Friday, March 20, 2009

Handalnya Anwar Memperdaya Bijak Pandai Negara

Salam,

Saya bukan tidak setuju akan dikembalikan pengajaran matematik dan sains ke bahasa Melayu semula namun apa yang saya lihat adalah dari sudut lain.

Sejak 1998, apabila Anwar dipecat sahaja maka ada segerombolan cerdik pandai negara menyokongnya dianataranya Dr Chandra Muzaffar, Prof Sy Naguib Al Attas, Dr Hassan Ali, Dr Harun Din dan beberapa nama besar lagi. Setelah beberapa waktu berlalu, ada yang sedar dan ada juga yang masih kekal namun tidak seghairah dulu lagi.

Anwar adalah satu figur yang amat berjaya memberikan seribu keyakinan dan janji serta berjaya memanipulasi suasana politik semasa. Bayangkan dari peringkat bawah rakyat hingga ke seniman negara, profesor dan ahli bijak pandai semuanya terpengaruh dengan "karisma" ANWAR !

Persoalannya, apa akan jadi jika tembelang Anwar terbongkar dan semua orang yang terpengaruh dengannya rasa tertipu?

Apakah semua orang akan merasakan itu semua konspirasi belaka?


Kita akan saksikan semuanya ini tidak lama lagi....

12 comments:

Anonymous said...

salam..
ramai orang membenci anwar..pada saya anwar manusia biasa yang diberi kelebihan dalam beberapa sudut juga kelemahan..orang ramai mempertikaikan kredibiliti anwar kerana kes2 yang hangat dipasaran..pada saya lebih menakutkan orang yang bakal dilantik menerajui negara penuh dengan kes 'teka teki'..tahu2 orang yang terlibat hilang dengan tiba2..

dengan kuasa dan wang,manusia boleh dibeli dizaman ini..saya tak mahu malaysia ini di anggap macam 'bapak ko punya'..bila perintah malaysia seolah2 dia boleh buat apa yang dia nak..pemimpin dipilih kerana telah diberi amanah..kerana ramainya pemimpin umno semakin hilang kredibiliti dan personaliti,mereka mahu lawan nya juga buruk dan dilambakkan keburukan lawannya agar rakyat tidak akan memilih orang lain dan akhirnya biar lah umno yang memerintah malaysia tercinta ini..

bukan saya tidak tahu isu pemimpin2 umno..cuma isu yang tidak baik itu tidak didedahkan kepada rakyat..kalau ade yang berani..memang sengaja menempah sel ISA lah gamaknya..bila tidak didedah kan pada rakyat seolah2 bersih lah pemimpin itu..anwar yang memang sah pembangkang dikutuk terang-terangan,kerana anwar tiada kuasa langsung..dalam media tv1,tv2,tv3 dan seangkatan dengan nya mencanang ke seluruh pelusuk keburukan anwar..akhirnya nenek yang tidak tahu apa-apa membenci hanya kerana disumbat cerita sama pagi petang siang malam..mereka tiada internet malah mungkin tidak tahu guna sekalipun..yang si pemimpin seolah2 bersih itu nampak bersih sahaja kerana tiada siapa yang berani mahu mengeluarkan cerita,kalau berani..siaplah!!

untuk jadi lebih matang tentang isu dalam malaysia ini kita tidak boleh berat sebelah.tetapi ramai juga yang baca atau mencari info hanya berdasarkan satu parti sahaja..jika anda rasa anda mampu mengubah umno kepada lebih baik saya harap anda berjaya kerana setakat ini mereka yang cuba mengubah umno akhirnya dia yang 'terubah'..

pada saya kita seolah2 berada dalam tong sampah yang penuh dengan sampah..bagaimana kita mahu membersihkan padahal kita memang didalam tong sampah??

anda pasti ada jawapannya...

THE PUREHADHARIST said...

salam fariza,

Setiap yang berlaku di dalam dunia ini mestilah dilihat dan dinilai dengan objektif dan berfakta bukan hanya persepsi.

Kes2 yang melibatkan Anwar semuanya konspirasi menurut penyokong Anwar dan sebaliknya kes yang melibatkan pemimpin Umno adalah "benar" belaka kalau tidak pun penuh misteri.

Sumpah Saiful dan Najib adalah bohong sebaliknya tak bersumpahnya Anwar adalah kebenaran!???<<<

Kegagalan Anwar mengubah UMNO dulu adalah suatu standad bahwa UMNO tidak boleh berubah dengan tidak berfikir samada betul ke niat Anwar dulu untuk merubah UMNO atau ada niat lain? Jadi penyokong2 Anwar kata kita semua akan gagal merubah UMNO, sebabnya apa? Sebabnya ialah Anwar pun gagal takkan kita boleh berjaya?

