetapi pada syllogism terbalik...kerana isi premis minor sudah manusia, sekalipun menggunakan kata "setiap" untuk ungkapan partial..tetapi manusia adalah nilai general...dan sebaliknya pada premis major digunakan "semua" untuk menunjukkan general tetapi diletakkan orang India yang bernilai partial dibanding manusia..disinilah kesalahan syllogism, yang hasilnya tentulah salah.
*Jawapan saya: Terima kasih kerana bersetuju dengan kesalahan teori syllogism kerana itu yang hendak saya utarakan. Sebenarnya kedua2 syllogism adalah salah (itu sebabnya saya katakan 'kritikan' terhadap teori tersebut) . Biar saya buktikan: Kita buangkan 'setiap' dan kita reversekan ordernya.

Semua Manusia berhidung
Semua Org India berhidung
Semua Manusia adalah Semua org India

Ini salah tapi bagaimanapula,
'Semua org India adalah semua manusia'
Juga salah kerana minor tidak sama dengan general dan begitu juga di sebaliknya! Dengan itu jelaslah Islam hadhari (minor) tidak sama dengan Islam Major)


Tulis saudara lagi:
Hal ini juga tidak tepat untuk membandingkan keberadaan Islam dan Islam Hadhari. Islam pun merupakan satu aktiviti iaitu ibadah, tetapi bukan bererti ianya hanya satu bentuk, sebagaimana saya katakan kalau saja orang memahami Islam Hadhari maka ianya adalah satu aktiviti iaitu ibadah tetapi ianya tidak hanya satu bentuk...yang membezakannya adalah bentuk ibadahnya yang lebih luas dibatasi dengan situasi dan kondisi di Malaysia, sehingga ada nilai ibadah yang bersifat umum iaitu ditandai dengan kesamaan dengan ibadah semua umat Islam, dan ibadah khas yang diikat dengan ke”Malaysianan”. Sejak awal saya tidak mengatakan bahawa ibadah hanya salat, zakat dan puasa tetapi lebih luas termasuk aktiviti berpolitik dan mengatur ekonomi serta semua aktiviti yang membawa kita kepada kedekatan dengan Allah, dan Islam Hadhari mewakili semua itu sekalipun adanya keterbatasan geografi. Jadi nama satu aktiviti ibadah merupakan hal yang cukup besar...dan Islam Hadhari adalah ibadah itu... saya tidak mengatakan bahawa nama tidak penting, tetapi saya mengatakan ada yang lebih penting, jadi nama adalah penting dan isi yang ada di dalam Islam Hadhari adalah lebih penting, sehingga akan lebih bijak kalau kita menilai isi dulu baru melihat nama. lebih dari itu sudah dibuktikan bahawa nama Islam Hadhari sudah memenuhi syarat, baik dari segi pengaturan bahasa mahupun istilah penggunaan.
* Jawapan saya: Bagaimanakah rasa2nya reaksi dan kefahaman org2 Non Muslim, yang selama ini tidak memahami Islam apabila wujudnya Islam Hadhari? Adakah mereka mesti membaca dan memahami isinya dahulu untuk memahaminya? Kalau mengikut rasional saudara purehadharist, jawapannya sudah tentu Ya! Tapi saya pasti, mereka tidak akan membaca dan memahaminya kerana selama ini mereka tidak langsung cuba memahami Islam! apa yang akan timbul adalah, mereka menyangka wujudnya Islam baru! Sekarang, masalahnya bukan sahaja kekeliruaan di kalangan org islam, malah di kalangan org bukan Islam. Jadi bila kita cuba memastikan mereka faham bahawa Islam dan Islam hadhari itu adalah sama, apakah pula reaksi mereka? Kalau dah sama mengapa berbeza nama?




