Tuesday, January 20, 2009
Saya, UMNO dan PAS – Mencari Wadah Perjuangan.
Salam,Bermula dari saya, seorang muslim yang memiliki tugas melaksana dan mematuhi wahyu Ilahi. Dengan tugas itulah saya bertugas untuk membenahi dan menyuruh melaksanakan kebenaran dan mencegah terjadinya kesalahan. Tugas ini diberikannya kepada setiap manusia yang hendak mentaatinya dengan melihat kebolehan hambaNya. Allah tidak akan memberikan beban taklif melebihi daripada kemampuan masing-masing. Oleh sebab itu, Allah s.w.t. akan tetap memberikan syarat pada diri hamba dan juga pada sasaran yang hendak dituju.
Misi Amar makruf dan nahi mungkar memiliki persyaratan, baik pada diri pelaku dan juga objek . Seperti:
1. Pelaku wajib mengetahui apa yang makruf dan juga yang munkar.
2. Pelaku wajib mengetahui cara merubah yang munkar menjadi makruf.
3. Pelaku telah membuat pertimbangan bahawa ianya boleh melakukan hal tersebut.
4. Pelaku telah mengetahui tidak akan ada berlakunya kemungkaran lain mengikuti pelaksanaan misi tersebut atau kemungkinan kemungkaran lebih membesar.
Dengan persyaratan ini, maka pelaku berkewajiban mengetahui bentuk kemungkaran dan keberadaan pelakunya serta kemungkinan untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar yang mana sudah ada dalam pertimbangan bagi pelaku untuk menjalankan tugas sucinya itu. Dia mengetahui kapasiti dirinya, cara dan juga objek.
Keberadaan di dalam UMNO tidak lebih dari pada tugas suci seorang muslim yang melihat dirinya sebagai muslim yang memiliki kemampuan diri untuk berusaha merubah mungkar menjadi makruf sedaya mana kuasa yang dimilikinya. Dengan berbekalkan apa yang ada, iaitu dengan semua makna yang ada dalam kehidupan yang ada sekarang seperti latar belakang pendidikan, pengetahuan dan juga kapasiti diri, yang mana dilihat bahawa UMNO adalah lahan yang paling tepat untuk boleh menjalankan semua perintah Allah s.w.t didalamnya.
UMNO parti sekular! , inilah salah satu kenapa memilih UMNO sebagai objek untuk melaksanakan perintah Ilahi, kerana untuk sementara ini masih terdapat umat Islam didalamnya, dan UMNO memperjuangkan hak muslimin, sekalipun dengan pandangan sekular, tetapi bukan semuanya sebagai hasil akhir, kerana masih ada banyak lagi yang dapat diubah. Salah satu perubahannya adalah adanya niat baik untuk boleh menerima Islam dengan membuat program Islam Hadhari. Dengan inilah menunjukkan bahawa setiap perubahan masih mungkin terjadi, iaitu tidak menutup kemungkinan bahawa UMNO boleh berubah menjadi pemegang kebenaran. Malang, PAS hanya melihat Islam Hadhari sebagai program untuk melemahkan perjuangan mereka yang juga dikatakan berlandaskan Islam dan lebih malang lagi merangkul para sekularis tegar yang ada dalam pelbagai bentuk termasuk yang berbau Amerika dan menolak UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai potensi untuk lebih berjaya dalam pelaksanaan apa sahaja program untuk membangun Ummah. PAS meninggalkan Umno dan pergi bersama DAP dan PKR.Dengan alasan di atas, iaitu dengan standard berfikir berkaitan amar makruf dan nahi mungkar serta maslahatnya politik (pembenahan, islah) maka PAS sebagai satu Parti yang katanya menggunakan dasar Islam untuk tetap dengan Islamnya, iaitu meletakkan Allah sebagai dasar gerak, cita- cita dan harapan juga sebagai pegangan amal takwanya, sebenarnya tidak ada keperluan yang mewajibkan PAS untuk duduk di dalam Pakatan Rakyat. Apatah lagi kalau PAS mengetahui dengan dalam tentang keberadaan sebenar dari parti DAP dan Keadilan. Kedua duanya adalah sekular dan akan berusaha menolak Islam, atau sejak awal melihat Islam sebagai sesuatu yang tidak perlu dilaksanakan. Sehingga tidak ada kemungkinan untuk terjadinya perubahan, kecuali adanya penentangan dan akan merosakkan nama Islam dan maruah parti yang mengatas -namakan Islam.
Sebaliknya, UMNO dengan misi yang dibawanya, sebenarnya merupakan peluang emas bagi parti Islam untuk melakukan perubahan yang mendasar pada kekuatan Islam dan muslimin. Jadi kalau PAS melihat dengan kaidah amar makruf tentu akan melihat kemungkinan lebih banyak terjadinya perubahan kepada makruf di dalam Umno dibandingkan dengan DAP dan Keadilan.
Umno dengan semua kelemahannya masih membuka kemungkinan berubah dengan dengan konsept ISLAM HADHARI, kerana hakikat Islam Hadhari adalah Islam dan usaha untuk menjalankan Islam, kalau tidak sempurna atau salah maka tidak dapat disalahkan dasar Islam dan keinginan perubahan, kerana kesalahan hanya pada pelaksanaan program yang diinginkannya. Disinilah semestinya perlu adanya amar makruf dan nahi mungkar bagi mereka yang mengetahui, bukan lebih disalahkan sehingga tidak akan terjadi perubahan mungkar menjadi makruf tetapi akan terjadinya mungkar menjadi lebih mungkar kerana kesalahan proses perubahan (amar makruf dan nahi munkar).
Untuk itu kalau Pas berfikir dengan jernih dan melihat adanya peluang islah dan perubahan maka akan melihat Umno dengan semua kondisinya sebagai peluang untuk memajukan Islam dan muslimin..
2 comments:
Post a Comment