Seharusnya kita hendaklah adil dalam menilai. Janganlah taksub mengatasi fakta! Anwar juga berjaya mendapat ruang yang amat luas yang belum pernah didapati-oleh pemimpin pembangkang sebelum ini malah ketika dia berada dlm kerajaan pun dia tidak bersuara tentang kebebasan bersuara!

Kalau kita katakan media arus perdana berat sebelah, ini tidak tepat kerana media arus perdanalah yang banyak mendedahkan isu2 rasuah pemimpin2 UMNO yang terlibat.

Amat malang logika tong sampah yang saudara/i gunakan dalam visi Islam.-kalau logika ini yang dipakai maka tidaklah Allah utuskan para Rasul ke masyarakat jahiliah lebih baik tubuh suci para Rasul disimpan di syurga dari bergelumang dengan tong sampah jahiliah....

Ingat! Kita ada konsep amar makruf nahi munkar serta uslub dakwah yang luas tidak hanya cara Anwar sahaja yang betul dalam sesuatu visi....

Fikirkan dan mari kita berdiskusi lagi....

Anonymous said...

salm bro purehadarist,

wa skong apa yg dikatakan fariza. come on lah...logik ke DSAI meliwat saiful tu. bini dia anak dia lagi lawa. semua tu konspirasi.. jgn dok slhkan org jer umeno xbleh berubah. Pemimpin yg sedia ada ni pun gagal merubah ameno..

Unknown said...

Salam,

Saya hairan kenapa para cendiakawan/ulama boleh terpengaruh dengan kata-kata anwar. Nak kata diorang ni takde ilmu rasanya mustahil. nak kata diorang tak ikhlas pada ilmu yang dimiliki, ikhlas tu hanya tuhan yang tahu. saudara ada jawapan? apa jampi anwar?

Aku said...

salam,

maksumkah ulama ulama itu? apa ilmu yang ada mereka menerima 'direct wahyu' dari Allah?
sedangkan banyak dalam sejarah di mana ulama sendiri merosakkan ummat dan ulama sendiri tertipu dengan hasil penipuan musuh islam.
apa lupakah kita dengan hadith rasulullah yang menggambarkan di akhir zaman orang yg bermuka monyet dan babi tak silap saya duduk di atas mimbar memberi khutbah..

apa lagi contoh yang saudari di atas nakkkan?kejatuhan andalusia juga berpunca dari sikap bodoh segolongan orang yang bergelar ulama dek termakan hasil penipuan orang kafir kristian waktu itu. apa lagi contoh yang saudari di atas nakkan?

hatta di mata kamu semua si saiful itu bersalah, tetapi di dalam islam jika seseorang itu datang mengadu sebagai yang di zalimi dan teraniaya, kita wajib memberi ruang keadilan kepadanya hingga terbukti kenyataan nya itu salah.bukan terus mengatakan dia penipu etc. seseorang yang mengaku di rogol , tidak perlu diminta 4 saksi. tetapi mengapa adayang membabitkan isu 4 saksi dengan saiful? ada satu kisah membabitkan sayyidina ali di mana seorang perempuan menuduh seorang pemuda merogolnya. sayyidina ali tidak minta pun 4 saksi.tetapi beliau mengadilinya dengan bijak hingga terbukti si perempuan menipu lalu dihukumnya. inilah keadilan islam yang benar.

Unknown said...

salam kepada "aku"

saya memang setuju dengan anda, ulama bukan maksum. Tapi masalahnya ulama yang baik di mata rakyat boleh diperdaya sebaliknya para perasuah macam YAB Ali Rostam dan YB Khairy tidak terpedaya dengan anwar. hairan betul saya. Dan satu lagi dalam kes saiful, saya setuju dengan saudara. kenapa perlu 4 saksi sedang Saidina ali pernah menghakimi kes rogol tanpa empat saksi, apakah saidina tidak adil, betul tak. Tapi doktor kata tiada kesan liwat pada dubur saiful. Saya pun pening, nak caya cakap saiful ke cakap geng anwar

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Saya sering pastikan tidak mudah mengambil suatu kesimpulan atas sesuatu perkara yang bersifat khusus lalu saya "generalised"kannya. Dalam isu mengapa ulama yang baik yang diterima rakyat terpedaya dengan Anwar dan yang perasuah tidak terpedaya? Kita sepatutnya berfikir begini, apakah semua ulama terpedaya dengan Anwar dan semua perasuah tidak terpedaya dengan Anwar? Maka terpedaya atau tidaknya seseorang dengan Anwar bukan ulama atau perasuah tetapi mengikut penilaian setiap orang dalam meneliti kes Anwar ini bukan ulama atau perasuah.

