Pelbagai komen dari pembaca blog ini yang selama ini saya terima dan telahpun saya respon berkaitan Islam Hadhari yang rata-ratanya bersekitar kepada persoalan bahasa, istilah dan nama yang diletakkan Hadhari setelah Islam yang kata mereka, mengelirukan dan menggambarkan adanya dua entiti iaitu Islam dan Islam Hadhari. Terkini ialah komen dari Mr. Nowhereman. Begini respon saya :-
Islam Hadhari saya katakan benar kerana ia berdasarkan kebenaran dan mengikuti kebenaran itu. Dari awal lagi telah saya tegaskan bahawa Islam Hadhari tidak lebih daripada Islam itu sendiri namun bukan bererti ianya sebagai sebuah agama yang lain daripada Islam.
Walau apa sahaja program yang berbentuk Islam, walau apa pun yang mengatasnamakan Islam baik dari segi pergerakan politik kepartian yang berlandaskan Islam, NGO Islam, badan-badan Islam yang bergerak dalam sosial,ekonomi atau apa sahaja, kita yakin bahawa ia tidak dapat melaksanakan Islam secara 100%. Yang boleh dilaksanakan adalah yang ia mampu melaksanakannya mengikut kadar kemampuannya. Maka ketika dia hanya dapat melaksanakan sebahagian konsep Islam yang dia mampu laksanakan apakah kita atau dia sendiri tidak boleh mengatakan Islam telah kita atau dia laksanakan kerana itulah sahaja kemampuannya? Tentunya dalam keadaan dia dapat melaksanakan Islam semampunya, dia juga menyedari bahawa masih ada lagi konsep Islam yang belum dapat dia laksanakan dan dia juga menyedari Islam itu lebih luas dari apa yang mampu dia laksanakan itu dan dalam keadaan ini , semua pihak tidak akan mengatakan apa yang hanya mampu dilaksanakan itu sebenarnya bukan Islam !
Saya berpendapat, Islam Hadhari adalah salah satu aktiviti umat Islam untuk melaksanakan apa yang diyakini sebagai Islam dengan menyedari dan mengetahui kadar yang wajib dilaksanakan berdasarkan situasi dan kondisi tempatan ( Malaysia ) yang menghambat dan memaksa sebuah konsep yang 100% tidak dapat dillaksanakan iaitu secara syumul. Perlu ditegaskan di sini bahawa ini tidak bermakna Islam Hadhari tidak mahu melaksanakan kesyumulan Islam, tetapi hingga setakat ini, ini sahaja yang dapat dilaksanakan dan dengan harapan dikemudian hari akan adanya langkah yang realistik untuk menuju kepada yang lebih sempurna.
Malang bagi kita, Islam Hadhari hanya dilihat oleh kebanyakan orang termasuk sesetengah ulama, hanya dari segi ungkapan bahasanya, bukan apa yang ada didalamnya, yang dilihat juga hanyalah kegagalan dalam melaksanakannya maka ia dinyatakan salah....inilah menurut saya terlalu naif....
Saya pernah mengatakan hingga saat ini umat Islam masih gagal menjalankan Islam dengan syumul...dalam keadaan ini kita tidak boleh mengatakan Islam tidak boleh dijalankan, apatah lagi berkesimpulan Islam itu salah semata-mata gagal dilaksanakan secara syumul ! Sebenarnya kita perlu melihat apa yang menyebabkan Islam tidak dapat dijalankan oleh umat Islam secara syumul dengan kata lain ianya kembali kepada umat Islam itu sendiri dan juga faktor-faktor penyebab terhambatnya Islam untuk dapat dilaksanakan oleh umat Islam. Salah satu faktor terhambatnya Islam dilaksanakan dengan syumul adalah kefahaman umat Islam itu sendiri terhadap Islam. Seperti juga Islam Hadhari, iaitu imej yang dibentuk dengan Islam Hadhari sebenarnya tidak akan menjadikan umat Islam terkeliru kerana adanya penjelasan selepas itu. Ia juga tidak boleh ditarik suatu kesimpulan akan mengelirukan umat hanya berlandaskan satu dua kes dimana seorang budak ditanya apa agama kamu? dan dijawabnya Islam Hadhari dalam keadaan hanya satu dua kes dan kes itu belum dibuktikan benar-benar berlaku! Begitu juga penolakan Pak Arab akan istilah Islam Hadhari belum cukup untuk kita nyatakan Islam Hadhari itu salah menurut Islam! Jadi, apa yang ada dihadapan kita sebenarnya bukan pada ungkapan, nama dan bahasa tetapi cuma suatu keinginan untuk menolaknya kerana ianya datang bukan dari kelompok dan pihaknya...
