Tuesday, August 5, 2008

ISLAM HADHARI : MAKNA KATA DAN ISTILAHNYA

Salam

Satu kata selalu diutarakan oleh pembicara untuk membawakan pengertian yang dimaksudkan, iaitu kata itu hendak menyatakan makna sehingga dengan mengutarakan satu kata maka maksud dari kata tersebut difahami oleh pendengarnya.
Satu kata boleh memberikan makna secara menyeluruh termasuk bahagian-bahagiannya seperti kata kitab yang dimaksudkan adalah semua makna yang ada padanya termasuk setiap mukasurat dan tulisan yang ada didalamnya. Perkara ini selalu menjadi harapan pengguna sesuatu kata untuk menyampaikan maksud yang diinginkan.
Ada kata yang ketika diutarakan membawa erti sebahagian dari makna yang dimaksudkan, seperti ketika seseorang mengatakan kata kitab tetapi yang dimaksudkan adalah sampulnya atau muka depannya sahaja. Sebagaimana kalau kita hendak mengundang tetamu ke rumah, maka di sini bukan bererti tetamu itu akan duduk di setiap tempat di seluruh bahagian rumah, tetapi akan hanya berada di ruang tamu dan di kerusi tertentu tetapi kita katakan sila datang ke rumah saya
Ada juga makna kata yang di luar makna kata yang diutarakan, seperti ketika seorang mengatakan dakwat (ink) namun yang dimaksudkan adalah pena, atau kata harimau yang dimaksudkan adalah keberanian.
Untuk itu, kita perhatikan bahawa terdapat satu kata hanya memiliki satu makna dan ada satu kata memiliki banyak makna.

Kata yang memiliki banyak pun terbahagi kepada beberapa bahagian, ada kata dengan makna banyak tetapi setiap maknanya ada hubungan satu dengan yang lain, seperti kata solat yang bererti doa yang kemudiannya berubah dengan datangnya syariat Islam sekalipun ia juga mencakup makna pertama. Ada juga pengertian kata seperti ini yang telah menjadi kebiasaan digunakan seperti makna kata mobile untuk handphone, atau kadang kala sesuatu kata itu membawa makna tertentu ketika digunakan dalam ilmu tertentu pula, inilah yang dikatakan sebagai terminology atau istilah.



Ada suatu permasalahan yang dihadapi oleh para ilmuan ketika satu kata memiliki beberapa makna dalam berbagai bidang ilmu dan itu pun tidak ada kesepakatan makna didalamnya. Seperti kata civilization dan hadharah. Kedua kata ini sehingga kini tidak ada kesepakatan makna terhadapnya, seorang ilmuan dengan seorang ilmuan yang lain mempunyai perbezaan, baik itu hanya perbezaan partial atau pun essential .

Kata civilization memiliki pengertian yang banyak seperti bandar, normative, urban juga culture.

Kata hadharah dalam erti leksikal memiliki makna banyak, di antaranya diam, baru, menetap, hadir ,ada atau juga bererti kemajuan dan tinggal menetap.
Oleh itu kita dapati berdasarkan makna leksikal kedua kata ini tidak dengan mudah dapat digabungkan begitu saja sehingga semua orang akan berpendapat sama terhadap pendapat orang lain, tentu setiap penggunaan berdasarkan maksud tertentu dari pengguna kata tersebut.

Dengan ini melihat pada akar kata dan makna yang diberi dari kedua kata, maka jelaslah bahawa kedua kata ini bukan merupakan satu kata yang sepadan untuk disatukan ertinya (synonym), sekalipun adanya kemungkinan untuk menyamakan aspek yang ada di dalamnya.

Makna istilah.

Civilization boleh diertikan setiap yang hidup dalam society dan budaya, atau human society secara menyeluruh atau ada yang extreme dengan berpendapat bahawa membawa manusia lari dari kebuasan (savage). Sehingga ada pakar seperti V.Gordon Childe memisahkan antara society dan civilization dengan menyatakan:”Everyone lives in a society and culture but not every live in a civilization”. Ini hanya satu contoh perbezaan yang mendasar dari pendefinisian civilization apa tah lagi hendak menyamakan dengan society.

