Monday, April 28, 2008

SATU MALAPETAKA : BILA PEMIKIRAN MUFTI SEPERTI ORANG BIASA

Salam,

Kegagalan Islam Hadhari bukan pada konsepnya tetapi perlaksanaannya. Islam dilihat gagal, mundur, terkebelakang, bukan kerana Islamnya tetapi umatnya yang tidak beramal bersesuaian dengan konsep Islam yang sempurna.

Seharusnya beginilah yang berada di dalam pemikiran seorang Mufti tetapi satu malapetaka jika Mufti berfikiran seperti orang biasa. Beliau mengatakan Islam Hadhari adalah satu jenama dan istilah maka sekali lagi, jenama itu dimana silapnya? Atau Islam Hadhari itu dari segi konsepnya , dimana silapnya?. Dan dimana bid'ahnya?

Di bawah ini saya ambil posting saya yang lepas ( itupun sebahagian posting saya, ada banyak lagi yang saya telah terangkan berkaitan Islam Hadhari ini.) Dan baca juga ditepi-tepi blog ini dan dibawah juga saya tampil ayat suci Al-Qur'an yang membuktikan Islam telah bertamadun ketika Adam a.s. dilantik menjadi Khalifah di muka bumi. Adam telah diajar dengan "semua" nama-nama. Apakah dimaksudkan semua itu? Ada yang berpendapat ia adalah nama-nama Allah. Ya, betul dan nama-nama Allah ini juga bukan seperti kita belajar Asma ul Husna seperti di tadika Islam! Ia adalah nama-nama Allah yang memberikan ilmu kepada Adam a.s. sebagai bekal ketika ia mengemban suatu tanggungjawab suci. Maka, dari ilmu-ilmu inilah yang akan membawa kepada ketamadunan dan hadharah. Semua yang diajarkan kepada Adam bererti semua, iaitu tidak terbatas hanya kepada nama sahaja, tidak juga terbatas kepada nama-nama benda sahaja tetapi ia adalah "semua" perkara dan ilmu yang mesti ada untuk menjadi khalifah di muka bumi. Jadi, setakat mempertikaikan istilah Islam Hadhari dari segi jenama apalagi mengatakan ianya sebagai "agama baru" adalah suatu kesilapan. Dan lebih buruk lagi apabila ia dikaitkan dengan kekalahan pilihan raya ! Kerana jika Islam Hadhari tidak dapat dibuktikan salah dari segi konsepnya, maka ia seperti mengatakan Islamlah punca kekalahan pilihan raya.

Bukan kerana ilmu tidak ada, tetapi kesilapannya adalah SALAH DAN ENGGAN BERFIKIR.

Harap dapat baca tulisan saya yang berkaitan....( ini salah satu darinya )

Salam para pemberi komen yang budiman dan ilmuan, Ketika saya dilihat sebagai cuba mempertahankan konsep Islam Hadhari ini, saya tidak sedikitpun merasa ianya seperti mempertahankan sesuatu yang tidak syarii semata-mata ia telah menjadi pendapat umum bahawa Islam Hadhari gagal dan menjadi penyebab akan kebobrokan yang berlaku di Malaysia sehinggakan kenaikan kadar jenayah, berleluasanya program-program hiburan di media dsbnya dikatakan angkara Islam Hadhari! Oleh kerana itu saya beberapa kali menegaskan perlu ada garis pemisah ( ruj posting2 terdhulu) antara konsep dengan yang lain dari konsepnya. Apakah logik prinsip pertama keimanan dan ketakwaan sebagai penyebab kenaikan jenayah misalnya. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila orang membuat sesuatu yang tidak islamik tetapi dia mengaitkan dengan Islam Hadhari (ruj kenyataan pengarah filem Akhirat). Kita pun terikut sama...Apakah misi Islam Hadhari untuk membentuk negara Islam? Jawapannya sebagaimana dalam salah satu komen di atas, ia bergantung sejauhmana prinsipnya dapat dilaksanakan. Kesepuluh prinsip Islam Hadhari saya lihat telah mencakupi hal-hal yang diperlukan dalam sebuah negara Islam cuma bentuk negara Islam yang bagaimana? Apakah yang di"tasawurkan" PAS? atau apa?Semuanya bergantung kepada terpenuhnya persyaratan yang telah ditetapkan. Maka misi awal Islam Hadhari adalah ta'lim dan tarbiyyah sehingga umat Islam berilmu dan beriman dengan sebenar-benarnya.