Sebenarnya, satu faktor penyebab tidak dapat dilaksanakan Islam adalah kerana umat Islam tidak tahu bagaimana menjalankan Islam dengan baik dan boleh jadi kerana mereka salah membayangkan makna syumul atau makna "menjalankan Islam dengan syumul". Oleh itu boleh dikatakan bahawa Islam ini tidak dapat dijalankan kerana umat Islam ( the receiving end ) i.e. pihak yang menerima.
Seharusnya, jika kita berpegang bahawa Hadhari mungkin mengarahkan kita ke arah kemodenan dan ketamadunan tetapi ia adalah satu pendekatan, sudah pasti kita akan memilih Islam Hadhari, kerana dengan ini umat Islam dibawa ke arah moden dan bertamadun yang mana hingga sekarang ini umat Islam menghadapi banyak masalah dalam menjalankan pelbagai programnya. Dan memang ianya satu pendekatan , tetapi bukan bererti ianya begitu kecil maknanya, kerana dalam pendekatan ini, ia memilik berbagai aspek dan langkah strategik dan taktik.
Oleh kerana itu, dengan semua apa yang ada. sebenarnya pendekatan Islam Hadhari merupakan solusi bagi keadaan yang sekarang dihadapi oleh Malaysia, tetapi tidak menutup kemungkinan adanya pihak yang merasa perlu menentang dan memeranginya, kerana perbezaan pandangan politik. Kalau sahaja dengan hati dingin dan akal yang lepas dilandasi agama Islam maka dengan sendirinya semua akan melihat bahawa Islam Hadhari merupakan langkah yang baik yang menguntungkan umat Islam. Maka saya sarankan dan menasihati semua dan diri saya, lihatlah Islam Hadhari dari "point of view Islam dan bukan parti, atau hanya membidas ungkapan,nama dan bahasa tetapi melihat ia dari semua aspek yang ada di dalam Islam. Kalau sudah sampai tahap ini, maka diskusi kita tentu akan lebih menarik......
2 comments:
Salam,
Terima kasih kerana mengkhususkan satu artikel utk mengulas pandangan saya. Yang hanya saya jangkakan hanyalah komen saudara dalam komen box.
Saudara pure-hadarist: Terima kasih kerana usaha mengejutkan saya dari naivity, dan saya amat bersetuju utk keluar dari kepompong itu dengan syarat ianya mengunjur kepada kebenaran. To me, 'learning is an open mind', lantaran saya memberi pandangan saya secara impartial dan tidak prejudice. Saya memberikan penekanan kepada cause dan effect dan ianya menjadi titik tolak kepada sesuatu program yang diusulkan. Dan setelah saya lihat cause dan effectnya, saya terpaksa akur dengan pegangan saya.
Perlu ditegaskan di sini, saya tidak pernah mengatakan atau imply bahawa Islam Hadhari itu sesat atau menyesatkan (saudara juga tidak mengatakan bahawa saya ada membuat claim tersebut). Dari pandangan saya, bolehlah di nyatakan bahwa content Islam Hadhari itu tidak bercanggah (mungkin para ulamak berbeda pendapat dengan saya) namun seperti saya nyatakan dalam komen saya, kesan 'kekeliruan' yang wujud atau bakal wujud itu yang merunsingkan, the repercussions dan the ripple effects yang dibawa atau bakal dibawa oleh kekeliruan itu. Benar atau salahnya Islam Hadhari ini mungkin masih menjadi persoalan tetapi apa yang jelas adalah ramalan saya bahwa kekeliruan itu muncul sudah terbukti. Buktinya adalah diskusi-diskusi kritikal mengenainya di alam internet ini sendiri.
