Saturday, September 20, 2008

16 SEPTEMBER - Hari itu telah berlalu sebagai mimpinya.

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.


Ini merupakan sebahagian dari surat DSAI pada 16 September, tepat sebagaimana dikatakannya bahawa akan terjadi peralihan kuasa kerajaan. Kandungan surat ini dilihat tidak lebih seperti dekri untuk pernyataan suatu kudeta. Bagaimanakah sebagai pendakwa pejuang demokrasi telah menyatakan hal semua itu seperti di atas.

Dalam setiap usaha menghidupkan demokrasi semestinya mereka juga mesti memahami bahawa terdapatnya hak setiap individu dalam menentukan sikapnya dalam pemerintahan ini yang wajib dihormati. Ahli parlimen adalah mereka yang ditetapkan rakyat sebagai wakilnya, di mana mereka wajib menjaga amanah yang menjadi tanggung jawabnya selama berada di parlimen. Oleh yang demikian, tidak mungkin seseorang itu mengatakan bahawa ahli parlimen boleh bertindak sesuai dengan suara hati mereka, kerana ahli parlimen mesti mengikuti suara hati rakyat yang memberikan hak suara kepada mereka.

Dalam situasi pemerintah menghadapi sikap pembangkang berusaha menguasai keadaan negara dengan tidak mengikuti sistem dan aturan yang telah ditetapkan maka pemerintah berhak untuk mengambil sikap pengamanan demi kepentingan semua iaitu rakyat dan negara. Jadi, permasalahan bukan hanya satu parti tetapi permasalahan adalah adanya satu kelompok orang yang hendak memaksakan kehendaknya menguasai negara dengan membawa nama sebahagian rakyat.

Tidak ada jalan lain untuk menjaga kestabilan negara melainkan kerajaan wajib mengerahkan semua kemampuan yang dimilikinya untuk menjaga stabiliti negara. Dalam keadaan terdapat sikap dari sebahagian manusia dengan mengatas namakan kehendak rakyat tetapi menginjak hak sebahagian yang lain maka mana-mana pemerintah berhak untuk menghindari semua bahaya yang mengancam kedaulatan negara.

Bukan hanya usaha pencegahan yang wajib dilakukan oleh kerajaan untuk menghentikan monopoli atas nama rakyat, tetapi perlu juga penentuan sikap yang lebih tegas dari kerajaan terhadap sikap aktor-aktor penting yang dilakukan oleh sebahagian pemimpin pembangkang yang tidak mengikuti sistem dan aturan negara.
Permasalahan sekali lagi bukan BN atau Pakatan Rakyat, tetapi bagaimana seseorang akan melihat nilai yang telah ditetapkan atas dasar yang ditetapkan dalam kerajaan ini. Kalau satu kelompok orang dengan mengatas namakan sebahagian rakyat, mereka sudah boleh melakukan sesuatu tindakan dalam tanah air ini, maka ini tidak menutup kemungkinan hal ini boleh terjadi pada masa mendatang, atau hal ini boleh terbuka peluang untuk dilakukan oleh setiap orang atau kelompok. Maka di mana letaknya sistem dan di mana demokrasi dan keadilan…..bukan kah ini satu bukti yang mentsabitkan bahawa demokrasi dan keadilan yang hendak dijalankan adalah satu propaganda dan penipuan belaka?…kerana sejak awal lagi hal itu telah dilanggar dengan tindakan semacam ini…bagaimana pula rakyat yang lain yang tidak di bawah Pakatan Rakyat, apakah mereka dianggap bukan rakyat lagi sehingga hak mereka pun sudah harus tidak diperhitungkan lagi. Seberapa besar jumlah pakatan dibandingkan dengan jumlah rakyat di luar pakatan sehingga Pakatan Rakyat sudah boleh mengatas namakan rakyat keseluruhan?…bukankah ini satu bentuk monopoli politik?!.