11 comments:

Anonymous said...

Saya merasa kagum dgn penulisan anda soal islam hadhari. Apa yang berlaku pada saat ini pemikiran2 bercelaru mengenai apa itu islam hadhari. Ada orang mengatakan agama baru dan bermacam2 tanggapan. Sebenarnya orang2 tidak memahami apa itu islam hadhari. Islam hadhari itu untuk membina tamadun supaya orang bukan islam itu kagum dgn cara hidup islam. Saya bukan la pandai sangat tentang agama, tapi perkara2 asas alhamdulillah saya pelajari dan laksanakan sebagai umat islam. Teruskan usaha anda menerangkan dan beri pemahaman pd orang ramai melalui penulisan di blog. Saya akan menyokong yang baik dan membangkang yang salah.

THE PUREHADHARIST said...

Islam Hadhari adalah Islam kerana ketamadunan Islam ini terbangun serentak dengan perlantikan manusia sebagai khalifah iaitu Adam a.s. oleh Allah s.w.t. Tidak logik jika Khalifah Allah dimukabumi ini tidak bertamadun. Persoalannya ialah tamadun bagi barat hanya digambarkan dengan definisi civilization yang hanya muncul bilamana manusia menetap dan berada di dalam sesebuah bandar tetapi di dalam Islam tamadun itu adalah keimanan kepada Allah s.w.t. dengan agama tauhid yang semestinya tidak menolak semua jenis kemajuan teknologi dan sebagainya selagi tidak bercanggah dengan hukum. Itu secara ringkasnya.

Permasalahan yang timbul apa? Gagal membezakan antara konsep dengan perlaksanaannya.Ini amat merbahaya kerana jika kita samakan konsep dengan perlaksanaannnya maka jika kita lihat umat Islam melalui segala bentuk perlaksanaanya yang mengikut tafsiran masing-masing, maka kita akan melihat ianya sebagai satu kegagalan di dalam Islam sebab kita samakan konsep Islam dengan perlakuan umat Islam.

Anonymous said...

anda semakin meleret-leret dengan tidak tentu.saya bersetuju bila mufti membid'ahkan sekular atas apa nama sekalipun walaupun jika hadharah atau saqafi digunakan di sebalik sekular.

bahas pada nama pun dah kantoi.anda pernah dengar Islam bank?Islam universiti?atau Islam orang?

anda tidak pernah belajar bahasa arab ke? yang betulnya dari sudut istilah adalah hadharah islamiyah.

bukan bermaksud secara sengaja hendak memenagkan HIBIH. tetapi itulah hakikatnya.

untuk yang pertama ini, hadharah islamiyah 1 Islam hadhari kosong.

nak marah?

marahlah.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Alamak! Islam Bank? Islam Universiti? Islam orang? Ini semua bukan bahasa Arab. Hadharah Islamiyyah Dan Islam Hadhari adalah bahasa Arab dan dari sudut apa pun tidak menyalahi bahasa Arab.

HIBIH akan dijawab dalam buku saya nanti. Jangan anggap perbahasan ilmu sepert main bola! Niat bukan untuk berlawan kecuali mencari kebenaran.

ibnu bakr' said...

salam,

saya ingin bertanyakan secara lanjut mengenai mufti yang saudara maksudkan, yang bercakap mengenai islam hadhari..adakah mufti tersebut adalah dr asri?

dengan ini saya amat berharap supaya saudara membaca isu ini dalam blog beliau

http://drmaza.com/?p=237

satu lagi..saya nak tergelak sebab boleh menilai pemikiran seorang mufti..sedangkan pada saya beliau adalah seorang mufti yang berani berkata..bukan pengecut dan pengampu!

jika mufti tersebut bukanlah dr asri..maka maafkan saya!

ibnu bakr' said...