Mungkin 'kesalahfahaman' pelajar2 dan pandangan Pak2 Arab adalah kes2terpinggir, namun ini tetap dan jelas membuktikan kekeliruan itu wujud. Dan apabila wujud, ianya seperti barah - merebak. Perlu diingat, sekiranya kita memberi satu objek, kotak contohnya, dan diminta dilukis; Lukisan yang akan kita dapati adalah berbagai2 - 1 dimension, 2 atau 3 dimension, abstrak dsbnya. (mungkin tidak seperti apa yang kita mahukan) Salah atau benar, itu bukan isu tetapi apa yang pasti perception para pelukis berbeza. Seperkara lagi, (let's talk abt facts and figures now) apabila kita mengusul utk membuat sesuatu perkara, kita mesti lihat probability kesan negative yang bakal berlaku ekoran perbuatan tersebut. Berapakah percentage yang selamat utk kita membenarkan usul tersebut? 70%? 80%? Satu soalan mudah yet penting! (Pls look at this at the reverse angle) Similarly, technically speaking, apabila sesebuah kapalterbang itu hendak dibina, apakah probability utk ianya terhempas dicongak oleh para engineers? 5%? 3.12%? Tidak! 0%! (Fate atau takdir mmg tidak pernah dijadikan factor). Begitu juga apabila kita ingin mengutarakan suatu idealism (bukan idea!), Islam Hadhari contohnya. Apakah probability ianya akan berjalan dengan baik dan diterima dan diambil kira? 89%? 99.99%? Tidak! 100%! Justeru, jika tidak tercapai, perlu difikirkan semula.
Benar! Islam itu syumul! Itu jelas! Nama Islam itu sudah cukup utk merangkumi 'perfection' (The fault lies in the Muslims, of course!) Kita sering mengatakan buat yang termampu, tetapi apakah kita sentiasa berusaha melepasi boundry kemampuan kita? Apabila seseorang mengatakan bahawa dia telah buat semampunya, itu adalah satu justifikasi perbuatannya, bukan bererti kemampuan sebenarnya!
Saudara pure-hadharist memberikan satu equation: Islam = Islam Hadhari. Soalan saya, adakah 4 = 4itu sama? Dari segi quantity jawapannya, ya. Tapi dari segi kontekstual, konsepsual, literal dan figurative, TIDAK! 3 + 1 tidak sama dengan 4 + 0. Saya beri satu criticism terhadap Socrates' Syllogism theory: Socrates mengatakan bahawa Setiap Oak itu berakar dan semua pokok berakar, maka Oak itu pokok. Mungkin iannya benar dari satu perspektif tapi bagaimana pula dalam kes ini: Setiap manusia berhidung dan semua orang India berhidung, maka setiap manusia adalah org India? Jadi sekiranya Islam Hadhari itu hanya satu aktiviti Islam maka dengan otomatik, equation Islam = Islam Hadhari itu terbatal, kerana Hadhari hanyalah satu activity. Satu tamsilan lain adalah tubuh badan kita sendiri. Jari kecil kita tidak mewakili diri kita, kerana kita merangkumi bukan sahaja physical tetapi our soft characters dan spiritual belief juga. Konsep Synecdoche bahawa sebahagian kecil mewakili keseluruhan dan vice versa itu hanyalah figure of speech atau simbolik sahaja, yang hanya digunakan dalam literature, tidak lebih dari itu.
Seperkara lagi, jika benarlah seperti yang dikatakan Islam Hadhari = Islam, bererti ianya superfluous!
Mungkin saudara Pure-hadharist berfikiran istilah itu kurang utama, dan pengisian itu lebih utama. Pada hemat saya, ianya equally important. Mengapa kita dinasihatkan memilih nama2 yang baik utk anak kita? Tidak perlu saya huraikan di sini. Jangan lihat hanya face value sahaja, kata org. Tapi realitynya itulah yg dilihat. Kita sering contradict ourselves. Kita kata beauty itu skin deep tapi dlm masa yg sama hati kita berkata first impression is always the right one. Baiklah, kita lihat dari konsep marketing. (Marketing in Islam is important - it's Da'wah). Kalau saudara masih ingat filem That Thing You Do arahan Tom Hanks, beliau telah menukarkan nama 'Oneders' (yang memberi imej 1 hit wonder) kepada
the Wonders. Apabila dibantah, jawapan yg diberikan olehnya: it's confusing (kerana ramai peminat membacanya sebagai the o-ne-di-yes). Dalam marketing, pilihan nama yang baik amat penting utk mengelakkan confusion - which is definitely bad for business! apatah lagi dengan Agama.
