Wednesday, April 2, 2008

KALAU ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI

Salam,

Desas desus yang mengatakan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi semakin hangat diperkatakan. Bagi yang menyokong, itulah yang dinanti-nanti namun bagi yang tidak menyokong, hidup bakal diselubungi gerhana.

Pakatan Rakyat telah diumumkan. PKR, PAS dan DAP. 3 buah parti yang berlainan ideologi dan idealisme perjuangannya. Bila sebut pakatan, maka ada persetujuan untuk bersama dalam hal-hal yang ditentukan uuntuk bersama. PKR, PAS dan DAP masing-masing memerlukan antara satu dengan yang lain.

Anwar Ibrahim akan lambat laun juga membuat atau menerima kunjungan pembesar-pembesar negara lain termasuk Presiden Amerika Syarikat Bush atau pengantinya kelak. Kita dapat bayangkan Pak Lah ketika itu akan menempelak Anwar," hang dulu kata aku kawan Bush, la ni camna? Hang dah jadi kawan dia lah la ni. Aku dulu PM mestilah ada hubungan diplomatik bukan hubungan lain. Hang tu memang kawan baik sebab ianya bukan hubungan berdasarkan diplomatik tetapi lebih kepada perhubungan peribadi. So la ni hang kena pulak dan baru hang rasa." Agaknya itulah kata Pak Lah kepada Anwar.

Ust Hadi akan cuba mendakwahkan matlamat mendirikan Negara Islam. Anwar Ibrahim pula secara terangan menolak dengan cara diplomasi ide Negara Islam ini. Maka keluarlah dari mulut Anwar istilah maqasid syariah atau tujuan daripada syariah. Maknanya yang penting ialah sesuatu yang disepakati bersama dahulu yang juga merupakan ajaran Islam seperti anti-rasuah, penyalahgunaan kuasa, keadilan dan sebagainya. Secara amnya, saya telah menyatakan dalam tulisan saya yang lepas bahawa setiap kewajipan perlukan persyaratan. Apa yang diutarakan Anwar sebenarnya boleh juga dikatakan kita belum cukup syarat untuk Negara Islam tetapi beliau menggunakan istilah maqasid syariah. Di mana letaknya nilai syariah di sini? Yang ada ialah nilai-nilai positif yang universal. Nilai syariah mesti dinyatakan dengan jelas sebelum mendakwa ianya adalah maqasid syariah.
Sebagai kesimpulan, ramai orang termasuk Anwar sendiri tidak pernah terfikir akan adanya langkah-langkah awal yang perlu dilakukan dahulu yang merupakan sebagai persyaratan untuk melaksanakan hudud misalnya. Oleh yang demikian, mereka merasa berdosa dan cuba mencari sesuatu untuk alternatif atas perkara membentuk Daulah Islamiyyah sedangkan jika mereka menyedarinya, mereka tidak perlu khuatir untuk merasakan dosa tidak mendirikan Negara Islam.Pada hakikatnya taklif belum terkena pada mereka kerana tidak cukup syarat tetapi taklif yang lain pula timbul iaitu bergerak untuk mempercukupkan persyaratan yang dikehendaki untuk sebuah negara Islam.
Maknanya, dengan Pakatan Rakyat ini, selagi DAP atau PKR tidak setuju dengan pembentukan Negara Islam, maka PAS tidak boleh membentuk sebuah Negara Islam. Tetapi saya percaya negari-negeri yang majoritinya beragama Islam, maka hudud akan dilaksanakan di sana dan tidak di negeri lain. Maka Negara Islam yang hakiki tidak terlaksana. Negara Islam yang hakiki ialah di mana Islam hanya mempunyai seorang pemimpin yang memimpin dunia yang tidak terikat dengan batasan geografi dan negara.
Sekian, tunggu komentar pembaca dahulu sebelum dilanjutkan lagi.

9 comments:

pencinta perpaduan ummah said...

ANWAR PERLU BUKTIKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA BAHAWA HUBUNGAN BELIAU DENGAN MANA-MANA PEMIMPIN BARAT ADALAH SESUATU YANG TIDAK PERLU MENCETUSKAN KERAGUAN!!

