Monday, August 31, 2009

ERTI KEMERDEKAAN = BEBAS DARI KOLONIALISME

Salam,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 tahun.

Saya baru kembali dari Itali sebuah negara yang pernah menjadi negara kolonial.

Mengapa perlu kita tahu apakah erti kemerdekaan? Ini adalah kerana kita perlu tahu "program" terancang ratusan tahun dahulu bagaimana negara-negara kolonialisme mahu menguasai negara-negara lain khususnya negara-negara Islam.

Akibat kolonialismelah negara-negara Islam masih lebih mundur dari negara-negara barat. Akibat kolonialismelah, pemuda-pemuda kita menganut budaya kagum terhadap barat baik dari segi cara hidup, fesyen,seni dan sebagainya.

Akibat kolonialismelah kita lihat budaya setempat terhakis dan muncul budaya barat yang lompong nilai.

Akibat kolonialismelah Tanah Melayu menyaksikan bumiputera tetap mundur berbanding yang lain hingga ke hari ini.

Betul kita telahpun merdeka. Namun apakah kita pasti kita tidak dijajah dari sudut kebudayaan misalnya? Apakah kita tidak merasa bahawa kita sedang berperang secara kebudayaan lawan kebudayaan?

Ingat! perang kebudayaan jika kita kalah, kesannya lebih teruk daripada kesan dari kekalahan perang fizikal. Jepun bangkit balik setelah kalah dalam perang fizikal dalam peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki namun Jepun lebih "hancur" sekarang ini dari sudut kebudayaan walaupun dari sudut lain ia kelihatan maju!

Malaysia bagaimana?

Untuk melihat dan memikirkan kedudukan Malaysia, cukup untuk kita lihat kadar statistik kebejatan moral yang semakin meningkat sekarang ini...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

2 comments:

Anonymous said...

Bolehkan tuan huraikan hal berkenaan "hancur" nya budaya Jepun?

THE PUREHADHARIST said...

Yang dimaksudkan dengan hancurnya budaya Jepun adalah dari segi hilangnya jati diri serta terpengaruhnya muda-mudi Jepun dengan budaya barat khususnya dari segi sosial, fesyen fan lain-lain. Ini adalah akibat serangan kebudayaan...

Popular Posts