Saturday, April 26, 2008

LAGI ISU SALMAN RUSHDIE : ANTARA HUKUM ISLAM DAN KECENDERUNGAN HATI...

Salam Semua,

Seringkali konflik antara hukum dan kecenderungan diri berlaku sepanjang kehidupan kita di dunia ini. Pernah atau tidak kita merasakan pertentangan jiwa di dalam melaksanakan hukum? Ketegasan Rasulullah s.a.w. adalah sebagai contoh hukum di dahulukan dari kecenderungan dengan kata-kata Baginda, "jika sekiranya puteriku Fatimah mencuri, nescaya akan ku potong tangannya" Begitulah Baginda.
Salman Rushdie telah menghina Islam. Semua orang maklum akan hal ini. Menurut hukum Islam, seorang Hakim Syarii memiliki hak untuk menjatuhkan hukum, dalam konteks Imam Khomeini, beliau adalah hakim syarii yang menjatuhkan hukum mati kepada Salman Rushdie. Dan hukum ini juga dipersetujui oleh Ibn Taimiyah dengan berlandaskan ayat-ayat Al-Qur'an yang pernah saya tampilkan sebelum ini.
Saudara, bloggers yang cenderung hatinya dengan Anwar Ibrahim saya kira silap dalam membela Salman Rushdie hatta atas nama hebatnya Salman sebagai penulis. Oleh kerana Anwar telah memuji Salman dengan mengelarnya "profound writer" maka apabila kita menyalahkan Anwar tentang ini, maka blogger pro-Anwar ini bingkas membela Salman juga. Sebab itu saya katakan, kecenderungan hati akan berkonflik dengan hukum Islam. Hukumnya ialah ia telah menghina nabi dan Islam dan atas sebab itu dia murtad. Dan dalam isu menghina Nabi dan Islam, hukumnya mati! Ingat proses pengadilannya ialah jatuhnya hukum mati! Itulah proses pengadilannya!
Saudara, mengapa saya selalu mengatakan bloggers (khususnya Pewaris reformasi) ini selalu lari dari persoalan pokok?, sehingga hari ini dia tidak menjawab persoalan, tentang ucapan Anwar itu,kalau dia tidak bersetuju, maka jawablah, bentuk penulisan saya pun berbentuk pertanyaan dan kemungkinan, ingat "mungkin" itu, boleh salah dan juga boleh benar, namanya wacana dan diskusi, apa yang pasti adalah ucapan Anwar itu, yang mungkin ialah, samada dia betul bermaksud apa yang diucapkan atau tidak? Jika betul apa yang diucapkan, maka jika bersetuju dengan itu, bermakna samalah kecenderungan bloggers ini semua dengan Amerika, jika tidak bersetuju, terangkanlah apa yang saudara tafsirkan dari ucapan itu ! Itu sahaja.
Lihat lagi bagaimana kecenderungannya dengan Anwar ini sehinggakan soalan polling saya juga dipertikaikan malah dibodohkan! Saya rasa jika saya tidak buat perbandingan Pak Lah dan Anwar mungkin tidak jadi masalah. Misalnya, yang mana dipilih antara Pak Lah yang korup, dengan Mahathir yang kuku besi? Mungkin dia tidak akan marah, sebab tidak sebut Anwar. Dalam keadaan saya letak "jika benar pun" jadi marah...Hai...memang dasar Anwarist ,jangan disentuh Anwar itu.. Soalan polling saya mempunyai matlamat untuk saya membuat rumusan sebab itu berbentuk begitu. Sebenarnya saudara Pro reformasi hanya perlu jawab soalan itu bukan marah! Sikap saudara membaca novel-novel Salman Rushdie harus juga diterapkan bila membaca soalan polling saya tu....kan ini kebebasan berkarya...mengapa harus marah? oops...lupa sebab membabitkan Anwar...lagi-lagi kecenderungan hati....
Saudara proreformasi juga perlu tegas dalam prinsip. Setuju atau tidak Salman menghina nabi? Setuju atau tidak Salman menjadi murtad bila dia menghina nabi? Kalau tidak, mengapa marah ketika saya tanya, tidak terasa hatikah, Nabi di hina? Kalau marah dengan soalan saya itu, maka bererti saudara setuju Salman hina Nabi. Kalau dah setuju Salman hina nabi, maka kena ikutlah ketentuan hukum.Kalau dah hina nabi a, hukum hudud berjalan atasnya dan proses pengadilan disini ialah, jatuhnya hukuman mati ! Kalau tidak bersetuju dengan Salman dah jatuh murtad, mengapa perlu dia ucap shahadatain pada tahun 1990?