Kerana barat amat gila dalam perluasan kuasa. peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin. anwar tidak mustahil dijadikan salah satu peluang keemasan jika beliau memerintah Malaysia!!!

Anonymous said...

kenapa orang tak komen pun anwar baik dgn taha jabir alwani dan yusof qardawi? kerana mereka bukan ulama' syiah?

sepatutnya tanya di mana suara syiah tatkala khomeini zalim dulu? pengecut!

THE PUREHADHARIST said...

Salam "pembaca",

Jangan terlalu emosi dan taksub akan pegangan kita. Cuba lihat sesuatu dengan minda yang terbuka.

Itulah dia kelebihan Anwar. Dia baik dengan semua orang. Bila kita kata dia baik dengan musuh-musuh Islam, ini tidak bermakna kita mesti kata dia tidak baik dengan ulama-ulama Islam. Berbaik dengan ulama-ulama Islam siapa nak curiga? Ulama-ulama syiah suka atau tidak adalah ikon penentangan Islam terhadap imperialis Barat dalam. Sunni, belum lagi.Anwar kalau berbaik dengan Al-Gore dan koncu-koncunya dengan hubungan "persahabatan" maka dia wajar dicurigai. Sampai saat ini saya tidak final dalam mengatakan Anwar agen-Israel atau sebagainya. Sabar dan bertenang.

Imam Khomeini zalim? Saudara buta sejarah dan hanya emosi menguasai minda. Berserabut habis. Mungkin juga terbawak-bawak dan terpengaruh dengan propaganda Amerika, kawan Anwar tu...

Maaf...Anwar licik..hati-hati..

Anonymous said...

Brother pembaca,

anwar dari dulu dok sebut dua org tu jelah jabir alwani dengan yusuf qardawi. lain tak dak.

lu betul-betul keliru lah bro, apa hal pulak khomeini lu kata zalim. lu salah org tak? kan yg zalim shah iran yg khomeini halau keluar?
pergi check balik.

aku respect ahmadinejad..betul-betul pemimpin bukan macam pemimpin kita..termasuk anwar tu.

kulaan78 said...

SEBAGAI PEMIMPIN DUNIA, ANDA PERLU KENAL MUSUH DAN KAWAN ANDA. ANDA PERLU TAHU KELEMAHAN MUSUH. KITA PERLU INGAT MUSUH TIDAK SEMESTINYA KITA TIDAK PERLU BERJUMPA. KITA PERLU LIHAT DALAM RUANGAN KEPIMPINAN DUNIA, BUKAN SETAKAT MALAYSIA SAHAJA. KALAU ANWAR BERKAWAN DENGAN SESIAPA PUN. ITU ADALAH PENGETAHUAN, KELEBIHAN, TEKNIK YANG BOLEH DIGUNAKAN SEKIRANYA BERLAKU APA-APA PERKARA YANG BURUK. SEKURANG-KURANGNYA KITA KENAL MUSUH DAN BOLEH BUAT RUNDINGAN. JANGAN KITA TERLALU TAKUT DENGAN PERKARA INI. ANWAR WAJIB JADI PM UNTUK MERUBAH MALAYSIA SECARA TOTAL!!!!

Anonymous said...

rahasialangit
salam

ada dua hal yang berbeza antara kenal dan bersahabat....dalam dunia politik...
kenal akan memiliki batasan sedangkan besahabat ada juga batasannya...persahabatan antara anwar dengan fihak politikus israel menunjukkan berfihaknya anwar pada mereka dan akan melemahkan fihak pejuang yang sedang menentang regim ini..sama dengan king abdullah jordania...persahabatan mereka tidak hanya merugikan muslimin dan perjuangan rakyat palestina tai juga melunturkan makna Islam sebagai lebel muslimin dalam memperjuangkan hak mereka...

untuk itu muslimin perlu berhati hati..untuk melihat pemimpin mereka siapa yan menjadi kawan dan juga lawan..sehingga aa batasan jelas antara berkwan, kenal dan bersahabat..keterikatan satu dengan yanglain akan sangat menetukan perjalanan suatu bangsa dan juga pemilik agama....

wassalam

THE PUREHADHARIST said...

