Wednesday, December 9, 2009

Masjid VS Rumah Ibadah - Perlu ke Sama Banyak ?

Salam ,

Apabila Ahli Parlimen DAP menanyakan mengapa kerajaan memperuntukkan jumlah yang lebih untuk membina masjid melebihi Rumah Ibadah agama lain, saya tidak mempunyai pilihan untuk beranggapan bahawa:-

1) Dia tidak tahu apa yang dicakapkan kerana mempunyai hal tersirat yang lain yang sebenarnya hendak disampaikan...agenda sulit

2) Mahu dilihat sebagai hero yang memperjuangkan hak golongan minoriti

3) Tidak faham konsep keadilan sosial yang mahu disamakan dengan kesamarataan sosial atau sengaja buat-buat tidak faham

4) Kebiadapan yang tidak boleh dibendung lagi kerana telah merasa kuat dan dianggap telah "beriman" oleh PAS dan bolehlah menyentuh hal ehwal umat Islam Malaysia.

Kita sering mendengar ceramah-ceramah dari PAS khususnya Mat Sabu yang mengatakan bahawa UMNO akan meniupkan perkauman apabila merasa UMNO lemah sebagai contoh peristiwa 13 Mei.

Saya ingin mempertikaikannya kerana, kita juga boleh mengatakan begini; semangat perkauman akan ditiupkan apabila pembangkang merasa kuat daripada UMNO dan BN. Buktinya, UMNO kuat sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir dan sepanjang itu semua rakyat hidup aman, menikmati kemakmuran ekonomi dan sebagainya. Kita jangan lupa, peristiwa 13 Mei berlaku ketika mana pembangkang menang beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

Bukti lagi ialah sekarang ini, apabila merasa kuat, maka timbullah suara-suara seperti menukar papan tanda jawi ke bahasa lain, BTN perkauman, masjid banyak sangat berbanding rumah ibadah lain, DEB dipertikaikan, Ketuanan Melayu tiba-tiba menjadi sesuatu yang mencekik tengkorok bukan-Melayu dan lain-lain lagi. Jadi kita juga ada hak untuk berpendapat begitu!

Bukan itu sahaja, mereka telah secara bebas mengguna-pakai ayat-ayat suci Al-Qur'an dikalangan mereka yang bukan Islam dan direstui ulama-ulama PAS .

Maka Mat Sabu, bacalah politik secara bijak dan adil. Ingat ! APA KEUNTUNGAN ISLAM DAN MUSLIMIN DI MALAYSIA SEPANJANG PAKATAN RAKYAT MUNCUL ! ?

1. Islam dapat dimartabatkan sehingga terwujudnya negara Islam?
2. Hudud telah pun dapat dilaksanakan yang mana tidak dapat dilaksanakan dalam pemerintahan BN? atau sekurang-kurangnya ada komitmen untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat bila memerintah Malaysia nanti?
3. Melayu di negeri-negeri Pakatan khususnya Pulau Pinang telah dapat mencapai ekuti 30% atau lebih daripada itu hasil kesaksamaan pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng a.k.a Umar Abd Aziz celup?

Saya tidak pernah mendengar bahawa tokong-tokong Cina dan Kuil Hindu penuh sesak dimana-mana di dalam Malaysia sehinggakan perlu diberi peruntukkan lebih. Ini berbeza dengan masjid dan surau yang mana secara lazimnya sering penuh sesak di kawasan kediaman dan taman-taman perumahan samada untuk solat Lima waktu atau solat Jumaat dan Hari Raya.
Maka atas dasar itulah peruntukkan lebih diberikan kepada masjid dan surau.

Kekerapan penggunaan masjid dan surau juga saya kira lebih jika dibandingkan dengan rumah-rumah ibadah yang lain. Tidak pernah pula saya dengar agama-agama lain yang bersembahyang secara berjamaah 5 kali sehari di semua kariah yang mana memang amat diperlukan untuk dibina bagi setiap kariah. Ada ke konsep kariah pada agama lain?

Di Batu Caves pun yang kita dapati perhimpunan besar-besaran satu tahun sekali dan dikuil-kuil lain secara puratanya juga begitu.

Maka di mana rasionalnya permintaan DAP itu? Atau apakah sengaja mahu bermain api!!

DAP harus melihat Singapura terlebih dahulu, apakah jumlah masjid atau tokong yang lebih di sana atau memang secara keperluannya, tidak diperlukan tokong sebegitu banyak berbanding masjid.

Ini konsep keadilan sosial. Yang mana memerlukannyalah yang diberikan bukan sebaliknya. Keadilan bukan kesamarataan.

Fikirkanlah....

2 comments:

Unknown said...

"Saya tidak pernah mendengar bahawa tokong-tokong Cina dan Kuil Hindu penuh sesak dimana-mana di dalam Malaysia sehinggakan perlu diberi peruntukkan lebih. Ini berbeza dengan masjid dan surau yang mana secara lazimnya sering penuh sesak di kawasan kediaman dan taman-taman perumahan samada untuk solat Lima waktu atau solat Jumaat dan Hari Raya." KAH!KAH!KAH! LAWAK BEB... Kejap-kejap.. aku nak terkencing.. Ni sapa punya statement yang ngkau cut and paste.

Aku nak tanya la dgn ngkau.. berapa kali seminggu ngkau pergi mesjid atau surau?.. ckpla dgn ikhlas... aku nak tanya la.. masjid atau surau mana kat dlm malaysia ni kalau solat 5 waktu bersesak2 giler? Kecuali solat jumaat.. yang lain semua haprak...Buat berjuta2 RM, tapi saf cuma 1 baris..

DAP tu nak kan keadilan.. dia bukan nak kan tokong sama byk. Dia cuma nak justification. Kata islam tu adil.. Macam ni adil ke? 1 Malaysia konon.. KHAK PTUIII!!!

THE PUREHADHARIST said...

Salam Zulmainoe,

TULISAN SAUDARA SAYA JAWAB DALAM POSTING TERKINI SAYA. HARAP BACA..

Popular Posts