Saudara, Imam Khomeini menjatuhkan hukum mati kerana Salman menghina nabi.. Murtadnya Salman saya anggap dipersetujui oleh blooger Pro reformasi ini sebab Salman sudah mengulangi shahadatain dan ini bermakna sebelum ini dia sudah murtad. Imam Khomeini menjatuhkan hukum berdasarkan tulisan Salman dalam Satanic Versus itu jadi jika Salman Rushdie bebas berpendapat sebagai penulis maka kita juga harus bersikap adil dan sebenarnya patut menghargai Imam Khomeini sebagai hakim yang memiliki bukti dari tulisan Salman itu iaitu Satanic Versus sebagai penghinaan ke atas nabi. Sekali lagi Pro Reformasi lari dari persoalan dengan menampilkan Imam Khomeini mengatakan wahyu tersalah turun..!(tak tahu kat mana dia dapat? dari Salman Rushdie kot! ) Hal ini sebenarnya dimainkan oleh orang-orang yang tidak senang dengan syiah. Saya sebenarnya tidak minat berpolemik tentang isu syiah-sunnah ini sebab tidak membawa manfaat kepada minda serta terjebak dengan permainan musuh-musuh Islam untuk melihat umat Islam berpecah. Cuma saya ingin menyarankan ProReformasi lihat fatwa-fatwa Reaktor Universiti Al-Azhar tentang keislaman syiah ( ada 3 Reaktor Al Azhar kalau tidak silap). Jangan bawa hujah basi dan jijik dalam melarikan diri dari persoalan pokok berkaitan SALMAN MENGHINA NABI DAN ANWAR PUJI PENGHINA NABI. WALAU HEBAT MANAPUN KARYANYA YANG LAIN, SALMAN TETAP PENGHINA NABI DAN ANWAR MEMUJI PENGHINA NABI DAN INGAT, HUKUM ISLAM,! HUKUM ISLAM! BUKAN HUKUM KHOMEINI YANG MENYATAKAN SALMAN HARUS DIHUKUM MATI ! Kalaupun tidak bersetuju dengan hukuman mati ini, JANGANLAH PULA MEWAR-WARKAN KARYANYA YANG LAIN, kerana ini seperti perbuatan tidak dapat merasa, cium baunya pun cukup. Kenapa? mahu tunjukkan kehebatan minda, keterbukaan, keintelektualan atas nama ilmu? Galilah dari karya novelis Barat yang lain, saya tidak akan terkilan, cukuplah dengan Salman ini, mengiktirafnya adalah mengiktiraf penghina nabi. Di dalam diri Salman, ada elemen penghinaan ke atas nabi dan Islam dan penghinaan ke atas nabi dan Islam sudah cukup untuk kita jijik dengannya dan karyanya walau atas nama appresiasi sastera penulisan.(untuk Khalid Jaafar juga)
Saudara Iran tetap pada posisinya sebagai saingan Amerika dalam kedudukan antara kuasa besar dan kuasa Islam. Buktinya yang terkini, hanya dengan mempamerkan persenjataan di DSA 2008 Kuala Lumpur, Amerika sudah rasa panas dengan memprotes Iran sehingga kita terpaksa akur dengan Amerika dengan melarang Iran terus mempamerkan senjatanya atas alasan melanggar resolusi PBB. Iran telah maju kehadapan dan maju atas nama Islam. Kita masih tercari-cari "gula-gula" bahasa dan tanpa semantik? mungkin, dicelah-celah tafsiran Fagles dan "kehebatan" Salman Rushdie. Kita dengan segala kecenderungan hati dengan barat, gagal membaca potensi Iran sebagai kuasa Islam yang telah membuktikan bahawa Islam adalah jawapan dari semua permasalahan. Janganlah terikut-ikut sentimen anti-Iran atau anti-syiah dengan tidak berlaku adil ke atas Iran.
ooh Wajarlah keliru, Pro Reformasi tidak suka menggunakan semantik yang merupakan salah satu mekanisme/tools untuk berfikiran logik dan mekanisme/tools penting untuk mengetahui kebenaran sesuatu hal. Patutlah.....

