Tuesday, March 17, 2009

UMNO HARUS MEMPERTINGKATKAN CITRA ISLAMNYA

Salam,

Menjelang pemilihan UMNO 2009 yang bakal menyaksikan barisan kepimpinan UMNO yang baru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan apa yang selama ini terpendam yang harus saya luahkan bagi didengar oleh pemimpin-pemimpin baru UMNO kelak.

UMNO dilihat sebagai parti Melayu yang kurang citra Islamnya malah secara berlebihan dikatakan anti-Islam oleh PAS selama beberapa dekad yang berlalu. Kesannya yang sangat mendalam ialah apabila program Islam Hadhari yang begitu baikpun ditolak oleh mereka dek kerana imej UMNO yang dikatakan non-Islamik menurut mereka.

Saya bukan mahu terus menafikannya namun UMNO hendaklah muhasabah diri bagi mencari sisa-sisa kelemahan yang ada untuk terus memacu persada politik arus perdana ini.

Islam yang syumul bukan hanya dapat dilihat melalu cabang-cabang ibadah serta ritual keagamaan semata-mata. Kesyumulan Islam merangkumi semua perkara. Oleh itu, jika soal-soal ibadah dan ritual sahaja diberikan penekanan maka ia telah lari dari roh kesyumulan Islam itu sendiri. Begitu juga jika hanya hudud dan soal mendirikan negara Islam sahaja diberi penekanan tanpa melihat apakah cukup syaratnya (rujuk arkib blog) serta ulama yang mampu mengetuainya maka ia juga lari dari Islam itu sendiri.

Namun demikian, UMNO boleh sahaja mengatakan PAS belum cukup syarat sebagaimana UMNO juga belum tetapi apakah UMNO telah melangkah untuk membuat program-program ke arah mencukupkan persyaratan itu? Lebih parah lagi, apakah UMNO mengimani bahawa perlaksanaan Islam itu wajib dan tidak boleh ditinggalkan?

Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan pemimpin UMNO dan menyuarakan hal ini bahawa kita janganlah menjadi seperti PAS yang jahil tentang Islam tetapi meletakkan perjuangan Islam sebagaimana matlamat, samada ikhlas tetapi jahil atau hanya sebagai slogan untuk menarik perhatian rakyat. UMNO juga saya katakan mesti mempertingkatkan citra Islam di dalamnya dengan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang memberikan imej non-Islamiknya seperti hudud tidak boleh dilaksanakan, UMNO tolak hudud dan sebagainya. Yang harus dinyatakan ialah, UMNO faham bahawa perlaksanaan hudud perlu banyak persyaratan mengikut Islam dan setakat ini, kita belum cukup syarat dan UMNO sedang ke arah mempercukupkan syarat. Ini sepatutnya pendirian UMNO.

Maka, ini adalah harapan saya untuk melihat UMNO selepas ini. Persyaratan menegakkan negara Islam termasuk di dalamnya ialah adanya ulamak yang cukup alim (baca: mujtahid), penerimaan rakyat non-Muslim terhadap negara Islam serta tidak menimbulkan anarki akibat tidak fahamnya mereka terhadap negara Islam. Maka, Islam menjaga kemashlahatan umum dan disini letaknya perbezaan UMNO dan PAS. UMNO sebuah parti Islam mesti mempunyai pendirian ini dengan tidak menghilangkan citra Islamnya dengan kenyataan-kenyataan yang memberikan imej non-Islamik seperti menolak hudud dan sebagainya tadi.

Program-program keIslaman haruslah dipertingkatkan, program-program "lagha" harus dihilangkan. Cara hidup perlu diubah.

Pemimpin-pemimpin UMNO harus sedar bahawa mereka adalah juga pemimpin-pemimpin rakyat Malaysia. Maka, hanya bercitrakan Islam dan nilai-nilai murni sejagat, rakyat akan dipimpin dengan penuh ketenangan dan kesuksesan...

10 comments:

taipingmali said...

Salam ziarah, cuba tuan buat kajian fahaman mazhab dalam Umno dan mazhab dalam Pas.