Tentang takkanlah Anwar liwat Saiful dalam keadaan mempunyai isteri cantik dan anak-anak? Mudah sahaja, liwat adalah penyakit lelaki suka lelaki, jadi fikirlah sendiri.

Tentang laporan hospital tu kita kena pula hati-hati apakah tiada konspirasi di situ! Ini yang selalu kita silap dalam menilai, kalau sesuatu itu kena ke atas Anwar, kita kata konspirasi tapi kalau Saiful, itu benar belaka...

Beginilah, Saiful telah berani di dalam masjid bersumpah dengan nama ALLAH yang tidak dibuat Anwar! Buat masa ini, naluri keIslaman saya lebih menyebelahi Saiful kerana saya juga bersandarkan ALLAH dalam setiap urusan. Maknanya kita tiada pilihan kerana bersumpahnya Saiful dengan mencagarkan keselamatan diri dan keluarganya yang akan ditimpa bencana dengan nama ALLAH dan dibandingkan pula dengan Anwar yang tidak berani berbuat demikian takkanlah naluri kita tidak ada sedikitpun mempercayai Saiful dan mempercayai sepenuhnya Anwar hanya berdasarkan pidato hebatnya.......fikirkanlah

Unknown said...

salam kepada yang empunya blog,

saya sependapat dengan saudara berhubung "generalised". cara fikir seperti yang saudara kemukakan punya asas yang baik. Kita juga sepatutnya berfikir begini, apakah semua ulama yang baik bersama Najib dan semua perasuah tidak bersama najib? Maka bersama atau tidaknya seseorang dengan najib bukan ulama atau perasuah tetapi mengikut penilaian setiap orang dalam meneliti siapa najib.

betul kata saudara kita wajib berhati-hati dalam laporan perubatan itu mana tahu ada unsur konspirasi. anwar juga jaguh dalam hal ini. namun apakah sumpah saiful juga tiada unsur konspirasi. adakalanya saya keliru. dari pengalaman saya pernah berhadapan dengan seorang penagih yang bersumpah dengan alquran bahawa dia tidak mencuri namun mahkamah menjatuh hukuman keatasnya. dalam kes ini saya lebih suka dengan mendahulukan keputusan mahkamah dari sumpah saiful, bukan berarti saya kata anwar tidak liwat saiful. Dua hal yang masih saya keliru kenapa kes liwat orang islam tidak dibawa ke mahkamah syariah dan kenapa dalam pendakwaan dikatakan kes liwat ini berlaku suka sama suka tetapi saiful tidak didakwa. jika kerana saiful pengadu maka dia tidak didakwa apa ertinya suka sama suka dalam pertuduhan.

saya tidak kata saiful salah tapi saya melihat bahawa saiful berfikiran matang dan terpelajar kenapa dia membenarkan anwar meliwatnya.

pada saya sepatutnya saiful tidak bertemu najib untuk mengadu hal liwat ini, sebaiknya beliau ke mekah dan berdoa dihadapan kaabah mohon kepada allah turunkan balasan kepada anwar kerana menipu rakyat malaysia. dan menjauhkan dirinya dari anwar. tindakan beliau mendedah kes liwat ini kepada umum pada saya mempertajamkan perbalahan dikalangan ummat.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Fariza,

Jadi saudari terimalah asas pemikiran saya itu cuma saudari mahu ia diapplikasikan juga kepada Najib. Saya tidak mempunyai masalah untuk diapplikasikan kepada Najib atau sesiapa sahaja, silakan...

Sumpah mubahalah adalah juga proses di dalam syariat Islam dan Saiful telah menjalankannya tetapi tidak Anwar.

Kalau betul mahu menunggu keputusan mahkamah, ok, kita tunggu tetapi kena adil dalam menilai....masakan sumpah mat gian nak dijadikan contoh kerana saudari sudahpun menghukum Saiful seperti mat gian kedua, saudari masih menyebelahi Anwar walaupun dia tidak bersumpah walaupun jika dia bersumpah saya rasa saudari tidak mengatakannya sumpah mat gian!