9 comments:

ibnu bakr' said...

Salam,

terima kasih kepada saudara kerana kesudian menjawab soalan daripada seorang remaja yang sangat dahargakan pengalaman dan 'jawapan kepada segala persoalan'

saya tertarik dengan pendangan saudara tentang hukuman yang setimpal kepada salman rushdie iaitu hukum bunuh. dan tempiasnya mengenai penyokong2nya. dan juga saudara ingin menyatakan bertapa seriusnya hal ini dan bertindak untuk memboikot sepenuhnya individu tersebut.

untuk kesekian kalinya, saya ingin memberitahu yang saya mempunyai pandangan yang negatif terhadap anwar, sepertimana individu2 yang lain yang enggan memberi komen yang jelas dalam memperjuangkan islam sepenuhnya di malaysia ini. sepertimana pak lah yang memperjuangkan konsep islam hadhari dan tidak menggunakan nas2 al-quran dan juga mahadhir yang mengutuk rasulullah semasa tahun 94.dan dengan ini saya ingin memberitahu bahawa pada saya anwar ibrahim tidak ada bezanya seperti paklah dan mahadhir kecuali beliau mempunyai sejarah yang membuatkan beliau mendapat simpati daripada satu gerakan yang pada masa dulunya menentang pendirian beliau.

persoalan saya juga 'terjawab' apabila saudara menyatakan bahawa satu gerakan islam di malaysia mengakui bahawa persyaratan yang terkandung dalam hukum islam menyebabkan hukum islam tidak dapat dilaksankan di malaysia. sedangkan saya sangat menaruh harapan kepada gerakan tersebut untuk memperjuangkan islam di malaysia kerana terdapat beberapa pemimpin yang masih tegas bersuara untuk mempertahankan islam tanpa memberi sebarang alasan.

apa yang mengheret saya ke blog saudara adalah kerana pendirian saudara tentang islam hadhari, yang dianggap positif oleh saudara.

dan satu lagi persoalan saya kira agak menarik daripada saudara.

"APAKAH KESALAHAN ISLAM HADHARI?"

sila rujuk maksud ayat "ISLAM HADHARI" itu sendiri. adakah ia bertepatan daripada segi nahu dan saraf? saya mengakui saya pernah mempelajari secubit sahaja ilmu ini. dan saya kira saudara janganlah malu2 untuk berjumpa dengan ulama2 yang pakar dalam bahasa arab. saya bukanlah rujukan.

saya lebih suka untuk menilai pendapat mereka yang pakar dalam bidang agama untuk menilai sesuatu isu BERKAITAN AGAMA. dan segala persoalan tentang islam hadhari adalah negatif daripada hampir kesemua ceramah yang berkaitan dengan isu ini daripada penceramah yang 'thiqah pada saya. bagaimana pula saudara seorang sahaja yang bermimpi2 untuk menegakkan islam hadhari. dan dengan ini saya nasihatkan saudara supaya rajin2lah mengikuti ceramah2 agama di masjid2 berdekatan berbanding ceramah yang disiarkan di media kerana ceramah tersebut yang kadangkala 'mandul' isunya!

adakah faktor paklah tidak patut dijadikan sebab penolakan islam hadhari? jawapan yang sangat selekeh. dah orang yang cakap pun tak pandai agama. bila cakap pasal agama habis hancurlah! pak lah sendiri sekarang pun nampaknya sudah tidak memainkan islam hadhari untuk memperoleh keyakinan masyarakat.

saya terasa seperti hendak ketawa bila saudara merujuk kepada 'prinsip' islam hadhari mengenai isu salman rushdie. pada mulanya saya ingin mengatakan bahawa ayat yang saudara gunakan untuk memperihalkan salman rushdie adalah seolah2 meletakkan cermin diantara saudara dan salman rusdie, iaitu tiada bezanya kerana kedua2nya pun menghina islam!

Zakaria said...

Salam,

Sebagai muslim, kita perlu membebaskan minda dari penjajahan-penjajahan barat. Minda yang bebas dapat membezakan antara hak dan batil. Tanpa minda yang bebas merdeka, muslim akan senantiasa dikelirukan oleh fikiran-fikiran yang di dakwa sebagai islam tetapi hakikatnya adalah ideologi-ideologi syaitani. Ideologi-ideologi syaitani inilah yang membawa kepada perpecahan dan perbalahan sesama Islam, khususnya antara Sunni dan Syiah. Tanpa ideologi-ideologi syaitani nescaya masyarakat Islam akan mengiktiraf dan menyokong kewujudan satu kuasa politik Islam yang digeruni oleh barat iaitu Iran yang dipimpin oleh Syed Ali Khamenei dan Lubnan yang dipimpin Hassan Nasrullah.Akhir kata hidup Khamenei! hidup Hisbullah! Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w) dan keluarganya yang suci.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Bakr'

Saya menyanjungi impian serta cita-cita saudara untuk melihat Islam terlaksana secara sempurna di Malaysia dan saya tegaskan di sini, DEMI ALLAH DAN RASULNYA saya juga menginginkan Islam terlaksana secara sempurna di Malaysia malah seluruh dunia.