Anonymous said...

salam..hmm sy msh xdpt tgkp ape yg diperjuangkan oleh umno..nk kate perjuangkan bahasa melayu atau org melayu..nmpk makin tekan melayu..nk ckp perjuangkan islam..hmm xyah citer la..xde lgsg..pd sy kte ptt blk pd Kalam Allah dan sunnah..islam ini mudah..hudud sgt mudah dijalan kn asl kan nk..non muslim bkn xbley fhm tggl lg x diterangkn..

THE PUREHADHARIST said...

salam farizasaid,

Memperjuangkan Islam bukan hanya berslogan Islam dan meletakkan Islam dalam perlembagaan parti. Begitu juga berslogan bahawa mengikuti Al Qur'an dan Assunnah kita sudah dikatakan memperjuangkan Islam. Berslogan akan melaksanakan hudud juga tanpa tahu diri samada sudah cukup syarat atau tidak, rakyat dah faham atau tidak atau diri sendiri dah faham atau tidak, tidak melayakkan kita sebagai pejuang Islam dan menafikan pula orang lain sebagai pejuang Islam adalah lebih malang lagi.

Perjuangan Islam tidak hanya itu. Banyak hal yang perlu dilaksanakan dulu sebelum hudud atau terbinanya negara Islam. Harap baca tulisan2 saya sebelum ini dan masuk balik dengan lebih bersedia.

PAS juga gagal memahamkan DAP dan Anwar tentang hudud, atau PAS sendiri tidak jelas bagaimana dan apa itu hudud..

Anonymous said...

umno ibarat yang dikejar xdpt yg dikejar brciciran..matlamat sbnr prjuangan umno ialah mmbela nasib kaum melayu akn tetapi terbelakah nasib kaum melayu spnjg 50 thn ini?slps tulisan jawi dirogol khir johari kali ini mahathir pula cuba menodai bahasa melayu..pak lah pula cuba mengalihkn pandgn msyrakat drpd menilai kelemahn pentadbiran beliau dgn mmprknlkn islam hadhari..malangnye lgsg xdpt diterime msyrkt walaupon dgn "fatwa" ulama' upahan..
dan sistem umno yg diwarisi drpd british xubah sprti kapal korek yg berkarat di perak..

THE PUREHADHARIST said...

Salam tempoyak,

Selain UMNO tiada parti lain yang telah terbukti berjaya membela rakyat dari merdeka hingga sekarang. PR belum teruji lagi namun nasib orang Melayu akan lebih terbiar dek terpedaya dengan konsep Bangsa Malaysia yang berintikan Malaysian Malaysia. Kalau hanya mengambil contoh tulisan jawi dan isu PPSMI sahaja belum dapat kita katakan ianya melemahkan Melayu namun yang nyata PR hanya mempolitikkan isu ini setelah ianya berjalan 6 tahun dan bagi tulisan jawi dah berpuluh tahun pun. Persoalannya, apakah benar PR mahu memartabatkan bahasa Melayu dan Jawi? Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan lihat juga apa isu2 Melayu yang diperjuangkan di negeri2 pemerintahan PR?

Yang sebenarnya dalam keadaan yang dikejar tak dapat ialah PR sendiri sebab Pas nak negara Islam tak dapat, Anwar nak jadi PM pun tak dapat, Dap nak Malaysian Malaysiapun tak dapat! Akhirnya nanti mereka akan bertelagah sama sendiri dek kerana perjuangan yang tidak jelas dan menjadi mangsa Anwar yang hanya nak jadi PM.

