Tuesday, August 11, 2009

Pengkhianat Melayu Dan Kesediaan Bukan Melayu....

Salam,

Keadilan bagi Anwar ialah kesamarataan hak dan pembahagian kekayaan ekonomi Malaysia kepada semua kaum.

Keadilan bagi Anwar ialah segala keberadaan di dalam Malaysia ini dipunyai secara bersama diantara semua kaum Melayu, Cina, India, Iban dan kadazan.

Keadilan menurut Anwar pembasmian kemiskinan tidak hanya kepada kaum Melayu ianya mestilah meliputi semua kaum.

DEB bagi Anwar adalah untuk kroni-kroni Umno yang bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

Baiklah, jika kita bersetuju dengan Anwar maka perkara-perkara berikut mesti dilakukan :-

1. Setelah diteliti, maka kekayaan sekarang lebih dimiliki oleh kaum cina dan India serta yang terkaya juga adalah orang Cina dan India, suatu keadilan dituntut untuk Melayu juga diberi peluang untuk menikmati kekayaan itu setelah bertolak ansur memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu..apakah mereka akan memberikannya

2. Pemilikan tanah-tanah dibahagi sama rata diantara kaum maka premis-premis perniagaan di bandar KL misalnya mestilah diberi juga kepada org Melayu secara adil dan saksama sehingga mencapai 50-50 !

3. Pembasmian kemiskinan juga mestilah serentak dengan menaikkan taraf ekonomi orang-orang Melayu yang sekarang ini hanya mencapai 18% dimana selebihnya dimiliki bukan Melayu maka mereka harus bersedia berkongsi aktiviti perniagaan dan ekonomi agar dari 18% ekuiti orang Melayu akan meningkat ke 50% ekuiti orang Melayu. Segala aktiviti ekonomi seperti pembentukan syarikat mestilah diberikan 50% kepada orang Melayu atau India mengikut tahap pemegangan ekuiti semasa sehinggalah terjadi pembasmian kemiskinan secara samarata.

4. DEB memang tidak diperlukan jika langkah-langkah menaikkan ekuiti orang Melayu kepada 50% dan ini adalah adil kerana Melayu tidak meminta lebih daripada separuh...hanya 50% je.

Begitulah keadilan versi Anwar itupun kalau bukan Melayu bersetuju dan bersedia untuk kepunyaan mereka dikongsi bukan hanya tahu berkongsi kepunyaan atau hak Melayu sahaja.!




.

2 comments:

Anonymous said...

salam,...mohon copy artikel bernas saudara ini,...
mari kita bantu perjuangkan UMNO di Permatang Pasir...
saya berminat utk tunggu nukilan sudara mengenai PRK N11 tersebut :)

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

silakan..saya akan berada di Italy dari 19 ogos hingga 28 ogos jadi terlepas peluang untuk mengikuti PRK Permatang Pasir..namun ada posting saya yg lepas2 berkenaan anwar dan pembangkang.

Popular Posts