Wednesday, May 28, 2008

KECELARUAN PEMIKIRAN SEORANG MUFTI ( Bhgn 2 )

Salam,

Ini ulasan atas penulisan Mufti Perlis yang bertajuk:


Keluasan Menerima Pendapat, Keperluan Muslim Moden

Pendapat Dr Maza


DAHULU atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen. Sikap seperti itu dinamakan fanatik atau taksub.
Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak lain memberi hujah dan dalil yang kukuh. Sesuatu pendapat sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta.

Kemudian Dr Maza menulis :

Pandangan mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai pihak lain. Maka kita berhak mengambil pandangan lain yang pada nilaian kita lebih dekat kepada fakta dan mampu menterjemahkan wajah Islam. Umpamanya, pendapat mazhab al-Syafii, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya, barangkali tidak wajar dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia. Apakah Islam yang mengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akan menghalalkan anak zina? (lihat: Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah 1987).Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafii dikekalkan yang mensyaratkan urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada. Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang Muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan bukan Muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan sebagainya.

Maka kita bertanya:

Apakah pendapat dari “ijtihad” Imam syafi’I tidak bernaskan Al- Quran dan Hadits, dan sebaliknya, apakah pandangan Dr maza yang mengambil pandangan Ibn Taymiyah sudah berdasarkan Al-Quran dan Hadits?.

Maka muncul pertanyaan lagi :

Bagaimana posisi kedua pendapat dan pandangan yang bertentangan ini, kalau semuanya mengatakan ikut Al-Quran dan Hadits, adakah kita harus mengambil keduanya, atau meninggalkan kedunya atau mengambil salah satu dari keduanya.

Pertanyaan kita orang awam:”Apa dalil kita untuk mengambil salah satu diantaranya?”. “Apakah dalil kita mengambil hukum salah satu di antara keduanya berdasarkan Al-Quran atau tidak?”. “Kalau kita tidak memiliki dalil Al-Quran, apakah kita tidak boleh mengambil salah satu diantara keduanya?”.

Pertanyaannya bagi yang hendak mengikuti dengan ilmiyah, bagaimana dia harus lakukan, sementara ilmu yang ada pada dirinya tidak cukup, bukankah orang awam bererti orang yang tidak cukup memiliki ilmu untuk memutuskan sesuatu dengan dalil?. Bagaimana seorang yang awam (bukan alim) akan bersifat ilmiyah?.
Bukankah sepatutnya Dr Maza menjelaskan bahawa umat Islam tidak satu tingkat dari segi keilmuan dan pengetahuannya, ada yang alim ( ulama ) ada yang sedang belajar (belum sampai ke derajat alim tetapi tidak juga awam) dan orang awam (orang yang tidak memiliki cukup ilmu pengetahuan agama).

Maka kalau orang awam dibenarkan mengambil mana saja pendapat ulama maka orang awam mengalami musibah besar, iaitu dia akan berada di tengah-tengah perbezaan pendapat, bagaimana dia akan meghindari dari perbezaan pendapat itu kalau tidak mengikuti salah satu sahaja di antara ulama.
Kalau boleh menukil apa yang dinukil oleh Dr Maza : Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu.

Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu tetapi bukan bermakna tidak wajib bertaklid langsung , dan orang awam tidak mungkin tidak bertaklid, maka dia wajib memilih kepada siapa dia harus bertaklid, kerana dia tidak memiliki ilmu untuk memutuskan hukum sendiri.

“Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh… Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan – seperti yang dijelaskan"

Tidak wajib beriltizam dengan mazhab, tetapi bukan bererti bahawa haram hukumnya beriltizam, bagi orang awam, adakah dia boleh memilih sendiri hukum yang mudah bagi dia dan mengumpulkannya untuk diamalkannya, dan bagaimana pula kalau ada perbezaan pendapat antara ulama, maka yang mana wajib diikutinya?.
Bukankah ini akan menyusahkan awam, sehingga dalam praktikal hal ini sangat menyusahkan orang awam,

Beliau berpendapat:

Sebelum ini tulisan-tulisan saya telah menjelaskan, betapa keterikatan atau sempit dengan satu-satu pendapat tanpa melihat kepada dalil dan logik akan menjadikan kita tidak ilmiah bahkan boleh menyanggahi sifat Islam yang suka kemudahan untuk umatnya.