Dulu kita dengar mereka kata Pak Lah dan harus letak jawatan, hari ni nak buat road show pulak nak Paklah kekal dan jangan beri peluang pada Datuk Seri Najib....politik hampas

Anonymous said...

saudara bnyk brckp mngenai kepentingan melayu atau bangsa..sudah 1400 thn lbih islam bertapak di muka bumi dan asanya hanya satu iaitu mentawhidkan Allah namun llihatlah brape bnyk bangsa yg tlh jatuh slme jangka masa itu..
"Kalau hanya mengambil contoh tulisan jawi dan isu PPSMI sahaja belum dapat kita katakan ianya melemahkan Melayu"kata saudara..
dan kalau kita rujuk kembali kpd frasa bahasa melambangkan bangsa bermaksud bahasa adlah satu komponen yg penting dlm sesuatuu bangsa dan umno umpama telah memotong tangan bangsa melayu dgn keris yg dikucup swaktu perhimpunn umno dan itu dianggap tidak ada apa2?ini adlh satu yg amat mmbimbgkn lebih2 lg di negara majmuk sprti malaysia..

saudara hnya membelek utusan dan menonton buletin utama sudah mahu mengandai akan segala yg berlaku dlm pkr?itu sama sprti tutup mata kanan dan mengndaikn apa yg berlaku di sblh kanan anda..buka mata dan minda saudara..

ini kerana kebelakangan ini najib telah bnyk terjebak dgn bnyk isu2 negatif sprti altantuya almongolia,rasuah tidak bermaruah dsb..dismpg itu ada lg perkara yg pak lah belum selesaikan..

Anonymous said...

salam..bagus jika ada kemahuan untuk mengubah sesuatu kepada lebih baik..yang pelik nye lebih 50 tahun di perintah dengan UMNO tapi islam semakin di kecil kan..saya bukan hanya terdedah dengan penyokong pembangkang,malah saya punya kawan dikalangan umno sendiri..saya boleh merasakan perbezaan pemikiran dan kefahaman mereka berdasarkan perbezaan politik mereka sendiri..jika bercakap dengan mereka yang saya tahu pro umno..islam seolah2 pembangkang dan mereka secara tidak langsung seperti memusuhi islam..lain pula dengan pembangkang sendiri..mereka ok je nak bercerita atau mengupas tentang islam..mereka merasakan selepas gelombang 1998, suatu perubahan yang tidak mereka jangka iaitu lebih cuba mencari dan mengenal islam dan lebih tahu menilai situasi sosial sekarang..

jika benarlah umno mahu meletak kan islam diatas,sudah lama mereka jadikan kenyataan kerana kuasa penuh ditangan mereka..apa yang mereka mahu sekelip mata diusahakan dan akhirnya berhasil..jika 20 atau 30 tahun dahulu dilaksanakan memang mendapat tentangan,jadi perlulah diberi penerangan kepada bukan islam..dan sekarang mereka akan semakin faham..tetapi malangnya...tidak ada percubaan..

saya menulis berdasarkan logik..contoh seperti tulisan jawi telah dimansuhkan..kesannya sekarang..kebanyakan mereka yang berada dalam lingkungan 30an ramai yang tidak tahu membaca atau menulis jawi kecuali memang pernah ke sekolah agama..mungkin pada waktu itu orang tidak merasa apa2 tetapi kesan nya selepas 20 dan 3o tahun kemudian..

ini menjadikan ramai kalangan generasi muda termasuk saya lebih mahu bersuara kerana kami boleh berfikir dan menganalisa..lebih2 lagi didedah kan dengan teknologi maklumat,media dan buku2..jangan fikir orang muda sahaja yang boley berfikiran melulu..orang tua yang tidak mahu menerima sedikit perubahan dan tidak mahu tahu juga lebih bahaya melulunya..

THE PUREHADHARIST said...

Salam patinmasaktempoyak,

Kalau mahu berlandaskan asas tauhid yang Islam bawa selama 1400 tahun lebih, maka tidak sepatutnya umat Islam mundur dan ditindas seperti sekarang. Maka dimana silapnya? Bukan Islamnya tapi umatnya.

Memperjuangkan bangsa dan bahasa tidak bermaksud melepaskan asas tauhid. Ia adalah 2 benda yang berbeza. Begitu juga misalnya mempersetujui PPSMI tidaklah pula bermaksud meninggalkan jati diri melayu.

Kalaupun ianya menjejaskan dan bakal membuat kemerosotan nilai bahasa melayu seterusnya bangsa melayu, maka saya bersetuju ia dikaji semula namun janganlah kita menafikan pula bahawa kesannya terhadap murid dibandar adalah baik. Bahasa menunjukkan bangsa bukan bermaksud bahasa lain akan meranapkan bangsa!

