Monday, March 22, 2010

Siaran Ulangan :ISU NEGARA ISLAM : PAS MASIH BELUM CUKUP SYARAT.

Sunday, April 6, 2008

Salam,

Pakatan Rakyat telah saya ulas dalam posting yang lepas di mana bakal menemui kebuntuan di antara 3 parti besar pakatan itu. ( sila rujuk posting yang lepas ).


Isunya apa? Ideologi. Negara Islam adalah isunya. PAS dalam pandangan saya tidak berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat bukan Islam dan Islam tentang konsep Negara Islam. Tidak berjayanya PAS boleh disebabkan samada PAS sendiri tidak mempunyai konsep yang jelas berkaitan negara Islam atau PAS sendiri tidak mempunyai keahlian dalam isu negara Islam yang menyebabkan tidak dapat membentuk satu konsep yang jelas.

Yang dimiliki PAS adalah semangat untuk menegakkan negara Islam dan sebagai slogan yang dilihat popular dalam era kebangkitan Islam. Berkaitan semangat, itu sesuatu yang mulia namun negara Islam tidak dapat ditegakkan semata-mata dengan semangat. Konsep negara Islam mestilah difahami oleh kepimpinan PAS sendiri sebelum dijaja di pasaran Malaysia. Apakah ilmu Ust Hadi sudah cukup? Apakah ilmu Ust Nik Aziz cukup? Apakah Dewan Ulama PAS mempunyai kemampuan mengemban tanggungjawab membentuk suatu konsep negara Islam yang jelas?

Sabar ! Bukan untuk niat saya meragui ilmunya ulama dan kepimpinan PAS. Bukan juga hendak merendah-rendahkan ilmu kepimpinan PAS. Namun kita harus sedar bahawa Islam ini bukan hanya berbicara soal hudud dan perlaksanaannya. Ia juga bukan sekadar membicara dan melaksanakan Islam di suatu negeri kecil di dalam sebuah negara Malaysia yang secara komparitifnya kecilnya dibandingkan negara-negara lain.

Islam mempunyai konsep yang komprehensif dan harus dikuasai ilmunya terlebih dahulu sebelum perlaksanaanya. Apatah lagi dalam cita-cita menegakkan negara Islam dalam kepelbagaian bangsa,agama dan fahaman politik. Apakah sudah cukup syaratnya dan kalau mendakwa sudah cukup, apakah mekanisme yang digunakan untuk mengatakan sudah cukup? Apakah semata-mata lepasan Al-Azhar atau Universiti Madinah sudah cukup untuk mengemban taklif dan membentuk pemerintahan yang adil dan qist? Apakah sudah mempunyai PHD dalam hadis misalnya sudah cukup? Bagaimana dengan bidang syariah dan lain-lain? Apakah sudah ada mujtahid yang mampu menangani persoalan hukum hakam dalam Islam?

Persoalan-persoalan ini menjadi realiti apabila kita lihat wujud keraguan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya dari Karpal Singh. Ya, mungkin beliau tidak faham atau memang enggan untuk menerima sebuah negara Islam. Tetapi, apakah Karpal Singh berpendapat secara individu atau beliau sebagai jurucakap partinya menolak negara Islam. Apakah Anwar Ibrahim juga gagal memberikan penerangan dan keyakinan kepada DAP tentang negara Islam atau Anwar sendiri tidak berapa setuju dengan ide pembentukan sebuah negara Islam?

Inilah dia persoalan-persoalan yang mesti dijawab terlebih dahulu oleh PAS dan inilah juga diantara salah satu perkara-perkara yang harus diselesaikan dahulu oleh PAS sebagai persyaratan untuk menegakkan negara Islam. Kefahaman dan penerimaan rakyat adalah salah satu syarat untuk menegakkan negara Islam. Bila persyaratan tidak mencukupi maka kewajipan itu gugur. Ini bakal mengundang polemik dikalangan umat Islam era ini....Antara Semangat Islam dan ketidakfahaman Islam...

Mungkin juga boleh diselesaikan dalam Program Islam Hadhari....yang pure yang kemungkinan ada persamaan atau tidak dengan Islam Hadhari yang dipelopori Pak Lah..oh lupa...atau Hadharah Islamiyyah Ust Hadi.
Apa ada pada nama ?

1 comment:

Lebai Din PASTI said...

Askm & bkn Salam 1 Malaysia.
Tahniah atas keprihatinan anda terhadap Bangsa, Negara & Agama Islam. Soalannya?
1) Apakah dgn meletakkan kain atas kepala spt budaya arab menunjukkan ketinggian ilmu Islam?
2) Sy ada baca posting anda tentang buku TGHA(berkenaan Hadharah), klu TGHA nak menipu dia tidak gunakan perkataan "walaupun islam hadari belum dipekenalkan". Fikirlah dgn hati tulus, akal waras dan tanyalah kpd guru Bahasa Malaysia maknanya yg lebih jelas.

Popular Posts