Suka saya ingin berkongsi pandangan berkaitan asas ekonomi Islam yang amat mendasar sekali untuk kita fahami. Tulisan ini bukanlah merupakan teori ekonomi Islam yang mendalam namun ia menggariskan beberapa dasar penting dalam ekonomi Islam.
Imam Fakhr Razi ada menyebut dalam kitabnya Jami' al Ulum iaitu :
Ada empat perkara yang diperlukan dalam kehidupan, dan tanpanya manusia tidak akan bahagia. Ianya adalah :
1. Pertanian, yang menghasilkan makanan untuk manusia.
2. Penenunan (tenun), yang menghasilkan pakaian, alas (tempat duduk seperti permaidani) untuk manusia.
3.Bangunan; iaitu rumah sebagai tempat tinggal dan juga bangunan tempat kerja.
4.Politik, di mana melaluinya aktiviti masyarakat akan teratur.
Perlu di ketahui, bahawa manusia tidak mampu menyiapkan semua keperluan hidup seorang diri. Perlu ada kerjasama di mana seorang mengerjakan pertanian, yang lain mengerjakan tenunan dan...sehingga dapat membantu dalam semua pekerjaan. Dengan ini manusia disebut sebagai insan madani bit tahaba' = secara natural manusia bermasyarakat kerana semua tindakan manusia tidak akan terjadi melainkan dilakukan bersama-sama (kolektif). Sementara pada satu sisi, kehidupan bermasyarakat boleh menjadi penyebab kezaliman di antara satu sama lain dan saling bermusuhan. Oleh itu, ianya merupakan sesuatu yang lazim (dharurah) dengan adanya seseorang yang berpolitik menjadikan masyarakat terhindar dari melakukan kezaliman, tetapi dengan keadilan, keamanan dan kedamaian. Dengan adanya kerjasama, saling bantu-membantu, harmoni (cooperation), dia adalah khalifah Allah.
Sebagai satu konsekuensi logik dari keperluan yang ada dan keteraturan yang dinginkan maka perlu ada sistem yang dapat memastikan tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini dan memastikan ianya sampai pada keinginan matlamat bersama. Sebagaimana tidak dapat disangkal dengan semua keperluan yang ada, memaksa manusia berfikir untuk mengatur keperluan satu sama lain dan juga masyarakat, dan dengan adanya politik serta keberadaan realiti hasil dari ketiga-tiga hal (pertaniaan, penenunan dan bangunan) muncul pula sistem ekonomi contohnya. Sehingga terjaga pertumbuhan yang berterusan dan pengembangan usaha tersebut dalam meningkatkan taraf hidup manusia sampai pada kesempurnaan.
Tidak dapat di sangkal bahawa keberadaan setiap sistem (tertentu) adalah untuk mencapai tujuan tertentu, dan berdasarkan dengan sumber-sumber yang tepat. Apabila sistem tersebut boleh digunapakai dan berkhidmat pada manusia maka sudah tentu ianya bersesuaian dengan fitrah manusia (premordial nature). Hal ini tidak mungkin terjadi melainkan pencipta sistem tersebut mengetahui dengan baik dan sempurna tentang sosial dan kehidupan manusia. Sebagaimana dia (pencipta sistem) perlu mengetahui dua aspek (spiritual dan material) manusia dan kaitannya dengan fitrah tersebut. Lebih dari itu dia juga perlu mengetahui dengan baik sejarah perkembangan hubungan kedua-duanya dalam kehidupan manusia, serta semua yang di perlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan kehidupan manusia dalam evolusi menuju kesempurnaan.
Sudah tentu sistem ini akan berjalan dengan harmoni dengan sistem yang lain sehingga seimbang dengan keperluan yang di tuntut oleh manusia, dengan kata lain sistem ini perlu berfungsi dengan bijak dan harmoni dalam berinteraksi dengan semua sistem kehidupan manusia supaya dapat melengkapi kekurangan satu sama lain. Dengan itu terjadilah satu sistem yang kompleks untuk berkhidmat dalam semua aspek kehidupan manusia, bukan hanya keperluan satu dan dua tetapi semua dari setiap individu yang menjadi sebahagian dari kehidupan manusia.
Pencipta (pembuat) sistem perlu membayangkan bahawa sistem yang akan dilaksanakannya mesti memenuhi kriteria yang ada pada manusia dari semua aspek kehidupan, baik dari sudut moral dan juga norma kehidupan bagi kehidupan yang berterusan, sehingga satu sama lain akan memastikan untuk menuju kepada keutuhan, kemajuan dan kejayaan yang hendak dijadikan tujuan kehidupan manusia. Sistem ini perlu mengandungi semua nilai dan aspek yang ada di sekitar kehidupan manusia, bukan hanya keperluan yang di tuntut tetapi aspek sampingan yang mendukung/menyokong/membawa sehingga terjadi satu keharmonian dalam pelaksanaan dan keharmonian dalam kehidupan serta persekitaran. Sesuatu sistem bukan hanya berjalan pada perlaksanaan sistem untuk mencapai tujuannya tetapi juga memenuhi tuntunan dari tujuan yang di kehendaki dan menjaga semua aspek yang mendukung kehidupan. Keharmonian dengan semua sistem yang ada dan norma kehidupan adalah hal yang mustahak dan tidak dapat di hindar dari satu sistem yang sempurna. Dengan bahasa yang mudah, boleh disimpulkan bahawa sistem yang terbentuk adalah sistem yang sesuai dan seiring dengan ideologi manusia dan pandangan kehidupannya.
Sistem tersebut perlu realistik, tepat (accurate) dan rasional dalam menghadapi kenyataan serta menepati keperluan kebahagiaan. Sistem yang tidak dapat memenuhi pelaksanaan ideologi yang memberikan keperluan kebahagiaan yang menyeluruh dan global dalam kehidupan dianggap tidak mampu berfungsi dan tidak perlu dipakai. Konsekwensi pemikiran ini di mana ideologi dan sistem yang sesuai dengannya akan mencegah dari sesuatu yang tidak diperlukan atau membahayakan kehidupan manusia secara keseluruhan, iaitu sesuatu yang membawa manusia terkeluar dari fitrahnya dan tuntunan kebahagiaan yang diperlukan. Oleh itu, dengan sendiri sistem ini akan menolak semua hal yang tidak masuk akal dan salah serta menghilangkan mana-mana aspek kemanusiaan.
(bersambung)
No comments:
Post a Comment