Bila memperkatakan tentang syarat-syarat yang harus dipenuhi, itu bukan sebagai alasan untuk tidak melaksanakan, malah ia adalah sebagai keutamaan untuk dipenuhi terlebih dahulu.Maknanya bukan duduk diam, tetapi penumpuan mesti ke arah itu. Maka perjuangan diteruskan dengan mencukupkan persyaratan bukan tidak cukup syarat lalu berdiam diri. Contoh, hendak solat perlu wuduk jadi pergilah ambil wuduk baru oleh solat, takde wuduk mana boleh solat, takde air kena tayamum baru oleh solat. Dah cakap banyak kali dah...

Islam Hadhari salah dari segi nahu dan saraf? Di mana yang salahnya? Saya nak tahu juga? Nanti beritahu saya tau?

Saya bukan membicarakan individu-individu yang saudara sebut tu. Yang saya utarakan adalah satu konsep yang saya lihat tidak ada cacat celanya malah boleh diketengahkan. Tanpa melihat Pak Lah, tengok secara teliti 10 prinsip Islam Hadhari itu..nantilah tunggu buku saya keluar...

Saudara kalau hendak menyalahkan atau tidak bersetuju akan konsep Islam Hadhari ini, gunakan perbahasan yang ilmiah yang berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah bukan penceramah-penceramah. Tiada dalam kaedah mencari kebenaran hanya dengan mengambil pendapat penceramah-penceramah itu. Baiklah kalau saudara dengar jawapan mereka, nyatakanlah pada saya apa yang salahnya Islam Hadhari menurut mereka. Inipun saya tunggu tau dari saudara?

Adakah Faktor Pak Lah tidak patut dijadikan sebab penolakan Islam Hadhari? Mana jawabnya? saudarakan soal (ada tanda soal ) apa jawapannya? Baiklah saya jawab, memang Paklah tidak boleh dijadikan sebab penolakan Islam Hadhari kerana apa sahaja yang Pak Lah lakukan tidak menjejaskan serta mengubah konsep Islam Hadhari sepertimana perbuatan umat Islam yang salah tidak akan menyebabkanberubahnya konsep Islam atau Islam yang dipersalahkan. Ini baru jawapan,, bukan tahu soal tapi tak tahu nak jawab!

Itulah, terlalu prejudis dengan Islam Hadhari sehingga tidak tahu bahawa prinsip ke 10 Islam Hadhari berkaitan pertahanan itu dalam Islam disebut Difa' yang ada landasannya dalalm beberapa ayat Al-qur'an. Tanyalah penceramah-penceramah tadi...

Ibn Bakr' saya sebenarnya secara diam-diam menyanjungi semangat dan iltizam saudara untuk menegakkan Islam di peringkat umur semuda saudara .Teruskan dan kajilah Islam sehabis-habisnya selagi ada tenaga dan minda muda saudara. Jangan cepat membuat kesimpulan melulu lebih-lebih lagi menyamakan saya dengan Salman Rushdie Ini dah masuk emosi, bukan lagi hujah ilmiah apatah lagi syarii. Kata nak laksanakan Islam, laksanakanlah dulu dalam diri saudara dengan berfikiran terbuka dan banyak berfikir. Hati boleh panas, kepala mesti cool....

Teruskan perjuangan...

Anonymous said...

salam..
bagi pendapat saya sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan dari hanya bertengkar dengan perkara yang korang sendiri pun tak boleh nak kata paa?purehadhariest..namanya membangun tapi mindanya terjajah..mana mungkin seorang yang gagal melaksanakan islam dalam diri sendir dan keluarga mampu menegakkan islam dimuka bumi?bolahkah seorang yang tidak kisahkan hukum aurat dan pergaulan bebas lelaki dan wanita mampu melaksanakan hukum islam.itu baru perkara asas..perkara lain?apakah dengan menulis sebegini purehadhariest mampu mengajak orang menghayati islam?megurangkan kadar zina?mengaawal ataupun menghentikan sekaligus IFC?ke anda rasa itu hanya perkara simple..mana mungkin LAHIRNYA BAYANGAN YANG LURUS ELOK JIKA DATANGNYA DARI KAYU YANG BENGKOK..saya rasa lebih baik kita faham apa yang diterangkan dalam risalah Ta'alim..kena faham dulu pa tu islam..islam is the way of life,..bukannya ikut telunjuk pemimpin yang munafik..

hambaAllah86 said...