5 comments:

Anonymous said...

mmm..artikel ni dh membuatkan aku percaya yg kamu adalah seorang yg pro kerajaan..tak usah berselindung di sebalik kononya kamu ini purely hadharist.tidak punya agenda utk si pelopor pak lah..hadharist itu sendiri sudah cukup utk berdiri.bukan pak lah..cess..ptuii!!..
kamu lebih teruk dr anwar..hidup konon dengan penuh keilmiahan yg berlandaskan islam,tp perang anwar macam perang dengan org kafir..waima anwar itu islamnye liberal,bukan begini caranye utk approach tu your enemy..islam xmengajar personal attack..
kamu mungkin bijak paabila membidas dgn fakta2..tp kamu tidak boleh menolak logik dengan begitu shj..kebarangkalian itu masih ada..

mungkin kamu terlebih bijak hingga tidak sedar yang kamu menegur manusia dlm keadaan diri kamu belum cukup sempurna..org yg sedar akan dirinya tidak akan menghukum org lain(walaupun org itu nampak salah) dengan tangan dan akal sendiri..walupun kamu punya nas2 yg sahih..tuhan itu berkuasa..hanya DIA yang mampu menghukum..sekelumit kuman pun kita tidak mampu menjatuhkan hukum kepada manusia..MasyaAllah..

THE PUREHADHARIST said...

salam kurang ilmu,

jangan samakan pro-kebenaran dan pro-kerajaan satu hal yang sama. Apa yang mahu saya katakan ialah apabila kerajaan telah mendapat mandat dari rakyat dan sesuatu perbuatan dari segelintir warga yang mahu menimbulkan ketidakstabilan politik, maka kerajaan wajib untuk menjaga keamanan untuk kepentingan rakyat tidak kira kerajaan apa sekalipun BN atau juga Pakatan Rakyat. Takkanlah kerajaan PAS atau PR nak biarkan orang membuat kacau di Kelantan, atau Selangor dan hanya melihat suasana ketidaktenteraman itu begitu sahaja? Jadi di sini jangan melatah mengatakan saya pro-kerajaan dan kalaupun pro-kerajaan apakah saya tidak mempunyai hak untuk pro atau kontra sebagaimana saudara boleh pro atau kontra. Saudara, kita ada akal yang Allah berikan untuk menilai. Membuat penilaian bukan menjatuhkan hukum kerana hukum hanya boleh dijatuhkan oleh mahkamah (tapi kalau ikut saudara mahkamah pun tak perlu sebab Allahkan yang akan hukum direct..mungkin). Dalam Islam ada konsep difa' iaitu pertahanan atas agama, bangsa, keluarga dan sebagainya. Dalam memperkatakan Anwar saya ingin nyatakan Anwar membawa satu aliran liberal yang bercanggah dengan konsep Islam maka itu penilaian saya sepertimana saudara juga menilai saya dengan macam-macam penilaian yang negatif TAnpa BUKTI..banyak sebenarnya kecelaruan komen saudara tapi saya tidak mahu berpanjangan mengaibkan saudara dalam ruangan ini cth- membidas dengan fakta tapi tidak logik? Walaupun mempunyai nas-nas yang sahih tetapi tidak boleh menghukum? Bagaimana mahkamah bersidang ya? Hakim syarie nak kena tunggu wahyu dari Allah ke bila nak jatuh hukum? Apa ni???.

Anonymous said...

kurng ilmu said...kalau sahaja komit dengan logika sendiri tentu saudara tidak akan menuduh dengan cepat, bukankah saudara berkeyakian pada pendapat sendiri yang manyatakan:... org yg sedar akan dirinya tidak akan menghukum org lain(walaupun org itu nampak salah) dengan tangan dan akal sendiri..walupun kamu punya nas2 yg sahih...

macam mana saudara telah memberikan hukum pada pure hadharist seperti yang ada pada tulisan saudara...apatah lagi kalau nas saudara tidak sahih....dan belum di check benar dan salahnya.....kemudian apa yang tersisa dari kesadaran diri disini???.

Jong said...

salam
sdr, sekarang kita tunggu 9 oktober pulak huhuhu
wassalam.

THE PUREHADHARIST said...

Salam FT,

Entah la mamat tu, pandai betul buat orang tertumpu kepadanya sehinggakan kita lupa dia sedang menghadapi tuduhan yang berat dari segi Islam di mana yang menuduhnya sudah pun bersumpah walaupun dipertikaikan dr segi teknikalnya tapi sekurang-kurangnya sumpah adalah instrumen yang terpakai dari urf masyarakat Melayu yang menjadi alat menguatkan dan meyakinkan bagi yang tidak mahu dikatakan berbohong....

Popular Posts