Samada di Mekah atau tidak, nama ALLAH telah dilafazkan maka sepertimana yang saya katakan naluri keIslaman saya tersentuh...sumpah itu mempertaruhkan diri dan keluarganya yang mana Anwar tidak berani lakukan.

So, seharusnyalah kalau mahu mahkamah yang menentukan maka kes Altantuya juga harus ditunggu sebelum mahu mengaitkan Najib...dan seperkara lagi, janganlah terlalu taksub dengan Anwar sehinggakan kita hanya tahu menilai musuhnya sahaja dan tidak dirinya selama ini....jangan lupa tanya Ust Taib Azamudin tentang mangsa liwat Anwar dulu....tentunya saudari terlupa atau masih mengatakan ianya konspirasi....mangsa dulu tak jumpa Najib tapi Imam Besar Masjid Negara....

THE PUREHADHARIST said...

PEmbetulan. Posting diatas utk Nurizzah bukan Fariza. Maaf.

Unknown said...

betul kata saudara, saya tidak sepatutnya menyamakan mat gian dengan saiful, apa pun kita tunggu mahkamahlah, jika saiful berani bersumpah kenapa anwar tidak, betul tak. Allah tentu punya perancangan kenapa hal ini terjadi keatas ummat islam. Saudara terlalu cepat menilai saya menyebelahi anwar, jujur saya tidak menyebelahi sesiapa. saya cuma ingin berkongsi rasa keliru dengan sesiapa yang sudi mendengarnya. cuma saya masih mencari jawapan kenapa saiful benarkan anwar liwat dia. dan sekiranya dia tidak mampu berkata tidak kepada anwar, kenapa tidak ke mahkamah syariah untuk membuat aduan bahawa dia dirogol anwar. sama juga pengadu kes yang sama kepada ust taib. kenapa tidak ke mahkamah syariah. dan kenapa dalam kes ini anwar harus membuktikan dia tidak meliwat saiful bukankah sepatutnya pembuktian beban kepada yang mendakwa yakni saiful yang harus membawa bukti.

Dalam kes najib pula, kekeliruan saya adalah berhubung siapa yang memberi arahan kepada sirul dan azilah untuk bertindak keatas altantuya. dari catatan mahkamah dan dipetik akhbar utusan ketua pegawal peribadi najib yang beri arahan, lantas kenapa dia tidak menjadi saksi dalam kes tersebut.

THE PUREHADHARIST said...

salam Nurizzah,

Kekeliruan saudari adalah sesuatu yang normal dan bukan saudari sahaja yang keliru, kita juga keliru kerana jika tidak keliru maka telah jelaslah semuanya dan mudahlah kita menilai. Justeru itu, pada tahap ini, apakah mekanismenya untuk mengatakan dakwaannya benar sebelum dibicarakan di mahkamah? Ia adalah sumpah mubahalah. Dan sumpah atau ikrar Saiful sebenarnya bukan hanya untuk membuktikan Anwar sahaja yang salah malah kalau ikut Islam, Saiful juga harus dihukum atas perbuatan liwat.

Apabila Saiful ikrar atau bersumpah mubahalah mendakwa Anwar meliwatnya, maka Anwar perlu menafikannya dengan method yang sama iaitu berikrar atau sumpah dan penentuan siapa yang benar akan ditentukan oleh mahkamah.

Mengapa tidak dibawa ke mahkamah syariah? Itu perlu tanya Saiful sendirilah dan ini tidak menutup kemungkinan Saiful benar-benar diliwat dan samada mengapa ia tidak menolak atau menahan Anwar apabila hendak diliwat, bagi saya yang penting berlaku atau tidak perbuatan itu oleh seorang yang dikenali dengan imej Islam itu.

Kalau suka sama suka ia tetap liwat, kalau Saiful dipaksa, Anwar tetap liwat dan ini yang lebih penting sebelum kita terus menobatkan dia sebagai bakal pemimpin negara yang dibawahnya ada Parti Islam pulak tu.

Maka kekeliruan saudari itu akan terjawab di dalam mahkamah kelak kecuali saudari dah tak yakin dengan prosedur mahkamah kita.! Memang kadang kala kita tidak mempercayai mahkamah apabila tidak menyebelahi selera kita tapi jika ianya menyebelahi kita, kita akan cakap mahkamah bagus.

Ini yang terjadi ramai dikalangan kita...baca juga blog Saiful untuk lebih objektif dalam penilaian kita.

Popular Posts