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini."Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'. Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. "Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah." Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang 'bercelaru' sekarang."Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana."Firman Allah: "Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)". (Surah al-Anfal: 33).

Kata Dr Asri, "Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu 'Islam Hadhari' ini. Ini adalah kewajipan saya."Menurutnya, istilah atau jenama 'Islam Hadhari' itu menakutkan orang kampung."Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.'Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas."Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka. "Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang 'Islam Hadhari' dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai," kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.

Katanya lagi, "Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih."Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya," kata Dr Asri.

Anonymous said...

salam, maaf terlebih dahulu kerana saya bukanlah org yg pandai dalam selok belok agama
apakah konset jom heboh yang diudukung oleh islam hadhari,
adakah islam hadhari menghalalkan judi yang ada di genting,
bercakap tentang haram babi adakah halal kilang arak yg besar di selangor,
adakah islam hadhari menghalalkan pendedahan aurat dikalangan bkn mahram
persoalannya ialah perlaksanaan islam hadhari itu tidak sebaris dgn pelaksananya, pelaksananya bebas melanggar hukum asas islam,
apakah pemimpin yang dgn sengaja melanggar hukum asas ini dpt membawa 'negara islam hadhari',
apakah pemimpin yg secara terang melanggar hukum asas islam ini tidak dikira menghina oslam itu sendiri

Anonymous said...

Islam Hadhari salah dari segi nahu dan saraf? Di mana yang salahnya? Saya nak tahu juga? Nanti beritahu saya tau?

saudara gila, mengapa saudara begitu gila?nak masuk neraka? is, isy

memnagla xda Islam universiti saudara gila, saudara gila tahu x ulama'ulama' azhar datang hari tu kat malaysia

saudara gila bukan ulama yang mengaji bahasa arab.maka dengar sekejap perbahsan tentang nama Islam hadari ni

ulama ulama kata sepatutny Manhaj Islam hadari yang betul

faham x?

tahu x kenapa kena guna mnhaj dulu sebelum kalimah islam hadari?

x tahu?

p mengaji


janganla meleret leret dengan ketidak tahuan saudara.

saya macam nak penampar je saudara gila ni

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Saya tanya, dimana silapnya perkataan Islam Hadhari dari segi nahu dan saraf seperti yang saudara kata.

Kalau perkataan itu salah dari segi nahu atau saraf, bubuh manhaj atau tidak tetap akan salah! Kalau nak bahas, jangan debat dengan timbulkan pertanyaan lagi! Itu namanya berselindung daripada ketidak tahuan! Sekali lagi, di mana betulnya dari segi nahu dan soraf Islam Hadhari jika diletak perkataan manhaj dan apa salahnya jika tidak letak perkataan manhaj tu? Jawab dulu...

Kemudian, ok kita letak manhaj Islam Hadhari maka dari segi konsepnya saudara terimalah manhaj Islam Hadhari?

Saudara nak pertikai dari segi istilah ke atau isinya?

Nak tanya satu lagi, perkataan Islam tu kalau bubuh manhaj lagi betul ke atau tidak? Kenapa tak sebut manhaj Islam? apa bezanya dengan sebut Islam sahaja? Manhaj adalah pendekataan atau "approach". Bila sebut pendekataan mestilah ada konsepnya sebab manhaj itu perlukan konsep untuk dilaksanakan atau diapplikasikan. Kalau sebut Islam sahaja, ia tidak akan membuatnya salah kerana konsepnya betul walaupun tanpa perkataan manhaj! Kalau sebut manhaj Islam beerti konsep yang betul itu mahu dilaksanakan.

Kita tengok siapa yang gila sekarang...Bahaslah dengan sedikit berakhlak Islami bukan jahili...

THE PUREHADHARIST said...

Lagi Belajar Bahasa,

Manhaj Rukun negara dengan Rukun Negara di mana bezanya baik dari segi bahasa atau isinya?

tentunya bila letak manhaj di depan itu bermaksud pendekatan rukun negara..contoh ayat..1. Murid-murid sekolah akan didedahkan dengan manhaj Rukun Negara agar mereka dapat menghayati asas pembangunan negara Malaysia ini. 2. Rukun Negara adalah prinsip-prinsip yang dibentuk yang dijadikan landasan pembangunan negara Malaysia yang berbilang kaum ini.

Sekian harap faham...

Popular Posts