Kalau melihat hadharah dari pandangan Ibnu Khaldun maka beliau pun memisahkan antara Bandar (umran) dengan Hadahrah, iaitu makna dari hadharah tidak selalu memberi makna dengan keberadaannya seseorang di bandar. Sebagaimana telah diertikan dari makna leksikal bahawa hadharah adalah menetapnya pada satu tempat, tidak bererti tinggal dan menetap di bandar, kecuali makna itu diertikan sebagai makna lazimnya. Dengan bayangan bahawa seorang yang menetap bererti tinggal di bandar atau menjadi bandar.
Merupakan hal yang tidak dapat dihindari bahawa berbagai bentuk definisi civilization dan juga hadharah sehingga tidak ada yang dapat memastikan mana yang paling tepat dari semua pendapat itu, atau dengan kata lain tidak ada yang menyepakati satu istilah tertentu dari kata hadharah. Maka, ini tidak menutup kemungkinan pula akan terjadinya definisi baru dengan menggabungkan istilah - istilah dan definisi yang dipakai sekarang.
Secara umumnya, sekarang banyak yang berpandangan bahawa hadharah adalah jalan manusia dalam hidup, atau kumpulan pemikiran tentangnya iaitu hidup.

Begitu juga dari makna istilah dari Hadharah Islamiyyah, ada berbagai pendefinisian untuk istilah tersebut. Sebagaimana tertulis dalam buku Ustaz Hadi Awang, terdapat berbagai definisi, baik yang dikutipnya dari pandangan ulama Islam atau berdasarkan pandangan beliau sendiri. Saya sendiri mendapatkan beberapa pendapat dari ulama-ulama Islam terkemuka, sehingga menambah jumlah yang ada, termasuk Sheikh Yusuf Qardhawi. Sekalipun beliau membahagikan bentuk hadharah menjadi dua, iaitu jisim (materi) dan ruh (maknawi-spiritual), tetapi intinya melihat bahawa beliau memasukkan semua produk materi manusia dan juga keyakinan, adab dan resam dalam perjalanan hidup manusia.

Ada beberapa makna Hadharah Islamiyyah yang baik untuk dipelajari iaitu ulama menyatakannya dalam makna yang berbeza,diantaranya:

a. Hasil yang didapatkan umat Islam pada masa lalu sebagai bukti kemajuannya.
b. Kumpulan pemikiran dan kefahaman Islam tentang Insan dan kehidupan serta alam semesta.
c. Hadharah Islamiyyah adalah Islam itu sendiri, kerana hanya Islam yang hanya dapat dikatakan sebagai hadharah.



Di sini juga kita boleh lihat makna hadharah Islamiyyah akan sama dengan makna ideologi, kerana ideologi bermakna skema (pemikiran-fikiran) untuk membawa masyarakat mencapai kesejahteraan dan kesempurnaan, kalau kita bandingkan dengan definisi b dan c maka hadharah akan memiliki makna sama dengan ideologi. Minimum kita tidak boleh menolak bahawa ideologi menjadi sebahagian dari hadharah. Kerana ideologi merupakan kumpulan teratur dari pemikiran yang membawa manusia menuju kepada cita citanya –kesejahteraan dan kesempurnaan.

Saya memulai berfikir bahawa dari Islamlah kemudian baru sampai pada hadharah. Kerana semuanya bermula dari agama samawi dan kemudian kepada apa yang ada pada manusia setelah manusia berhubungan dengan Allah s.w.t. Oleh itu definisinya merupakan apa yang dibaca oleh manusia tentang apa yang sudah didapatkannya dari Islam dan interaksinya dengan ajaran Ilahi tersebut dalam menentukan masa depannya.

Apa yang dapat difahami di sini bahawa adanya dasar berfikir yang berbeza sehingga memunculkan definisi yang berbeza , menyebabkan tidak ada ketetapan yang soreh dan diterima oleh semua sebagai kesepakatan bersama terhadap makna kata dan istilah tersebut. Sebagai konsekuensinya tidak ada standard nilai yang pasti dengan definisi tersebut kecuali melihatnya dengan standard yang masih belum dipastikan secara ilmiah iaitu menilai bahawa pandangannya yang benar. Untuk itu akan tidak ilmiahlah kalau ada yang menyatakan bahawa istilah ini salah kerana hanya tidak sama dengan yang lain, kerana yang lain pun berbeza dengan yang lain lagi, dan begitu selanjutnya….

Ketika kita melihat Islam dahulu baru kemudian melihat hadharah dengan makna yang tidak mungkin keluar dari makna agama itu sendiri, sekalipun makna itu dilihat dari sisi lain dari kehidupan manusia, tetapi standardnya adalah Islam. Kalau Islam adalah agama yang diturunkan Allah untuk manusia maka hadharah adalah interaksi manusia dengan agama itu, dengan berinteraksinya manusia dengan agama makan muncullah hasil darinya, diantaranya pemikiran dan juga hasil dari pemikiran yang berbentuk benda. Termasuk didalamnya ideologi dan ilmu islam yang lain, mulai dari falsafah, akhlak hingga ilmu kalam.