Islam Hadhari akan lebih tepat digunakan dari pada Hadharah Islamiyah, kerana Hadharah Islamiyah hanya membahas fenomena aktiviti lampau hingga kini, tetapi tidak membawakan makna pembangunan umat muslimin di masa datang...sementara Islam Hadhari menceritakan ke depan -future- dengan bersandarkan kenyataan yang dulu dan sekarang. untuk ini saya menilai nama Islam Hadhari sudah tepat..dan terjadi tulisan yang ada hingga sekarang hanya menilai dari nilai nahu...dan tidak ada ahli nahu yang menyatakan hal ini salah..dan kalaupun salah maka yang menyesatkan tentulah bukan nama tapi isi....tetapi sampai kini tidak ada yang membicarakan dan mempermasalahankan isi
tetapi sebagaimana dulu pernah Mr Nowhereman sendiri katakan kesalahan tidak dapat dinilai ketika ia belum dilakukan.... Untuk itu saya mengajak semua pihak untuk menilai Islam Hadhari dengan logik dan dengan view of Islam, sehingga kita akan menilai dengan baik...dan saya siap menerima apa pun yang nanti menjadi conclusions dari discussion kita....
* Jawapan saya: Penggunaan istilah Hadharah Islamiyyah jelas tidak mengelirukan. Ini adalah kerana istilahnya lebih jelas menunjukkan satu konsep, dan tidak membuat masyarakat berfikiran bahawa iannya satu fahaman. Ianya juga tepat dari segi nahu bahasanya. Saya ada bertanya kpd teman2 dari negara2 di mana Arab adalah bahasa ibunda mereka (Jordan, Oman, Syria, Mesir, dan Saudi) dan sebahagian dari mereka adalah pelajar2 PhD dalam bidang Linguistics, apakah erti Hadhari. Jawapan yang diberikan adalah: Hadhari adalah satu adjective yg bererti liberated dan modern. Tapi bila saya katakan bagaimana pula dengan Islam Hadhari atau Hadhari Islam? Jawapan mereka sepakat: Tidak boleh kerana dari segi bahasanya salah. Saya usulkan pula Civilizational Islam lantaran kata mereka 'Hadharatul Islam' atau Hadharah Islamiyyah! Dan konsep itu menurut mereka memang wujud!Jelas di sini, istilah itu 'mengelirukan' (tetapi pada hemat mereka: SALAH!) bukan sahaja di kalangan org Malaysia, malahan org2 Arab sendiri!
Saudara purehadharist mengatakan bahawa Islam Hadhari melihat dahulu, kini dan masa depan bukan seperti Hadharah Islamiyyah yg hanya melihat konsep ketamadunnan Islam silam. Baiklah, sekarang kita study Al-Quran: apa yang tersurat adalah wujudnya banyak cerita2 dahulu. Adakah bererti Quran tidak relevan lagi dgn konteks kini? Saya tahu tentu tidak, kerana dgn mempelajarinya kita akan dapati betapa relevannya dengan keadaan sekarang dan masa depan. Seperti kata Cicero dalam bukunya Pro Publio Sestio: Sejarah adalah saksi yang menceritakan berlalunya masa; Ia menerangi reality; Ia memwajakan ingatan dan menjadi pembimbing kehidupan harian dgn membawa kita berita dari sejarah itu sendiri. Begitu juga dengan buku nukilan TG Hadi Awang, Hadharah Islamiyyah!

Saudara Purehadharist,
Apakah agama? It's the way of life. Islam adalah agama kita lantaran ianya adalah cara hidup kita. Bagi atheist dn free thinker yang mengatakan mereka tiada agama, adalah satu kenyataan yg salah kerana free thinking dan atheism itu adalah cara hidup mereka - seterusnya agama mereka. Saya tidak mahu membahaskan tentang pengisian kerana spt yang saya katakan itu bukan bidang saya. Namun sekadar bertanya, mungkin saudara purehadharist dapat jawabkan: Segala prinsip dan konsep sudah saya baca dan fahami, tapi persoalan pokoknya - bagaimana kaedahnya? Lihatlah keadaan di dalam negara kita sekarang, yang mana Islam yg sebenar pun hanya agama acara. Bagaimana pula Islam Hadhari dapt membantu? (Pls note, saya mahukan jawapan dalan bentuk cara, dan bukan idealism dan conceptual)

Seperkara lagi: Segala prinsip dalam Islam Hadhari itu hanya segelintir sahaja dari prinsip Islam dan tindakan saudara purehadharist equating kedua-duanya adalah suatu yang salah!



