Wednesday, September 10, 2008

Konco-Konco Anwar Penyemarak Islam Liberal , mengapa PAS Membisu...??

Salam,

Bermulanya pemikiran liberalisme oleh Anwar dikesan apabila Anwar memuji Penghina Rasulullah Salman Rushdie sebagai "profound writer" kemudian keterlibatannya dengan organisasi tajaan Amerika serta hubungan intimnya dengan tokoh-tokoh US beraliran zionisme membuatkan kita tidak boleh elak untuk melabelkan Anwar sebagai paling minimum pembawa pemikiran Islam Liberal dan maksimumnya alat zionisme atas "Projek Penzionisasi Rantau Asia Tenggara".

Konco-konco Anwar seperti Khalid Jaafar pula dengan penulisan-penulisan " "intelektual" SAMPAH-ISME" (baca: nampak intelek tetapi penuh sampah sarap) dengan penggunaan-penggunaan istilah bombastik tetapi meloyakan menyambung perjuangan mengangkat si penghina Rasul Salman Rushdie sebagai yang harus "dighairahi" karyanya.

Raja Petra pula yang diragui aliran pemikirannya tetapi akhirnya terserlah dengan penulisannya berkaitan tudung telah menjelaskan kita lagi siapa dia dan aliran pemikirannya.

Yang lebih pelik tetapi benar PAS pula terus membisu dan tiada satu pendirian yang tegas atas isu-isu yang berkait dengan penghinaan atas Islam ini.

Ya, mungkin agaknya ia tidak dilakukan oleh UMNO atau Pak Lah ataupun ianya bukan atas nama ISLAM HADHARI jadi ia belum cukup SESATlah....inilah dia dinamakan tertipu dengan Kuasa Karisma (baca: Anwar)..

8 comments:

Anonymous said...

salam..

Untuk pengetahuan anda lihat dulu orang yang menulis tu, kalau tengok pada diri dia pun hai..apa nak heran. biasalah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA . sudahlah kita tunduk pada bangsa lain, minta maaaf la konon. Hancur la orang melayu dan Islam.Kalau nak jadi PM pun, tapi masih tunduk pada telunjuk orang nak buat apa. Yang penting tengok balik sejarah.. hadhari ke tak hadari ke.. jangan pandai cakap mcm ustaz , tapi apa pun tak tau. Orang yang pandai agama ni lah yang menghancurkan islam sebenarnya..mcm mcm perkara yang menyebabkan umat islam jadi tak betul. Kembali pada asas le senang. tak gitu

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Orang yang pandai agama tidak akan sesatkan orang melainkan dia rasa dia pandai agama tapi sebenarnya tidak.

Anonymous said...

salam,

JIkalau umat melayu membenarkan yahudi dan america bertapak di malaysia, nescaya Islam Liberal akan sedikit demi sedikit menghapuskan islam yang sebenar.

jahanam untuk Zionist dan sekutunya.

Almawt Lil Israel

Anonymous said...

amerika dan israel berharap dengan orang seperti anwar di mly dan gus dur di ind untuk dapat menjalankan plot politik mereka...dengan tetap menampakkan wajah Islam, sehingga akan tinggal nama Islam tapi islam amerika dan israel...tinggal kulit tapi isi sudah berubah...

yang lebih bahaya dari ini adalah ketikamanusia kehilangan panduan untuk melihat kebenaran, apatah lagi orang hanya akan melihat figur bukan apa yang dikatakan dan minimbang apa yang dikatakan....

jadi manusia kehilangan alat pertimbangan hanya karena terpengaruh pada figur...dengan inilah amer-is akan masuk menguasai rantau ini...mereka tidak pernah hendak berfikir dengan apa..tapi bagaimana dapat mengusai...termasuk dengan figur yang telah diterima dan membawa konsept yang tidak dipertimbangkan oleh umat...atau umat pun telah kehilangan pertimbangan...

sudah waktunya kebali lagi mempertimbangkan setiap apa yang ada ..tampa melihat dulu figur..dan kemudian mempertimbangkan fiqur yang tidak mengikuti kebenaran....

Anonymous said...

Wah2 sedapnye tangan menaip orang yg pandai agama yg menghancurkn islam, please be specific, ni dah jadi general 2 all ulama', as we know orang yg pndai agama adalah ulama', so kpd anonymous tapis2 la dlu sblum komen. Dan kpd ulama'2 seluruh msia x payah lah masuk politik,sume orang dh nmpak politik ni kotor,mmg x sesuai utk ulama'... May allah protects us from all these fitnah... Ibn hanif

Unknown said...

syukran ibn hadari.sy tidaklah setuju seratus satu dengan saudara, tetapi ada beberapa perkara yang kita sependapat.

ha, bagaimana nak jawwab bi gerakan Islam?pemerintah korup disebabkan membela kasim ahmad, astora jabat. bagaiman pula reaksi kita kepada Raja Petra, Khalid Jaafar dan komuniti jalan telawi serta hisyamudin rais sendiri yang berada di pihak oposisi?

THE PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali,

Untuk memakai predikat seorang yang berada di dalam gerakan Islam atau gerakan Islam itu sendiri mesti mempunyai konsep yang jelas dan sudah tentulah dengan berlandaskan kepada prinsip-prinsip Islam. Itu awalnya. Namun dari segi praktisnya atau perlaksanaannya, ini yang perlu diperhalusi kerana menyatakan kita menjalankan misi Islam tidak hanya mesti berada di dalam organisasi atau parti Islam. Maka, dengan konsep yang jelas kita akan dapat menentukan sikap yang jelas juga dalam isu-isu yang berbangkit. Seharusnya dalam apa sahaja isu, Kassim Ahmad ke, Astora Jabat ke, Khalid Jaafar ke, Hishamuddin Rais ke,kita harus hadapkan meraka dengan Islam itu tadi, tidak kira di mana kita berada pro-pemerintah atau opposisi yang penting misi dan difa' terhadap Islam. Saya merasa sedikit kecewa dengan PAS apabila mengambil sikap yang tidak tegas dalam Pakatan Rakyat hal-hal yang menyentuh Islam seolah-olah matlamatnya bukan untuk menegakkan Islam tetapi hanya untuk menjatuhkan UMNO jadi segala tenaga perlu ditumpukan ke arah itu walaupun rakan kongsi salah dari segi Islam yang penting UMNO jatuh...fikirkan. Cara Hizbullah di Lubnan berpolitik harus dijadikan contoh dimana demi maslahah ummah dan rakyat, kadang kala Hizbullah dilihat bersekonkol dengan sekularis tapi dengan konsep yang jelas juga mereka menangani unsur-unsur yang merugikan Islam dan Lubnan.

Anonymous said...

salam,

saya setuju dengan pendapat saudara pure hadharist.

hezbollah adalah contoh terbaik sebagai platform untuk pemimpin islam.

hezbollah berjuang sebagai anak anak Hassan dan hussein di mana kesejahteraan umat yang dipentingkan terlebih dahulu walaupun kadang kadang terpaksa membuat 'treaty' dengan orang-orang yang fasik demi kesejahteraan ISLAM dan hak ORANG ISLAM. tetapi tidak sesekali dengan menggadai hak dan maruah Islam....

Popular Posts