Kalau nilai ini ditinggalkan maka terpaksa harus melihat hadharah dengan dasar konsep barat, iaitu ketika munculnya bandar dengan pengertian yang ada pada barat atau setelah revolusi Perancis. Paling tidak dasar pemikiran barat dengan konsep bandarnya yang merupakan standard nilai dari hadharah, iaitu adanya interaksi manusia di satu tempat yang kemudian diikuti oleh social contract dalam membentuk kehidupan bersama. Adanya perbezaan mendasar di sini, iaitu mulai dari pemahaman manusia, kehidupan manusia dan juga hukum manusia. Civilization melihat manusia sebagai kehidupan yang baru saja mengalami perubahan dari kehidupan haiwan dan kemudian menjadi manusia, juga dari hidup yang savage menjadi civilized.

Dengan memahami Islam maka sejak manusia awal –Adam as - Allah telah memberikan semua bimbingan dan ajaranNya untuk dapat menjadi bimbingan kehidupannya di dunia ini. (baca Al Baqarah 30-34). Ajaran Allah lah yang memulakan manusia untuk berinteraksi dengan Allah, dirinya dan juga alam. Sehingga kalau semua ini didefinisikan maka tidak akan keluar dari definisi hadharah yang difahami.

Ketika manusia ditelaah dengan dalam maka tidak akan ada perbezaan di antara semua ilmuwan bahawa manusia adalah satu spesis, dari dulu hingga sekarang. Manusia tidak mengalami perubahan biologis sejak awal hingga sekarang. Sejak mula manusia telah memiliki fitrah dan dengan fitrah hidup secara kolektif. Dan dengan fitrah kolektif manusia terus menjalankan fungsinya.
Allah menurunkan satu agama, kerana spesis manusia adalah satu sehingga dengan itu hanya ada satu hadharah iaitu Islam.

Islam Hadhari diambil dari makna di atas. Iaitu Islam yang menjadi usul atau fundamental hadharah. Orang Arab mengatakan: fulan hadhari iza kana min ahli al hadharah (fulan (seorang) hadhari kalau dia menjadi ahli hadharah. Maka dengan menjadi Islam dia tentunya menjadi hadharah kerana Islamlah menjadi dasar hadharah itu sendiri. Sehingga tidak mungkin dapat memisahkan hadharah dengan Islam.
Ada kemungkinan kesalahan dalam memahami makna hadhari terutama ketika dikatakan Islam Hadhari. Kemungkinan kesalahan ini bukan dari istilah tetapi dari leksikal. Iaitu menggabungkan makna kata hadhari dengan Islam. Tetapi dengan banyaknya definisi maka tidak menutup kemungkinan akan adanya kebenaran ketika diertikan dengan benar pula.

Apa yang dikhuatiri oleh kebanyakan umat Islam dengan istilah Islam Hadhari ialah akan terbentuk imej Islam yang bukan hadhari. Hal ini tentu akan salah kalau hanya melihat hadharah dengan pandangan barat, tetapi tidak kalau melihat Islam dulu yang mana Islam sebagai pembentuk hadharah. Sehingga hakikatnya tidak ada Islam kecuali Islam Hadhari. Yang mana ianya akan dapat difahami sebagai:

1. Islam yang moden, kerana Islam selalu berada di setiap zaman dan akan membentuk zaman di masa mendatang.

2. Islam yang ada di masa kini, kerana memang Islam yang dulu sudah sampai di masa kini, dan kekhuatiran terjadinya perubahan makna adanya Islam dulu iaitu Islam hanya pada masa Rasulullah merupakan satu kesalahan dalam memandang Islam. Islam bermula di masa itu dan Islam kemudian berada di setiap masa dan inilah salah satu makna dari Islam Hadhari.

3. Islam yang hadir. Maka ini juga merupakan satu ungkapan yang sangat baik, kerana Islam yang selama ini tidak hadir dalam membentuk manusia terutama untuk masa lalu. Cuba perhatikan kebanyakan umat Islam yang memahami Hadharah Islamiyyah hanya melihat keberadaan hadharah sebagai suatu fenomena sejarah.