Saya juga menyatakan di sini bahawa saya tidak akan menerima sesuatu yang salah, tetapi juga tidak akan menerima begitu sahaja yang dipersepsikan atau diprediksikan orang salah, kerana ianya masih perlu bukti. Islam datang dengan penolakan majoriti masa itu dan hingga sekarang masih majoriti dalam kehidupan manusia di bumi ini, tetapi bukan bererti tidak dapat dibuktikan kebenarannya, begitu juga Islam Hadhari, hingga tidak ada dalil dan bukti kesalahannya kenapa saya harus menolaknya?!
* Jawapan saya: Saudara boleh memegang dan mempercayai konsep Islam hadhari, itu tiada halangan dari pihak saya. tapi argument saya di sini dan komen saya dari sejak awal lagi adalah kesalahan istilah itu sendiri. Sudah juga say buktikan dengan contoh2 sejarah, logik, ekonomi dan bahasa sendiri. Kalau saudara katakan bahawa isi lebih penting dari nama, mengapa tidak dinamakan sahaja anak2 dengan nama2 seperti 'anjing' atau 'babi'?
anjing itu cute, bijak dan amat reliable dan babi itu pula lambang properity! Bukankah masih lagi ada elemen2 positif dan baik. Mengapa tidak kita gunakan sahaja?

Mr Nowhereman..semua dalil dan bukti serta kata- kata dipakai untuk supporting posting yang ditulis..adalah semua yang sudah berjalan dalam sejarah termasuk kata GB Shaw yang menjadikan sandaran berfikir ...perlu kita ketahui untuk melihat Islam kita terpaksa juga sekali sekala melihat sejarah...begitu pesan Al-Quran..sehingga manusia belajar dari apa yang pernah terjadi di masa lalu
*Jawapan saya: Itulah saya gunakan, fakta sejarah dan faktor semasa untuk menyokong hujah saya yang berkisarkan kepada hanya satu: 'Penggunaan Istilah itu mengelirukan lantaran keliru!' Saya juga menggunakan analogi2 agar arguments saya lebih mudah difahami. Sebenarnya saya sedang menunggu saudara purehadharist pula untuk menggunakan kaedah yang sama agar diskusi ini lebih manarik.


...percayalah..kalau Mr Nowhereman betul maka saya akan ikut kebenaran itu.....tapi ingat bagaimana kalau sebaliknya...?!...
* Jawapan saya: Bukahkah sudah saya berikan jawapan utk soalan ini, dalam komen saya terdahulu? Tapi saudara masih belum menjawab soalan yang saya berikan: adakah kerajaan sudi, sanggup dan mampu ... sekiranya meraka salah?


Kebenaran itu hanya milik Allah.
Wassalam ... sahabat lama.

Anonymous said...

Renungkanlah maksud ayat ini:
Barangsiapa mengambil selain dari Islam sebagai addin, maka tidak diterima daripadanya, dan dia di akhirat dari golongan orang-orang yang rugi.

Anonymous said...

pendapat saya tukarkan istilah
Hadhari= kepada Fardhu Kifayah.

Selama dijajah, fardhu kifayah diajarkan oleh british sebagai duniawi. Oleh itu orang Islam hanya bertumpu kpd amalan fardhu ain shj.

perniagaan, amalan sosial yang memajukan tamadun dianggap tak ada hubungan dgn Allah. itulah dimaksudkan dgn hadari. itulah fardu kifayah.

Popular Posts