Friday, May 9, 2008

MEMO UNTUK SEORANG MUFTI :PERMURNIAN AKIDAH BUKAN HANYA MENULIS SURAT !

Salam,

Baru-baru ini ada seorang Mufti yang sedang meningkat namanya kerana dilihat ilmiah, karisma dan muda dan mempunyai PHD dalam ilmu hadis telah menulis surat kepada sebuah akhbar agar memberhentikan cerpen mingguan seorang penulis muda atas alasan tulisannya itu berbau syiah dan merosakkan kemurnian akidah Islamiyyah.

Surat itu juga diberi salinan kepada Jakim dan Kementerian Dalam Negeri. Menghadapi serta melibatkan kerja-kerja pemurnian akidah dengan hanya menulis surat "menutup periuk nasi orang" adalah suatu perbuatan yang tidak sepatutnya keluar dari seorang Mufti! Sebagai seorang Mufti, ia perlu ada unsur mendidik dan mengamalkan kebijaksanaan dalam berdakwah. Ketegasan Mufti ini tidak dinafikan namun apakah cukup dengan sepucuk surat tanpa ada hujah-hujah ilmiah untuk ditampilkan agar kita, penulis serta ulama-ulama dapat mencari penyelesaian apatah lagi ia melibatkan periuk nasi orang.
Saudara, saya bukan mahu menyerang Mufti ini tidak tentu pasal. Namun melalui beberapa penelitian saya atas tulisan serta ceramah Mufti ini, pemikirannya seringkali bercelaru dan tidak konsisten. Ingat ! pemikirannya bukan ketegasannya... Tegas betul tegas tetapi jika berdasarkan pemikiran yang salah, maka ditakuti ketegasan itu hanya berdasarkan emosi atau agenda yang tersirat.
Mahu saya buktikan kecelaruan pemikirannya? Bergantung atas permintaan ramai....bukan untuk sengaja membukanya tetapi agar tidak terbawa dengan pemikiran salah yang dibawa oleh seorang MUFTI.....muda, hebat, PHD dan sebagainya. Kalau bukan dari seorang MUFTI, saya tidak akan bersusah payah sebegini....ini juga demi pemurnian akidah.

13 comments:

Anonymous said...

SILA BUKTIKAN KECELARUAN PEMIKIRANNYA, SAYA INGN TAHU...

Anonymous said...

Apa kandungan isi surat junjungan besar kepada maharaja-maharaja pada zaman tersebut?

Anonymous said...

jgn cakap je, mana bukti bercelaru pemikiran mufti perlis ni?

Anonymous said...

sape yang bercelaru sebenarnya ni??kamu ke mufti??dua2 manusia juga..jangan terlalu fanatik dengan diri sendiri..semoga kita mendapat petunjuk dariNYA

Anonymous said...

manusia tempat salah, dan untuk itu perlu dibina dan mendapat petunjuk...

tapi akanmenjadi problem besar bila mufti (orang berfatwa) tapi diluar kebolehannya atau lebih buruk lagi kalaudia tidak memiliki quality untuk itu...

pls, cepat bagi apa yang dikatakan oleh mufti yang meurut awak bercelaru sehingga dapat kita katakan apatah dia mufti dalam standart Islam atau orang biasa yang berkedudukan sebagai mufti...

hisyam said...

slm ukhuwah kepada saudara..
saya amat mengalu-alukan pembuktian kecelaruan pemikiran mufti tersebut.
Cuma perlu diingatkan kepada saudara jagalah adab ketika berbicara tentang perkara itu. Kerana mufti itu doktor hadith dan juga tokoh sarjana yang amat disegani yang mana sudahpun dibuktikan menerusi penulisan dan pengamalan beliau. Lain dengan kita yang kekurangan ilmu pengetahuan dan amat bergantung kepada bimbingan beliau.

Dan saya juga lihat saudara amat bertungkus-lumus dalam mempertahankan Islam Hadhari sehingga saya lihat saudara begitu (minta maaf saya katakan) fanatik sekali. In my humble opinion,saya tiada masalah dengan Islam Hadhari. Tetapi saya ada masalah besar dengan cara pelaksanaan dan cara penonjolan Islam Hadhari.
Orang lain tak tau lah. Tetapi bagi saya persepsi sahaja yang menyebabkan orang ramai takut untuk menerima Islam Hadhari. Cara nak tukar persepsi,buktikan dulu kepada masyarakat yang Islam Hadhari betul-betul membawa pembaharuan pemikiran dan ditonjolkan dengan betul melalui para pemimpin yang memperkenalkan Islam Hadhari. Ini tidak,hampir tiga tahun kerajaan sibuk menjelaskan istilah itu kepada orang ramai,tapi bukti manifestasi daripada Islam Hadhari boleh dipertikaikan.

Anonymous said...

Apa sahaja pandangan mengenai Islam yang menyanggahi al-Quran atau al-Sunnah atau asas-asas kemaslahatan yang digariskan oleh syariah adalah tertolak tanpa mengira siapa pun tokohnya. Maka pendapat setiap orang sekalipun dia seorang mufti, atau tok guru atau ustaz boleh diterima atau ditolak, kecuali al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat sesiapa pun –sekali pun ulama besar- berhak untuk dipertikaikan selagi tidak menepati nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Tiada siapa pun yang maksum dalam Islam melainkan rasul yang diutuskan. Setiap pandangan agama oleh seorang tokoh atau ustaz bukan semestinya ditelan bulat-bulat.

Anonymous said...

Nampaknya pure-hadharist sekarang dah tutup ruangan komen.

Anonymous said...

Mungkin dia takut pendapatnya disanggah.

Anonymous said...

Kalau tak sanggup membeli jangan menjual.

Anonymous said...

Blog sehala ni kan macam orang bercakap dengan tembok.

PUREHADHARIST said...

PENGUMUMAN.

ADA KESILAPAN TEKNIKAL. SEBARANG KOMEN MASIH BOLEH DIBUAT DI SINI SEMENTARA MASLAH ITU DIATASI.

HARAP MAAF - SAYA TETAP MENJUAL DAN JUGA MEMBELI....SABAR...

Anonymous said...

sabar???....ok tapi jgn lama sangat

Popular Posts