Dengan berbagai contoh lainnya sebenarnya Istilah Islam Hadhari dapat dilihat dengan berbagai views dan fungsi,sebagaimana Islam dapat dikatakan sebagai agama, ajaran ( isme), jalan hidup ataupun ideologi kerana dilihat dari views dan fungsinya dalam kehidupan manusia, tetapi sayang hanya kerana perbahasan leksikal , atau juga kerana tidak boleh dijalankan dengan baik oleh pencetusnya Islam Hadhari dijadikan oleh sebahagian umat Islam sebagai sesuatu yang tertolak.

Untuk itu saya berusaha memahaminya dengan baik, berusaha untuk memisahkan antara kebenarannya dan pelaksanaan kebenaran, sehingga jangan sampai manusia terbiasa menolak kebenaran hanya kerana kebenaran itu belum dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Seperti Islam. Kalau dilihat dengan sebahagian konsep Hadharah Islamiyyah maka umat Islam sudah dikatakan tidak berhadharah, kerana tidak ada pelaksanaan Islam dalam membuat dan mengatur Bandar atau Negara. Yang ada hanyalah hadharah barat kerana dengan civilizationnya mereka telah mencetuskan revolusi (Perancis) dan membentuk Bandar dengan hasil dari pemikiran mereka sehingga merekalah yang dapat dikatakan sebagai civilized. Ini sangat berbahaya!.

Islam membentuk umat Islam dan dengan interaksi umat Islam dengan Allah, dirinya dan alam maka terbentuklah hadharah, dan tidak wajib dengan pembentukan Bandar. Bandar hanyalah merupakan salah satu hasil dan atau tetapi bukan kriteria hadharah. Maka Islam Hadhari adalah interaksi muslimin dengan Allah,Islam, dirinya dan alam sehingga dia memiliki makna lengkap dari Islam Hadhari adalah Islam itu sendiri kerana hakikatnya keduanya tidak dapat dipisahkan.

9 comments:

Man In Black said...

Saudara Pure Hadharist,

Che ingin meminta sokongan pihak saudara untuk menyokong usaha Che dan rakan-rakan lain dalam memartabatkan maruah Jalur Gemilang.

Seperti saudara sudah tahu, segelintir pihak sudah memulakan kempen untuk mengibarkan Jalur Gemilang secara songsang. Ia semakin mendapat sokongan terutamanya dengan keadaan hari ini.

Kami merasakan apapun perasaan rakyat Malaysia; Jalur Gemilang adalah di atas politik dan perlu dihormati dan disanjung tinggi. Oleh itu, Che ingin meminta jasa baik saudara utk mengibarkan satu jalur gemilang di blog anda dengan penuh hormat dan tertib. Ini sahajalah yang kami minta dari pihak saudara.

Ini bukan satu gimik politik atau usaha sesiapa menjadi hero atau mencari modal politik; tetapi usaha kami yang sayangkan negara ini. Che bukan Melayu; tetapi tidak kurang patriotik dalam hal sebegini.

Ikhlas,
Che Eduardo

Yan said...

Kenapa Isteri Imam Islam Hadhari ni tak pakai tudung, aurat tu.. ke nak pakai style wahabi punya hujah pulak nanti. Majlis ulama dah menfatwakan bahawa melawat atau mengadakan majlis di Tugu Negara adalah HARAM. Kenapa imam Hadhari terus melakukannya.

THE PUREHADHARIST said...

salam yan,

Komen saudara yang awal yang mengandungi perkataan lucah tidak saya siarkan kerana memalukan saya dan lebih lagi memalukan saudara sendiri ( itupun kalau saudara ada rasa malu). Segala kelemahan Pak Lah sebagai manusia tidak ada kena mengena dengan prinsip Islam Hadhari yang sedang kita bincangkan. Tolong baca semua posting saya yg lepas untuk faham topik perbincangan baru komen kalau tidak saudara kelihatan seperti orang yang tidak membaca atau tidak faham apa yang dibaca.

Kalau kerana perbuatan seseorang itu menyebabkan sesuatu prinsip itu salah, maka Islam akan terus dipersalahkan kerana umatnya juga melakukan kesalahan yang teruk-teruk.

Demokrasi tanpa naungan wahyu jelas salah, itu budak kecil pun tahu.

Anonymous said...

Salam,

(Perhatian: Ini adalah komen berdasar atas komen dan bukannya di atas artikel - namun, masih ada perkaitan)

Mungkin kata2 saudara Yan lahir dari emosi yang tidak terkawal.