Brand name dan household name adalah apa yang diidami. Sejarah Levi's boleh dijadikan contoh. Apabila mereka venture into Levi's Sports, Dockers dsbnya, sales mereka jatuh dan hasilan kajian R & D mereka menyatakan bahawa penurunan sales adalah kerana public confusion. Tetapi apabila dipisahkan Levi's dari yang lain2(walaupun masih dimiliki oleh levis) sales meningkat semula. Ini testimony-nya. Sesat? Saya kurang pasti. Keliru? Sudah tentu!
Sekarang kita jadikan kumpulan Illuminati sebagai contoh pula. Sejarah hidup Galileo Galilei yang kuat dengan pegangan Roman Catholicnya tetapi kritikal dalam fikiran dan inovasinya perlu dijadikan iktibar. Illuminati wujud kerana para cendikiawan dan saintis catholic sudah lemas dan tidak bersetuju dengan Vatican
lantaran menubuhkan kumpulan ini. Tidak seperti para cerdik ilmuan Islam yang semakin innovatif mereka, semakinlah merapatkan diri mereka kepada Allah s.w.t., para Catholic saintis ini menjauhkan diri mereka dari Tuhan. Hasilannya: Illuminati yang dahulunya ditubuhkan oleh para rahib dengan logik dan sains sebagai tiangnya, telah kini dipegang para atheist! Tidaklah saya katakan di sini Islam hadhari akan membuat org menjadi free thinker tetapi, Confusion yang akan membuat manusia ke arah itu.
Saudara Pure-hadharist, apabila timbul keraguan, it is always safe psychologically, spiritually dan emotionally to consider it first before further action. Sejauh manakah ini berlaku dalam Idealism Islam Hadhari ini.
'We learn from history that we learn nothing from history', kata G Bernanrd Shaw: Argument2 saya hanya saya landaskan kpd hukum akal melalui kajian sejarah dan sains tapi masih bersifat pandangan peribadi dan saya tidak berniat mempertahankannya sekiranya ianya salah. Tapi bagaimana kalau apa yang saya katakan itu betul? Saya hanyalah Mr. Nowhereman yang sentiasa sudi admitting faults, tapi sudi, sanggup dan mampukah kerajaan untuk memperakui kesalahan mereka?
Apa yang benar itu dari dan milik Allah s.w.t. Tq sekali lagi kerana sudi 'mempamerkan' komen saya.
Wassalam ... sahabat lama.
renungan lagi………………………………………………………………………………………………..
Kalau kita gunakan “pragmatic theory of truth” kita akan dapati bahawa 'product' kepercayaan (dalam konteks ini Islam Hadhari) adalah hasil dari prosesnya..... hal ini dapat diterima, kerana Islam Hadhari tidak lebih dari apa yang diperolehi umat Islam dari apa yang diyakininya dan kemudian dia hendak melaksanakannya di tempat dan di zaman dia berada...sehingga terjadilah Islam Hadhari di Malaysia…...
“ Sekiranya saudara purehadharist mengatakan tiada perbezaan di antara keduanya, secara automatik Islam Hadhari itu terbatal dengan sendirinya (Tidak perlu ada 2 nama untuk sesuatu yang sama).” Disini ada kesilapan ...kadang-kadang perlu adanya pemberian nama sekalipun pada dasarnya sama, kerana perbezaan boleh jadi pada fungsi, atau kerana sisi pandang atau juga pada pelaksanaan...sama dengan nama Allah yang ada 100, atau nabi Muhammad yang juga disebut Al-amin, Mustafa, atau Ahmad.
Islam Hadhari dikatakan Islam Hadhari yang aslinya Islam kerana melihat adanya keterbatasan lingkungan, suasana dan situasi sehingga membentuk kondisi yang hanya ada di Malaysia...dalam konteks Islami terpaksa wajiblah menentukan sikap kerana adanya ketetapan yang berbeza -ingat la yukalifu nafsan illa wusa'aha - maka kondisi yang menentukan apa yang dapat dilakukan umat Islam dengan kadar yang dibenarkan oleh Islam...dan itulah konsep Islam...kadar Islam Hadhari dalam kemampuan Malaysia tentunya hanya milik Malaysian...kerana itu yang boleh dia buat dari Islam yang besar itu...dan inilah Islam itu.
nanti kita sambung lagi...sibuk sikit sekarang ni...
Post a Comment