Sunday, May 4, 2008

MARI BERDISKUSI : MENCARI ULUL ALBAB DAN PENGUKUHAN AKIDAH.

Salam,

Ulul Albab atau bolehlah kita panggil intelektual disebut di dalam Al-Qur'an sebanyaj 16 kali. Di antara ciri-ciri Ulul Albab ialah mereka menggunakan akal fikiran serta tidak hanya menerima bulat-bulat ilmu yang diajar begitu sahaja. Terdapat kaedah tradisional pengajaran ilmu yang mengatakan bahawa "orang yang banyak bertanya itu lemahlah imannya" adalah berlawanan sama sekali dengan ciri-ciri ulul albab.

“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Punca utama kesesatan kebanyakan manusia ini adalah anggapan bahawa akal perlu dimandulkan tanpa perlu bertanya dalil atau hujah apabila berhadapan dengan golongan agama. Seakan ajaran Islam ini anti akal yang matang yang sentiasa menilai apa yang didengar. Padahal akal yang matang itulah ciri golongan Ulul Albab yang diseru oleh al-Quran.

Dalam persoalan pengukuhan akidah pula, ia semestinya mudah dan ringkas. Untuk bertauhid kita tidak perlu falsafah yang memerlukan pemikiran yang berat-berat. Ini dapat dibuktikan pada zaman Rasulullah, badwi yang buta hurufpun dapat bertauhid dengan beberapa sesi perjumpaan bersama Rasulullah. Pengajaran akidah seharusnya tidak menyusahkan seperti ilmu kalam yang berfalsafah dan menyusahkan.

Jadilah ulul Albab dan punyailah akidah yang kukuh dengan kaedah Rasulullah , yang menanam akidah yang kuat walaupun badwi yang buta huruf mampu bertauhid dan berdakwah kepada kaumnya.

Saya minta komen dari para pembaca untuk berdiskusi akan topik ini bagi menyuburkan budaya ulul albab ini.

5 comments:

Anonymous said...

salam
camna ni...ulil albab kene inetelek tapi tauhid kena cara badawi..
apalah kau ni

tauhid sempurna adalah pada ulil albab...intelktual tauhid adalah ulil albab...

jangan rosak islam dengan pandangan camni!

PUREHADHARIST said...

Salam,

Itu lah aku pun pening????!!!

Anonymous said...

kau ni sesekali nampak bodoh jugak ye pure hadharist. atau memang kau bodoh pun!!!

PUREHADHARIST said...

Akan kau tahu nanti siapa yang bodoh...tunggu..bahaskanlah tulisan ini...

Anonymous said...

Islam itu indah kalau dapat difahami dengan jelas melalui ulul albab. Jangan kita semborono aje menerima sesuatu agama tanpa berdalil dan mempersoalkan kenapa begini dan kenapa begitu. Kaum Badawi beruntung kerana mendapat hidayah melalui bimbingan Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun, ini tdk bermakna seseorang itu tdk perlu mencari ulul albab dalam usaha utk memperkukuhkan akidah dan tauhid. Tanpa ulul albab, seseorang itu tidak mungkin dapat menghayati Islam dalam arti kata sebenar.

Seperti yang dikatakan tadi Badawi zaman Rasulullah beruntung kerana mendapat hidayah setelah bertemu Nabi. Kecintaan mereka kepada Nabi dan agama Islam semakin mendalam kerana adanya unsur ulul albab dalam diri mereka.

Ini berbeza dgn Badawi atau Bodowi zaman sekarang - takda pendirian, lembab dan hanya mempraktikkan ulul albab ketika sedang tidur lena. Sebab tu segala tindak tanduk beliau berdasarkan arahan dpd menantu serta pengikutnya. Suruh berhenti pun tak nak berhenti. Oi, malulah sikit mat Boria. Kalau negeri depa pun tak boleh pimpin dan menang, inikan pulak nak pimpin negara. Camna ni - takkan nak tunggu mat Boria tu hancurkan negara dan bangsa Melayu baru kita nak ambik tindakan. Tolonglah bangkit wahai bangsa Melayu dan gunakan ulul albab dalam mempertahankan maruah dan bangsa kita.

Popular Posts