Tapi apa yang saya dapat fahami dari komen saudara Yan: Jika Islam Hadhari dipelopori oleh seorang pemimpin yang bukan seorang ulama, yang mana isterinya juga tidak mengenakan pakaian yang tidak mempunyai unsur Islamic, dan melakukan aktiviti2 yg tidak mempunyai unsur2 Islamic spt contoh terkini - perihal lawatan ke tugu, persoalannya; adakah kita mesti menerima Islam Hadhari yang diperkenalkan/dipelopori beliau?

Saya setuju: demokrasi tanpa naungan wahyu jelas salah. Jadi bagaimana pula persoalan saya di atas?


Wassalam.

Ingin Tahu.

Anonymous said...

budak kecil x tau pon wahyu tu ape. try ko tanya. x payahla nak bawa islam hadahri. bawa Islam yg dh ada pon dah cukup sempurna. Shaikh Wahbah Zuhaily ckp Islam Hadhari tu mengelirukan dan PM malaysia mempergunakan ulama utk kelirukan umat.bacala dan cari kalo saudara pndai bahasa arab.

Anonymous said...

Masalahnya, yang tak betul tu imam besar dia. Lepas tu tak ada imam lain. Bilal-bilal pun tak ada. Makmum pun Pure-Hadharist sorang je. Apa nak cerita lagi.

Anonymous said...

itulah pure-hadahraist...bravo...
denganhanya sendiri puntidak apa..ketika kebenaran itu ada maka tidakperlu terikat dengan siapaun..danjangan gunakan siapaunkecuali apa yang menajdi taklif...hingga kini Islam yang sempurna masih memerlukan sekian banyak muslimin untuk menjalankannya dengan sempurna..dan masih banyak jalan yang perlu dilaksanakan sehingga islam dapat ditegakkan....banyak orag mengatakan Islam sempurna tapi berapa orang yang berjuang hendak menjalankannya...apatah lagi mencarikan jalan terbaik sehingga kesempurnaan itu dinikmati dengan sempurna pula oleh manusia...sayang mereka hanya hanya mengejar angan angan..tampa mencari cara untuk menjalankan Islam sebagai yang diperintahkanNya...mereka hanya pandai mengatakan Islam syumul...tapi tidak pandai memperlihatkan kesyumulan Islam...kalau boleh kami mencabar..mana amal syumulannya Islam yang telah dapat dinikmati manusia sekarang?. hingga kini muslimin tidak memiliki daulah, tidak hukum yang sempurna dan tidak juga kesepakatan ulama dan tidak juga persatuan muslimin....bukankah islam Hadhari boleh dilihat sebagai satu langkah menuju kearah kesempurnaan itu?.

Anonymous said...

salam...kalau saja muslimin hendak memusuhi muslimin sendiri karena muslimin tidak menjalankan hukum Islam dengan sempurna maka niscayalah muslimin telah saling bunuh, seperti sekarang...dan yang untung adalah musuh Islam...

kalau hendak befikir dengan baik, maka semua muslimin sekarang tidak dapat menjalankan perintah Allah dengan baik, karena dibahu setiap muslimin ada tugas menegakkan hukum Islam dengan sempurna...tapi apakah ini sudah dilaksanakan...maka permasalahan bukan hanya pakaian atau bahagian dan bahagian hukum yang ada karena ada beberapa prinsip yangkita sendiri belum berjaya menegakkannya...kalau sahaja prinsip prinsip itu diterima dan ditegakkan maka niscaya muslimin akan menjalankan hukum yang juz'i atau partial itu...insyallah..

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Jika sesuatu itu batil diucapkan oleh seorang ulama maka ianya tetap batil begitu juga jika sesuatu itu benar dan diucapkan oleh seorang pelacur maka ianya tetap benar. Begitu juga misalnya Pak Lah kata menutup aurat itu wajib maka betul kata Pak Lah walaupun isterinya tidak menutup aurat.

Maka dalam memberikan penilaian serta membuat kajian berkenaan Islam Hadhari ini, saya melihat kandungan serta prinsip-prinsipnya dan optimis ia boleh menjadi mukadimah dari perlaksanaan Islam yang syumul.

Sesuatu kebenaran itu adalah kebenaran walaupun tiada seorang pun yang mengikutinya. Ada suatu ketika kepalsuan dilihat sebagai kebenaran dek kerana kita melihatnya dari sudut ramainya pengikut serta pandainya pemimpinnya bermain kata....hinggakan penilaian kita menjadi "bias" walaupun ianya dipisahkan dengan satu lafaz sumpah mubahala, misalnya...

Popular Posts