Monday, March 2, 2009

ISLAM HADHARI DIANGGAP ISLAM LIBERAL?

Salam,

Amat menjengkelkan bilamana membuat suatu andaian bahawa Islam Hadhari itu adalah Islam Liberal tanpa landasan keilmuan yang melandasi andaian itu. Sebenarnya Islam Hadhari dianggap Islam Liberal telahpun dikumandangkan di timur tengah memandangkan golongan liberal sering juga menyebut Islam Hadhari. Maka timbullah persepsi bahawa Islam Hadhari itu adalah sama dengan Islam Liberal dan ketika ianya dipopularkan oleh kerajaan pimpinan Pak Lah, Islam Hadhari dianggap sama dengan Islam Liberal di timur tengah.

Oleh kerana itu, saya merasa bertanggungjawab untuk mengangkat prinsip-prinsip Islam Hadhari melalui buku pertama saya itu tanpa mengaitkannya dengan Pak Lah walaupun Pak Lah adalah pelopornya. Beberapa kali saya tegaskan bahawa Islam Hadhari adalah konsep yang baik dengan prinsip-prinsipnya yang komprehensif itu.

Baca setiap prinsip Islam Hadhari pasti akan timbul ide yang boleh terrealisasi dalam kehidupan seharian. Islam Hadhari bukan Islam Liberal kerana isinya adalah perkara-perkara fundamental di dalam Islam. islam Liberal pula secara "jahilnya" berlagak pandai dengan mempersoalkan perkara-perkara fundamental sehingga akhirnya menolak Al-Qur'an sebagai penyelesaian abadi.

Islam Liberal cuba menjadi jaguh isu-isu emansipasi wanita tanpa terlebih dahulu mengetahui hukum berkaitan wanita dan apa itu emansipasi atau kebebasan wanita ! Islam liberal memandang wanita yang mengenakan hijab adalah berpotensi besar untuk di"penjara" di dalam kurungan diri sendiri dengan hanya berhijab. Islam Liberal melihat penyalahgunaan undang-undang perkahwinan sebagai kezaliman ke atas keseluruhan wanita Islam. Ini adalah tidak benar. Yang zalim adalah manusia bukan undang-undang. Penyalahgunaan kuasa atas undang-undang bukan bermakna undang-undang yang harus dihapuskan! Orang yang menyalahgunakanlah yang perlu dihukum bukan hukumnya yang dihilangkan.

2 comments:

ONE said...

semoga islam akan terus mekar di bumi bertuah ini..

allahuakbar

Farazdaq Fargas said...

Salam pada semua

Ini meruapkan pertama kali saya memberi komen selepas banyak kali saya mengikuti dan membaca buah fikiran dan tulisan saudara ini.

Kembali kepada topik, disini saya ingin menekan bahawa Islam Hadhari ada pon dari segi istilah penggunaan katanya kurang tepat atau salah seperti yang cuba di dakwa pembangkang (yang sentiasa membangkang xkira salah atau betul), itu semua tidak lah penting dan jika di bahaskan tidaklah mendatangkan sebarang faedah serta kegunaan kepada masyarakat.

Saya suka mengambil pandangan daripada seorang tokoh politik revolusi Islam Iran yang agak kontrovesi "Dr. Ali Shariati" yang mengatakan "saya kurang suka membahas kenapa harus begini, kenapa xbuat begitu dan sebagainya, kerana ini semua tidak membuat kita maju kehadapan dan tidak mendatangkan faedah apa pun melainkan hanya berputar di sekitar itu sahaja, tetapi saya suka membahas kan dengan soalan APA FAEDAHNYA KEPADA MASYARAKAT DAN KESANNYA TERHADAP PEMBENTUKAN MASYARAKAT???..inilah yang seharusnya kita bahaskan"

Nah dari kata-kata Dr.Shariati ini, jelas bagi kita bahawa harus kita pandangan lebih dalam dan matang atas Islam Hadhari ini, supaya Islam Hadhari ini dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat...

Jangan kita hanya menuduh, ini begini dan begitu, malah mari kita duduk semeja, bentangkan idea, lontarkan kata-kata, kita bahas cara dewasa...

Penuduhi Islam Hdhari adalah Islam Liberal meruapkan suatu tuduhan yang tidak masuk akal dan tidak matang, nampak sangat orang yang membuat tuduhan itu tidak matang dan arif dalam membuat fitnah, rasanya dia perlu belajar lebih lagi dlm ilmu fitnah menfitnah...

Secara prinsipnya islam hadhari dan islam liberal amat jauh dan tidak ada persamaa sama sekali. seperti yang telah dinyatakan penulis, islam hadhari tidak dpt dissamakan dengan liberal.

maaf jika panjang memberi komen

wasalam

Popular Posts