Saya tidak sabar untuk menunggu buku saudara.

Anonymous said...

gila kau ni.

kau sering saja kata mau dengar pendapat orang lain, tapi jarang aku nampak kau dengar.

kalau kau berani, ajaklah debat dengan pemuda-pemuda PAS yang jujur tu

debatla pasal islam hadari.boleh juga kau ajak segala penyokong-penyokong kau

aku tak sabar tengok kau di kaca tv..

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Untuk menilai pemikiran seseorang cukup jika kita menilainya dari segi penulisannya kecuali dia menulis tanpa menggunakan pemikirannya atau tersilap dalam berfikir. Memang mufti yang saya maksudkan itu ialah Dr Asri. Saudara, beberapa kali saya tulis dalam blog ini dan meminta komen-komen tentang dimanalah silapnya konsep Islam Hadhari ini. Yang saya terima setakat ini ialah kesilapan dari segi perlaksanaannya dan kesilapan Pak Lah sebagai pelopornya. Itu bukan jawapan yang saya mahu kerana antara Islam Hadhari dan perlaksanaannya serta pelopornya adalah berbeza. Seperti juga antara Islam dan umat Islam. Islam adalah kebenaran namun umat Islam boleh sahaja berbuat salah dan dosa dan ini tidak menyebabkan kita akan mengatakan Islam salah.

Baik, pemikiran yang salah juga berbeza dengan keberanian seseorang. Seseorang itu boleh jadi salah pemikirannya tetapi dia juga pemberani.

Mufti Perlis dalam tulisannya berkaitan Islam Hadhari, masih lagi sama dengan yang lain hanya mempersoalkan Islam Hadhari dari segi "jenama" bukan konsepnya.

Kepada yang mahu berdebat berkaitan Islam Hadhari dipersilakan masuk ke blog ini dan berdebat. Ia bukan sahaja untuk pemuda-pemuda PAS malah untuk semua orang.

Dan jangan hadkan keikhlasan kepada pemuda-pemuda PAS sahaja, saudara lihat Ibnu Bakr sering berdebat dengan saya, tak jadi masalah tidak seperti saudara yang bertanya ini, tak beramal dengan akhlak Islam ketika berdebat itupun banyak tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.

Insya Allah...buku pertama berkaitan prinsip Islam Hadhari-Satu Perspektif dan buku kedua meluruskan pandangan Buku HIBIH karangan Ust Hadi pasti akan diterbitkan...

Anonymous said...

lama lg ker buku ko nk siap..
xsabo nk bc..hehehe.

Anonymous said...

Haha.Ibn Bakr telah diperalatkan. pertama sekali kau tau x apa yang bakal aku buat jika hadaris ni anak aku? aku akan penampaq dulu baru aku ajak berdebat nak kata bengap, mengaji unversiti kemudian nak betulkan mufti.

hai sang bengap, aku sebenranya tak berani nak beremosi dalam blog, cumanya kat blog ni aku tak tahan, rasanya kena penampar baru aku puas kot.

Hisy,

haha. cepatla siapkan buku tu sang bebal, aku nak baca dan gelak.

isy, maafla. aku tak tahan sangat.

THE PUREHADHARIST said...

Sebelum nak bagi penampar, istighfar dulu,ambil wuduk dan fikirkan apa sebab marah sangat? Sebab saya sentuh mufti? Mufti juga manusia punya kelemahan dan juga kelebihan. Jangan lupa Khalifah juga ditegur oleh wanita pulak tu, takpun dia tampar...!! So blog ini memang bukan untuk org yg taasub pd mufti atau sesiapa sahaja.

jAWAB DENGAN HUJAH BUKAN EMOSI.

Saya tak berniat nak memerangkap sesiapa termasuk Ibn Bakr tapi saya secara kagum anak muda spr Ibn Bakr yg berani berhujjah utk carri kebenaran.

Popular Posts