Monday, November 24, 2008

PERJUANGAN MEMBEBASKAN AL-AQSA WAJIB BERADA DI SANUBARI MUSLIMIN SENTIASA !


Masjid Al-Aqsa (baca: jarang diketahui rupa sebenar)


Salam,

Perjalanan memasuki negara milik Ummah Muslimin melalui pemeriksaan Imigresen Israel negara HARAM dokongan Amerika Syarikat benar-benar menyiksa batin. Bayangkanlah dengan mengetahui dan sedar akan sejarah imigran Yahudi memasuki Palestin melalui Perjanjian Balfour yang amat merugikan umat Islam, kita diperlakukan seolah-olah kita yang memasuki negara mereka secara HARAM walaupun membawa paspot.

Bumi Anbiya' begitulah Palestin mendapat barakah namun keberkatan itu tidak dapat dirasakan umat Islam secara mudah dan bebas malah hingga kini rakyat tempatan Palestin dinafikan hak untuk hidup bebas dalam negara sendiri.

SUDAH DENGARKAN TULISAN SEBEGINI...BOSAN?

Maka dengan kebosanan itulah Al Aqsa masih ditangan zionis!! Dengan kebosanan ini juga dunia Arab seperti buta dan tuli dan terus-terusan berkhayal dengan harta minyak untuk sama-sama mengkhianati perjuangan membebaskan Al Aqsa. Siapa negara Arab itu? Kita semua tahu dan faham keadaan ini.

Kita masih berbangga dengan kejayaan Salahuddun Al Ayubi dahulu membebaskan Al Aqsa. Dan pada ketika ini Sayyed Hassan Nasrallah dilihat mula bergerak ke arah itu. Siapa? Hassan Nasrallah? Diakan bermazhab syiah? Inilah diantara sebabnya mengapa sesetengah dunia Arab sunni tidak mendokong Hassan Nasrallah walaupun Hassan Nasrallah mengetuai peperangan dengan zionis. Yang dipertonjolkan adalah fanatisme mazhab bukan solidariti Islam menghadapi Zionisme. Mengapa kita jadi begitu? Ini adalah kerana kita telah terbuai dan termakan propaganda zionisme sedunia untuk memecah belahkan umat Islam dengan isu sunni-syiah. Apabila ada yang berpandangan sunni-syiah perlu bersatu maka dengan sekonyong-konyong kita akan dituduh bermazhab syiah !!!

Majoriti umat Palestin bermazhab sunni termasuk gerakan HAMAS. Namun dalam menghadapi Israel, HAMAS mempunyai hubungan yang baik malah dilihat seperti bahu membahu dengan HIZBULLAH LEBANON yang bermazhab syiah. Ini patut menjadi renungan kita bersama. Bagaimana Hizbullah boleh mempertahankan Lebanon dalam peperangan 33hari kelmarin. Tak lain tak bukan, PERPADUAN rakyat Lebanon begitu kuat. Syiah, Sunni, Druze dan Kristian semuanya mendokong Hizbullah dalam mempertahankan Lebanon. Yang penting bagi mereka ialah musuh utama mereka ialah zionisme dan itu yang harus dihadapi bersama.

Ini Politik Kelas Pertama !

Kalaulah kita letak di dalam sanubari kita perjuangan membebaskan Al Aqsa sentiasa maka kita tidak akan menunggu sebegini lama untuk sama-sama bersolat di Masjidil Al Aqsa.

Insya Allah.....Palestin sentiasa dihatiku!!!

No comments:

Popular Posts