Saya juga mahu mengatakan disini bahwa saudara hanya membelek harakah, blog, suara keadilan itulah sebabnya bila Anwar enggan bersumpah saudara yakin, Saiful dan Najib yang bersumpah dengan nama Allah tiada sedikitpun terkesan dihati saudara apakah ada sedikit kebenaran dipihak mereka!

Orang2 Melayu penyokong Anwar tidak sedar bahawa dalam keadaan kuasa politik ditangan melayu pun, ekonomi melayu terkial-kial untuk setanding dengan mereka, inikan pula apabila kuasa dikongsi sama rata dan sama rasa dalam PR maka jangan kata bahasa, bangsapun akan hilang lebih teruk dari kesan PPSMI lagi!

THE PUREHADHARIST said...

salam Fariza,

jangan samakan kefahaman Islam saudari sama dengan orang lain lebih-lebih dengan hakikat Islam itu sendiri.

Jangan hanya kerana segelintir kawan2 saudara berpandangan Islam seperti sesuatu yang asing maka saudari membuat kesimpulan UMNO tolak Islam.

Sebab itu saya katakan UMNO perlu mempertingkatkan citra Islamnya kerana ramai diluar sana berfikiran seperti saudara bahwa Islam adalah hudud dsb tidak yang lain. Memajukan ekonomi negara, memelihara keamanan negara dalam masyarakat majmuk bukan bererti melaksanakan Islam.

Apa-sahaja yang UMNO buat, bukan Islamik seperti konsep Islam Hadhari tidak Islamik kerana UMNo yg buat tapi bila Lim Guan Eng sebut Islam sikit...wah Islamiknya Guan Eng!
Bila UMNO kata Islam perlu dilaksanakan dalam keadaan non-muslim terima dan faham, maka kedengaranlah suara mengatakan UMNO tolak Islam dan tidak boleh berkerjasama dengan UMNO tapi terang2an Karpal tolak Islam, maka takpe boleh bentuk kerajaan bersama....

Anonymous said...

ada islam dan ada umat islam. keduanya dapat bersatu dan boleh jadi berisah. ada mukmin dan ada munafiq, dan alim dan ada juga jahil, pasangan ini dapat masuk dalam katagori muslim, tapi belum tentu dapat disatukan semuanya dengan standard islam.

hari ini kita melihat betapa orang yang berbahasa arab dan membawa tulisan arab telah ikut dalam gelombang zionisma dan khilangan islam dari tempatnya, karena permasalahan bukan hanya melaksanakan hudud atau hukum islam tapi bagai mana islam ada di muslimin seorang muslim....

betapa banyak yangperlu dilihat oleh muslimin untukmenyambapikan nilai tauhid yang diajarakan islam, mungkin kalau hanya membatasi dengan bahasa arab atau tulisan, maka betapa banyak lagi muslimin harus terpaksa membuang waktu untukmempelajari hal tersebut...

islam yang sudah disempurnakan Penciptanya telah berjalan bersama manusia hingga abad ke 15, tapi muslimin hingga hari ini masih 20% daripenduduk dunia. masih banyak kerja muslimin yang bertauhid untuk membawa risalah Ilahi ini, maka jangan hanya melihat satu sisi dan memaksakan sisi lain pada yang lain, atau menetapkan yang satu karena yang satu belum boleh melakukan, tapi cobalah berfikir, dimana setiap muslim dalam keadaan yang berbeza sehingga wajib menjalankan sejauh mana kemampuan yang dapat dibuatnya (maximal), karena kalau tidak, maka bukan saja manusia kan melihat islam sebagai ajaran yang tak dapat dilaksakaan yang kemudian akan menjauh dari ajaran benar ini.

kenapa kita tidak belajar dan mengajar dengan kadar akal yang ada pada lingkungan, kerajaan dan keadaan semasa?. bukan memaksa keadaan zaman nabi untuk dibawa kemasa ini?!

fikirkan lagi

Popular Posts