Maka kita bertanya, bagaimana orang awam hendak berdalil, kalau dalil itu sendiri tidak ada pada dirinya. Apakah kita hendak mengharapkan sifat ilmiah pada orang awam sehingga ia tidak menyalahi Islam?. Atau perlu ada ulama yang bersifat ilmiah menjelaskan kepada awam sehingga awam dapat memilih dan tidak menyalahi islam?.

Mana logik dan ilmiyahnya Dr Maza untuk orang awam?. Bukankah ini menunjukkan sempitnya pendapat beliau terhadap permasalahan, hanya kerana hendak melihat orang di luar Islam (dalam menarik minat mereka) dan dengan kononnya atas standad logik serta ilmiah, maka hakikatnya beliai sendiri terjebak dengan ketidak logiknya dan tidak ilmiahnya.

Betapa banyak orang awam (bukan ulama) yang ada dalam kehidupan umat Islam, bagaimana kalau kita semua dianggap sebagai ulama?. Hancurlah sistem Islam.
Perlu difahami, bahwa masalah fikih bukan masalah akidah. Kerana dalam akidah setiap orang wajib belajar untuk meninggikan ilmu tentang akidah sehingga dapat meningkatkan iman, tetapi tidak begitu dengan fikih, kerana fikih merupakan ilmu yang besar dan banyak, sehingga akan muncul dalam kehidupan ini pembahagian masing-masing mengikut tahap ilmunya dalam fikih dengan pembahagian, alim, terpelajar dan awam. Ini yang rasional dan ilmiah.
(BERSAMBUNG MINGGU DEPAN KERANA KE LUAR NEGARA)

3 comments:

Anonymous said...

Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga EXCO Agama Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini memaklumkan Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa kerajaan negeri akan mengharamkan sebarang program yang dikaitkan dengan Islam Hadhari. Menaolak Islam Hadhari bukan bermakna Selangor menolak Islam, tetapi menolak suatu gagasan yang dicipta oleh PM Dollah
Badawi yang ternyata gagal dan ditolak oleh masyarakat pada PRU ke 12 lalu.

apa pandangan Saudara yg PureHadharist..??

ibnu bakr' said...

salam,

sorry to say,but you are the one who really mentally-disturbed...

sebenarnya saudara sendiri yang sedang bercelaru..sila nilai diri sendiri sebelum menilai orang lain

PUREHADHARIST said...

Salam,

islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah mempunyai 10 prinsip yang didahului dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan 9 prinsip-prinsip lain yang masih gagal dibuktikan salah di sisi Islam. Kalau pun Pak lah silap,lemah, cakap tak serupa bikin atau segala apalah kelemahannya, maka ia tidak menjejaskan prinsip-prinsip Islam Hadhari itu. Jadi, kalau mengharamkan Islam Hadhari bererti menolak juga prinsipnya yang termasuk didalamnya Keimanan dan ketakwaan kepada Allah...Fikir sendiri dan baca posting saya yang lepas.

Untuk Ibn Bakar,

Kecelaruan Mufti Perlis ini bukan saya seorang yang kesan, baca posting yang lepas..Apakah setelah saya dedahkan tulisan tersebut tulisan Mufti maka saya yang jadi bercelaru? Saudara boleh cakap apa sahaja tentang saya mentally disturbed atau apa sahaja, yang penting saya jalankan taklif saya menegur sebarang bentuk kecelaruan pemikiran Islam tidak kira siapa...Apakah Mufti tidak boleh tersilap...Saya juga mengikut apa yang dia sendiri kata iaitu datangkan dalil Al-Qur'an dan Hadis maka semuanya telah saya utarakan..kalau diminta memilih yang mana satu untuk dibela..maka saya memilih Islam dan dengan Islam juga saya akan berhujjah walau dengan siapa sahaja...
Saya mahu saudara tegur saya dan dimana kecelaruan pemikiran saya...jangan hanya tahu mendakwa tetapi tanpa bukti hanya emosi...relaxlah brother..

Popular Posts