Kebimbangan kita adalah persahabatan,perhubungan yang cuba digambarkan sebagai "strategi" atau pendekatan atau saluran yang digunakan bagi tujuan rundingan dialog dan sebagainya.

Anwar memang sering mengatakan bahawa dia telah menegur setiausaha pertahanan amerika Paul Wolfowitz supaya menarik balik askar amerika di Iraq kononnya kerana hubungan baiknya itu dia boleh nasihatkan la..tapi takde apa perubahan pun.
Apa sebenarnya yang dikehendaki oleh Al-Gore, Wolfowitz dan lain-lainnya dengan Anwar?

Jangan lupa atas nama rundingan, dialod,diplomasi dll lah Palestin terus diratah Zionisme.

Jadi, jangan kita leka bahawa, zionis tidak baik dengan seseorang hanya kerana untuk berbaik begitu sahaja apa tah lagi Anwar yang dkatakan aktivis Islam.

Jadi, hati-hati lah....

Anonymous said...

kalau dsai jadi PM ,alamat Malaysia ni dah dijajah oleh US dan Yahudi . dia proksi kepada yahudi dan musuh islam . kepentingan bangsa melayu bakal terjejas ...maka 50 tahun yang pemimpin dahulu perjuangkan akan habis ...kerana anawar kata malaysia ini bukan melayu yang punya ...

Farazdaq Fargas said...

Salam

Sebenarnya, sesuatu kebatilan tidak akan dpt ditutup buat selama-lamanya. Disini saya ingin memmbawa satu cerita yang pada saya amat sesuai

"Ada seorang pekedai menjual pakaian, pada suatu hari, di kedainya dtg seorang pelajar bernama Kasim, Ketika mereka sedang duduk berbual, tiba2 pekedai terasa mahu ke tandas dan diminta Kasim menjagakan kedainya. tetapi pekedai itu memberi tahu pada Kasim "Di dalam botol ini adalah racun(sebenarnya adlah madu asli yg mahal) yang berbahaya, jadi jgn sekali2 ko minumnya atau memegangnya". Lalu pekedai pergi ke tandas.

Ketika kasim menjaga kedai tiba2, kedai yang dijaganya telah dirompak dan kasim berasa sangat takut untuk memberitahu pekdai itu kerana dia gagal menjaga dgn baik kedai itu, lalu dia mengambil jalan untuk, meminum racun tadi yang dilarang oleh pekedai dgn niat membunuh diri, lalu dia minum dan lari.

Setiba pekedai di kedainya, dia melihat kasim hilang dan di keheranan. esoknya kasim dtg kembali dan meminta maaf, lalu kasim menceritakan kembali apa yang terjadi dan kasim kata "saya ingin bunuh diri tapi lepas beberapa jam dan beberapa hari saya xmati2 pon dgn minum racun itu, dan kasim bertanya kepada pekedai "Kenapa racun 2 berasa manis dan sedap ye?????

Pekedai tersenyum sipu........


Nah dari cerita ini, kita paham bahawa muslihat anwar lambat laung akan terbongkar jua.

Anwar memang seorang yang licik dan pandai bermuka-muka, tetapi disebaliknya beliau mempunyai matlamat yang besar demi kepentingan peribadinya.

Melalui kata2nya dan tindakannya yang saya lihat xpernah selari, saya pun masih bingung bahawa kemana sebenarnya anwar mahu membawa malaysia ini...

Apakah beliau membawa malaysia sepertimana Shah Pahlavi membawa iran dahulu atau ingin sepertimana Soeharto membawa indonesia dahulu yang mana ingin mengaut kekayaan negara ke poket sendiri ataupun ingin membuat sepertimana Imam Khomeini bawa Iran sekarang ini????

Tujuan xjelas, kata2nya kabur tindakannya meragukan....boleh percaya ke orang mcm ini???

Popular Posts