Friday, September 26, 2008

HARI JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN : HARI PEMBEBASAN AL-QUDS !






Salam,


Terdapat kecenderungan di kalangan kita untuk tidak menyokong sesuatu yang baik dek kerana sesuatu itu dipelopori oleh orang yang bukan dari kalangan kita. Banyak perkara sebenarnya yang berlaku sebagai contoh apa yang UMNO buat yang baik, PAS tidak sokong, apa yang PAS buat yang baik, UMNO pulak menentang. Ada juga keadaan di mana apa yang PKR buat tidak baik, PAS kata baik pula dan apa yang PAS buat yang baik tetapi terdapat UMNO di situ, PKR pulak kata tidak baik. Jadi apa standad baik atau tidaknya sesuatu perkara itu?


Termasuk suatu perkara yang baik yang telah dipelopori oleh Al Marhum Imam Khomeini ialah berkaitan mengisytiharkan Hari Jumaat terakhir Ramadhan sebagai Hari Al-Quds. Terdapat reaksi berbeza berkaitan perkara ini, ada yang menyokong ada yang tidak. Namun yang harus kita lihat bahawa walau apa pun alasannya, isu Palestin (Al-Quds) adalah isu UMMAH. Kalau ada sebarang usaha untuk memperkatakan akan perlunya penentangan terhadap zionisme maka taksub terhadap parti, mazhab atau kelompok harus diketepikan.


Di bandaraya Johor Bahru memang tidak lepas akan poster-poster dan kain rentang yang menyatakan hal Hari Pembebasan Palestin ini termasuk dari Pemuda UMNO Pulai yang telah mentakwimkan Hari Al-Quds sebagai acara tahunan mereka dan sudah berjalan untuk tahun keempat. Maka pada tahun ini slogannya ialah:


"NYATAKAN PERMUSUHAN TERHADAP ZIONISME ANTARBANGSA ! DEMI PALESTIN, DEMI MALAYSIA "


Suatu slogan yang menggambarkan kepada kita bahawa pengaruh zionisme telah hampir atau pun telah berada dibumi Malaysia ! Ini terbukti kerana ada pemimpin "besar" kita yang sungguh-sungguh disokong oleh musuh-musuh Islam dan Palestin dan beliau sendiri membalas sokongan tersebut dengan slogan-slogan demokrasinya (ala-US) yang mana dengan slogan itu juga Afghanistan, Iraq dan Palestin hancur dan jangan pelik Malaysia juga akan hancur atas slogan yang sama jika kita tidak mengambil berat akan hal ini.


FIKIRKAN...SIAPA....APA..DAN BAGAIMANA ZIONISME MUNCUL DI MALAYSIA.

8 comments:

Anonymous said...

banyak muslimin berfikir bahwa israel dan zionisma hanya ada di israel sehingga mereka tidak perlu khawatir dengan negara dan bangsanya...tapi hakikatnya zionisma internasional berusaha mengembangkan sayapnya keseluruh negeri demi untuk mengusai dunia dan mendudukkan mereka dibawah kekuasaannya...untuk mengusai setiap negeri dia menggunakan anak bangsa itu sendiri...mereka yang boleh menerima consept democrasi, liberalisma dan keadilan sebagaimana yang mereka kehendaki, karena dengan konsept yang tampak indah dan baik itu kebanyakan manusia dan juga muslimin dikuasai...
contoh yang ada pada hari merupakan bukti yang jelas...bagaimana zionis dengan amerika sebagai motor penggerak serta menggunakan jiwa democrasi dan keadilannya mereka menjajah danmengusai setiap negeri yang mereka kehendaki, begitu juga tanah palestina yang hingga sekarang menjadi simbol perjuangan manusia...masih adakah yang kurang terang dari ini???

pedang.malam said...

Salam..

Saudara ada jemput tak PAS kawasan atau PAS Johor join sama majlis bersejarah ini?

Apa respon mereka?

Salawat

PUREHADHARIST said...

Salam pedang malam,

Setahu saya PAS tIdak secara kolektif menyemarakkan Hari Al-Quds (hari Jumaat Terakhir Ramadhan) sebagaimana juga UMNO kerana ada elemen-elemen yang phobia dengan nama Imam Khomeini tanpa melihat isu pokoknya iaitu Palestin. Mereke menyokong Palestin tetapi tidak untuk mentakwimkan Hari Jumaat terakhir Ramadhan sebagai Hari Al Quds.

Namun tidak mengapa, mungkin satu hari nanti akan terealisasi kerjasama yang kita semua harapkan dalam isu Palestin ini.

salawat!

PUREHADHARIST said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam,

Saya tahu saudara adalah seorang Muslim cuma sekadar bertanya adakah adakah saudara mengkut sect Syiah?

Ini hanyalah dari perhatian saya berdasarkan kecenderungan topik & bahan bacaan saudara yang agak condong ke arah itu.

Wassalam.

PUREHADHARIST said...

salam,

Apa yang ditulis adalah berdasarkan hasil pembacaan yang telah pastikan tidak bertentangan dengan Islam. Oleh itu tidak timbul syiah atau sunni yang ada adalah Islam.

Anonymous said...

Salam,

Saya secara personal tiada masalah dengan Syiah kerana pada diri saya kita semua adalah saudara dalam Islam. Tambahan, ramai teman2 saya juga Syiah. Seperti yg saya katakan mmg apa yang saudara nyatakan itu semuanya berkisar Islam tapi soalan saya bukan tentang apa yang dibincangkan cuma sekadar ingin tahu tentang pegangan Islam saudara. Ini berdasarkan kecenderungan bahan bacaan saudara sendiri dan dari sumber2 teman saudara sendiri. Jadi adalah lebih baik saya tanyakan dari empunya diri.

PUREHADHARIST said...

Salam,

Saya adalah Muslim yang mengikuti semua pandangan yang muktabar dalam Islam baik ianya Sunni atau Syiah. Namun demikian, saya dilahirkan dan dibesarkan dalam lingkungan sunni Syafie dan wajarlah saya bermazhab syafie namun tidak menutup kemungkinan beramal dengan lain-lain mazhab mengikut kesesuaian seperti ketika menunaikan haji serta membayar zakat fitrah tidak semestinya beramal mengikut mazhab syafie.

Popular Posts